Monday, 29 September 2014

Falsafah Sahabat

*Persahabatan adalah satu-satunya pintu kemerdekaan kita. banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri kita sendiri sekalipun, tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat. sebab itu persahabatan yang jujur adalah salah satu dari tangga kejayaan

*Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah engkau sendiri cekap menjadi sahabat orang

*Sahabatmu suka kepadamu, tetapi tidaklah setiap orang yang suka kepadamu itu adalah sahabatmu

*Kesenangan hidup akan memperbanyakkan teman, tetapi persahabatan yang setia adalah ketika menempuh kesukaran

*Yang semulia-mulia kewajipan bersahabat ialah mengetahui kehendak dan kemahuan sahabat sebelum dikatakannya. Dan engkau menunaikan permintaannya sebelum dimintanya.

*Kalau jadi sahabat orang ramai, tidak boleh jadi sahabat orang seorang

*Kalau sahabatmu tertawa, hendaklah ditanya apa sebab dia senang; kalau sahabatmu menangis, selidikilah apa sebab dia susah

*Jika engkau memberikan sesuatu kepada sahabatmu, ia ibarat engkau memeberikannya kepada diri sendiri

*Bila orang telah merasa dirinya besar, dia lupa akan salahnya. hanya sahabat yang setia yang sanggup membukakan matanya.

*Teman yang ’ berudang di balik batu’ ibarat anjing di tepi jalan, yang ditujui hanyalah tulang yang akan dilemparkan, bukan tangan yang melemparkan tulang itu

*Cemburu perempuan kepada perempuan, akan memutuskan tali persahabatan

*Bila seorang perempuan telah sudi menghulurkan tangan persahabatan kepadamu, itu petanda umurmu telah lepas dari zaman bercinta

Semua kata-kata di atas adalah daripada tokoh ilmuan terulung dan juga penulis hebat iaitu HAMKA

Its great to have YOU,my great friends ;)



5 comments:

  1. Aku nak tujukan kat kau satu lagu ok..

    Kawan -ruhil...

    Cewah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. versi ramli sarip jadi teman (kalau tak silap)

      Delete
    2. hahaha..ruhil pena dgr lagu tu...kawan apa erti kasih.. camtu ekk

      Delete
  2. *Bila seorang perempuan telah sudi menghulurkan tangan persahabatan kepadamu, itu petanda umurmu telah lepas dari zaman bercinta

    errr...ok...nampaknya aku belum lepas dari zaman tu....hahaha...

    ReplyDelete