Wednesday 3 September 2014

The Prince (2014)



Filem yang bergenrekan gengster thriller yang baru di tonton masa cuti merdeka tempohari..

Walaupun ia nya di barisi oleh pelakon hebat seperti Bruce Willis (Die Hard) John Cusack (2012,Con Air) Jason Patric (Speed 2) dan pelakon/penyanyi Korea iaitu Rain,tetapi menonton filem ini seperti menonton filem B grade je..tiada apa yang menarik,malah boleh di jangka jalan ceritanya..Antara sebabnya aku teringin nak nak tengok kerana kesemua pelakonnya hebat dengan filem box office masing2.

Kisahnya simple,mengisahkan tentang Paul (Jason Patric) seorang bekas gengster/pembunuh upahan dan bapa tunggal yang mengusahakan bengkel kereta telah kehilangan anak perempuan kesayangannya yang telah di culik oleh musuh lama beliau dalam dunia mafia iaitu Omar (Bruce Willis).ini menyebabkan Paul meminta pertolongan rakan baiknya dan juga bekas mafia yang bernama Sam (John Cusack)untuk menjejaki anak perempuan Paul yang telah di culik.yang selebihnya tak payah la aku nak cerita,korang semua mesti dah tau kesudahannya..

Babak lakonan Rain (sebagai orang kanan Bruce Willis) juga kurang dan tidak menyerlah berbanding filem Ninja Assassin lakonan beliau sebelum ini,babak pertarungan beliau dan Jason Patric juga hambar.aku terus tekan button 'stop' setelah Bruce Willis kena tembak dengan Jason Patric.sebab terlalu kecewa sangat dengan stail pernceritaan dalam filem ini yang terlalu hambar.
Tapi pada peminat Bruce Willis nak tonton movie ini,boleh je,cuma pada aku filem ini memang amat2 mengecewakan..

1/5*

2 comments:

  1. kau dah cakap macam tu...nampaknya tunggu main kat astro ajer la...

    tapi seriously...filem2 Bruce Willis kebelakangan ni semua macam grade B...

    ReplyDelete