Thursday 30 April 2015

Happy Belated Birthday The Joker



The Joker adalah ikon penjahat paling terkenal dalam dunia komik DC Universe.beliau merupakan musuh tradisi 'The Dark Knight' siapa lagi kalau bukan Batman.kemunculan pertama beliau dalam dunia komik ialah pada 25 April 1940.kalau Joker ni wujud,kiranya dah jadi warga emas dah ni.karakter beliau yang agak misteri,sadis,saiko dan juga suka melawak merupakan antara 'trademark' beliau untuk mempengaruhi musuh dan pengikutnya.
Kalau dalam komik Batman,Joker ni pernah bunuh sidekick Batman iaitu Robin,pernah menyebabkan Barbara Gordon (Batgirl)lumpuh separuh badan dan pernah mengetuai geng2 penjahat dalam dunia DC comics untuk menguasai dunia kononnya.

Watak The Joker juga pernah di lakonkan oleh Jack Nicholson dalam filem 'Batman' (1989) dan mendiang Heath Ledger dalam filem 'The Dark Knight' (2008) yang mana beliau telah memenangi pelakon terbaik Academy Awards,dan juga Mark Hammil (Star Wars) untuk suara Joker siri kartun animasi Batman.

RIP Heath Ledger

Karakter The Joker sekali lagi akan muncul di layar perak dalam filem Suicide Squad yang akan di tayangkan pada 2016 nanti.watak Joker kali ini  akan di lakonkan oleh Jared Leto (30 Second To Mars)
The Joker juga antara karakter yang aku suka sejak dari kecik dulu.perseteruan yang unik sepanjang zaman antara Batman dan The Joker.

"Memories can be vile, repulsive little brutes. Like children I suppose. But can we live without them? Memories are what our reason is based upon. If we can't face them, we deny reason itself! Although, why not? We aren't contractually tied down to rationality! There is no sanity clause! So when you find yourself locked onto an unpleasant train of thought, heading for the places in your past where the screaming is unbearable, remember there's always madness. Madness is the emergency exit. You can just step outside, and close the door on all those dreadful things that happened. You can lock them away...forever."
-The Joker



Tuesday 28 April 2015

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (2013)




Oleh kerana pernah baca novelnya(review sini) hasil karya teragung Hamka (sasterawan lagenda yang telah di iktiraf oleh dua negara Malaysia dan Indonesia)apabila mengetahui filem nya telah di tayangkan,rasa teruja ingin menontonnya.tapi di sebabkan filemnya tidak pernah di tayangkan di Malaysia dan dvd nya pula tidak ada dalam pasaran sini,versi menonton secara online adalah jawapannya..

Kalau filem yang di adaptasikan dari novel,produksi filem Indonesia memang terbaik,memang tak di nafikan daripada jalan cerita,latar seni dan juga prop untuk filem ini memang bagus.bukan macam filem Malaysia yang kononnya adaptasi dari novel dan sejarah,tapi produksinya main tangkap muat.(bila aku kata filem melayu sampah ramai yang marah,tapi tu la hakikatnya,tiada kemajuan dalam industri filem melayu,kalau setakat nak letak pelakon cantik untuk lariskan filem baik tak payah,bukan seni namanya)pembikinan untuk filem ini memakan masa yang agak lama,selama 5 tahun,tapi memang agak berbaloi la.
Filem ini memang filem cinta romantis,tapi lain dari yang lain,bukan seperti filem2 cinta yang sekarang ini.filem ni memang betul2 'art'.sama seperti novelnya,ia berkisarkan pada era 1930,kisah percintaan Zainudin dan Hayati (lakonan Pevita Pearce,ganteng banget deh cewek ni..heheh) yang berlainan darjat dan keturunan yang tidak mendapat restu keluarga Hayati,kerana Zainudin bukanlah dari keturunan Minang bangsawan seperti Hayati.kecewa dengan cintanya,Zainudin merantau ke tanah jawa sehingga menjadi penulis terkenal,karya2nya mendapat sambutan hangat di seluruh nusantara..apa kaitannya kisah cinta dengan kapal Van Der Wijck?kena tengok sendiri la atau pun baca buku nya..hehe..(part dialog dalam bahasa minang tu memang syok dengar)

Kalau eropah ada William Shakespeare dengan karya 'Romeo And Juliet' nya,di nusantara juga ada lagenda bernama Professor Hamka dengan karya 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck'.

