Friday 5 September 2014

Powerslave 30 Tahun

Perasan kat FB page Metal Hammer dan kebetulan Berteromber pun ada cerita pasal album Iron Maiden Powerslave Kat Sini (sementara nak tunggu rilisan semula rekod2 Maiden nanti kan)

versi piring hitam dan cd






piring versi US press





piring versi reissue 2013




piring bergambar reissue 2013 side A




Side B


Tahun 1984,pada 3 September,rilisnya album ini,album heavy metal UK yang berjaya menjajah Amerika dengan terma "New Wave Of British Heavy Metal" atau dengan singkatannya NWOBHM.tahun 1984 juga masa tu aku masih lagi budak hingusan (baru sekolah darjah 2 je pun)tapi kerana abang aku yang seorang ni dulu penah beli kaset versi lanun Powerslave dan Somewhere In Time,dari situ la aku baru kenal Maiden dan Eddie...dulu memang aku suka tengok mascot Eddie tu dalam pelbagai gaya dan versi,tak penah rasa takut pun..heheh..

Tshirt rock pertama yang aku pernah dapat dan pakai ialah Powerslave juga (tahun 1988,aku darjah 6,tshirt tu beli kat pasar kemboja dengan harga rm 5 hasil kumpul duit belanja sekolah)menyebabkan bebudak kelas aku yang minat Desire (band rock kapak dari Kelantan tu)mula memandang serong kat aku pasal aku layan rock omputih..heheh..masa tu pun sebenarnya aku belum betul2 minat dengan Maiden sebenarnya,sehinggalah member sekelas aku sorang ni nyanyi lagu '2 Minutes To Midnight' tu sambil dengar kat walkman beliau,dari situ aku dah mula suka Iron Maiden..dulu aku sebut 'iran maiden'..heheh..

Ok,pasal album ni pulak,lagu2nya memang best kesemuanya seperti 'Aces High' 2 Minutes To Midnight' 'Flash Of The Blade'(aku suka bunyi intro gitarnya) lagu instrumental 'Losfer Words (Big 'Orra)','Powerslave' dan juga lagu paling epik dalam album ini yang berdurasi selama 13:42 saat iaitu 'Rime Of The Ancient Mariner' antara lagu terbest yang peminat Maiden mesti tau.

Kenangan aku dengan Powerslave dan 'firaun Eddie' sehingga ke hari ini,rekod Powerslave kerap juga aku putarkan kat turntable aku..terima kasih jugak kat abang aku (sampai sekarang still lagi simpan rambut panjang) kerana memperkenalkan aku kat Iron Maiden ini..



7 comments:

  1. green is the cat's eye that glows...

    ReplyDelete
  2. amboi...ada 2 keping eh versi vinyl....ni yang rasa kelat2 rachun kat bibir ni....hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually ada 3 bro,versi UK press pun ada..heheh

      Delete
    2. susah jadi fan maiden ni, semua kena kolek..hehe

      Delete
  3. Semalam kat kerja, aku kerja 3rd shift, bukak tqblet, masuk youtube, main powerslave full album...

    My whkle life flash before my eyes. Whole bukan whkle.
    Kenangan ni semua.

    First time aku tengok maiden main live, dorang berterabur bqwak rotam, tu la dorqng pun manusia, tapi... dorang pro, kejap je tengok satu sama lain terus recover macam takde benda.


    Desire, aku suka... pilu..menyentuh hati... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nian cinta ngan sentuhan pun ok jugak lagu dia..heheh

      Delete