Sempena dekat nak raya ni kan,ada antara kita ni yang sibuk shopping dengan baju baru,seluar baru dan tak lupa jugak kasut.selain dari mengumpul koleksi piring hitam,salah satu dari hobi aku ialah mengumpul kasut.kalau dulu masa aku keja kat jb,memang sebulan atau 2 bulan sekali memang aku selalu jugak la beli kasut.antara jenama kasut pilihan aku selalunya Converse,Puma,Adidas dan Nike.tengok pada stail kasut tu lah,kalau menarik perhatian aku,memang aku beli.macam aku suka yang simple dan nampak menarik di mata aku.antara koleksi yang aku ada :
Yang ni dah lama,dah 3-4 tahun jugak la kasut ni,Reebok lama,Converse Sneakers ngan Nike lama.yang Nike tu abang aku bagi pasal dia dah tak muat dah.kasut ni masih tersimpan elok dalam almari kasut aku kat jb sana.
Nike ngan Adidas lama.kasut Adidas yang aku beli tu masa tu logo Adidas tu pun lum bertukar macam sekarang ni.aku suka pakai Adidas tu waktu aku keja malam dulu.kasut ni pun dah rosak,tapak dia dah koyak.aku simpan bikin pusaka jer..hehe..
Adidas putih,Nike hitam dan Converse sport.kasut Nike hitam tu selalu aku pakai,yang Adidas putih tu aku tinggal kat jb dah lama tak pakai kasut tu.kasut Adidas yang ni dah bertukar logo.logo baru Adidas.pakai pun rasa selesa je.
Puma hitam.ni beli pada tahun 2010,malam tu aku beli kasut ni,esoknya aku berhijrah ke kl pasal dapat kerja baru masa tu.last2 kasut ni aku hantar balik jb tak best nak pakai..hehe.
Puma Ferrari putih.ni aku beli pada awal tahun ni setakat ni baru 3 atau 4 kali je aku baru pakai kot.tu pasal nampak baru je..hehe.masa beli kasut ni aku tengok tak banyak warna yang menarik.ni je yg menarik perhatian aku,so aku beli je la yang ni.
Ada banyak lagi koleksi kasut aku yang sebenarnya,nanti ada masa aku tampal lagi dekat sini.ni pun aku tengah pikir2 nak beli ke tak kasut untuk hari raya tahun ni?tengok la dulu macam mana..
Wow.. Nice !!teruja tgk byk kasut...huhu. Koi pk girl jew byk collect... Msti u sorang yg bergaya. Hurmm.. Which 1 pling mahal?
ReplyDelete