Saturday, 27 September 2014

Ranjau Sepanjang Jalan (1983)


Antara "classic art movie" yang terbaik pada aku.walaupun filem ini di terbitkan ketika aku budak2 lagi dan pernah menontonnya suatu ketika dulu,tetapi bila menonton filem ini di waktu dewasa ni baru lah kita faham akan  cerita di sebalik kisah 'Ranjau Sepanjang Jalan' ini.

Filem ini di adaptasikan dari karya novel penulis terkenal Shahnon Ahmad,di bintangi oleh pelakon hebat seperti Sarimah,Melisa Saila,Ahmad Marbawi,Ahmad Mahmud,Puteri Salbiah dan Marlia Musa (bini sifu M.Nasir)
Filem ini mengisahkan tentang kemiskinan dan perjuangan keluarga petani yang mempunyai 7 orang anak hanya mencari rezeki mengerjakan sawah padi,ceritanya memang kedengaran tak berapa menarik,tapi kalau sesiapa yang pernah menonton filem ini mesti akan rasa sedih punya..filem ni menjadi antara filem yang top pada tahun 1983,dan pernah menyertai beberapa festival filem di luar negara dan pernah memenangi beberapa anugerah.

Sehingga ke hari ini,produsernya memang tak mahu karya ini di terbitkan dalam bentuk dvd atau di siarkan di televisyen,kerana bimbang akan di cetak rompak,kali terakhir filem ini di tayangkan di tv kalau tak silap pada awal 90an.pada anda yang tak pernah berpeluang menonton filem ini,boleh baca novelnya..memang terbaik.antara khazanah filem melayu 'art' yang dah jadi klasik sepanjang zaman.

Aku buat entri ni kerana pengarah filem ini iaitu Allahyarham Datuk Jamil Sulong yang telah meninggal dunia semalam.thanks for the beautiful art..semoga roh nya di cucuri Rahmat Allah SWT
AL FATIHAH.

6 comments:

  1. Innalillah wa innalillahi rojiun

    ReplyDelete
  2. I ever read the book as a child. I completely immersed myself in the horror of the duri and onak and tak boleh baik2 jugak...

    ReplyDelete
  3. Innalillah wa innalillahi rojiun.

    Antara novel pertama yang aku baca selain Badai Semalam masa kanak2 dulu....Memang sedih ceritanya....kau cakap ni baru aku perasan lama betul cerita ni tak main kat tv...

    kesan cerita ni...aku pernah phobia nak makan cendawan masa budak2 dulu.......

    ReplyDelete
  4. Cerita ini lah buat pertama kali aku masuk panggong wayang diusia 6 tahun...

    ReplyDelete
  5. Cerita ini lah buat pertama kali aku masuk panggong wayang diusia 6 tahun...

    ReplyDelete
  6. Hi~ Just wanna ask where can I find this film... nice if you can kindly tell me

    ReplyDelete