Selepas Awie keluar dari Wings pada tahun 1993,anggota Wings yang lain,(masa tu tinggal Jojet,Joe dan Eddie)seperti hilang punca.kerana tidak ingin melihat kumpulan ni berkubur,sementara mencari pengganti Awie pada ketika itu,mereka telah melakukan satu kejutan dalam persada muzik rock tanahair,dengan menerbitkan album Wings & Superfriends Opera Dalam Kenangan.memang menjadi kenangan terbaik bagi peminat2 Wings khasnya..
Album ni di terbitkan pada tahun 94.sebenarnya aku ada part 1 yang versi kaset,tapi dah lunyai kaset dengan covernya sekali,part 1 cover dia warna merah,part 2 ni berwarna hijau.secara peribadi,aku lebih suka yang part 2 ni pasal banyak lagu heavy yang telah di rakam semula.istimewanya album ni ialah,Wings telah menjemput semua rakan2 seperjuangannya dalam arena muzik rock.antara artis yang terlibat ialah Mus May,A.Romzi,Ito Blues Gang,Andy Mclean(penyanyi Australia)Azul(antara calon yang bakal menggantikan Awie dulu tapi tak jadi)Hattan,M.Nasir,Yantzen Rusty Blade,papa rock Ramli Sarip,Allahyarham Nike Ardilla(penyanyi dari Indonesia)Amy Search dan mama rock Sahara Yaacob(mana pegi dia skang eh?).
Lagu2 yang terdapat dalam cd ni ada lagu baru,dan ada lagu versi rakam semula dari album2 Wings yang dulu.proses rakaman untuk album ni memang terbaik lah.semua bunyi gitar drum dan bass dengar.aku suka sound drum Jojet dalam album ni.bunyi bass drum dia sedap.antara lagu yang terdapat dalam album ni :
1.Paus Menangis(instrumental)
macam bunyi skor muzik untuk filem je instrumental ni,last part baru dengar gesekan gitar Joe yang seakan2 bunyi ikan paus.dah nama lagu pun Paus Menangiskan..Joe juga antara salah seorang pemain gitar terbaik kat Malaysia ni.
2.Alam Barzakh(nyanyian bersama Mus,Ramli Sarip,Andy Mclean,Azul dan Amy Search)
Lagu dari album Teori Domino(1990).aku suka versi yang ni,betul2 heavy dari versi asalnya.memang terbaiklah.tengok je lah senarai penyanyi dia,jeritan Amy dengan Mus?memang power!..permainan double pedal Jojet memang best dalam lagu ni.
3.Di Tepian Gelanggang (Ito Blues Gang).
Aku pernah dengar lagu ni yang versi Aris Ariwatan nyanyi,tapi Ito nyanyi dengan stail dia yang tersendiri,kira ok lah,walau versi Aris ada part vokal tarik panjang punye..stail vokal Ito tetap dengan Blues nya..
4.Orang Kita (Ramli Sarip)
Lagu ni memang kena dengan Ramli Sarip dengan suara serak2 basahnya tu.bunyi bass Eddie dengan bass drum Jojet seakan 'melekat'.memang sedap.yang ni pun aku suka dari yang versi asal.lagu ni dari album Hukum Karma (1988).
5.Biarkan Berlalu (Ito Blues Gang)
Dari album Belenggu Irama (1987)..tapi versi nyanyian Ito ni,alahai..macam tak kena je.aku rasa lagi slow dari versi yang asal.
6.X'po Imaginasi (M.Nasir)
Lagu baru untuk album ni.Wings cuba bereksperimentasi dengan lagu ni.lagu ni best.dengan lirik tipikal M.nasir(beliau ni suka buat lirik yang agak kompleks pada masa yang sama menyindir untuk memberi kesedaran kepada kita)lagu yang berentak progresif rock.(aku ni tak berapa pandai sangat nak menilai..hehe)
7.Pengembara Terasing (Allahyarham Nike Ardilla)
Lagu slow ballard,lagu ni best,memang kena dengan suara Nike Ardilla ni..beliau merupakan penyanyi terkenal dari Indonesia yang begitu popular di sekitar awal 90an dulu.ni pun kira lagu baru untuk album ni.ciptaan Joe sendiri.memang 'matching' lah dengan stail vokal Nike Ardilla ni.
8.Kiblat Laser (Amy Search)
Lagu ciptaan Joe Wings jugak.pun lagu baru untuk album ni.lagu yang berentak ala2 alternatif gitu (awal 90an muzik alternatif memang tengah hangat kat Malaysia).lagu ni pun best.
9.Satelit Puaka (Mus May)
Lagu dari album Bazooka Penaka (1993).versi Mus dengan versi Awie,dua2 pun best.aku suka kedua2 versi lagu ni.
10.Dari Tuhan (A.Romzi)
Lagu dari album Belenggu Irama (1987)lagu berunsur ketuhanan ni nyanyian penyanyi 60an A.Romzi.di olah semula lagu ni jadi heavy sikit dari versi asal.kira ok lah.walaupun takda part jeritan macam Awie nyanyi dalam versi asal.
11.Jerangkung(Instrumental)
Lagu yang tak sampai seminit pun,hanya jeritan Mus May pada first part.
12.Bernafas Dalam Lumpur (Mus May)
Lagu dari album Bazooka Penaka (1993) lagu yang berentak mid tempo.yang ni agak kureng sikit pasal stail muzik dia dah di olah kembali.aku lagi suka versi asal nyanyian Awie.
13.Rantai (M.Nasir)
Lagu dari album Teori Domino (1990).dari segi susunan muzik,versi ni aku suka sebab bunyi bass drum Jojet jelas,padat dan padu.lagu memang ciptaan M.nasir dan beliau nyanyi dengan stail beliau sendiri.aku lebih suka versi asal nyanyian Awie.
Kesimpulannya album ni memang terbaik dan betul menjadi 'Opera Dalam Kenangan' dalam lipatan sejarah rock tanahair.Wings juga memang dah jadi band lagenda dalam arena rock Malaysia ni sejak dari zaman rock kapak lagi.
Wings - Eddie,Jojet(skang dah di gantikan dengan black kembali )dan Joe
Terbaikk
ReplyDeleteXpo imaginasi bukan lagu baru la
ReplyDeleteBro sape penyanyi lagu asal xpo imaginasi?
DeleteAwie nyanyi..
Delete