Saturday 3 March 2012

King Diamond - Conspiracy

Selain dari cerita seram yang selalu kita tengok di layar perak,dalam cabang muzik juga mempunyai cerita..pernah tak korang dengar sesuatu album dari artis kegemaran korang menyanyi sambil bercerita di dalam lagu tersebut?kisah fantasy,seram ataupun hantu.itu lah di panggil "konsep album".di barat,album2 sebegini telah lama di buat oleh pemuzik sana terutama dalam aliran muzik keras atau di panggil heavy metal ni..dan antara konsep album yang pernah menjadi hit dan berjaya adalah "Iron Maiden - Seventh Son Of a Seventh Son","Queensryche - Operation Mind Crime" dan juga King Diamond "Them" dan Conspiracy..

Album ni yang telah di riliskan pada tahun 1989 adalah  sequel atau pun sambungan dari album King Diamond yang terdahulu bertajuk "Them".mempunyai jalan cerita yang menarik seolah2 kita sedang menonton filem seram bertaraf Hollywood.aku suka layan lagu dalam album ni..King Diamond betul2 buat lagu macam mengarah filem,bunyian2 dalam album ni bila di dengar,macam tengah layan dvd movie je.memang best.
ada 10 trek lagu yang "bercerita" dalam album ni :
1."At the Graves"      
2."Sleepless Nights"      
3."Lies"      
4."A Visit From the Dead"      
5."The Wedding Dream"      
6.""Amon" Belongs to "Them""      
7."Something Weird" (Instrumental)    
8."Victimized"      
9."Let It Be Done"      
10."Cremation" (Instrumental)
Dan pemuzik dalam album ni ialah King Diamond - penyanyi,Andy LaRocque - Gitar, Pete Blakk - Gitar,Hal Patino - Bass dan Mickey Dee (kini bersama Motohead) - Drum.
Andy LaRocque adalah favourite gitaris aku jugak..permainan beliau memang setaraf dengan lagenda heavy metal yang seangkatan dengannya.solo2 beliau dalam ni pun memang menyengat halwa telinga aku sama jugak dengan jeritan King sediri.
Dalam sequel ni watak King dalam penceritaan lagu ni kononnya dah dewasa dan beliau cuba kembali kepada "House Of Amon" untuk menebus tempat yang sahnya sebagai pewaris bagi rumahnya. Bagaimanapun ,misteri yang tidak berjawab tentang kematian kakaknya, penglibatan ibunya dengan ahli terapi yang saiko yang cuba untuk membunuh King , dan kegilaannya sendiri semua membuktikannya telah menjadi sukar jika tidak penghalang tidak dapat diatasi.King yang telah membunuh neneknya yang jahat yang mepunyai pakatan dengan dengan hantu dari album "Them" telah berganding bahu dengan hantu yang menjadi musuh beliau di dalam album "Them" tu untuk menyelamatkan ibu nya dari ahli terapi saiko tersebut.ini kerana King telah membuat perjanjian dengan hantu tersebut jika King sanggup berganding bahu untuk menewaskan ibunya yang telah berconspiracy dengan doktor gila tersebut,King berpeluang bertemu kembali dengan kakak nya "Missy " yang telah mati untuk menyelesaikan misteri rumah pusaka yang menjadi rebutan antara King,ibu nya dan doktor gila tersebut..
memang pening sikit jalan cerita dalam album ni..sama macam kita tengok movie cerita hantu yang penuh teka teki dan misteri..tetapi sound di dalam album ni memang berbunyi heavy metal tahun 80an punya..memang klasik.!..so pada metalhead kat luar sana nak tau macam mana penceritaan di dalam lagu atau di panggil konsep album,boleh try album ni..memang terbaik..!
                                               King Diamond - Sleepless Night

No comments:

Post a Comment