Showing posts with label Klasik. Show all posts
Showing posts with label Klasik. Show all posts

Saturday, 16 December 2017

Rozana Cinta '87 (1987)

Filem yang dah genap 30 tahun pada febuari lalu..


Sejujurnya ketika filem ini di tayangkan pada tahun 1987 dulu memang aku tak pernah berkesempatan nak tengok pun,maklum la masa tu masih kanak-kanak riang lagi..haha..tapi filem ini ramai peminat filem dan mat-mat rock era 80an telah melabelkan filem ini sebagai 'cult classic'.bertemakan 'muzikal romantis' ala filem 'Footloose' tetapi muziknya lebih ke arah rock lah.filem Rozana Cinta '87 ini di arahkan oleh pengarah yang pernah mengarah filem yang di terbitkan pada tahun sebelumnya iaitu 'Kembara Seniman Jalanan' siapa lagi kalau bukan Nasir Jani.


Walaupun jalan ceritanya agak simple dan plot yang agak berterabur (aku tak pasti mungkin cara pengarahannya begitu atau di potong oleh FINAS,sebab Nasir Jani sendiri pernah meluahkan perasaan tidak puas hati beliau untuk filem Kembara Seniman Jalanan yang banyak di potong)tetapi mesej yang cuba di sampaikan memang berjaya.tentang gejala sosial(Erma Fatima jadi gadis lesbian yang syok kat Rozana)etika kerja (part Din lakonan Helmi Hussaini sound penjawat awam tu) dan juga susah payah golongan marhaen yang berjuang untuk meneruskan hidup di Kuala Lumpur.filem ini di lakonkan oleh Bibiana Layola sebagai Rozana (aku suka tengok dia blushing dan ketawa hingga nampak gigi taring dia tu,cute..heheh)Helmi Hussaini(adik penyanyi Jamal Abdillah) sebagai Din yang jadi boyfriend Rozana,Erma Fatima sebagai Nomi,Kamarol Yusof sebagai Sanusi dan Siso Kopratasa sebagai Mat Indera.ada juga penampilan istimewa dari Amy Search,kumpulan Lefthanded dan Pyanhabib.

Antara momen yang menarik dalam filem ini :
-Din dan rakan serumah mereka melepak dalam rumah bujang yang hanya ada tv kecik sambil tengok video klip Search yang tengah nyanyi lagu Rozana.

-Din tengah dengar radio,tiba-tiba keluar lagu Rozana dan dia cepat-cepat ambik kaset dan terus 'record' lagu Rozana tu sampai terakam sekali lagu iklan 'Bersih,Cekap dan Amanah'.

-Part Lefthanded perform dalam kelab malam main lagu 'Keadilan' tu memang gaya Iron Maiden betul.

-Ada juga lagu Rozana yang di nyanyikan oleh M.Nasir.versi M.Nasir pun best jugak

-Baru aku tau lagu 'Cinta Berbagai Keanehan' nyanyian kumpulan Misteri (seperti yang pernah aku tulis Kat Sini) merupakan soundtrack dalam filem ini dan ada dua versi,nyanyian secara berduet antara Helmi Hussaini dan Bibiana,dan juga versi solo.

Pada aku yang membesar pada era 80an pada zaman glam rock,kasut Aliph dan Iron Maiden aku takda masalah nak layan filem ini antara filem muzikal yang boleh di katakan menarik juga arahan Nasir Jani.boleh layan full movie dia kat Youtube.itu pun kalau ada antara kau orang yang suka filem era 80an.

Lagi cerita pasal filem ini boleh baca dari Nasir Jani sendiri Di Sini

Thursday, 12 October 2017

Lovehunters - Sehari Dalam Hidup ( 1987 )

Juga antara album yang dah berusia 30 tahun pada tahun ini..




Sejujurnya aku memang tak tahu sangat pasal band ni.cuma apa yang aku tau Lovehunters antara 3 piece band yang terbaik dari Singapura.mereka ialah Yazid,pemain bass dan penyanyi juga merupakan tonggak utama Lovehunters bersama-sama dengan Moliano (gitar) dan Saharrudin (drum).dan ini merupakan album pertama mereka kalau tak silap.(betulkan kalau aku silap)

Walau aku taktau dan tak pernah dengar lagu dalam album ini kecuali lagu 'Ku Ukir Namamu' (sampai sekarang lagu ni setiap hari keluar radio kat Best.fm) tetapi lagu2 lain dalam album ini boleh tahan sedap juga.bila dengar semua lagu bermula dari track pertama hingga terakhir apa yang aku boleh cakap muzik Lovehunters ni banyak di pengaruhi rock 70an dan 80an.kerana album ini di rakamkan di Lion Studio Singapura (studio legend ni,macam Morrisound Studio kat Floria tu antara studio impian mat-mat rock nak rakam album)dengan sound rock 80an telinga aku memang takda masalah nak terima muzik mereka sebab aku membesar pada era itu.