*4/5


Saturday 25 April 2015

John Jani Janardhan - Mohammed Rafi (1981)

Dua tiga hari ni Berteromber ada cerita pasal Bobby kat sini.dan PC kokak juga ada cerita pasal rekod hindi 7 inci beliau di sini.so,flashback saturday minggu ni aku teringat satu lagu hindustan yang pernah hit dulu nyanyian dari penyanyi terkenal India yang dah jadi legend iaitu Mohammed Rafi

Mohammed Rafi 24 december 1924 - 31 july 1980


Kalau filem2 hindi dari era 60an sehingga 80an,boleh di katakan kesemua lagu2 latarnya di nyanyikan oleh beliau.lagu 'John Jani Janardhan' ini di petik dari filem 'Naseeb' terbitan tahun 1981.John Jani Janardhan juga pernah di jadikan filem pada tahun 1984 dengan heronya tak lain tak bukan 'tom cruise india' iaitu Rajnikanth.walaupun lagu ini pernah mencetuskan kontroversi kerana liriknya (kerana ada sebut Allah,Jesus dan Ram) tapi lagu ini tetap menjadi evergreen bagi peminat hindustan sehingga ke hari ini.apa yang aku masih ingat,ketika lagu ini menjadi hit bersama2 dengan demam 'John Travolta' Saturday Night Fever tu.(masa tu abang2 aku ngan kawan2 dia semua sibuk nak lekuk kan dagu guna duit syiling konon nak jadi macam John Travolta..haha)memang kuat betul penangan Saturday Night Fever masa tu.
Untuk pengetahuan,nama aku ini juga di berikan oleh arwah nenek aku sempena nama penyanyi ini.arwah nenek aku dulu memang peminat tegar Mohammed Rafi ini.info lanjut pasal penyanyi ini boleh tengok kat wikipedia ni.

Lirik lagu John Jani Janardhan.(hindi dan english)

John Jani Janardhan Tara ram pam pam pam pam 
John Jani Janardhan Tara ram pam pam pam pam

Sahib ne bulwaya, Hazar houn mein aya 
The master sent for me, Here I am, on my way

Houn yaron ka mein yar, dushmano ka dushman 
I am a friend to friends, an enemy to the enemies

Dekh dana dan 
Look out danadan..

John Jani Janardhan .. 

Yeh teeno nam hein mere, Allah, Jesus, Ram hein mere 
All three names are mine, Allah, Jesus, Ram are mine

Jis nam se jo chahe, jo chahe mujhe bula le 
Whichever name they choose, whoever may call out for me

Jis ne jo farmaya, jo manga mein laya 
Whatever they order, what they desire, I will serve

Houn yaron ka mein yar, dushmano ka dushman 
I am a friend to friends, an enemy to the enemies

Dekh dana dan 
Look out danadan..

John Jani Janardhan .. 

Yeh filmon ke sitarey, dekho nikle chamak ke sarey 
These film stars, look how they all shine with glamour

Yeh sab ka dil behlaen, mein in ka dil behlaon 
They entertain the world, and I entertain them

Hero in se takraya, hero ko ghussa aya 
The hero collided with them, the hero was angry

Houn yaron ka mein yar, dushmano ka dushman 
I am a friend to friends, an enemy to the enemies

Mast dana dan 
On a high, dana dan..

John Jani Janardhan .. 

