Wednesday, 22 August 2012

Cerita Raya

Cerita 1 :
30 Ramadhan.aku keluar awal dari rumah aku kat kl ni pada pukul 6 pagi.kononnya nak dapatkan tiket awal lah sebab nak sampai ke jb cepat.setibanya aku kat TBS,(terminal bersepadu selatan,terletak di bandar tasik selatan)aku tanya kat kaunter,tiket paling cepat pun pukul 8.30 pagi.aku nak tiket pukul 7 pagi rupanya sold out.nak tanak,terpaksa la aku ambik jugak.masa tu kat TBS dah kul 6.45 pagi,terpaksa lah aku termangu duduk kat terminal tu sementara nak tunggu pukul 8.30 pagi..nasib baik la ada iphone aku jadi peneman dan aku baca surat khabar metro.sebelum ni mengikut pengalaman aku,hanya 4 jam je perjalanan dari jb ke kl,(dulu aku selalu berulang alik dari jb ke kl),tapi haritu kerana highway pagi tu jem yang agak panjang,aku sampai jb hampir pukul 3 petang.fuhh!! seksa..! tapi kira ok lah pasal aku tido dalam bas..hehe..
Sampai Jb,aku relax2 kat rumah sambil meluruskan pingang aku sementara nak menunggu waktu berbuka,aku baring2 dalam bilik aku,aku pun terlelap lagi..sedar pukul 6.30 petang,aku terus pegi bazar ramadhan dengan abang ipar aku,pegi bazar pun,ada la 2-3 gerai yang meniaga,aku beli kuih,abang ipar aku beli mercun dan bunga api..hehe..untuk anak2 buah katanya..
So petang tu,waktu berbuka puasa,dapat lah aku makan Kacang Pool(ni memang popular kat jb,nanti ada masa aku cerita)dan dapat la aku minum air katira yang dah lama aku idam2kan.air katira ni aku penah ceritakan sebelum ni.pada anda yang tak penah tengok apa tu Kacang Pool,ni lah gambarnya..
Roti tu cicah dengan kuah dia yang kat sebelah tu siap ada telur mata lagi..best woo..kalau anda rasa nak datang ke jb,jangan lupa try makanan ni,gerenti anda takkan bole lupa punya..hehe.pada yang taktau kacang pool ni boleh cari dekat gerai dekat dengan balai bomba larkin.memang popular makanan ni kat jb.

Ok,malamnya pulak,malam raya,adik aku yang kebetulan baru abes kerja,ajak aku keluar merayau kat bandar jb,aku pun ok je lah,lagi pun dah lama aku tak pusing2 bandar jb.sebelum tu aku gi rumah abang aku yang no.2 kat Majidee.dah 3 tahun abg aku ni beraya dengan anak2 dia je tanpa isterinya,sebab isteri dia dah meninggal dunia pada tahun 2009 yang lalu kerana barah payudara.aku betul2 respek dan salute kat abg aku ni,tabah dan sabar menghadapi ujian hidup.bukan senang nak menjaga dan membesarkan anak2 dia yang masih kecik lagi..tapi yang bagusnya anak2 abang aku ni,walaupun anak yang tua tu baru je darjah 4,tapi pandai menjaga dan bertanggungjawab kat adik2 dia waktu abang aku sibuk berkerja.sebab tu anak2 dia kalau mintak apa2 dengan aku,memang aku tunaikan.tapi mereka ni bukan jenis manja.mungkin juga mereka dah tau dan faham keadaan hidup mereka tanpa ibu mereka di sisi..
Lepas lepak kat rumah abg aku,aku ngan adik aku pegi ke pasar malam kat pusat bandar jb,kat sana diorang panggil pasar karat.kira meriah jugakla malam tu,ramai betul umat manusia,sampai nak berjalan pun susah!.bukan je warga jb,warga Singapore pun ada datang untuk meriahkan suasana.pasar karat ni sampai pagi,lagi bertambah meriahkan suasana,dengan pesta bunga api dan mercun,dah macam2 bunyi yang aku dengar malam tu..
 ramai gile orang..tapi memang nampak meriah la,memang best suasana malam tu..

pesta bunga api dan mercun..ni antara yang sempat aku snap..



Lepas melepak berjam2 lamanya dengan adik aku dan geng2 beliau,lepak sambil makan murtabak,hampir ke pukul 4.30 pagi baru la aku ngan adik aku balik rumah.tidur kat katil ngan tilam empuk aku yang dah lama aku tinggalkan..hehe..

