Monday 13 August 2012

Rock Story

Sukan Olimpik London 2012 telah pun melabuhkan tirai penutupnya pada hari ini..so,aku pun nak cerita sikit pasal scene rock kat UK sejak kebelakangan ni.

Paul Di'anno(bekas vokalist Iron Maiden)

Beliau merupakan bekas vokalist kumpulan rock lagenda UK iaitu Iron Maiden.selepas beliau keluar dari Iron Maiden,beliau telah menjadi penyanyi solo dan telah banyak merakamkan album solo.pengaruh muzik Paul Di'anno kebanyakkan nya adalah punk.beliau sempat merakamkan album bersama Iron Maiden.2 album Iron Maiden yang terawal di mana Paul ni menjadi vokalisnya iaitu 'Iron Maiden' dan 'Killers'.
Selepas itu beliau telah di tendang keluar dari Iron Maiden kerana anggota Maiden sendiri tak tahan dengan perangai 'rockstar' beliau.selalu di bawah pengaruh alkohol dan dadah,hinggakan pada suatu ketika beliau tidak dapat menumpukan kepada nyanyian beliau sewaktu konsert kerana di bawah pengaruh dadah.
Selepas keluar dari Iron Maiden,Paul telah meneruskan karier solo nya bersama pemuzik undangan bagi mengiringi setiap pesembahan pentas beliau.
Kini setelah bertahun2 beliau bergerak solo,beliau mengambil keputusan akan bersara dari arena heavy metal ni pada penghujung tahun 2013.dan beliau juga cakap akan melakukan 'farewell tour' di seluruh dunia.Paul Di'anno berusia 54 tahun.nak pencen dah pakcik Di'anno ni..antara lagu Iron Maiden yang aku suka waktu Paul Di'anno ni jadi vokalist Maiden ialah lagu ni :
                                  Running Free(bunyi pun ala2 punk jugak)

 

Steve Harris/British Lion

Ketua dan pengasas band lagenda UK Iron Maiden ni telah mengumumkan album solo pertama beliau yang bertajuk British Lion.satu kejutan dalam dunia muzik heavy metal kerana tiada siapa menyangka otai Iron Maiden ni akan menerbitkan album solo nya sendiri.sebelum ni gitaris Maiden Adrian Smith dah meriliskan side projectnya pada bulan june lalu.album ni di kata kan album eksperimental Steve Harris kerana stail muziknya berbeza dengan muzik Iron Maiden.album ni di terbitkan oleh sendiri oleh Steve dan di bantu oleh Kevin Shirley(yang pernah menerbitkan album Iron Maiden The Final Frontier)di bahagian mixing.
Album ni mungkin akan di riliskan oktober nanti.tak tau la best ke tak.kalau best aku beli.

Tracklist album ni :
1. This Is My God
2. Lost Worlds
3. Karma Killer
4. Us Against The World
5. The Chosen Ones
6. A World Without Heaven
7. Judas
8. Eyes Of The Young
9. These Are The Hands
10. The Lesson

Just wait and hear about this upcoming album..apa yang di katakan lain daripada Iron Maiden?kena tunggu album ni rilis nanti lah..
                                Steve Harris - British Lion



No comments:

Post a Comment