Antara lagu rancak dalam album ini yang aku suka ialah 'Sengketa Dunia' bila dengar riff intro dia aku terus teringat kat Judas Priest.sound dia macam Judas Priest.part jeritan Yazid dalam lagu ni memang power.lagu hard rock 'Balada Orang Bersalah' pun boleh tahan menarik. part akustik dan gitar solo harmoni tu sedap dengar.
Lagu-lagu yang lain seperti lagu 'Mimpi Di Siang Hari' yang berentak mid tempo dengan solo yang simple pun boleh tahan.sama juga dengan lagu 'Derita Ku Tanggung Sendiri' vokal Yazid memang agak unik,lagu slow dan heavy pun kena dengan suara dia.dan akhir sekali dan tentunya lagu 'Ku Ukir Namamu' lagu ni bukanlah jiwang leleh macam lagu sekarang,di sebabkan sound era 80an menjadikan lagu ni agak unik sedikit memang berbunyi rock 70an dengan solo yang mendayu syahdu tu mencantikkan lagi lagu ni (sanggup berenang kat lautan api?..heheh)




Ok,kesimpulannya album ni best,kalau jumpa kau orang beli lah.tak rugi.Lovehunters pun dah boleh di katakan legend juga dalam arena rock Malaysia dan Singapura.

Thursday, 28 September 2017

Throwback Thursday

Antara lagu yang bukan rock aku pernah terjebak dengar suatu ketika dahulu..heheh

1.Snap - The power



2.Soul II Soul - Back To Life




3.Milli Vanilli - Girl You Know Its True




4.Suzanne Vega - Tom's Diner





Dan akhir sekali.. Gloria Estefan & Miami Sound Machine - Conga





Ada banyak lagi sebenarnya tapi ni je la yg melekat kat kepala bila dengar balik..heheh..

p/s : idea takda nak buat entri baru

Sunday, 2 July 2017

Sherlock Holmes - A Study In Scarlet & The Sign Of Four



Cuti hari raya tempoh hari aku memang kurang bermedia sosial,sebabnya melayan buku Sherlock Holmes ni.secara peribadi walaupun ianya telah di terjemahkan ke bahasa melayu,jalan ceritanya tetap menarik.sehinggakan aku memang tak boleh tinggal lama,mesti nak baca lagi.kalau buku lain berbulan2 aku tak baca ok je tapi buku Sherlock Holmes ni memang kuat betul aura dia.di sebabkan jalan ceritanya yang banyak teka teki,dan banyak tekaan aku salah.kerana itu lah aku susah nak skip buku ni..heheh.

Kalau pernah tengok movie atau drama series dia,memang feel dia sama.lagi pun dah di terjemahkan dalam bahasa melayu senang la sikit nak fahamkan.kalau versi english dia dengan bahasa UK standard memang aku susah nak hadam.sebab bahasanya memang puitis,lain la kalau baca buku biografikan.tu bahasa english pasar senang nak faham.ok,novel Sherlock Holmes versi bahasa melayu ni ada dua kisah penyiasatan. cerita pertama bertajuk 'A Study In Scarlet' di terbitkan pertama kali pada tahun 1887 (dah lebih 100 tahun) cerita yang pertama di terbitkan mengisahkan bagaimana Dr.Watson (sidekick Sherlock Holmes ni) bertemu, duduk serumah dan mula menjadi pembantu Sherlock.Sherlock Holmes di gambarkan sebagai seorang yang pelik,misteri,suka bercakap besar dan juga pentingkan diri sendiri.tetapi cara penyiasatan Sherlock ni mengagumkan Dr.Watson.pada mulanya Dr.Watson memang tak suka kat Sherlock tapi bila melihat kesungguhan cara penyiasatan Sherlock tanpa mengira waktu,mereka akhirnya menjadi rakan karib.

Kisah yang kedua bertajuk 'The Sign OF Four'.pertama kali di terbitkan pada tahun 1890.cerita yang kedua ni pun boleh tahan menarik juga.mengisahkan perebutan harta karun dan juga buat pertama kalinya Dr.Watson ni jatuh cinta dengan Mary Morstan seorang wanita yang meminta pertolongan Sherlock Holmes untuk menyelesaikan misteri harta karun dan 'sumpah empat sahabat' atau di gelar the sign of four.dalam cerita ini ada juga di sebut pasal kepulauan andaman,orang2 melayu Singapura,pasal islam dan juga kepulauan India.cerita yang terperinci mungkin penulisnya pernah sampai di tempat yang di nyatakan dalam kisah kedua ini.

Buku ini di tulis oleh penulis novel penyiasatan terkenal iaitu Sir Arthur Conan Doyle.walaupun dah lebih 100 tahun di terbitkan,ceritanya masih relevan sehingga sekarang dan menjadi sumber inspirasi bagi penulis2 novel penyiasatan terkenal era terkini.apa pun buku ni memang best.siapa yang minat Sherlock Holmes kena baca buku ni.versi terjemahan ni pun takda la mahal sangat.

Saturday, 3 June 2017

Kartina Dahari - Jefri Zain ( Lagu Tema Filem Gerak Kilat 1966)

Flashback Saturday minggu ini..



Sebenarnya tadi aku layan filem ni sikit2 kat Youtube.aku pasti semua peminat filem melayu era 60an dulu tahu pasal filem ni.merupakan filem melayu bertemakan perisik ala James Bond.dan heronya ialah Allahyarham Dato Jins Shamsudin.walaupun filem ini copycat dari James Bond dan teknologi perfileman melayu pada ketika itu agak terhad tetapi jalan cerita dan corak aksinya dah hampir menyamai filem Hollywood pada ketika itu.

Apa yang aku nak ceritakan ialah pasal lagu temanya.yang di nyanyikan oleh Allahyarhamah Kartina Dahari.seperti lagu tema filem James Bond,lagu dari Kartina Dahari juga agak menarik.dengan susunan muzik yang simple dan catchy,kerja gitar dan solo yang menarik,bila dengar lagu tema je dah boleh bayangkan ceritanya macam mana.memang terasa la adrenalin dia.heheh..

