Saturday 29 December 2018

Metallica - And Justice For All Remastered Expanded Edition (2018)

Di riliskan kembali setelah mencapai usia yang ke 30 tahun pada 2018 ni.




Rilisan kali ini dalam bentuk digipack.logo Metallica dan maskot patung tu timbul.memang special sikit la.nak beli yang versi boxset memang tak mampu..mampu tengok je lah.






bahagian belakang.gambar masa konsert era album AJFA ni.masa era ni aku suka jugak la.zaman rebel Metallica dan album thrash terakhir dari mereka.





Bila dah buka keluar la gambar band member yang macam tu..





Bila buka yang dalam macam tu lah cd nya.cd pertama album AJFA yang telah di remasterkan yang tetap takda bunyi bass Jason Newsted.cd kedua ialah demo & rough mixes.aku setuju dengan Takilala,lagu 'To Live Is To Die' dalm versi cd kedua ni lagi best dari versi original.memang sedap dari versi asal.dan cd ketiga ialah rakaman live dari 'Damaged Justice Tour'.cd ketiga ni pun ada lagu yang agak kureng sikit soundnya.memang Metallica nak sound macam tu agaknya.




Booklet ni kalau Metallica ceritakan pasal album AJFA ni pun kira ok jugak.tapi takda cuma lirik lagu dan gambar-gambar je.









Dah.tu je lah yang ada.tapi album ni memang patut ada untuk melengkapkan koleksi Metallica anda semua.lagi pun aku pernah cerita pasal album ni 5 tahun lalu Kat Sini



Tuesday 11 December 2018

Punisher - Dehumanized ( 2018 )




Ok kali ini ada masa nak buat entri setelah sibuk mengejar duniawi.heheh.kali ni nak cerita cd yang baru beli dan dengar.dah lama aku teringin nak beli cd ni.sebab ada antara rakan-rakan blog yang dah tunjuk kat dalam group whatsapp dan memberikan macam reaksi tentang ep ni,maka cd dah ada kat tangan aku boleh la melayan.lagi pun dah lama tak cerita pasal  cd band tempatan kan,kita cerita pasal band Punisher ni.





Band Punisher kalau peminat muzik keras bawah tanah kat Malaysia ni memang tau mereka ni antara band paling otai atau pun merekalah pelopor utama scene gerakan muzik keras bawah tanah pada penghujung 80an dan awal 90an.mereka jugalah yang menaikkan scene underground,menjadikan ada antara peminat scene rock kapak beralih arah kepada muzik yang lebih keras.tetapi sayangnya setelah 30 tahun baru Punisher ni dapat menerbitkan ep mereka yang pertama.tak kisahlah kan bak kata orang jawa, "better late than never".tonggak utama Punisher ini ialah Rosdan (ex Bloodshed) yang mana setelah album siap di rakam,beliau telah keluar dari Punisher dan di gantikan dengan Jeff Disposal.





Reaksi aku setelah mendengar ep ni,memang kuat pengaruh Megadeth nya.walaupun begitu aku suka sound dalam ep ni,memang berbunyi thrash 80an.seperti rakaman lagu-lagu di buat pada tahun 80an.memang sedap dan padu.dan yang paling memeranjatkan aku ialah vokal Rosdan.suara dia sebijik macam Dave Mustaine Megadeth hilang lenggok lagu Srikandi Cintaku..heheh..kau orang boleh bandingkan vokal beliau yang sekarang dengan zaman dia ketika bersama Bloodshed,memang lain betul.







Tak kisahla kalau berbunyi Megadeth pun,yang pasti lagu-lagu yang mereka cipta memang sedap.aku dengar kesemua lagu tanpa skip dan track favourite aku ialah lagu 'Punishment'.harap lepas ni mereka dapat keluarkan full album dan pada aku ini adalah ep thrash/heavy tempatan yang terbaik untuk tahun 2018 ni.



Sunday 16 September 2018

Metallica - Garage Days Re-Revisited 1987 (Reissue 2018)

Dah lama tak update.maklum la sibuk je memanjang (alasan biasa..heheh)







Ok EP ni sebenarnya pernah diterbitkan pada tahun 1987 bermakna dah 31 tahun usia EP ni.juga merupakan album yang memperkenalkan Jason Newsted kepada peminat-peminat Metallica.sekitar tahun 1995 dulu aku pernah beli kaset album ni.tapi macam biasa dah hilang.pada bulan april lalu Metallica telah mengumumkan tentang album ini dengan rilisan yang pelbagai.ada dalam bentuk kotak panjang,vinyl berwarna oren dan cd digipack biasa seperti replika vinyl yang agak menarik dan akhirnya ada di tangan aku.heheh..