Angrezi hon ya desi, filmen sabhi mein ne dekhi 
English or local, films I have seen them all

Har picture dekh ker socha, mein be actor ban jaon 
Every picture I saw, I thought I shud become an actor

Kismet ne ghumaya, hotel mein pohanchaya 
Fate whirled me around, landed me in this hotel

Houn yaron ka mein yar, dushmano ka dushman 
I am a friend to friends, an enemy to the enemies

Dekh dana dan 
Look out, dana dan..

John Jani Janardhan .. 

Thursday 23 April 2015

The Big Four Dvd



Dah lama sebenarnya beli dvd ni,tapi selalu lupa je nak cerita.dvd 'The Big Four' ini merupakan yang pertama dalam sejarah heavy/thrash metal dunia apabila 4 band metal terulung tahap 'diva' bergabung.Anthrax,Megadeth,Metallica dan Slayer berkongsi pentas buat pertama kalinya di Sofia,Bulgaria dalam festival Sonisphere.konsert ini juga mereka telah  mengundang Ronnie James Dio,tapi tak kesampaian..


Cerita pasal live shownya,aku skip part Anthrax,pasal aku rasa dah macam tengok Limp Bizkit pulak.terus ke Megadeth,bila part Megadeth main hujan pulak,suara abg Mus macam ada masalah,macam di paksa suara tu keluar.walaupun set Megadeth memainkan lagu2 lama mereka seperti 'Peace Sells''Skin o My Teeth' 'Hangar 18' yang kesemuanya aku suka,tapi vokal abg mus pulak bermasalah.set Slayer juga menarik.ketika ni Jeff Hanneman masih lagi sihat,dan mereka memainkan kesemua lagu2 klasik Slayer ciptaan Jeff seperti 'Angel Of Death' dan 'South Of Heaven'(teringat masa era 90an dulu nak ngurat awek metal yang lepak kat central market tengah dengar lagu ni kat walkman dia..heheh)hanya satu lagu je dari album 'World Painted Blood'cuma ada la 2-3 solo pakcik Kerry ni tak kedengaran.





Set Metallica juga memainkan lagu2 lama,mungkin kerana terma 'Big Four' kecuali Cyanide (dari album Death Magnetic)yang mana encore nya kesemua band join dengan Metallica main lagu cover Diamond Head 'Am I Evil'.so the winner of this show sudah tentunya Slayer.akar umbi thrash mereka masih ada lagi.







Itu cerita yang dalam dvd nya,ni aku nak cerita pasal packaging nya pulak.aku rasa macam dah kena rip off dengan KPDN je.kalau di lihat pada kotaknya ada sticker lutsinar dan juga sticker 'sijil halal dari lembaga penapis filem' (walaupun sebenarnya cover the big four yang original bukan seperti dalam gambar ini)masalah yang keduanya ialah dvd ni tak boleh main kat player dvd aku (aku ada 2 dvd player,satu cap ayam dan lagi satu jenama Samsung)walaupun kononnya ini dvd yang asli,tapi kenapa masih tak boleh main dekat dvd player Samsung aku?dvd ni hanya boleh di mainkan kat laptop aku je.kalau di perhatikan pada kotak ada nama pengedarnya "Seri Paloh Muzik Enterprise" yang beralamat di Kelantan.aku cuba telefon pada nombor yang tertera di kotak tu tapi tiada jawapan.

Tolong la jangan rip off peminat muzik.kalau setakat fikir nak untung jangan jadi penjual muzik,jual nombor ekor.

p/s : ini nasib baik abg mus tak tau,kalau dia tau mesti dia dah buat kenyataan rasmi kat fb dia.