Tahun filem ni di tayangkan pun aku tak lahir lagi.tapi dengar ceritanya filem Gerak Kilat ni memang box office la.mesti remaja zaman tu semua berangan nak jadi atau dressing macam Jefri Zain.heheh..walau orang kata filem ni copycat pun,tapi dah jadi salah satu sejarah penting dalam lagenda filem melayu suatu ketika dulu.

Ok ni lagu tema Gerak Kilat.


Monday, 29 May 2017

Battle Of The Bands - Round 2 (1986)

Dah 31 tahun album ni.aku lupa aku ada beli rupanya.heheh..ok sebelum tu aku nak ucapkan selamat berpuasa Ramadan Al Mubarak pada semua..



Oleh kerana demam rock 80an belum reda lagi pada ketika itu,di terbitkan pula bahagian kedua album Battle Of The Band ini.ALi Bakar adalah salah seorang yang bertanggungjawab menaikkan scene rock 80an pada ketika itu.dan pada yang taktau,album kedua2 album BOTB ini di terbitkan oleh Allahyarham M.Sharif ( The Zurah II) yang juga merupakan salah sorang pemain gitar hebat pada zaman pop yeh yeh dahulu.

Seperti album pertama,antara kumpulan yang terlibat dalam album ini yang dah jadi lagenda sekarang ialah Lefthanded,SYJ,Bloodshed,Ella & The Boys dan Rahim Maarof & Whitesteel.kerana album ini jugalah lahirnya pemain gitar yang hebat seperti Man Kidal dan Lord.walaupun begitu,stail muzik bagi setiap kumpulan dalam album ini ada identiti sendiri memang pengaruhnya banyak di ceduk dari band2 barat tetapi mereka berjaya membentuk muzik bagi identiti kumpulan masing2.seperti Ella & The Boys banyak di pengaruhi band2 era 70an seperti Uriah Heep,Rainbow dan Deep Purple,SYJ lebih kepada glam rock ala Motley Crue,Bloodshed kuat pengaruh heavy metal ala Loudness dan Lefthanded dengan pengaruh Iron Maiden nya.





Dalam album ini juga tak banyak lagu jiwang cuma dari Lefthanded 'Kenangan Bersamamu' dan Ella & The Boys 'Hanya Secebis Jawapan'.lain2 lagu dalam album ini semua berunsurkan nasihat dan juga lagu mengecam lanun cetak rompak seperti 'Mata Sepet' dari SYJ (lagu yang paling rebel,terang2 dia sindir..heheh)dan 'Hapuskan Lanun Cetak Rompak'.secara peribadi lagu yang aku paling suka dalam ni ialah 'Manusia Dan Janji' dari Bloodshed dan lagu 'Mata Sepet' dari SYJ dan lagu paling tak best ialah 'Hanya Dalam Mimpi'..heheh.selain telah menjadi lipatan sejarah dalam rock Malaysia,kerana album ini juga muzik rock pada ketika itu tok jibby kata gejala yang merosakkan moral dan akhlak anak muda pada ketika itu.






Pasal soundnya aku malas la nak cakap,asyik2 cakap benda yang sama je nanti orang marah pulak kan?heheh..apa pun bagi sesiapa yang terlepas beli kaset cetak rompak album ni dulu boleh beli cd album ini dengan harga biasa atau harga kapitalis.boleh tukar lagu jadi 'Hapuskan Kapitalis Penghisap Darah'.hahah!

Tuesday, 11 April 2017

Search - Fenomena (CD 2017 + Filem Fenomena 1990)

Walaupun takda sijil sound engineer,aku tetap beli jugak.sold out kat Malaysia aku pergi beli kat US. :p




Cakap pasal album Fenomena ni,sejak belum di terbitkan lagi memang banyak la kontroversinya.setelah melalui pelbagai masalah.album ini akhirnya di riliskan pada tahun 1989.pada ketika itu aku baru je tingkatan satu.kaset Fenomena abang aku yang beli.sebelum pergi sekolah,(aku sekolah sessi petang pada ketika itu)memang aku akan mainkan kaset Fenomena ni.tapi bila part lagu 'Isabella' memang aku fast forward kan terus ke lagu 'Derap Komando'.aku memang tak suka lagu 'Isabella' tu sejak dulu lagi.heheh..tapi dalam tak suka lagu ni menjuarai carta radio Pujaan 10 Nescafe 8 minggu berturut2.(kalau salah tolong betulkan)memang aura lagu 'Isabella' berhantu habis.dari awek,budak kecik sampai la makcik2 pun suka lagu ni.





Selain dari itu filemnya juga pun terkena tempias.sebelum menggunakan tajuk 'Fenomena' pengarah Aziz M.Osman terpaksa berebut dengan penerbit filem Indonesia untuk menggunakan tajuk yang sama,yang mana akhirnya filem arahan Aziz M.Osman  menggunakan tajuk 'Fenomena'.filem Isabella terbitan Indonesia juga di kritik peminat.kenapa Nia Zulakrnain yang membawa watak Isabella,sedangkan Julia Rais (pelakon kacukan melayu-inggeris) hanya pelakon pembantu? sepatutnya Julia Rais tu la yang bawa watak Isabella.tapi di sebabkan 90 peratus produksinya memang kepunyaan Indonesia,peminat terpaksa la akur.








