Thursday, 4 September 2014

Ayam Black Metal?






tengok dagingnya pun hitam..ini baru betul black pepper chicken..heheh


*Semua gambar di cilok dari geekologie.com

Ayam hitam selalunya di kaitkan dengan ilmu/alam mistik  di seluruh nusantara (Malaysia,Indonesia,Thailand)selalunya ayam hitam ni memang menjadi buruan pengamal ilmu mistik.pernah juga sewaktu aku kecik dulu dengar cerita yang berkaitan dengan ayam hitam ni.antaranya seperti di gunakan untuk upacara 'tarik duit' la,santau la,dan pelbagai lagi perkara mistik yang lain (menyekutukan Allah Swt adalah salah satu dosa besar..ingat tu).
Tapi ayam yang ni memang agak unik,dari kulitnya sehingga daging kesemuanya berwarna hitam.ayam ini hanya boleh di temui di Indonesia je.di Indonesia di panggil sebagai 'Ayam Cemani'.kalau di sini memang ada ayam hitam,tapi tak sehitam ayam cemani ini..

Apa pun ini adalah sebahagian dari keistimewaan ayam hitam Indonesia yang memang susah nak jumpa kat tempat lain,sehinggakan kelompok Black Metal Norway pun rasa tergugat dengan kemunculan ayam hitam ni..heheh...

*Mungkin lepas ni geng2 Black Metal Norway akan guna ayam hitam pulak sebagai mascot menggantikan kepala kambing?

Untuk info lebih pasal ayam ni boleh jenguk sini :
http://geekologie.com/2014/09/rare-all-black-chickens-even-have-black.php

7 comments:

  1. fuhhhh...sampai dalam tekak dan daging pon hitam. Banyak Khasiat ni...khasiat metal. hahahaha. kalau buat sup, sup pon jadi hitam ke?

    ReplyDelete
  2. uihh!!! x penah jumpa... tapi member aku skarang ni dok gila bela ayam Poland.. harga sampai 200-300 sekor.

    ReplyDelete
  3. wow rasanya cam nak belah saja ayam ni.. hahaha

    ReplyDelete
  4. susah jugak kalau nak golek ni...tak sure dah hangus ker belum...hahaha...

    ReplyDelete
  5. Memang best layan Black Metal! Stress pun hilang (berbanding jika saya layan K-Pop, bertambah stress adalah)! 😈

    ReplyDelete