Nak cerita panjang pun aku rasa ramai yang dah tahu sejarah tentang EP 'Garage Days' ni.tapi rilisan yang terbaru ini telah di remastered.yang membuatkan bunyinya lagi bertambah sedap dari yang sebelum ni.walaupun hanya lagu-lagu cover yang di mainkan oleh Metallica,tetapi susunan muzik dengan tempo heavy metalnya memang best.banyak jugak band-band lama British yang aku tau sebenarnya melalui album ini.seperti band post punk Killing Joke,Diamond Head,Budgie,Misfits dan Holocaust.kesemua band ini menjadi sumber inspirasi Metallica dalam penulisan lagu mereka.

Oklah takda apa nak cerita lagi.tapi EP ini wajib di milik kepada mereka yang tak pernah dapat nak beli sebelum ni sebab ramai penjual yang menjual album ni dulu dengan harga yahudi.heheh..

Tuesday 29 May 2018

Zakat Fitrah 2018



Sama seperti tahun-tahun yang sebelumnya,kadar zakat untuk wilayah persekutuan kuala lumpur masih lagi RM7.00.
Di kesempatan ini juga aku nak ucapkan selamat berpuasa,selamat bersahur dan selamat berbuka puasa untuk rakan-rakan blog.lama betul aku tak update blog ni..sendu dah..heheh.

Saturday 14 April 2018

Helloween - Chameleon (1993)

Sempena kedatangan Helloween ke Malaysia..





Album yang di riliskan pada tahun 1993 ni merupakan album terakhir Michael Kiske (vokalis asal) bersama Helloween yang pada ketika melakukan tour promosi untuk album ni dia dan pemain drum Helloween yang asal iaitu Ingo  Schwichtenberg telah di tendang keluar atas sebab kegagalan album ini yang di katakan terlalu komersial dan hilangnya elemen power metal yang menjadi teras muzik mereka sejak di era 80an lagi.cuma Ingo ni tak boleh terima lagu 'Windmill' tu sebab terlalu pop sangat sehinggakan dia namakan lagu tu kepada 'Shitmill'..heheh.




Tapi pada aku album ni takda la teruk sangat pun,muziknya masih lagi metal cuma stailnya lebih kepada progresif ala Queensryche.sesiapa yang biasa dengar muzik Queensryche pasti suka jugak dengan album ni.dan album ini juga membuktikan Michael Kiske boleh menyanyi lagu slow/pop rock bukan hanya pada nada jeritan tinggi untuk lagu power metal je.selain dari itu kerja gitar Michael Weikath dan Roland Grapow juga menarik masih sama seperti dalam album-album Helloween yang sebelum ni.





Lagu-lagu dalam album ini yang best pada aku ialah :
'First Time' - lagu pembukaan trek pertama yang memang power.masih ada elemen power metal
'Giants' - juga lagu dengan elemen power metal
'Music' - eksperimental/progresif ala Queensryche ada di masukkan unsur orkestra sikit tapi best
'In The Night' - eksperimental/southern rock/country mengingatkan aku pada album Poison 'Native Tongue' juga di riliskan pada tahun yang sama
'Step Out Of Hell' - yang ni pun eksperimental & power metal 
'When The Sinner' - antara lagu yang peminat Helloween tak boleh terima tapi dah jadi komersial.memang takda langsung bunyi Helloween tapi lagu ni kira ok jugak la.






Walaupun dulu nya album ini tak di sukai oleh peminat tegar Helloween,aku pasti sekarang ni mesti ramai yang dah suka.lagi pulak sekarang ni Helloween dah pun reunion balik dengan band member asal.cuma hati aku ni berbelah bagi nak pergi ke tak konsert Helloween ni nanti walaupun dah tukar venue dalam kawasan kl.hari sabtu tu pulak aku kerja.tengoklah nanti macam mana..so sesiapa yang dah beli tiket tu harap kau orang semua enjoy the show.layan Helloween sambil makan lepat labu pun ok kan..heheh.

Sunday 25 March 2018

Search - Mentari Merah Di Ufuk Timur 1987 Vinyl (2018 Reissue)

Malas nak cerita pasal album ni,nanti kalau silap cakap kipas-susah-mati Search kecam aku..heheh..aku tampal gambar je lah.
