Selepas 28 tahun,Fenomena akhirnya di riliskan kembali dengan edisi terhad made in USA.(sebelum ni pernah di keluarkan kembali pada tahun 2003)tapi nampaknya 'sumpahan' Fenomena tu macam dah 'melekat' pulak.ada juga beberapa kontroversi yang melanda tentang album buatan dari Amerika ini.bab ni aku tanak ulas la pasal benda ni dah banyak orang ulas kat facebook dan juga kat laman sosial yang lain.lagi pun macam aku cakap kat atas tadi,aku takda degree sound engineer.

Akhir sekali aku nak cakap,pada otai2 rockers kat luar sana tu,jangan la hati tisu sangat..terimalah teguran/komen peminat dengan hati yang terbuka baru la boleh di panggil lagenda..tak gitu?


Cerita menarik pasal Fenomena dari Berteromber boleh tengok kat sini :
http://berteromber.blogspot.my/2017/03/fenomena-made-in-usa.html

Tuesday, 28 March 2017

Kembara Seniman Jalanan OST (1986)

Lama tak update asek sibuk mengejar dunia je..





Lagi album klasik yang dah 31 tahun.bersama2 dengan filemnya yang boleh di katakan cult classic.ramai yang tak faham dengan tema filem ini,sebab banyak babak yang di potong oleh Finas.dan filem KSJ sebenarnya memperjuangkan masalah cetak rompak,kehidupan masyrakat melayu yang agak terpinggir di Kuala Lumpur yang telah di kastakan sejak dulu lagi.pada sesiapa yang belum pernah tengok filem KSJ,aku cadangkan tengoklah filem ini,antara karya terbaik Nasir Jani bersama2 M.Nasir,Pyanhabib,Ito Blues Gang dan juga Dr.Sam.





Album soundtrack KSJ ini di terbitkan oleh M.Nasir,kesemua lagu dalam album ini semuanya di tulis oleh M.Nasir sendiri kecuali lagu 'Balada Pemuzik Jalanan' dari kumpulan Search.takda lagu yang tak best dalam album ni.kesemua 10 lagu dalam album ni aku dengar tanpa skip pun.sayangnya sewaktu album ni keluar 30 tahun yang lalu takda siapa pun ambil peduli.baru sekarang la ramai yang nak mencari album klasik ni.
Apa yang menarik ialah lirik2 dalam album  ni seperti lirik lagu 'Sesat Di Kuala Lumpur',"Siapa Orang Kita','Cetak Rompak' (kalau dengar lagu ni macam lagu pop china,so fahamla kan M.Nasir sindir siapa pasal cetak rompak ni) 'Balada Osman Tikus' (riff gitar dalam lagu ni agak heavy) dan juga lirik 'Rupa Tanpa Wajah'





Keseluruhan album ni memang best la,walaupun aku tak pernah dengar masa tahun 1986 dulu,bila dengar baru sekali putar cd ni je dah best.sound untuk cd reissue ni pun ok la takda masalah memang aku tahu sumbernya dari piring hitam.beli lah album ni,memang tak rugi.dengar cerita Nasir Jani nak terbitkan filem Kembara Seniman Jalanan part 2 pulak.boleh baca kisah ni kat sini :


p/s: suka solo dalam lagu 'Duit' siapa yang menyolo dalam lagu tu eh?

Friday, 17 March 2017

M.Nasir - Canggung Mendonan (1993)

Yang dah 24 tahun..




Antara album M.Nasir yang paling aku suka,dan juga merupakan killer album pada aku.sebab lagu2nya memang sedap2 belaka.memang tahap masterpiece.seperti kata Berteromber pada waktu ini zaman M.Nasir masih lagi berjiwa rebel.dengan jiwa rebel itu jugalah beliau berjaya menghasilkan lagu2 yang berjiwa.di tambah pula dengan lirik2 berseni dari Allahyarham Loloq menjadikan album ini terlalu istimewa.versi rilisan semula ini juga masih mengekalkan seperti yang pernah terbit di tahun 1993 dulu,tiada yang di ubah atau di buang.logo BMG tu pun masih di gunakan.memang puas hati la packaging macam ni.baru la pendengar tak komplen.





Walaupun pada asasnya album ini bergenrekan pop,tapi muzik M.Nasir tetap beridentitikan melayu.masih lagi mengekalkan konsep nusantara dalam muziknya.dan lirik2nya banyak berunsurkan pengajaran dan menyuruh kita berfikir apa yang ingin M.Nasir cuba sampaikan melalui lagu-lagunya.
Antara lagu yang popular dalam album ini dah tentunya lagu 'Mentera Semerah Padi' di katakan pembikinan muzik video lagu ini merupakan paling mahal pada waktu itu.




Lagu yang aku suka dalam album ini ialah 'Aduhai Kasih Aduhai','Wadi','Perang Yang Lagi Satu','Bonda','Ada' dan lagu paling touching dalam album ni dah tentunya 'Sentuhan Listrikmu'.memang betul feeling abis lagu ni.sesuai kalau nak kasi kat awek ke,wife ke atau skandal..heheh..aku suka kerja gitar dalam lagu ni.soundnya yang soft sebab tu la sesiapa yang dengar memang terkesan dengan lagu ni.lagu yang lain2 tu pun best juga,tapi dah selalu dengar kat radio dan album kompilasi M.Nasirkan.

Pada anda yang nak dengar album M.Nasir,aku cadangkan dengar album ni dulu.album ni la yang paling best.

Juga boleh jenguk kat blog Berteromber pasal album ni Di Sini

Friday, 24 February 2017

Mega s/t (1989) Reissue 2016

Dah terlanjur demam Megadeth kan.album yang dah berusia 28 tahun.





