Condition masih ok lagi,cuma berhabuk je.album terbitan tahun 1987 tu antara album Helloween yang terbaik dalam sejarah muzik heavy metal.kumpulan dari German ni masih lagi bertahan sampai sekarang.Helloween ni berkonsep 'Power Metal',dan band ni jugak boleh di katakan lagenda dalam dunia muzik metal.satu2nya band German selepas Scorpions yang berjaya menakluk persada muzik dan terkenal di seluruh dunia.
Line up band member pada time ni memang line up klasik,sebab ada Kai Hansen(gitaris metal terkenal zaman metal 80an)dan line up yang la paling aku suka,dengan album yang dah jadi klasik ni.line up album ni :
Michael Kiske - Vokal (dah keluar dari Helloween dan di gantikan dengan Andi Deris)
Kai Hansen - Gitar ( pun dah keluar dari Helloween jugak dan mewujudkan band Gamma Ray,band ni pun femes gak)
Michael Weikath - Gitar
Markus Grosskopft - Bass
Ingo Schwichtenberg - Dram (telah mati bunuh diri dengan terjun kat landasan keretapi)
Album ni bekonsepkan fantasi,ada sambungan dia pada bahagian kedua.lagu2 power metal ni biasanya banyak jeritan yang nyaring yang meremangkan bulu tengkuk..haha..suara Michael Kiske dalam album ni memang power,panjang betul nafas dia bila dia tarik suara part yang tinggi2 tu.Helloween ni jugak menjadi inspirasi kepada band2 rock kapak pada tahun 80an dulu,hinggakan ada band rock kapak ni ciplak bulat2 lagu Helloween ni dan di nyanyikan dalam bahasa melayu..hehe..
Inlay dalam lp ni.lirik lagu dan karikatur Helloween,Helloween ni pun ada mascot dia sendiri jugak,kalau Iron Maiden ada 'Eddie',Helloween pulak ada 'Pumpkin Head'.buah labu yang berbagai rupa.karikatur ni memang ada dalam setiap album Helloween.
Inlay lagi sebelahnya ialah gambar setiap anggota Helloween.band member dalam era ni memang kira suka buat lawak la bila konsert,terutamanya Michel Kiske.sama dengan karikatur Helloween tu.
Lagu2 dalam album ni memang best lah,sesiapa yang tak pernah dengar Helloween,sekali dengar mesti akan cakap bingit dan sakit telinga..haha..macam member aku pertama kali dengar album ni.tracklist dalam album ni :
1.Initiation
2.I'm Alive
3.A Little Time
4.Twilight of the Gods
5.A Tale That Wasn't Right
6.Future World
7.Halloween
8.Follow the Sign
Lagu favourite aku, 'A Tale That Wasn't Right' lagu yang seakan2 bunyi rock melayu.yang lain2 seperti 'Halloween' 'Future World'(lagu yang bertemakan futuristik).sampai sekarang kalau aku boring,aku mesti layan lagu2 ni.kalau dalam expanded version,iaitu album ni yang dah di remasterd semula,ada lagu 'Victim Of Fate','Starlight' 'A Little Time'(alternate version) dan juga lagu 'Halloween'(video version).
Sama macam Iron Maiden,Helloween ni jugak mula aku kenal dari abang2 aku.sebab abang aku siap ada tshirt Helloween gambar pumpkin head tu.
Lp bahagian belakang,siap ada sticker gambar pumpkin head sebagai bukti pembelian tu..hehe.pada tahun 1993,selepas Helloween keluar dengan album 'Chameleon',Micheal Kiske telah keluar dari Helloween dan bergerak solo.lepas tu beliau telah mebuat kejutan,dengan mengatakan jangan kaitkan beliau lagi dengan muzik heavy,power metal.kerana katanya tak mau lagi menghasilkan lagu berentak metal.pastu siap kutuk2 muzik metal lagi.agak dia ni tak sedar agaknya,muzik heavy metal dan Helloween ni la yang memperkenalkan beliau di serata dunia.lepas tu lagi nak cakap macam2 pulak.well, mr.kiske,i didnt hear any of your solo albums are success as Helloween,and all of your solo albums are sucks!..haha.. i will loved u if u back to your roots of heavy metal again.
Ni adalah album terbaik Helloween dalam lipatan sejarah heavy metal 80an dulu.
No comments:
Post a Comment