Tuesday 21 April 2015

Buku Sebagai Medium Utama Ilmu

Oleh : Citrawangsa (http://citrawangsa.blogspot.com/)


Menurut Kamus Oxford buku ialah "a portable written or printed treatise, filing a number of sheets, fastened together". Kamus Webster pula mendefinisikannya sebagai "a set of written, printed or blank sheets bound together into a volume". United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) telah mengklasifikasikan buku sebagai lembaran kertas bercetak yang dijilidkan, mempunyai kulit (yang berbeza kertas dengan kertas teks) dan mempunyai lebih daripada 49 halaman. Baru-baru ini, UNESCO telah menambah definisi buku, iaitu dicetak sekurang-kurangnya 50 naskhah dan terbuka untuk jualan (tapi bagi saya, naskhah yang tidak dijual juga adalah buku jika lengkap fizikalnya sebagai sebuah buku).

Apa pun takrifan buku, ia tetap diberi perhatian masyarakat yang dahagakan ilmu pengetahuan. Sehingga dunia mengiktiraf 23 April setiap tahun sebagai Hari Buku Sedunia. Dan buku sering kali dikaitkan dengan budaya dan amalan membaca. Di Malaysia senario menunggu sambil membaca belum diterapkan sepenuhnya dalam jiwa masyarakat. Membaca di dalam pengangkutan awam juga sangat jarang dilakukan. Lebih memburukkan keadaan, tiada rak buku disediakan di rumah. Walau bagaimanapun, statistik menunjukkan amalan membaca rakyat Malaysia meningkat pada setiap tahun. Mungkin juga tahap keterbacaan ini bergantung pada pendapatan isi rumah. Peruntukan untuk membeli dan membaca buku sangat terbatas. Perpustakaan awam pula tidak menyediakan bahan bacaan terkini untuk pengunjung, sedangkan itulah yang mereka perlukan apabila berkunjung ke perpustakaan.
 Sebenarnya buku telah menjadi medium komunikasi massa kepada manusia sejak lebih 5000 tahun yang lalu. Apabila mesin cetak diperkenal, maka bermulalah zaman perkembangan buku. Ia mempunyai hubungan rapat dengan kebudayaan masyarakat awal Mesir purba, Mesopotamia, China dan kerajaan Rom dan Byzantine. Kegiatan persuratan pada zaman Mesir purba jelas menunjukkan penggunaan pokok papirus sebagai kertas yang digunakan untuk membuat buku. Apabila zaman semakin berkembang, manusia menjadikan kulit binatang sebagai kertas untuk menghasilkan buku. Sehinggalah pada zaman empayar Rom, kertas codex pula diperkenal secara meluas bagi menggantikan papirus dan kulit binatang. Jelas, betapa pentingnya buku!

 Amalan membaca buku wajar diterapkan seawal usia kanak-kanak. Biarpun pada peringkat itu mereka baru mengenal huruf, usaha tersebut perlu diteruskan bagi memupuk kecintaan terhadap buku dan budaya membaca. Peranan ibu bapa dan guru sangat penting bagi menggalakkan anak-anak membaca kerana hanya dengan membaca buku kita beroleh ilmu dan maklumat yang konsisten dan dipercayai. Kita boleh sahaja mencari ilmu dan maklumat dengan melayari internet, namun sejauh mana kesahihannya masih boleh dipertikai.

 Suatu ketika dahulu seorang sarjana barat, iaitu Marshall McLuhan pernah meramalkan yang buku akan ‘mati’ apabila kecanggihan internet semakin berleluasa. Namun, sehingga kini ramalan McLuhan itu belum menampakkan sebarang tanda sedangkan McLuhan sendiri telah lama mati.




Saturday 18 April 2015

Record Store Day 2015 / Piring Hitam

So harini 18/4/2015 Record Store Day la ye?rasanya kat Malaysia terutama kat KL ni aku rasa memang takda yang buat event ni kot.cuma kat Campbell Complex esok ada la buat festival dan jualaan rekod,kaset dan cd sempena Record Store Day ni.kalau kat US Metallica dan Slayer ada meriliskan album istimewa sempena Record Store Day ini..

rekod 7 inci limited edition Slayer


kaset demo Metallica juga khabarnya akan di riliskan dalam bentuk cd dan lp pada bulan 5 nanti