Aku kenal album pertama Mega ni juga dari abang aku.tiap kali aku nak pergi sekolah,masa tu aku form 1 sekolah petang,hari2 aku mainkan kaset Mega ni.secara peribadi,album pertama ni je yang aku suka,sebab Mega pada awal kemunculannya ada tempias glam rock sikit.selepas Zarith keluar dan di gantikan oleh Rahmad (bukan Rahmat Ekamatra) memang aku tak dengar dah sebab dah jadi band meleweh.vokal Rahmad pun memang sesuai dengan lagu2 slow je.

Dan antara lainnya sebab album ni best kerana soundnya.sound analog rock 80an.walaupun pada ketika itu demam rock dah suam2 kuku.kerja gitar Adie dan Sam agak menarik.riff dan solo2 dari kedua2nya cantik dan kemas.ada pengaruh Poison dan Motley Crue sikit.tapi beridentitikan rock melayu la kan.





Ok,kita tolak tepi lagu 'Pasti' dan 'Sekuntum Bunga Sakura' tu (lagu geng lipat kain bak kata Deaf..heheh) dua lagu tu je sebenarnya yang tak best dalam album ni.vokal Zarith sebenarnya memang kena dengan lagu hard rock je.kalau nak dengar kerja gitar Sam dan Adie,dengar lagu2 rancak mereka.antara yang best pada aku ialah 'Badai' (ada pengaruh Iron Maiden sikit) lagu 'Dunia Zaman Sekarang','Di Galeri Ini',lagu mid tempo 'Mega Cinta' lagu ni ok tapi kurang popular berbanding Sakura dengan Pasti.lagu 'Di Tahun 2000' pun best.lagu berunsur sindiran dan nasihat.lirik2 dalam lagu ni masih lagi sinonim sampai sekarang yang dah masuk tahun 2017.'Hanya Dalam Gagasan' aku suka kerja gitar dalam lagu ni.dan yang akhir sekali lagu 'Muzik Bergema'.semua lagu yang aku cakap tadi tu memang best di dengar.





Sound untuk reissue album Mega ni memang 'clean and clear' tiada cacat cela.Universal Music dah dengar keluhan peminat cd agaknya.ok la puas hati.pada anda yang tak dapat pergi tengok Megadeth,jangan susah hati dengarlah album pertama Mega ni untuk mengubat kesedihan..heheh..

Saturday, 18 February 2017

Juara Juara Rock 30 Tahun

Album kompilasi rock melayu yang dah 30 tahun.




Antara album kompilasi terbaik selepas Battle Of The Bands terbitan tahun 1986.ketiga2 album ini di terbitkan pada 1987.memang demam rock melayu/glam rock pada waktu itu.dari album kompilasi inilah terhasilnya band2 rock klasik legend seperti May,Burnmarks,D'Febians,Scandals (band pertama Joe Wings) dan juga Metalian.yang cuma bertahan sehingga ke hari ini cuma May je.
Yang paling aku suka ialah sound album ini.sebab telinga aku dah biasa dengar muzik rock sound analog 80an,jadi takda masalah untuk layan kesemua lagu.dulu pun hanya dengar versi kaset apache yang di beli oleh abang2 aku.sedikit sebanyak ada nostalgia jugak la album ni pada aku.





Antara lagu yang tak jemu dengar seperti 'Peperangan' dari D'Febians,'Kabus' dari Metalian,'Makan Hati Ulam Jantung' dari Burnmarks,'Kuasa' dari Scandals,dan juga lagu2 pada album JJR2 dan JJR3 kesemuanya best belaka.dengan kerja gitar yang kreatif oleh setiap band,menjadikan setiap band dalam kompilasi JJR ni agak unik.

Salah satu album kompilasi rock yang terbaik yang boleh di katakan sebagai khazanah rock melayu.tak rugi kalau ada album ni.

Pernah cerita pasal JJR Kat Sini

Tuesday, 14 February 2017

Belantara 30 Tahun

Antara album rock melayu terbaik yang dah masuk 30 tahun pada tahun ini..




Antara album yang agak unik.lain dari yang lain.kerana stail muziknya agak berbeza dengan kumpulan2 rock lain pada ketika itu.memang agak sukar peminat rock nak terima stail muzik Belantara pada ketika itu kerana genre progresif rock agak sukar di terima pada ketika itu.tapi kalau dah biasa dengar rock inggeris seperti Queensryche memang takda masalah kalau nak layan album ni.








Nak cerita pun aku dah pernah buat entri pasal album ni 2 tahun lalu Kat Sini harap lepas ni ada la keluar versi piring hitamnya pulak.kalau ketiga2 album tu di keluarkan semula piring hitamnya pun ok jugak kena dengan harga kasih sayang la..heheh..
Happy anniversary Belantara!

p/s : jangan ada komen yang panjang berjela macam dulu kat blog Ijau dah la.luka lama berdarah kembali nanti..heheh

Thursday, 2 February 2017

Ella & The Boys - Anak Merdeka (1987) Reissue 2016

Genap 30 tahun album ini yang di terbitkan pada tahun 1987





Tak berapa tahu sangat info pasal album ni.tapi menurut Berteromber album ini di riliskan sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke 30 tahun pada ketika itu tapi sayangnya album ini kurang mendapat sambutan.mungkin kerana stail muziknya yang banyak penggunaan keyboard dan muziknya yang agak moderate sedikit sebab banyak pengaruh rock 70an ala Queen,Rainbow dan Deep Purple.mungkin itu yang Lord ( gitar) mahukan,sebab beliau merupakan tonggak utama band ini segala hala tuju muzik dalam album ni memang dia yang ada kuasa veto.