Ceritanya lp ni baru ambik petang semalam dekat Amcorp Mall.sambil-sambil tu melepak bersama rakan blogger incik Berteromber dan Incik Optimus Prime Shafid.terima kasih kerana sudi meluangkan masa 'mengeteh' bersama.InsyaAllah ada rezeki boleh jumpa rakan blog yang lain pulak.

Friday 23 March 2018

Guitar World Presents Metallica 30 Years




Masa pergi Bookexcess dekat Amcorp Mall,aku terpandangkan buku ni,dan di sebabkan harganya pun murah,aku pun beli.takda lah menarik sangat ia nya menghimpunkan segala interview majalah Guitar World ini bersama dengan Metallica tapi interviewnya lebih kepada James Hetfield dan Kirk Hammett je lagi pun majalah gitarkan,interview dengan Lars dan Jason pun takda cuma ada gambar je.nak cerita panjang pun aku rasa dah ramai yang tau isi kandungan dia pun lebih kurang sama dengan buku atau majalah lain yang pernah cerita pasal Metallica ni.layan gambar je la yer.




Gambar pertama ni masa zaman Kill Em' All.ada Cliff Burton.kalau nak baca boleh je besarkan gambar tu.





Zaman Justice For All..mintak maaf lah kalau gambar yang aku upload ni tak ikut turutan.malas nak susun balik..heheh


Yang ni edisi tahun 90an Guitar World masukkan balik dalam edisi Metallica special ni.ada pakcik Tony Iommi.



Yang ni Kirk dengan tok guru dia Joe Satriani.boleh tahan mulut Joe dalam interview ni.dia selamba je kutuk band2 metal yang pada dia memang hampeh.paling teruk dia kutuk band rapper Ice T Body Count tu.



Zaman Load/Reload zaman ramai orang benci dengan Metallica pada waktu ni.zaman Pop Metal.


Yang ni pulak cover story zaman Garage Days/Garage Inc.



Kirk Hammett dengan Adam Jones gitaris dari band Tool.



Yang last sekali senarai 100 lagu Metallica yang terbaik katanya.tapi aku tak snap la senarai lagu tu.malas nak upload banyak gambar.

Antara lagu yang tersenarai antara 100 lagu tu.dia campurkan sekali dengan lagu cover yang penah Metallica rakamkan.

Tu je lah semua yang ada dalam ni,takda yang menarik sangat la.isi kandungannya lebih kurang sama dengan majalah/buku yang pernah di terbitkan atas nama Metallica ni.cuma memang banyak gambar yang menarik la.




Sunday 18 March 2018

Tomb Raider (2018)

Yang di tonton pada minggu lepas..




Filem ini adalah versi remake selepas dua filem Tomb Raider yang di lakonkan oleh Angelina Jolie.untuk versi kali ini memang mengikut jalan cerita daripada game Tomb Raider reboot yang pernah menang anugerah game terbaik untuk tahun 2013.aku pernah cerita Kat Sini.

Takdalah nak review sangat pasal filem ni,sebab baru lagi aku tak mahu kasi spoiler.heheh..tapi kalau anda dah biasa dengan cerita Indiana Jones,pasti suka dengan filem ni.ramai juga yang kritik kata filem ni teruk dan tak bagus ada yang kata plot filem ni membosankan,tapi pada aku sebab aku memang peminat game Lara Croft ni sejak dari zaman Playstation One lagi,memang takda masalah nak layan filem ni,aksi Lara Croft sama seperti dalam permainan game.dia berlari,meloncat,jatuh dari tempat tinggi dan juga menyelesaikan teka teki.lakonan Alicia Vikander yang memegang watak Lara Croft memang kena dengan penampilan dia yang tak berapa cantik tapi lasak.(tak macam Lara Croft versi Angelina Jolie yang hanya seksi semata-mata)dan filem ini juga akan ada sekuelnya tapi tak pasti bila akan di keluarkan.

Mungkin yang tak pernah main game Tomb Raider ni akan kata cerita ni membosankan,yelah tak semua orang boleh suka apa yang kita suka kan?untuk peminat tegar Lara Croft macam Ijau memang kena tengok filem ni.


Sunday 4 March 2018

Pumpkins United Malaysia?



Macam-macam cerita,ada yang kata khabar angin,berita palsu dan macam2 lagi lah dalam 2-3 minggu ni,tapi kebarangkalian tu pastinya ada..sebab bulan mac ni memang Helloween ada buat tour kat Jepun.boleh 'jemput' dia bikin konsert kat sini.dan harapnya takda la timbul cerita kontroversi ada  orang jual songkok kat konsert Helloween ni nanti..hahah,kalau setakat jual lepat labu aku rasa tak kontroversi la sebab kena dengan tema konsertkan..heheh.

