Saturday 10 March 2012

Iron Maiden - The Final Frontier Mission Edition CD

Aku sekarang ni berada di Johor Bahru pulang bercuti pasal abang aku ada buat kenduri tahlil dan doa selamat di rumah baru nya..sementara nak tunggu malam dan badan aku pun tengah letih pasal sampai JB je pagi tadi dalam pukul 5.30 pagi tadi ni,aku update jap la..dah berapa hari tak update ni..tadi selongkar almari aku yang banyak simpan cd2..aku teringat lak cd ni yang aku beli pada tahun 2010 yang lepas.cd limited edition ni adik aku yang belikan kat Singapore dulu.demam Iron Maiden "The Final Frontier".
 
                                              mission edition cd
Di keluarkan dalam bentuk yang macam tin ni.ni adalah versi terhad.kira sapa cepat dia dapat lah..tapi yang tak bagus nya versi tin ni mudah kemik.bagus lagi yang versi biasa tu.ni adalah album paling hit pada tahun 2010 yang lalu..kerana berjaya menjuarai carta dalam senarai album paling laris.album ni hit no.1 di UK,US,Canada,negara2 di Amerika Latin dan juga seluruh Eropah.

Lagu2 di dalam album ni pun bole tahan hebat jugak.secara peribadi,aku meminati lagu "The Final Frontier","El Dorado","Coming Home","Starblind","The Talisman" dan "When The Wild Wind Blows".


Dalam cd ni jugak ada bonus extra access.takda dalam album versi biasa.untuk access apa yang ada dalam cd ni kena masuk website maiden untuk tengok apa yang ada dalam bonus cd ni..so, bila aku bukak apa yang ada ialah :
Filmed band footage
Wallpapers
Iron Maiden Photos
Iron Maiden game,Mission II : Rescue And Revenge
The Final Frontier Video ( Directors Cut)
Wallpaper,photo suma bole di download untuk di jadi kan screensaver dan wallpaper untuk pc korang.ok la untuk versi mission edition ni.

yang belakang ni pulak senarai tajuk lagu dalam album ni..lagu2 yang best dengan solo gitar dari "3 Amigos" iaitu Andrian Smith,Janick Gers,dan Dave Murray.lepas ni tunggu versi piring hitam pulak.hehe..

No comments:

Post a Comment