Walaupun album ini kurang mendapat sambutan.pada aku album ni kira ok la.aku suka vokal Ella zaman dia dengan The Boys ni berbanding dengan album2 solo beliau.vokal serak basah dia yang macam Axl Rose tu memang kena dengan muzik bawaan Lord ini.Lord selain sebagai pemain gitar dengan kerja gitar yang menarik dalam album ini,beliau juga berbakat dalam penciptaan lagu.90 peratus lagu dalam album ini merupakan ciptaan beliau.dan beliau juga ada juga menyanyikan beberapa lagu seperti lagu 'Muslihat' duet beliau bersama Ella.

Antara lagu yang menarik dalam album ini ialah 'Anak Merdeka','Meniti Liku Sepi',lagu slow rock 'Takdir' pernah masuk Muzik-Muzik 87 dulu.lagu 'Ibu' yang di nyanyikan oleh Lord pun agak touching juga.heheh..vokal Lord pun kena juga la dengan lagu slow.dan satu lagi lagu yang selalu keluar di radio dulu kalau tak silap aku lagu 'Menanti Musim Berbunga'.cuma yang agak kurang pada aku ialah kerja gitar Lord di tenggelami oleh bunyi keyboard.tapi masih boleh dengar la riff-riff kreatif dari Lord.




Kalau anda minat Ella zaman bersama The Boys,album ini patut di miliki walau tak berapa menarik,ia dah menjadi salah satu album rock klasik dalam sejarah rock Malaysia.nasib la Sony Music Malaysia ni keluarkan balik album2 lama Ella ni,kalau tak mesti tak ramai yang tahu.


Lagi cerita pasal album ni dari Berteromber boleh tengok DI SINI

Monday, 9 January 2017

Wings - Hukum Karma Vinyl (1988) Reissue 2016

Album yang dah berusia 29 tahun pada 2017 ni.





Tengok kat entri Hukum Karma Berteromber di tambah pulak dengan komen berachun dari beliau,aku pun nak tambah rachun dengan riak Hukum Karmawi..heheh..

Album Hukum Karma ni memang muncul tepat pada masanya la..zaman glam rock tengah berada di kemuncak iaitu pada tahun 1988.dah banyak kali aku cakapkan tahun 88 memang zaman rock dan zaman heavy metal bertembung.persaingan yang sihat ni la yang menjadikan tahun 1988 tahun emas bagi pemuzik dan peminat rock seantero dunia.sayangnya kat Malaysia masa tu cetak rompak pun berleluasa macam cendawan tumbuh selepas hujan.













Piring hitam Hukum Karma versi 2016 ni memang terbaik punya packaging.berbanding versi cdnya yang main tangkap muat je.cover lp nya kulit keras yang bermutu,ada gate fold,sampul piring hitamnya pun menggunakan kertas kalis habuk,bukan sampul kertas biasa dan di sertakan sekali poster yang sama pernah di keluarkan pada tahun 1988 dulu.(aku pernah nampak poster ni kat mudah.my ada yang nak jual sampai rm300!..padahal poster reprint balik je.)dengan harga rm 150,memang aku puas hati la.dengar ceritanya piring hitam ini di cetak di German.





Dari segi soundnya memang tip top la.pressing Germankan.mesti la sedap bunyinya.siapa yang takkan lupa lagu-lagu dalam album ini seperti 'Opera Hidup','Misteri Mimpi Syakila',(lagu wajib bebudak rock dulu kalau jamming)lagu jiwang sepanjang zaman 'Taman Rashidah Utama' lagu yang menjadi tajuk album 'Hukum Karma' dan dua lagu yang berunsur ketuhanan dan nasihat iaitu lagu 'Sembunyi' dan juga 'Anugerah'.





Ini adalah khazanah rock melayu.aku cadangkan kat kau orang semua beli la sorang satu buat kenangan,tampal kat dinding pun ok bak kata Berteromber.heheh..atau pun lepas 10 tahun nanti boleh jual balik dengan harga lagi kejam dari kapitalis yang ada sekarang ni.heheh..terima kasih kepada mereka2 dan pihak NSR yang menerbitkan kembali piring hitam Hukum Karma ini.

Thursday, 5 January 2017

Rusty Blade - Rintangan Hidup Dunia (1987) Reissue 2016

Tahun 2017 album ni genap 30 tahun.




Antara album rock terbaik dari kota singa.siapa yang tak kenal Rusty Blade,antara 'big four' dari Singapura seangkatan dengan Lovehunters,Rockers dan Helter Skelter.(ini dari pandangan aku lah,aku tau ramai kecam Helter Skelter pasal lagu Helloween tu kan?heheh...)Rusty Blade juga di beri gelaran sebagai 'Iron Maiden Singapura' kerana lagu2nya memang kuat pengaruh dari Iron Maiden.so sesiapa yang minat IM mesti minat Rusty Blade punya.