Cerita selanjutnya kitar semula entri 3 tahun yang lalu


Piring hitam (juga di kenali sebagai rekod gramofon,rekod ponograf,atau pun rekod)masa aku kecik dulu panggil rekod je.merujuk kepada kepingan bahan audio peranti berekod.ia juga di panggil rekod vinil (in english vinyl)ia terdapat dalam pelbagai versi antara nya ialah :
-yang memuatkan hanya satu atau dua lagu saja, ia dipanggil SP (Single Play)
-memuatkan empat lagu tu ialah dikenali sebagai EP (Extended Play).
-memuatkan lebih dari 10 lagu dikenali sebagai LP (Long Play).
Bagi rekod piring hitam keluaran EMI, Malaysia sahaja:
Initial CHK pada nombor siri bermakna "Columbia Hong Kong", yakni di-press oleh Columbia Records di Hong Kong sana.
Kebanyakan Lagu-lagu Melayu EMI dirakam di bawah label Perlophone Records. Kalau EP,nombor sirinya bermula dengan EGEP (Mulai awal 1970an, dimulai dengan S-EGEP).kalau SP sahaja, mesti dimulakan dengan DPE.kalau untuk LP, ia dirakam di bawah label Regal dengan nombor siri bermula dengan initial S-REG.
sumber : Wikipedia


gambar hanya hiasan semata-mata.Helloween ni beli kat pasar karat JB rm30 jer



Piring hitam wujud sejak zaman sebelum perang dunia pertama lagi.pada zaman tu di eropah,hanya golongan berada je yang boleh memiliki pemain piring hitam ni.dan lagu2 yang hanya ada pada masa tu hanyalah lagu2 yang bercorak opera.dan muzik sebegini hanya di dengari dan di mainkan di majlis2 keramaian untuk golongan bangsawan eropah.di Malaysia,piring hitam jugak telah lama bertapak dan menjadi trend di sekitar awal tahun 50an lagi.dan apabila allahyarham Tan Sri P.Ramlee menjadi artis paling terkenal pada masa tu.penggunaan piring hitam semakin popular seiring dengan trend pada zaman tersebut.pada masa tu,bila rekod baru nyanyian P.Ramlee memasukki pasaran,akan laris seperti goreng pisang panas.dan piring hitam juga semakin terkenal pada tahun 60an dan 70an kerana masa tu trend muzik "agogo" "pop yeh yeh" dan "twist" menjadi kegilaan remaja pada waktu tu.antara yang artis terkenal pada masa tu ialah "The Zurah" dengan pemain gitar lagenda Malaysia allahyarham M.Sharif yang memperjuangkan irama pop yeh yeh ni sampai beliau meninggal dunia.selain dari tu lagu dendangan Datuk A.Rahman Hassan yang bertajuk "Tak Mengapa" juga menjadi lagu paling hit pada tahun 60an dulu dan jualan rekod untuk album beliau boleh juga di katakan mencecah ratusan unit.piring hitam untuk album beliau dan M.Sharif telah di ulang cetak beberapa kali.





sekadar hiasan

Aku mengenali piring hitam ni sewaktu aku masih kecil lagi..masa tu arwah ayah aku memang pengumpul tegar piring hitam.antara rekod yang beliau suka kumpul ialah band "Black Dog Bone" The Flybaits" "Alleycats" dan juga artis2 dari luar negara seperti "Boney M" "Abba" dan rekod John Travolta "Saturday Night Fever".sayangnya kesemua koleksi arwah ayah aku ni hilang entah ke mana.dan minat beliau ni aku lah yang menjadi penyambung warisan nya.aku juga ada mengumpul piring hitam lama2 ni..tapi more to rock artis lah.salah satu nya dah tentu lah piring hitam Iron Maiden.dulu,harga piring hitam tersangatla murah,fast forward ke alaf baru ni,harga piring hitam dah makin mahal,kerana dah jadi barangan antik.bayangkan harga untuk sekeping harga piring hitam baru(bukan terpakai) mencecah rm 100++.dan ada juga rekod lama yang susah untuk dapat di pasaran sekarang di jual dengan harga yang tinggi.sebagai contoh,rekod pertama Michael Jackson,di jual dengan harga 1000 dollar amerika..! bayangkan betapa rare nya barang tersebut yang menjadi rebutan di kalangan peminat beliau.
Koleksi aku pun takda la banyak mana.tapi semuanya aku dapat di pasar karat,pasar malam,dan juga kirim dengan kawan2 aku yang berkerja kat Singapore dulu..

Aku percaya,bebudak sekarang ni memang tak tau apa tu piring hitam,apa tu kaset dan juga katrij,ada antara mereka ni yang belum lahir lagi.dan ini adalah salah satu dari lipatan sejarah dunia muzik.kalau takda benda ni,takkan wujud cd,mp3,ipod dan bermacam2 gadget yang ada sekarang ni.tak sepatutnya piring hitam ni di lupakan..syarikat2 pemuzik dan syarikat rakaman sepatutnya mengeluarkan lagi jualan piring hitam ni untuk pasaran di Malaysia ni.dan aku juga meneruskan legasi arwah ayah aku dulu,dengan mengumpulkan piring hitam ni sikit2.dan aku juga berharap,piring hitam ni takkan hilang di telan zaman walaupun di kategorikan antik.



p/s : Record Store Day ni bukan hanya pada piring hitam je,ianya merangkumi semua,CD dan Kaset juga.

Friday 17 April 2015

Black Sea (2014)

Filem yang bukan dari Hollywood, ini memang 100 peratus filem British..



Kali terakhir aku menonton filem lakonan Jude Law adalah filem 'Sherlock Holmes - Game Of Shadows' (2011) 3 tahun yang lalu.

Walaupun filem British,tapi produksi filem ini tip top,sama standard dengan Hollywood.terutama scene dasar laut dalamnya memang  menarik teknik CGI nya.filem yang bercorak 'adventure thriller' ini mengisahkan kapten Robinson (Jude Law) yang mengetuai misi pencarian emas yang bernilai billion dollar dalam kapal selam German yang tenggelam ketika perang dunia ke 2.ekspidisi pencarian emas ini di sertai dengan beberapa bekas pengendali kapal selam professional dari Russia.dengan hanya kapal selam yang uzur,bermula lah kisah pencarian dan dugaan yang di hadapi oleh kapten Robinson dalam mengendalikan situasi dalam kapal tersebut,pertelagahan antara geng Russia dan British yang tak berapa 'ngam' dan bagaimana emas tersebut di temui.

Jalan ceritanya memang agak perlahan tapi menarik.cuma di sebabkan filem ini filem British,perlu subtitle untuk memahami setiap dialog yang di ucapkan.(maklum la loghat British lagi pekat dari Amerika aku sendiri pun kadang susah nak tangkap butir percakapan mereka)yang lain2nya ok,sesuai untuk mereka yang suka kan genre 'adventure thriller' yang tiada aksi lasak.(memang bukan filem aksi pun)best.

3/5*

Monday 13 April 2015

Kota Kemusnahan





Dengan lidah terbakar
Ku suarakan keresahan
Di kota ini tanpa harapan

Kota ini sejuta mimpi
Aku terus mencari-cari
Mana impian penuh pengertian

Kota ini kepalsuan
Berkuasa memperdayakan
Cinta dan harapan

Uuuuu kan ku teruskan
Uuuuu kehidupan ini
Uuuuu perjalanan ini
Heyyyyy akan ku teruskan
Teruskan

Manakah mata hatimu
Oh kota fahamlah
Jangan kau kaburkan
Citaku dan cintaku

Hidup dan matiku
Tuhan menentukan
Tidak ku lupakan
Lupakan

Uuuuu kota kemusnahan
Uuuuu kemanusiaan
Uuuuu siapakah aku
Uuuuu akan ku pastikan