Cerita 2 :
Raya pertama(1 Syawal)
Menyambut raya kat jb takda la meriah sangat pasal bandarkan,kerana aku dari kecik memang dah biasa sambut raya dengan suasana kampung.kemeriahannya berbeza dengan bandar.aku hanya melepak kat rumah dan menerima tetamu budak2 kecik yang datang beraya(tu grop budak kecik yang pertama enter frame)tapi budak2 sekarang ni mana nak makan sangat kuih raya,sibuk nak kumpul duit raya je.kalau zaman aku kecik dulu selagi tak makan kuih raya dan minum air sirap(minuman wajib di hari raya)jangan harap la tuan rumah nak bagi duit raya..hehe.so adik aku tanya,nak makan kuih ke atau nak duit raya?bebudak tu cakap nak duit.adik aku pun bagi la duit raya je,so takpayah la nak menyusahkan nak basuh cawan bagai ye tak?lepas tu masuk grop yang kedua,aku malas nak melayan dah.tutup pintu n tingkap rumah rapat2.biar bebudak ni ingat takda orang kat rumah..hehe.
Pukul 6 petang setelah siap2 kemas baju semua,aku ngan adik aku gerak pegi Majidee ambik abg aku dengan anak2 dia sebab kitaorang nak balik ke kampung di Segamat Johor.(semalamnya yang aku gi melepak ngan abg aku tu pasal nak bincangkan pasal plan nak balik kampung ni lah).abang aku cakap nak balik petang pasal anak2 dia nak beraya dengan atok diorang dulu.aku sampai di kampung aku kat segamat lebih kurang pukul 9 malam.tapi yang tak best nya kitaorang adik beradik malam tu tak boleh nak tido kat rumah pusaka arwah mak aku tu pasal penuh dengan sarang lebah.dah panggil jabatan Bomba untuk hapuskan sarang lebah tersebut tetapi lebah masih banyak lagi berkeliaran di dalam rumah.(terima kasih kepada jabatan Bomba daerah segamat kerana menyelesaikan masalah sarang lebah di rumah pusaka kami)anggota2 bomba tersebut dapat la madu lebah original dari sarang kat rumah aku tu sorang sikit.original madu lebah beb.dan malam tu terpaksa la bermalam ni rumah arwah tok bak aku.(atok sebelah arwah ayah).kebetulan makcik aku pun tinggal sorang,kitaorang ramai2 ni tidolah kat rumah dia..nasib baik la ada rumah arwah tok bak aku.demi keselamatan anak2 abg dan kakak aku nanti diorang kena sengat lebah pun masalah jugak.
Madu lebah yang tinggal banyak tu je.sebelum ni penuh 1 besen tu.ada sedara mara dan jiran tetangga yang nak,ada yang adik beradik aku ambik sikit.pertama kali aku dapat tengok depan mata madu lebah yang betul2 asli.selalu tengok dalam tv je..hehe..rezeki beb.alhamdulilah..dia punya bau yang buat aku tak bole tahan tu..kuat gile!..
Malamnya tido di rumah tok bak aku,berbagai kenangan muncul sebelum aku tido.masa aku kecik2 dulu bila time cuti sekolah je memang tok bak aku selalu ambik aku dan abg2 aku tido rumah dia.tanah arwah tok bak aku ni memang luas,banyak pokok durian,manggis,duku,langsat,rambutan,pulasan,mata kucing,arwah tok bak aku ni ada jugak bela kambing,burung merpati(sangkar merpati punya la besar,dah macam reban kambing)ayam,itik,angsa,ngan ayam belanda pun ada..arwah tok bak aku ni semasa hayatnya kira orang paling berpengaruh lah dalam kampung aku.semua orang kenal,hinggakan dulu bila tiba musim durian,tokey2 cina datang rumah arwah tok bak aku ni dengan membawa lori semata2 nak membeli durian dari tok bak aku.(durian tok bak aku memang durian kampung gred terbaik).suasana di rumah tu pun tak berubah,memang sejuk bangat di waktu malam.macam air cond dia punya sejuk.sama jugak dengan suasana pagi di rumah arwah tok bak aku.nyaman dan hening je suasana paginya..
suasana pagi di rumah arwah tok bak aku.tah berapa ekar tanah kat rumah ni pun aku tak tau,tapi memang luas lah..sori aku tak dapat nak snap gambar rumah arwah tok bak aku,kerana kehabisan bateri pulak masa tu..hehe..

Cerita 3:
Hari raya kedua (2 Syawal)
Selepas menziarahi pusara kedua orang tua aku dan atok aku,aku,adik aku dan abang2 aku mengambil keputusan untuk balik ke rumah pusaka bonda tercinta aku untuk mengemas dan setelkan masalah lebah yang masih bersisa di rumah tu..alhamdulilah,masalah semuanya selesai dalam masa yang singkat,aku kemas sikit2 rumah tu dengan abang dan adik aku,basuh bilik air,basuh lantai,sapu sampah,bakar mana sampah yang tak guna.yang sedihnya banyak barang2 peribadi aku hilang dalam rumah tu kerana penyewa rumah yang macam lahanat perangainya..cd koleksi album Metallica aku dari album pertama sampai lah ke album terakhir yang aku beli pada tahun 1998,semuanya lesap,cd konsert aku,dvd,baju2 rare aku,majalah2 metal yang aku kumpul,komik2 yang aku kumpul,semuanya takda.sedih beb.ni lah gambar rumah pusaka arwah bonda aku..
Walaupun nampak usang,aku membesar di rumah tu lah..banyak kenangan pahit manis kat rumah tu,yang belakang rumah warna putih tu adalah rumah arwah nenek aku (sebelah mak aku).tu pun rumah pusaka jugak,tapi rumah tu budak kampung aku sewa dan dia pun jaga rumah tu elok..tu jelah cerita aku pada raya tahun ni..hehe..takda yang menarik sangat..aku nak tunjuk lagi satu gambar ni pulak,yang betul2 meruntun hati dan perasaan aku..

Doa anak di pusara ibu nya..ni anak abang aku yang aku ceritakan sebentar tadi yang kehilangan isteri tercintanya kerana barah payudara..ni anak dia yang bongsu,abang aku cakap,haritu je dua kali anak dia ni pegi ke pusara ibu dia sedekahkan al fatihah,tabur bunga dan siram air mawar.sayang betul dia kat ibu dia..nama anak sedara aku ni Balqis.baru je sekolah tadika.Al Fatihah buat kakak ipar ku,semoga roh nya di cucuri rahmat dengan iringan doa anak yang soleh macam Balqis ni..
Selamat Hari Raya Aidilfitri,maaf zahir batin..

P/s : agak rajin aku malam ni setelah beberapa hari aku tak update..haha

No comments:

Post a Comment