Ok,pertama sekali aku nak cakap pasal cd reissue ni ialah senarai lagunya.ada sedikit kesilapan teknikal.lagu 'Kehilangan' versi instrumental tu sebenarnya lagu instrumental 'Mahkota Sukma' dari album 'Awas' dan ada penambahan trek lagu terakhir yang bertajuk 'Gadis Lincah' dari album 'Ikrar Perwira',dan juga tajuk lagu 'Tarian Duka' jadi 'Tarian Luka'.(berjangkit dengan Sony Music ke ni?heheh..)tak tau la sama ada kesilapan teknikal atau pun pihak Life Record memang nak bagi lagu bonus kot.tapi sepatutnya kalau versi cd ni ikut sama macam kaset pun ok,kat inlay pun takda gambar band member Rusty Blade,cuma ada lirik je.yang ni memang aku sedikit kecewa la..harap pihak Life Record peka pasal ni.sebab reissue keluaran mereka sebelum ni ok je takda masalah.





Dan yang keduanya untuk lagu2 dalam versi cd ni soundnya memang puas hati.memang dari master tape asal kot.sound analog 80an dengan bunyi yang lagi sedap.senang cakap macam album2 Judas Priest dan Iron Maiden era 80an yang di remasterdkan.memang berlemak bunyinya kan?.yang paling best di dengar ialah kerja gitar Khalid Mobin tu.

Akhir sekali lagu2 yang ada dalam album ni yang menjadi lagu kegemaran aku sejak dulu sehingga sekarang:

-'Langsuir Liar'- Lagu seram ala King Diamond.memang lagu seram terbaik sepanjang zaman la,band heavy metal melayu cerita pasal langsuir,antara kisah seram yang menjadi mitos dalam lagenda seram melayu zaman berzaman.tahun 1987 aku baru darjah 5,bila abang aku pasang lagu ni memang aku takut betul,part intro bunyi gitar dengan bunyi anjing menyalak tu sampai aku nak tidur malam pun teringat2 je..heheh..dan kalau nak tau,sampai sekarang lagu ni kalau malam memang aku skip (sehingga la ketika entri ini di tulis)..heheh..sampai sekarang pun terasa aura seram dia woo..

-'Taming Sari' - Walaupun di gelar 'Iron Maiden Singapura' Rusty Blade tetap tak lupa sejarah.antara lagu sejarah kegemilangan Melaka,Hang Tuah lima bersaudara dan juga keris Taming Sari.selain dari lagu 'Taming Sari' ni,Rusty Blade juga pernah buat lagu 'Jasa Tok Janggut' pendekar terkenal dari Kelantan.susunan muzik untuk lagu 'Taming Sari' ni pun best,lagu yang menaikkan semangat dan aura Hang Tuah tu pun terasa bersama dengan jeritan Yantzen tu.

-'Ketagihan'- intro drum dan riff lagu ni best.lagu berunsur nasihat.dulu kalau kata dengar dan minat muzik rock je kan mesti di kaitkan dengan dadah.walaupun rockers tu tak main dadah tetap di labelkan sebagai 'mat pet'.lagu ni memang kuat pengaruh Maidennya.tapi best.






-'Rintangan Hidup Dunia' - Lagu nasihat dan juga lagu untuk mengajar kita jadi sendiri,mencapai impian yang di impikan dan jangan putus asa.antara liriknya yang berbunyi "capailah kemenangan dengan sikap bistari.musibah melewati tiada lagi merugi".siapa kata muzik rock tu melalaikan?banyak lagu2 rock melayu yang berunsur nasihat sebenarnya.

-'Tiada Lagi Aku' - Lagu kecewa, mid tempo yang kena dengan mood lagu.stail vokal Yantzen pun dengan nada kecewa.memang kena la dengan lagu,lagi pulak dengan solo yang mendayu2 tu melengkapkan emosi kecewa keseluruhan lagu  ni.

-'Penantian' - Ini pun sama lagu kecewa jugak.lagu di tinggalkan kekasih hati.suara Yantzen pun bunyi sedih je.memang terbaik la di tunekan suara dia sesuai dengan mood lagu sedih ni.

Itu la antara 6 lagu yang paling aku suka dalam album ni.tetapi album ini masih boleh di kategorikan antara album rock terbaik sepanjang zaman dari Rusty Blade.kalau anda peminat Rusty Blade mesti kena dengar album ni.dengar cerita versi piring hitamnya akan di keluarkan dalam tahun ni jugak.memang pecah tabung la jawabnya..heheh..

Monday, 28 November 2016

Mindcrime 2 ( 10 Tahun )

Hampir terlupa pasal album ini..diam tak diam dah 10 tahun usianya




Walaupun di kritik hebat kerana teruknya album ini,pada aku takda la teruk sangat pun.ada antara lagu2 nya best juga.tak semua sekuel dari yang pertama akan lebih baik.biasanya akan terjadi sebaliknya la..antara lagu2 yang tak jemu di dengar sehingga ke hari ini ialah 'If I Could Change At All', 'The Chase' duet bersama Ronnie James Dio,'All The Promises' dan 'Speed Of Light' (bukan lagu Iron Maiden eh)




Memang agak sukar nak jumpa album rock yang buat concept album ( penceritaan dalam lagu) setakat ini yang berjaya dengan jalan cerita yang bagus ialah album 'Operation Mindcrime' album2 King Diamond (Abigail,Conspiracy) je yang agak best.kalau anda tak kisah tentang produksi album ini,boleh la layan,tapi sebelum tu kena dengar yang part 1 dulu baru lah boleh faham jalan cerita kedua2 album ini.