Adanya pancaran mata
Ku gambarkan keruntuhan
Di kota ini tanpa harapan

Manakah mata hatimu
Oh kota fahamlah
Jangan kau kaburkan
Cintaku terus cintaku

Hidup dan matiku
Tuhan menentukan
Tidak ku lupakan
Lupakan

Uuuuu kota kemusnahan
Uuuuu akan ku teruskan
Uuuuu dengan keyakinan
Uuuuu akan ku teruskan
Uuuuu kehidupan ini

Uuuuu kan ku pastikan
Uuuuu kehidupan ini
Uuuuu kan ku pastikan






Friday 10 April 2015

Burger Bakar

Selama ni aku selalu lalu je depan gerai Burger Bakar Kaw Kaw ni,tapi malam ni rasa teringin pulak nak mencuba...(sessi menambahkan lemak tepu)

So ini burger bakar pilihan aku,Smokeynizer Single namanya..pertama kali aku merasa burger bakar ni..





Untuk pengetahuan semua,3 tahun yang dulu Burger Bakar Kaw Kaw ni memang femes la (antara yang terfemes di dalam kl terletak di Wangsa Maju)pernah masuk program jalan-jalan cari makan TV3 tu,dan juga mendapat pujian dari Khairy Jamaludin (menteri belia dan sukan)di Twitter beliau.memang tak di nafi kan setiap petang bermula dari pukul 5 memang orang dah mula beratur panjang macam nak beli tiket bola.dan kena ambil nombor giliran ketika membuat pesanan.ramai kawan2 aku yang dari Ampang dan Cheras datang ke Wangsa Maju hanya kerana nak beli Burger Bakar ni.sementara nak tunggu pesanan,diorang ni datang la melepak kat rumah aku.(nasib baik masa tu belum ada GST lagi,kalau tak seputar rekod layan kat rumah aku di kenakan GST..heheh)





Pada ketika Burger ini jadi kegilaan,memang aku tak ambil kisah pun walau dekat dengan rumah aku.biasanya kalau aku teringin sangat nak makan burger aku suka beli di Mcdonalds je.(beef samurai memang fav aku)lagi pun aku memang malas nak beratur panjang2 macam tu.dan seperti yang kita semua tau,benda2 yang menjadi kegilaan dalam Malaysia ni memang bermusim.jadi tadinya aku pun singgah la membeli...


ok la tak kedekut mayonis






Ia nya daging bakar berserta dengan cili dan segala macam ramuan yang aku pun lupa apa namanya tadi ada nampak kat kedai tu,di campur dengan perahan limau.jadi rasanya ada sedikit masam dan berlemak.lebih kurang macam makan steak juga lah.

Rasa nya so-so je lah,sebab bila terlalu banyak ramuan berasaskan lemak,(mayonis,cheese)aku cepat muak.
Alhamdulilah..rezeki untuk hari ini.kalau boleh elak kan la makan lewat malam,tak baik untuk kesihatan yang sebenarnya.sekali sekala takpa..heheh..

Sunday 5 April 2015

Belasungkawa Mama Juwie




KUALA LUMPUR – Dunia seni dan kewartawanan hiburan tempatan berduka apabila wartawan hiburan veteran dan penulis lirik terkenal, Mama Juwie meninggal dunia di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras di sini kira-kira pukul 10.30 malam tadi.

Allahyarham meninggal akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser prostat.

Mama Juwie, 62, yang telah dua minggu dimasukkan ke hospital kerana menjalani pembedahan akibat pe­nyakit ber­kenaan sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi apabila kesihatannya tidak stabil.

Juwie atau nama sebenarnya Abdul Jalil Salleh kali terakhir menjalani pembedahan pada Khamis lalu dan keadaan beliau bertambah kritikal akibat kegagalan beberapa organ lain termasuk buah pinggang sehingga terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keluarga.

Karier kewartawanan Mama Juwie bermula sebagai wartawan di Berita Harian pada tahun 1974 sebelum menyertai Utusan Malaysia pada 1984. Semasa di Utusan Malaysia beliau terkenal apabila mengendalikan ruangan pojok hiburan iaitu Salam Juwie menerusi sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia.

- Kosmo! Online


Kalau zaman 80an ketika era glam rock melayu dulu,Mama Juwie lah antara orang yang selalu menghasilkan lirik2 lagu untuk kebanyakkan band rock 80an dan juga review band2 rock melayu yang baru atau yang lama dalam majalah URTV (ini majalah dulu standard Metal Hammer,sekarang je hampeh).antara lirik lagu beliau yang agak popular ialah lagu 'Bunga Angkasa' nyanyian Terra Rossa dan juga lagu 'Masih Aku Terasa' dari kumpulan Gersang.pada aku beliau ni memang legend dan memang sama taraf dengan penulis terkenal Mick Wall (bekas editor majalah Kerrang! dan penulis buku Enter Night Metallica)

Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh Allahyarham.Al Fatihah.

Friday 3 April 2015

Laksamana Cheng Ho : Pemimpin Armada Lautan Barat



Buku yang beli masa pesta buku 2012 yang lalu..baru semalam abis baca..heheh..ok,untuk gambar pasal sejarah Laksamana Cheng Ho ni,kat blog abang Deaf kita pernah cerita ni siap dengan gambar sekali boleh jenguk kat sini :
http://deaf-angel.blogspot.com/2013/01/laksamana-cheng-ho-admiral-zheng-he-not.html

1 Mac 2002,
Gavin Menzies ahli sejarah amatur dan bekas pegawai tentera laut inggeris berucap dalam satu majlis anjuran persatuan The Royal Geographical Society di London.selama 15 tahun beliau mengkaji tentang pelayaran armada Dinasti Ming yang di pimpin oleh Laksamana Cheng Ho.antara kandungan ucapan beliau yang paling menggemparkan dunia adalah,armada China lah yang menemui Amerika 70 tahun lebih awal daripada Christopher Columbus.

Sebenarnya ada juga 2-3 jenis buku berkenaan dengan kisah Laksamana Cheng Ho ni.tapi buku hasil tulisan Imran Yusuf tentang sejarah Cheng Ho sejak beliau kecil lagi agak menarik untuk di baca,cara penceritaannya ialah seperti kita menonton filem yang berdasarkan kisah benar.pada yang tak tahu,Laksamana Cheng Ho adalah seorang muslim yang pertama mengelilingi dunia.kehebatan beliau (dan memang lebih hebat yang sebenarnya) setanding dengan nama2 lelaki yang (kononnya) pernah mengelilingi dunia seperti Marco Polo dan Christoper Columbus (yang belum tentu sahih propa dari barat yang kononnya mereka yang mencipta sejarah mengelilingi dunia)Cheng Ho sejak di lahirkan memang beragama islam.ibu dan ayahnya juga muslim.segalanya bermula apabila kubu terakhir Dinasti Yuan di wilayah Yunnan telah di serang oleh tentera dari Dinasti Ming,Cheng Ho yang pada ketika itu masih lagi kanak2,telah di jadikan pembantu kepada putera raja Dinasti Ming.

Kisah pelayaran beliau juga menarik,beliau pernah bertemu dengan Parameswara ketika singgah di Melaka,yang mana hubungan diplomatik antara Melaka dan China terjalin,hubungan diplomatik dengan Sumatera,Tanah Jawa dan Pasai.dan juga melakukan pelayaran sehingga ke tanah Arab.

Antara buku bacaan sejarah yang agak santai dan mudah di fahami dengan gaya bahasa yang sesuai pada zaman ini,(tiada bahasa sastera sepenuhnya dalam buku ini)sesuai untuk mereka kat luar sana yang ingin mengetahui sejarah Laksamana Cheng Ho ini.