Tuesday 10 September 2013

Movie Di Hujung Minggu

The Iceman (2012)

Filem bercorak crime/thriller ni berdasarkan dari kisah benar seorang pembunuh upahan Amerika yang terkenal berasal dari Poland yang bernama Richard Kuklinski.filem ni bermula dengan kehidupan Richard di Amerika yang hanya bekerja di studio filem porno,dan kemudiannya beliau telah di upah oleh seorang mafia yang bernama Roy DeMeo untuk bekerja dengan beliau sebagai pembunuh upahan.kerjaya beliau sebagai 'contract killer' bermula pada era 50an.sehinggalah beliau berkahwin dan mempunyai anak,beliau tetap meneruskan kerjayanya sampai beliau di tangkap pada 1986.pada hari beliau di tangkap tu lah barulah isterinya tau apa kerja Richard ni yang sebenarnya..
Lakonan Michael Shannon (yang jadi General Zod dalam filem Man Of Steel) memang terbaik,aku suka ekspresi muka dia yang takda perasaan tu..heheh.filem ni juga di barisi oleh pelakon yang boleh di katakan popular juga seperti Chris Evans (Captain America) Winona Ryder,James Franco (Spiderman,Oz The Great And Powerful)dan Ray Liotta.

*4/5 filem ni memang di rekomen untuk anda


World War Z (2013)


Berdasarkan dari novel hasil tulisan Max Brooks keluaran tahun 2006.Brad Pitt yang dah lama tak muncul dengan filem baru akhirnya keluar dengan filem zombie pulak.Z tu maksudnya ialah zombie.mengisahkan Gerry(lakonan Brad Pitt)seorang bekas pekerja di UN (United Nations) yang terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas di Philadelphia yang akhirnya menjadi huru hara dengan kehadiran berpuluh2 ribu zombie yang dah mula menyerang seluruh Amerika.puncanya dari sejenis virus yang di namakan 'spanish flu' yang mengakibatkan apabila seseorang terkena virus tersebut serta merta akan berubah menjadi zombie.virus ni merebak dengan cepat ke seluruh pelusuk dunia ibarat perang dunia ke 2.Gerry telah di arah kan untuk mencari punca virus tersebut dan telah menemui vaksin untuk menghalang dari virus tersebut merebak,dan vaksin untuk mengelak dari gigitan zombie tersebut ialah H1N1?

Filem ni takda lah menarik sangat kalau sesiapa yang dah biasa layan drama 'The Walking Dead' tu dengan filem2 zombie yang lain,tapi oleh kerana lakonan Brad Pitt yang sememangnya kita dah tau beliau memang pelakon versatile,aku tetap layan jugak la movie ni sampai habis..heheh..sesapa yang suka movie zombie dari Hollywood boleh la layan movie ni..

*3/5

9 comments:

  1. General Zod memang cool la dalam Iceman ni hahah...anyway filem World War Z ni rasanya mcm ada sequel saja disebabkan ending yg tergantung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku baca dlm tenet katanya ada sekuel..taktau lah..lagi pun produksi brat pitt rupanya

      Delete
  2. Winona Ryder???...lama dah tak tengok makcik ni...sekarang juga cari filem ni...heheh...

    ReplyDelete
  3. entah la nape aku tak minat dah tengok film skrg...

    ReplyDelete
  4. aku teringin nak tengok world war z

    ReplyDelete