Kalau jadi Helloween ni datang..kemungkinan,di ulangi KEMUNGKINAN aku akan pergi lah..😀😀

Friday 16 February 2018

Gong Xi Fa Cai 2018




Selamat Tahun Baru China kepada pembaca blog aku yang merayakannya dan juga selamat bercuti kepada semua rakyat Malaysia,Singapura,Brunei dan Indonesia.
Entri takda idea ni.nanti esok lusa kalau ada idea aku post..heheh

Sunday 21 January 2018

King Diamond - The Eye (1990)

Antara album King Diamond tanpa Mickey Dee..



Macam aku pernah cakap sebelum ni,kebanyakkan album-album King Diamond merupakan concept album (penceritaan dalam lagu macam kita tengok filem seram) dan album 'The Eye' ini menurut kata King,berdasarkan dari kisah benar dan di olah sedikit jalan ceritanya berlatar belakangkan pada era pada tahun 1600an di Perancis dan cerita dalam album 'The Eye' ni memang menarik.cara penceritaannya pun sama seperti album-album King Diamond yang sebelum ini seperti 'Them','Abigail' dan 'Conspiracy' seperti biasa selain menyanyi,King Diamond juga merupakan 'voice acting' untuk setiap lagu.boleh gelak macam hantu,buat suara nenek tua dan suara garau macam raksaksa.hehe..

Kisah untuk album ni mengisahkan tentang seutas rantai leher yang di panggil 'The Eye'.

1.Eye Of The Witch
Lagu intro pertama ini mengisahkan tentang seseorang (taktau lelaki ke perempuan) dah terjumpa rantai 'The Eye' ni.bila dia dapat rantai ni je dia boleh nampak kejadian masa lampau.solo Andy LaRocque best.aku suka dengar.

2.The Trial(Chambre Ardente)
Kita di kenalkan dengan dua karakter dalam cerita ini iaitu Nicolas de la Reynie seorang ketua paderi dan juga Jeanne Dibasson yang di tuduh sebagai ahli sihir.orang yang jumpa rantai 'The Eye' ni tadi dapat tengok segala kejadian yang berlaku perbicaraan untuk menghukum Jeanne ni sebab beliau di katakan ahli sihir.intro yang berat pada awal lagu ala Black Sabbath memang menarik dan juga solo Andy yang mengikut mood lagu.









3.Burn
Akhirnya Jeanne di dapati bersalah dan di hukum bakar hidup hidup.kerja gitar Andy dan Pete Blakk part solo berharmoni tu aku suka dengar.best betul

4.Two Little Girls
Cara penceritaan kali ini menarik,lagunya pun ala 'twinkle twinkle little star' King nyanyi sambil buat suara budak kecik dan buat suara budak perempuan menjerit.ceritanya selepas ahli sihir ni hangus terbakar,2 budak perempuan ni terjumpa rantai 'The Eye' ni kat bekas tapak ahli sihir tu kena bakar ketika mereka berdua bermain kat kawasan tu

5.Into The Convent
Lagu kelima ini juga memperkenalkan karakter yang lain iaitu sister Madeleine Bavent dan Father David.nak di jadikan cerita Father David ni dah rogol sister Madeleine ni.lepas je Father David ni rogol Madeleine,kessokan harinya Father David ni mati kena bunuh dengan kuasa rantai 'The Eye' yang di pakai oleh Madeleine tu.mood lagu yang heavy sesuai dengan jalan cerita rogol dan bunuh ni..heheh




6.Father Picard
Setelah Father David mati,datang pulak Father Picard ni jadi ketua untuk ganti Father David,tapi dia ni pun sama jugak ada niat jahat.dia ada letak sesuatu dalam air minuman air suci yang orang kat gereja tu kena minum setiap ahad.sesiapa yang minum air tu mula dengar cakap Father Picard ni.sekali lagi solo berharmoni dari Pete dan Andy yang menarik dan best

7.Behind These Walls
Madeleine semakin rasa pelik apa yang berlaku dalam gereja tu dan dia juga rasa tak percaya dengan Father Picard tu.macam ada sesuatu yang tak kena dalam komuniti gereja tempat dia tinggal tu.lagu ni kalau takda lirik pun dah best.riff-riff yang menarik dan solo Andy memang tak payah cakap la dah memang power dalam lagu ni.

