Monday 23 January 2012

Metallica : Black Album Live

Dah banyak kali rasa nya aku beli kaset 5 kali,cd 3 kali..semua nya lesap tah ke mana.bila rilis je album ni pada tahun 1991,ada setengah peminat Metallica yang tak suka dengan album ni pasal dah tak heavy macam album sebelumnya iaitu ..And Justice For All.kerana black album ni jugak la Metallica telah berjaya memecahkan benteng mainstream.,dan dunia mula mengenali apa itu muzik heavy metal...kejayaan komersil Metallica ni jugak mula di cemuh oleh geng heavy metal yang lain yang dok kutuk Metallica yang mengatakan Metallica dah "sell out"..hehe..
                                                     black album versi piring hitam

Album ni jugak yang pertama kali nya memenangi anugerah Grammy pada tahun 1992.dan selepas itu Metallica terus sukses.dengan tour yang panjang selama 3 tahun tanpa henti.aku pasti ada sesetengah orang yang tak berapa minat metal tapi minat dengan Metallica..ramai kawan2 aku yang tak berapa metal,tapi ada beli album ni..lagu2 seperti "Enter Sandman" (lagu wajib kalau kat rumah orang kawin) "Sad But True" , "The Unforgiven" dan "Nothing Else Matters" (lagu ballad Metallica dengan orkestra) adalah lagu2 yang menjadi kesukaan mat2 dan minah metal suatu ketika dulu.
Pada bulan May nanti,Metallica akan mengadakan 1 konsert kat Itali.apa yang best pasal konsert kat italy ni? kerana Metallica akan hanya memainkan lagu2 dari black album..kira lagu full album tu lah..untung la orang italy dapat dengar lagu2 dari black album live dan full dari album tersebut.ini sempena ulang tahun yang ke 20 album tersebut sejak di lancarkan pada tahun 91 dulu..
                                                           poster live italy may 2012

Kesemua 12 lagu dalam black album akan di main kan secara live nanti di italy..dan artis jemputan ialah Gojira band dari Perancis yang sebelum ni penah jadi opening act untuk Metallica jugak.
Senarai lagu Black Album :
Enter Sandman
Sad But True
Holier Than Thou
The Unforgiven
Wherever i May Roam
Dont Tread On Me
Through The Never
Nothing Else Matters
Of Wolf And Man
The God That Failed
My Friend Of Misery
The Struggle Within


Bila la Metallica nak bikin konsert kat sini eh?asek dengan kabar angin jek..


"Exit light
  Enter night
  Take my hand..off to never never land.."

 




1 comment: