Ada 2 cerita aku nak bagitau konsert Sepultura yang di jangka pada 7 febuari nanti tepaksa di tangguhkan pada oktober nanti atas sebab yang tak dapat nak di elakkan.sekurang2nya peminat Sepultura boleh la buat saving skit kalau nak beli tiket konsert tu nantikan..
Lagi 1 cerita,dah 4 hari aku demam..tapi demam aku ni lain macam skit tak macam yang sebelum ni...biasa kalau aku kena demam paling teruk pun 2-3 hari.hari ke 4 tu aku dah boleh masuk keja semula.so nak di jadikan cerita pada hari ke 3 aku rasa badan aku dah ok n takda rasa demam lagi dan aku mula bekeja seperti biasa.tapi bila aku masuk je kerja pada petang tu,tiba2 demam aku datang semula.badan mula rasa seram sejuk dan mengigil.kepala mula rasa pening dan rasa mual.di sebabkan aku dah tak bole tahan,aku ambik keputusan untuk ke hospital untuk buat pemeriksaan darah di hospital kuala lumpur (HKL).aku takut kena denggi sebab pada masa yang sama badan aku dah penuh dengan bintik2 merah.(seperti yang kita tau itu adalah tanda2 awal denggi).selepas aku buat pemeriksaan darah,dan keputusannya aku bebas dari wabak denggi..alhamdulilah..
keputusan ujian pemeriksaan darah
Doktor yang merawat ku berkata aku bebas dari denggi dan tak perlu bimbang dengan ancaman tersebut.aku sememangnya risau pada waktu tu,kerana kat kawasan yang aku tinggal ni dah 3 kali terjadi kes denggi.doktor tu pun cakap paru2 aku semuanya ok.aku hanya di berikan ubat demam dan ubat antibiotik.dan sejak 2-3 hari ni selera makan aku pun takda,dan tekak aku mula terasa pahit je.mungkin kerana kesan ubat yang aku makan agaknya..doktor juga cakap kat aku,aku ni kurang rehat dan tak cukup tidur.ada benarnya kata dia..aku bangun pagi seawal pukul 5.30 untuk pergi keja.dan pada sebelah petangnya aku ada buat kerja part time hingga ke pukul 12 malam.dan kata doktor lagi,aku tak boleh "push" sangat body aku ni untuk buat kerja hingga tiada masa rehat untuk diri aku.jika aku berbuat begitu,"body" kita ni akan membuat tindak balas kembali..sebab tu la aku kena demam yang teruk ni..kerana aku terlalu "push" kan body aku ni yang sebenarnya tak boleh nak menampung energy body ni..aku juga kadang kala terlupa yang aku ni sebenarnya bukan lah remaja lagi.umur pun dah masuk pertengahan 30an,,so pada waktu begini kata doktor,aku kena jaga makan.kesihatan dan tidur yang secukupnya..
antara ubat2 yang aku kena makan
Permulaan tahun baru aku yang perit..dapat sakit.tapi itu semua ada hikmahnya..aku bersyukur kerana sakit aku ni tak teruk sangat.dan aku pasti apa yang belaku tu ada hikmah di sebaliknya.kata alim ulamak,setiap penyakit yang melanda tu sebenarnya untuk menghapus dosa2 kita yang lalu..aku terima hakikat itu dan bersyukur dengan ujian dariNya.dan pesan aku kepada korang yang tinggal di kawasan bandar,kalau ada rasa demam dan lemah2 badan,cepat dapatkan rawatan.mana tau denggi atau pun chikugunya ke..jangan biarkan penyakit tu berlarutan..pegi dapatkan rawatan secepat mungkin.terima kasih pada kawan2 yang datang kat rumah melawat aku,kawan2 yang mendoakan aku,dan juga doktor dan nurse yang merawat aku masa aku kat HKL kelmarin..terima kasih banyak2.
Hadis Rasullullah S.A.W yang bermaksud :
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment