Friday, 3 August 2012

Bulan Rahmat & Merdeka

Sedar tak sedar,kita dah pun sampai ke bulan ogos,ni pun dah kira penghujung tahun jugak lah.dan tanpa sedar,rupa2nya dah setahun dah aku memblog.walaupun sebelum ni aku pernah memblog,oleh kerana sakit hati dari orang yang iri hati,abes blog aku kena hack,dan kena delete blog aku tu..tapi takpalah,nak buat macam mana,sememangnya sifat manusia memang begitu,suka sangat dengan hasad dan dengkinya..
Selain dalam bulan ni kita umat islam masih lagi berpuasa,ogos juga merupakan bulan kemerdekaan bagi kita rakyat Malaysia ni.diam tak diam,dah 55 tahun kita merdeka.sentiasa lah kita bersyukur kerana kita hidup aman damai di bumi bertuah ni.

Oleh kerana bulan ni adalah bulan Ramadhan yang penuh rahmat,tahu tak kita tentang sejarah dan peristiwa2 penting di bulan ni.antaranya ialah :
-Penurunan kitab2 Samawi pada bulan Ramadhan
1.Suhuf Nabi Ibrahim - awal Ramadhan
2.Kita Taurat Nabi Musa - 6 Ramadhan
3.Kitab Injil Nabi Isa - 13 Ramadhan
4.Kitab Suci Al Quran - 17 Ramadhan
-Peristiwa Lailatul Qadar berlaku pada bulan Ramadhan seperti yang di jelaskan dalam Surah Al Qadr.
-Perang Badar berlaku pada hari jumaat bersamaan 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah yang membawa kemenangan kepada tentera islam.ia juga di sebut "Yaumul Furqan" (hari pemisah antara yang benar dan salah)
-Pembukaan Kota Makkah (Fathu Makkah) yang berlaku pada 20 Ramadhan tahun ke 8 Hijrah.
-Perang Tabuk berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke 9 Hijrah.
-Peristiwa Bani Thaqif dari Taif memeluk islam pada bulan Ramadhan tahun ke 9 Hijrah.
-Pemusnahan tempat pemujaan berhala al-Uzza oleh panglima Khalid Al Walid di Nakhlah pada bulan Ramadhan tahun ke 8 Hijrah.
-Penyebaran Islam ke negeri Yaman pada bulan Ramadhan tahun ke 10 Hijrah.
-Panglima Tariq Bin Ziad berjaya mengalahkan tentera Roderick pada bulan Ramadhan tahun ke 92 Hijrah yang membawa kepada pembukaan Andalusia (Sepanyol)
-Berlaku perang al-Zulaqah pada 25 Ramadhan tahun 479 hijrah di suatu kawasan tanah rendah(berhampiran Portugal sekarang) di antara tentera Islam di bawah pimpinan Yusuf Tashipin dengan tentera Perancis pimpinan Alfonso.tentera Islam mencapai kemenangan.
-Berlaku perang "Ain Jalut" pada 15 Ramadhan tahun 658 Hijrah di antara tentera Islam yang dipimpin oleh Sultan Qutuz iaitu Sultan Kerajaan Mamalik di Mesir dengan tentera Mongol.tentera Islam mencapai kemenangan dan berjaya menyatukan kembali Mesir dan negeri Syam.
-Khadijah binti Khuwailid isteri nabi s.a.w. menerima Islam.
-Kematian Ummul Mu'minin Khadijah binti Khuwailid pada tahun ke 10 selepas Nabi s.a.w.dilantik menjadi Rasul.Beliau merupakan isteri pertama baginda s.a.w., ibu kepada anak-anakbaginda s.a.w, orang yang pertama menyahut seruan Nabi s.a.w, pembantu setia dan pendamping  rapat yang telah membelanjakan segala hartanya dan dirinya di dalam menyebarkan agama Islam kepada masyarakat syirik dan berhala di Kota Mekah.
-Pada tahun kedua Hijrah difardhukan 'ibadah zakat dan solat dua hari raya.
-Perutusan Zaid bin Harithah pada tahun keenam Hijrah ke kediaman Bani Fazarah bagi menggertak mereka kerana telah menghalang satu kafilah dagangan daripada menuju ke Madinah, mereka telah menawan kafilah tersebut, merampas dagangannya dan membunuh beberapa anggotanya.Apabila Zaid sampai di sana, beliau mendapati Bani Fazarah telah melarikan diri dan beliau pulang ke Madinah membawa beberapa orang tawanan dan harta.
-Pengislaman kaum Saqif pada tahun ke 9 Hijrah setelah menemui Nabi s.a.w. di Madinah.
-Kematian ketua wanita penghuni syurga Fatimah binti Muhammad s.a.w. pada tahun ke 11 Hijrah.Beliau merupakan orang pertama di dalam keluarga nabi Muhammad yang meninggal dunia selepas kewafatan Baginda s.a.w. Berusia 29 tahun meninggalkan suaminya Ali bin AbiTalib dan dua orang cucu Baginda s.a.w. ketua pemuda penghuni syurga al-Hasan dan al-Husin.
-Kematian Ali bin Abi Talib pada tahun 40 Hijrah dibunuh oleh seorang Khawarij Abd Rahman bin Muljim al-Himyary.
-Kematian Ummul Mu'minin Aisyah binti Abu Bakar as-Siddiq pada tahu ke 85 Hijrah.
-Kematian Nafisah binti al-Husan bin Zaid bin al-Hasan bin Ali bin Abi Talib pada tahun ke 208 Hijrah.Beliau telah keluar dari Madinah bersama suaminya Ishaq bin Jaafar bin Muhammad as-Sadiq menetap di Mesir.

Itulah antara peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan.selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut hari kemerdekaan kepada rakyat Malaysia.







No comments:

Post a Comment