Sunday, 26 August 2012

Def Leppard - Hysteria LP (1987)

Walaupun pada tahun 80an antara band glam rock yang betul2 popular pada waktu tu ialah Bon Jovi,tetapi aku lebih suka Def Leppard ni.muzik band dari England ni memang lain sikit dari glam rock Amerika.ada jugak yang melabelkan Def Leppard ni sebahagian dari New Wave Of British Heavy Metal bersama2 dengan Iron Maiden,Judas Priest dan Motorhead.album Hysteria ni juga di senaraikan antara 500 album terbaik sepanjang zaman oleh majalah Rolling Stones.
Ni sebahagian dari koleksi piring hitam aku.satu2nya LP Def Leppard dan album terbaiknya.kesemua lagu dalam ni menjadi hit single dan dengan album ni jugak la Def Leppard berjaya menakluki industri muzik di Amerika.(pada ketika tu wujud apa yang di panggil British Invasion).album ni menduduki carta di tempat pertama dalam carta Billboard 100 di Amerika.
Album ni mengambil masa selama 3 tahun untuk di hasilkan.kerana Def Leppard melalui masa yang rumit pada waktu tu,dengan kemalangan kereta pemain drumnya Rick Allen yang kudung tangan kirinya,Rick yang hampir putus asa dan ingin mengundurkan diri dari Def Leppard,atas nasihat band member yang lain,Rick telah mempelajari permainan drum dengan menggunakan sebelah tangan je.ni menjadikan Def Leppard band yang unik kerana mempunyai pemain drum yang menggunakan sebelah tangan.masalah menjadi semakin rumit apa bila penerbit album mereka,John "Mutt" Lange pula kemalangan dan patah kaki nya.
Penantian mereka selama 3 tahun berbaloi kerana setelah album 'Hysteria' ni di riliskan,serta merta album ni menduduki tempat pertama di UK dan US.single paling hit mereka 'Love Bites' adalah antara lagu slow rock terbaik sepanjang zaman.di ikuti dengan 'Pour Some Sugar On Me', 'Animal' ,'Women' dan lagu rock mid tempo 'Hysteria'.
Band member masa album ni pun aku rasa antara line up Def Leppard yang terbaik,sebab ada Steve Clark pemain gitar glam rock era 80an dulu.beliau telah meninggal dunia pada tahun 91 kerana overdose dadah.ahli2 Def Leppard 'Hysteria' :
Joe Elliot - Vokal
Steve Clark - Gitar
Rick Allen - Drums
Phil Collen - Gitar
Rick Savage - Bass

Def Leppard ni juga menjadi inspirasi kepada band2 rock kapak sekitar Malaysia dan Singapura pada ketika itu.hinggakan antara lagu2 Def Leppard ni telah di 'melayu'kan..hehe..
Antara lagu yang ada dalam LP ni :
Side one :
1.Women
2.Rocket
3.Animal
4.Love Bites
5.Pour Some Sugar On Me
6.Armegeddon it
Side two :
7.Gods Of War
8.Don't Shoot Shotgun
9.Run Riot
10.Hysteria
11.Excitable
12.Love And Affection

Trek favourite aku,'Love Bites' 'Animal' 'Pour Some Sugar On Me' dan 'Hysteria'.album ni jugak menjadi punca peminat glam rock kat US mula 'memulau'kan Bon Jovi..hehe.Def Leppard juga masa ni dah sama taraf dengan Guns n Roses,Skid Row,WhiteSnake dan juga Van Halen.
Album ni juga telah di terbitkan kembali dalam format cd deluxe edition,ada lagu bonus lagi.Def Leppard ni pun mnjadi kegilaan abang2 aku dulu,dengan trend seluar ketat ngan baju sendat nampak pusat..haha..'ini macam baru rokkkkk..!!(sebutan rock dulu2)haha..
                                 Def Leppard - Love Bites                    

1 comment: