Tuesday 13 March 2012

The Walking Dead Season 1


Sebelum ni drama bersiri yang aku suka layan ialah Heroes,tapi di sebabkan lama sangat nak tunggu Heroes season yang terbaru ni keluar,aku pun layan la drama ni..yang sebenarnya The Walking Dead dah keluar season yang ke 2 pun..tapi kerana belum habis lagi tayangan nya di tv,aku nak cerita yang season 1 punya dulu.drama ni sebenarnya adalah adaptasi daripada grafik novel hasil tulisan dari pada Robert Kirkman,Tony Moore dan juga Charlie Adlard.di terbit dan di arahkan oleh Frank Darabont seorang pengarah yang pernah menghasilkan filem yang paling banyak memenangi oskar,iaitu "The Shawshank Redemption".siri ini telah bersiaran di US pada 31 oktober 2010 yang lalu dan juga di tayangkan di siaran tv Malaysia.siri ini menjadi paling hit dalam sejarah kerana di tonton oleh lebih 6 juta orang penonton hanya di US sahaja.
Dan pada yang tak tau,ni adalah drama bersiri kisah Zombie atau pun mayat hidup.memang betul dah terlalu banyak filem2 dari US yang bercorak zombie ni,tapi drama bersiri ni lain daripada yang lain..bukan saja menceritakan kisah zombie,tetapi menceritakan juga konflik antara mangsa2 yang terselamat dari serangan zombie tersebut.

Sinopsis :
Mengisahkan seorang sheriff bernama Rick Grimes yang cuba memberkas penjenayah yang akhirnya beliau telah di tembak oleh penjenayah tersebut dan menyebabkan beliau mengalami koma yang agak lama,apabila beliau telah sedar dari koma yang agak panjang,beliau mendapati hanya dia je yang tinggal keseorangan di hospital tersebut..ini menyebabkan beliau bingung dan menjadi tanda tanya kenapa hospital tersebut takda orang dan keadaan di kawasan situ menjadi lengang.dia akhirnya mengetahui selepas teserempak dengan seorang mangsa yang terselamat dari keadaan huru hara tersebut.seluruh kawasan di  bandar itu telah di serang oleh zombie..dan Rick juga mendapati anak dan isterinya telah hilang dan menjadi tanda tanya sama ada isteri dan anaknya masih hidup atau sebaliknya.Rick akhirnya mengambil keputusan untuk ke Atlanta,di mana beliau dapat informasi dari mangsa yang terselamat mengatakan mungkin anak dan isteri nya masih hidup dan tinggal di pusat kuarantin di Atlanta.
Di tempat kuarantin atau pun zon selamat di Atlanta isteri Rick yang bernama Lori dan anaknya Carl,yang terselamat dan bersembunyi bersama mangsa2 yang selamat yang lain dan juga kawan baik Rick iaitu Shane Walsh..Shane yang dah menganggap kawan baiknya Rick tu dah mati,mula menaruh hati kepada Lori,dan berlakunya konflik antara Shane dan Lori.keadaan bertambah rumit bila Lori dah mula menaruh hati kat Shane,Rick akhirnya muncul di zon selamat tersebut.ini menyebabkan Shane mula menjadi tak tentu arah dan cuba untuk membunuh Rick demi untuk merebut cinta dari Lori..
tu lah antara sinopsis yang boleh aku ceritakan serba sedikit..apa kesudahannya?korang kena la tengok sendiri..hehe..pada aku drama ni ok la,tidak hanya menceritakan pasal zombie je semata2,tetapi ada juga menceritakan tentang kasih sayang,semangat setiakawan,dan juga tekanan pada survival yang terselamat.memang drama ni tak boring,boleh layan walau pun ceritanya ada mcm ala2 movie "Dawn Of The Dead"..gaya penceritaan dan plot yang tersusun,tak hairan lah drama ni boleh menjadi hit di US.pada yang tak penah tengok drama ni,memang aku syorkan try la tengok..memang best.dan dengar citer The Walking Dead season 2 makin ada banyak zombie dan ada banyak adengan berdarah dan zombie yang semakin ganas..!

**(boleh layan)

No comments:

Post a Comment