Sebuah karya seniman agung Tan Sri P.Ramlee yang di terbitkan oleh Penerbitan Angkatan Baru pada tahun 1965,kini di terbitkan kembali oleh Fixi Retro pada pertengahan tahun ini.walaupun karya seniman agung ni dah berusia 47 tahun,(aku pun lum lahir lagi)memang wajar di terbitkan kembali agar di kenali oleh generasi zaman cyber ni.aku beli pada minggu lepas,dan hanya mengambil masa 2 hari je untuk menghabiskan seluruh isi cerita dalam novel ni.dengan hanya menggunakan kertas kitar semula(mungkin untuk mengekalkan ke'retro'an nya)dan bahasanya di olah kembali supaya sesuai untuk bacaan generasi sekarang.walaupun P.Ramlee ni tak belajar tinggi,hanya bersekolah sampai sekolah rendah,gaya bahasa dan penceritaannya dalam novel ni menarik sekali.bahasa sasteranya memang terbaik.
Buku ni takda la mahal mana,cuma rm20.00 je.kalau berminat boleh cari ni kat kedai2 buku macam MPH ke,Popular ke,memang ada jual.setiap hasil royalti novel ni akan di berikan kepada cucu P.Ramlee iaitu Zakaria Nasir(kita semua sedia maklum royalti untuk filem,lagu2 Tan Sri P.Ramlee ni dulu memang satu sen pun anak2 beliau tak dapat di sebabkan tiada akta hakcipta pada waktu tu).kepada yang tak tau,Sitora Harimau Jadian ni adalah berdasarkan dari filem arahan seniman agung ni pada tahun 60an dulu,yang di katakan telah 'hilang' dalam simpanan arkib negara dan Merdeka Studio.dan pernah di tayangkan hanya sekali je di kaca tv Malaysia pada tahun 70an dulu..kemana 'hilang'nya filem ni masih menjadi misteri sampai lah sekarang.
poster filem Sitora Harimau Jadian
'Sitora' adalah dari perkataan jepun yang bermaksud harimau.P.Ramlee juga memang fasih berbahasa jepun.dan P.ramlee juga akui,beliau mendapat idea untuk menghasilkan filem ni berdasarkan filem2 dari barat seperti 'The Wolfman' dan 'Werewolf Of London'.beliau juga bijak mengatur penceritaan dalam novel ni,dengan menggabungkan sains fiksyen dan tahyul.memang patut beliau di gelar seniman agung yang genius.
Stail penceritaan dalam novel ni memang di ambil bulat2 dialognya sama seperti dalam filem tersebut.ada juga di selitkan petikkan gambar2 dari filem Sitora Harimau Jadian.walau tak dapat tengok filemnya dapat la jugak aku tengok screenshot nya.watak2 dalam novel ni pun sama juga yang ada dalam filemnya.antara watak tersebut ialah :
Dr.Effendi (P.Ramlee)
Pendekar Amin
Naemah (anak pendekar amin)
Ocpd Mutalib(pengawai polis)
Tok Dukun(Sitora)
Dr.Abu Bakar
Tok Penghulu
Kisah bermula di Kampung Kiambang yang penduduknya hidup di dalam ketakutan setiap hari kerana takutkan Sitora harimau jadian yang mengganas di kampung tersebut,Naemah,anak pendekar Amin telah beberapa kali di ganggu oleh jelmaan harimau jadian tersebut.ni menyebabkan pendekar Amin hilang sabar dan cuba memburu Sitora.atas nasihat Tok Penghulu,mereka pergi melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis,tetapi Mutalib,pegawai polis berpangkat ocpd tidak mempercayainya dan sebaliknya beliau mengatakan penduduk kampung kiambang terlalu percaya dengan tahyul dan tok dukun.atas cadangan ocpc Mutalib,beliau telah menjemput seorang doktor muda iaitu dr.Effendi untuk mengekang kepercayaan tahyul di kampung Kiambang,dengan menggunakan ubatan moden untuk mengubati Naemah yang lemah setelah di sakat Sitora,Dr. Effendi telah di terima oleh penduduk kampung tersebut dan telah mendirikan klinik di kampung tersebut.ini menyebabkan tok dukun kurang senang dengan dr.Effendi dan mula menghasut penduduk kampung kiambang supaya membenci dr.Effendi.sebab mata pencarian tok dukun dah hilang kerana selama ni beliau menipu orang2 kampung kiambang yang beliaulah sebenarnya Sitora harimau jadian tu.oleh kerana tak tahan dengan tekanan,Sitora telah mengamuk dan membunuh Tok penghulu dan isterinya,pendekar Amin dan isterinya,dan Sitora telah menyumpah dr.Effendi dengan menjadikan beliau harimau jadian jugak.dan beliau telah di gelar 'anak sitora'.Dr.Effendi tak boleh melihat cermin,kalau beliau tengok cermin je serta merta akan berubah jadi harimau jadian.Sitora akhirnya dapat di tewaskan dan sumpahan dr.Effendi dapat di pulihkan dengan bantuan Dr.Abu Bakar.(dr.abu bakar ni memiliki kayu tas iaitu sejenis kayu yang amat di takuti binatang2 di hutan).akhirnya dr.Effendi berkahwin dengan Naemah anak pendekar Amin.
Agak mudah dan simple je jalan cerita dia,tak terlalu kompleks.dari awal lagi masa aku baca buku ni,aku dah agak mesti tok dukun tu la Sitora..hehe..filem dan novel ni memang hebat,menggabungkan sains dan tahyul,sesuatu yang tak pernah di buat oleh sesiapa pun pada zaman tersebut.
Baca buku ni pun seolah2 sedang menonton filemnya juga..pihak Fixi Retro juga berkata akan menerbitkan lagi novel2 lama yang telah hilang di telan zaman.kalau ada lagi karya2 seniman agung ni haruslah di terbitkan semula agar tidak hilang di telan zaman.kepada mereka yang nak beli novel ni secara online,boleh gi kat fixi.com.my.
Kini,setelah lebih 4 dekad,Sitora akhirnya kembali mengaum!
nice info bro.
ReplyDeletetima kaseh sifu..hehe
ReplyDeleteGua ada beli buku ni jugak...tapi blm baca lagi
ReplyDelete