Wednesday 21 March 2012

Artwork

Selain muzik,cover album juga memainkan peranan untuk menarik perhatian peminat muzik untuk membeli sesuatu album tu..kadang2 lagu dalam album best tapi cover album tak menarik,begitu la sebalik nya..macam aku,aku suka complete package.lagu dalam album tu best dan kulit album atau artwork tu menarik perhatian.salah satu album yang dah tentu aku ada dah semestinya album2 Iron Maiden.mascot Iron Maiden iaitu "Eddie" memang dah famous dan boleh di katakan lagenda juga dalam dunia heavy metal dunia.ni adalah antara album artwork kesukaan aku,dan ada juga yang aku beli album nya..
                                         Toxic Holocaust - Hell On Earth(2005)
Band Thrash Metal 80an dari US ni dah gunakan zombie untuk di jadi kan album cover mereka.masa tu movie pasal zombie dah mula menular kat US kot.apa pun artwork album ni memang cantik.

                                      Anthrax - State Of Euphoria (1988)
salah satu dari nostalgia jugak cover album ni..pasal masa ni aku sekolah rendah lagi..abang2 aku la yang kenalkan kat aku muzik keras ni..dan abang aku dulu ada tshirt Anthrax ni.antara album terbaik dalam list heavy metal kat US.

                                                 Def Leppard - Pyromania (1983)
Kumpulan glam/hard rock Def Leppard ni pun salah satu nostalgia masa aku kecik.band ni jugak abang2 aku yang introducekan kat aku.lagu terbaik dalam album ni : "Too Late For Love" dan "Photograph" lagu terbaik Def  Leppard sepanjang zaman.aku ada album ni dalam versi piring hitam.

                                            Sodom - Agent Orange (1989)
Album ni keluar masa aku dah sekolah menengah.album terbaik dari lagenda Thrash Metal German dan album terakhir bersama gitaris Frank Blackfire.beliau keluar dari Sodom lalu menubuhkan band Kreator.ni pun terpengaruh dengan abang aku jugak la ni..pasal abang aku ada T-shirt dia dulu..hehe..aku pun ada juga beli tshirt ni tapi tak pakai pun..hehe.
Dan 2 artwork album yang paling2 aku suka seiring dengan muzik nya sekali ialah ni haa..
                                        Iron Maiden - Be Quick Or Be Dead Singles (1992)
 Singles ni di riliskan pada waktu berlakunya skandal politik dan rasuah di England pada masa tu.sekali tengok orang akan fikir hantu nak cekik ahli korporat tu.tapi yang sebenarnya ialah mascot "Eddie" tu cekik ahli korporat tu kerana beliau marah dengan senario di England pada waktu tu..gejala politik wang dan rasuah.apa pun ni memang antara cover album paling aku minat.dan lagi 1 ialah yang ni..
                                       Iron Maiden - Maiden Japan live at japan (1981)
Masa aku kecik dulu selalu nampak brader2 rock pakai tshirt ni.dulu. aku tak tau napa hantu ni pegang pedang samurai..rupa2nya Iron Maiden dah buat konsert kat Jepun.artwork ni memang aku suka,Eddie dengan pedang samurai nya. nama Maiden Japan ni sebenar nya Maiden perli Deep Purple dengan album Made In Japan nya.masa tu mungkin diorang tak suka Deep Purple kot?hehe..cover ni jugak antara artwork Iron Maiden yang paling aku suka.
bila senilukis dan seni muzik di gabungkan memang akan jadi seni yang paling berjaya..

No comments:

Post a Comment