Pernah cerita pasal album ni 2 tahun lalu Di Sini

Monday, 24 October 2016

Sweet Charity Reissue

Dah lengkap album Sweet Charity aku..


cd sweet charity 88' je aku lupa letak



Aku kenal Sweet Charity melalui arwah ayah aku.beliau kerap memutarkan piring hitam album 'Pelarian' ketika pulang dari kerja atau ketika di hari cuti.Sweet Charity merupakan ikon rock melayu dari Singapura yang menjadi sumber inspirasi banyak band2 rock Malaysia pada era 80an.media Singapura dan Malaysia menggelarkan kumpulan ini sebagai 'Deep Purple' Singapura.pada aku muzik Sweet Charity lebih kuat pengaruh Led Zeppelin dan Uriah Heep tetapi dengan beridentitikan rock melayu.ketika zaman rock kangkang berada di puncak pada tahun 80an.

Kebanyakkan kumpulan2 rock melayu yang baru di tubuhkan memainkan lagu2 cover dari Sweet Charity seperti 'Batu','Penunggu','Zakiah','Terharu' dan beberapa lagu yang kerap di mainkan ketika pertandingan untuk mencari bakat baru dalam kumpulan rock.(bukan macam event sampah tu yang undi guna sms.muka lawa tapi walau suara ke laut pun dapat undi paling tinggi dia la juara)
Line up Sweet Charity memang ramai sebab kumpulan ni di tubuhkan pada penghujung 60an.lama betul tu.tapi line up klasik Sweet Charity paling aku suka ialah Ramli Sarip,Rosli Mohalim,(gitar hero legend ni) Sarwanie Ahmad,Syed Hassan Al-Attas dan Ahmad Jaafar.







Ok,album reissue yang terakhir di keluarkan minggu lalu ialah album 'Berita Gempa' di sertakan sekali dengan kotak ataupun 'boxset' tak boleh di panggil boxset pun sebenarnya..heheh.hanya kotak yang berlipat tapi bila di susun kesemua album Sweet Charity ni nampak menarik.









susunan album berterabur tak ikut tahun di terbitkan







Akhirnya complete dah.tunggu lepas 2-3 tahun boleh jual dengan harga lebih kejam dari kapitalis piring hitam dan kaset.heheh..






Monday, 17 October 2016

Loving Born - Kekalkan ( 1988 ) Reissue 2016

Antara album rock melayu di zaman kegemilangan rock melayu dan inggeris pada tahun 1988.





Kumpulan Loving Born ini menurut apa yang aku baca dalam internet,mereka pernah menduduki tempat pertama dalam pertandingan Juara Rock di ekspo Malaysia Jalan TAR  kl.(kini bangunan yang di panggil Maju Junction)katanya kumpulan ni berasal dari Perak/Kuala Lumpur.aku pun tak pasti.memang tak tau sangat info pasal kumpulan ni.maklum la dulu masa album ni keluar pun aku masih lagi kanak kanak riang.heheh..







Untuk album 'Kekalkan' ini mengandungi 10 lagu,ada antaranya ciptaan komposer yang dah terkenal seperti Siso Kopratasa,Wanafisu (Wan Hanafi Su) dan ada juga ciptaan dari Loving Born sendiri.album yang di terbitkan oleh Eric Yeo (beliau ni penerbit yang agak popular juga untuk syarikat Polygram pada ketika itu)dan di rakamkan di studio paling legend dan canggih di Singapura pada ketika itu iaitu Lion Studio.antara studio rakaman legend yang menjadi impian kumpulan2 rock melayu nak rakamkan album.lebih kurang macam Morrisound Studio kat Florida la tempat impian band death/extreme metal nak rakam album,Sepultura juga berjaya mencapai impian nak rakam album kat studio ni.(album 'Arise' antara produksi paling best dalam banyak2 album Sepultura)







Antara lagu yang hit dalam album ini ialah lagu mid tempo yang jiwang tapi tak meleweh 'Terima Kasih',dan juga lagu hard rock 'Tanjung Puteri' lagu tradisi Johor yang telah di rock kan.pernah jadi kontroversi juga lagu ni sehinggakan telah di'gam' oleh RTM pada ketika itu kerana terlalu heavy..heheh.lagu yang lain pun boleh tahan best juga,seperti  lagu track pertama ciptaan Loving Born 'Kekalkan' lagu progresif rock ala Queensryche dan juga lagu 'Inikah Takdir Cinta Kita' juga mid tempo yang tak meleweh dan mendayu walaupun tajuk lagunya nampak terlalu jiwang.heheh..kreatif juga Loving Born ni buat lagu.kerja gitar dalam album ini pun boleh tahan menarik walaupun soundnya agak 'kering',biasa la studio era analog lagi kan masa ni.stail nyanyian penyanyinya yang ala 'Meatloaf' dan 'Ning Baizura versi lelaki' menambahkan keunikkan album ini.


Boleh cuba dengar album ini kalau anda tak kisah dengan soundnya..

Sunday, 9 October 2016

Lagi Yang Terbaru




Pada awalnya cuma nak beli 2 album Ella tu je,tapi ternampak pulak cd Loving Born dengan Putra tu.aku beli jugak la..cuma kali ni ada jugak la rilisan yang lain tu tapi semua aku skip pasal semua band meleweh era 90an.


Dan yang bestnya dapat piring hitam Lefthanded Keadilan.







Dapat free poster lagi.Di riliskan dalam format piring hitam sempena 30 tahun album ini.dengar cerita hanya terdapat 500 salinan yang di pasarkan di Malaysia dan Singapura.
Vinyl ni pun aku tak buka lagi masih sealed.tak sempat nak melayan.dengar cerita selepas ini piring hitam Wings Hukum Karma pulak akan di riliskan.sedia kan je la duitnya..heheh