8.The Meetings
Father Picard dan semua ahli tertinggi gereja berkumpul termasuk la Madeleine.apa yang berlaku selepas itu ialah seorang bayi telah di bunuh untuk di jadikan korban ritual ajaran sesat Father Picard ni.memang kejam gila la Father Picard ni.solo gitar kali ini oleh Pete Blakk.solo dia pun power



9.Insanity
Intrumental akustik gitar dan solo dari Andy LaRoche.menarik kerja gitar dia.kira macam lagu latar untuk cerita ni lah.

10.1642 Imprisonment
Pada tahun 1642 ritual ajaran sesat mereka telah di ketahui umum dan mereka semua telah di tangkap dan di penjarakan atas kesalahan membunuh bayi dan kanak-kanak yang tidak berdosa termasuk la sister Madeleine yang telah buat pengakuan atas segala kejahatan yang Father Picard lakukan.cuma sayangnya lagu ni pendek hanya berdurasi 3 minit je.kalau panjang sikit dengan solo Andy tu mesti lagi best.

11.The Curse
Kembali ke zaman moden iaitu orang yang jumpa rantai 'The Eye' tadi pada track lagu pertama.sumpahan 'The Eye' tu dah pergi pada orang yang jumpa rantai tadi tu dan hidup dia tak tenteram.setiap kali dia tengok 'The Eye' tu setiap kali tu jugalah dia tengok satu persatu peristiwa yang terjadi dari rantai tu.lagu ni sekejap slow sekejap fast dengan solo bergulung-gulung dari Andy dan Pete.

Pada aku album ni memang 'complete package' la.kalau takda kerja gitar dari Andy dan Pete Blakk memang tak menjadi jalan cerita dalam album ni,juga cara King Diamond buat lagu dan stail vokal dia yang berubah ubah tu memang mencantikkan lagi cerita dalam album ni.jadi kalau anda inginkan cerita seram thriller tanpa gambar,boleh layan album 'The Eye' ni.memang terbaik.
Dan untuk pengetahuan pembaca blog album ni takda pun sebut pasal sembah setan semua tu.jangan nilai buku sebelum baca isinya.

Monday 1 January 2018

2018



2017 :

- Nak kata ada suka duka dalam tahun 2017 ni takda lah yang duka sangat cuma sepanjang 2017 memang aku sibuk dengan mengejar dunia je sampai blog aku ni pun dah sendu sebab jarang update..heheh.

-Hiburan duniawi.pembelian cd dan piring hitam yang ada antaranya belum berjaya di miliki.kerana salah satu sebabnya matawang kita nilainya agak dah menurun sedikit.lagi pun memang niat aku untuk mengurangkan pembelian cd dan lp ni untuk berjimat cermat.memang banyak rilisan yang aku skip,tapi kalau ada rezeki lebih memang aku beli lah.

-Dah ada whatsapp group geng bloggers.walaupun ada antaranya tak pernah bersua tapi berkenalan dengan rakan-rakan yang mempunyai hobi dan minat yang sama iaitu muzik.bertukar pendapat,gosip menggosip,cerita tentang rilisan terbaru dalam dan luar negara dan juga informasi tentang dunia gelap dan terang..heheh..dan ianya bagus dapat mengeratkan lagi silaturahim.

-Berkuburnya Ampang Park.antara shopping complex 'tertua' di Kuala Lumpur yang telah di hentikan operasinya pada 31/12/2017.pertama kali menjejakkan kaki di Ampang Park pada pertengahan 80an ketika aku masih kanak-kanak riang lagi.selamat tinggal Ampang Park..kau akan sentiasa dalam ingatan.


2018 :
-Kalau tanya pasal azam ni memang aku tak mahu cakap lah,lagi pun umur dah makin meningkat,cuma apa yang aku nak buat ialah nak perbaiki diri aku sendiri yang dah makin meningkat umur ni.

-InsyaAllah kalau takda apa-apa aral,antalogi cerpen aku yang kolabrasi bersama rakan sepermainan masa kecil dulu akan di lancarkan dalam tahun 2018 ni.dah banyak kali tertangguh,dan sekarang ni dalam proses kemaskini yang akan di terbitkan oleh satu penerbitan indie di kl ni.harap semuanya di permudahkan.

-Dah genap 4 tahun aku berhenti merokok

-Untuk adik-adik yang akan memulakan sessi persekolahan,belajar rajin-rajin.

-Semoga 2018 ni sukses untuk aku dan rakan-rakan bloggers dan juga pembaca yang rajin singgah kat teratak buruk aku ni

Selamat Tahun Baru 2018 dari aku.moga anda semua di kurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki berlipat ganda di tahun ini.