Wednesday 15 August 2012

Space Cop Gaban

Entri ni aku tujukan pada anak2 sedara aku yang awal2 dok pesan kat bapak dan sepupu sepapatnya,nak mengepau duit raya dari aku..haha..zaman diorang sekarang ni takda lagi hero yang best dan yang tahan lasak.Power Rangers?lembik.ramai je boleh harap tapi hampeh.ni pun kira salah satu idola hero masa aku kanak2 di zaman 80an dulu,bebudak yang sezaman ngan aku mesti tau hero ni,iaitu Polis Angkasa Gaban atau Space Cop Gaban (bukan Robocop eh yang tu Us punya polis robotik).
Siri ni paling popular sekitar 80an dulu dan mencatatkan rating tertinggi dalam  siaran tv seluruh Asia suatu ketika dulu.Tayangan selama setengah jam pada jam 5.00 petang setiap hari rabu.aku sampai ponteng sekolah agama petang masa tu kerana Gaban ni punya pengaruh..haha..bayangkan budak kampung aku yang sekelas dengan aku je ada dekat 15 orang,kesemua 15 orang ni semua pakat ponteng sekali jalan kerana tanak melepas tengok Gaban punya pasal..hehe..

Nama sebenar rancangan ini dalam bahasa Jepun ialah Uchuu Keiji Gyaban, yang sebenarnya merujuk kepada pelakon Perancis Jean Gabin yang amat suka menjadi polis di dalam filem-filem Perancis. Selepas itu, tajuk dalam bahasa Inggeris dimudahkan menjadi Space Cop Gabin. Walau bagaimanapun, terjemahan dalam bahasa Inggeris yang diberikan oleh orang Jepun adalah "Space Sheriff Gavan". Nama Gyaban hanyalah terjemahan terus dari sebutan katakana untuk 'Gavan' (bunyi huruf v tidak wujud dalam bahasa Jepun sebenar). Di antara sebutan-sebutan yang digunakan adalah "Giyaban", "Gaban", "Gavin", "Giyariba".
Sumber : Wikipedia

Siri ini mengisahkan tentang dunia yang ingin di tawan oleh satu organinasi jahat atau alien jahat dari angkasa lepas.organisasi jahat ni bernama Makuu.organisasi ni di ketuai oleh 'Don Horror' yang cuba untuk menakluk dunia ni dan ingin menjadikan dunia ni markas mereka atau pun devil earth.Galactic Union Police,satu pasukan polis angkasa yang memantau keadaan ini telah melantik Gaban sebagai pelindung atau inspektor polis angkasa lepas.tugas beliau ialah untuk menghapuskan alien2 jahat ni dari menakluki bumi.Gaban di bantu oleh seorang awek comel yang bernama mimi,anak kepada Comander Qom,ketua pasukan polis angkasa ni.
Siri ni telah di alih bahasa ke bahasa melayu pada waktu tersebut.aku masih ingat lagi dialog dari Gaban seperti 'Laser sabitttt!!'(kena jerit kuat2)haha..kalau part alien jahat punya dialog lak 'bawa gaban ke ruang angkasa setannn!'..ni lagi la lawak kalau dengar time sekarang.haha..lagi satu bila part Gaban nak bunuh alien jahat tu dia mesti cakap "Gaban Z potong dua!!"..masa aku budak2 dulu,kalau aku sebut ayat keramat tu tau apa jadi?habis pokok pisang kat belakang rumah aku kena tebas..haha.teringat kenangan2 lama masa aku bebudak dulu.siri ni juga pernah memecahkan rating yang sekian lama di pegang oleh satu lagi hero lagenda Jepun iaitu Ultraman.

Pelakon utama watak Gaban ni adalah Kenji Ohba.kalau pernah tengok filem Kill Bill vol.1 lakonan Uma Thurman tu,Kenji Ohba ni pun ada belakon sekali.masa scene Bride(Uma Thurman)gi jumpa Hattori Hanzo(pakar pembuat pedang samurai)watak Hattori Hanzo tu lah hero yang jadi Gaban dulu.
                             Hattori Hanzo (Kenji Ohba a.k.a Gaban)

Lagi satu yang buat Gaban ni popular ialah theme song dia.sampai sekarang jadi siulan dan nyanyian bagi peminat Gaban ni,siap ada yang buat ringtone kat handphone masing2..hehe..kalau search kat Youtube,siap ada yang live version sekali.
**wish wanna see Gaban kick power ranger's ass..haha..
                                        Gaban Theme

No comments:

Post a Comment