Tuesday 29 April 2014

Ah Beng



Ah Beng bought a new mobile.
He sent a message to everyone from his Phone Book & said,
'My Mobile No. Has changed. Earlier it was Nokia 3310.
Now it is 6610'


Ah Beng : I am a Proud, coz my son is in Medical College.
Friend : Really, what is he studying.
Ah Beng : No, he is not studying, they are Studying him.

Ah Beng : Doctor, in my dreams, I play football every night.
DR : Take this tablet, you will be ok.
Ah Beng : Can I take tomorrow, tonight is final game.


Ah Beng : If I die, will u remarry?
Wife : No! I'll stay with my sister. But if I die will u remarry?
Ah Beng : No, I'll also stay with your sister.

Ah Beng : People consider me as a 'GOD'
Wife : How do you know??
Ah Beng : When I went to the Park today, everybody said,
Oh GOD! U have come again.

Ah Beng complained to the police: 'Sir, all items are missing, except the TV in my house.'
Police : 'How the thief did not take TV?'
Ah Beng : 'I was watching TV news...'

Ah Beng comes back to his car & find a note saying 'Parking Fine'
He Writes a note and sticks it to a pole 'Thanks for complement.'

How do you recognize Ah Beng in School?
He is the one who erases the notes from the book when the teacher erases the board.

Once Ah Beng was walking he had a glove on one hand and not on other. So the man asked him why he did so. He replied that the weather forecast announced that on one hand it would be cold and on the other hand it would be hot.

Ah Beng in a bar and his cellular phone rings. He picks it up and
Says 'Hello, how did you know I was here?'

Ah Beng : Why are all these people running?
Man : This is a race, the winner will get the cup
Ah Beng : If only the winner will get the cup, why others running?

Teacher : 'I killed a person' convert this sentence into future tense
Ah Beng : The future tense is 'u will go to jail'

Ah Beng told his servant: 'Go and water the plants!'
Servant : 'It's already raining.'
Ah Beng : 'So what? Take an umbrella and go.'

A man asked Ah Beng why Ahmad Badawi goes walking in the Evening and not in the morning Ah Beng replied Ahmad Badawi is PM not AM...

Sunday 27 April 2014

Lagu Baru Slayer Tanpa Jeff Hanneman

Sebelum ni Metallica dah main lagu baru diorang Lords Of Summer dalam tour By Request.kali ni Slayer pulak debut lagu barunya yang bertajuk 'Implode'


Dengan intro riff berat pada awal lagu,dan kemudiannya laju pada rangkap kedua lagu ni memang best lah.ternyata tidak sia2  Slayer ambik Gary Holt (Exodus) sebagai ganti Jeff.(atau Gary memang penyelamat Slayer?) walaupun sejak kebelakangan ni Slayer dan Kerry King di kecam hebat oleh peminat Slayer,lagu ini ialah jawapannya.kebanyakkan review tentang lagu 'Implode' ni semuanya positif.solo Kerry kedengaran macam solo Kirk Hammett je?(ni pada pendengaran telinga aku lah)
Tapi ketika pertama kali dengar lagu ni aku rasa seolah2 macam Jeff ada lagi dalam Slayer.atau mungkin ini lagu ciptaan beliau agaknya kot.peminat metal semua tahu yang lagu2 best Slayer semuanya hasil ciptaan Jeff.
Apa pun korang dengar lah dulu..apa pendapat peminat metal sekelian?

*Masih lagi dengar lagu2 Slayer hasil ciptaan Jeff Hanneman jer..

Rip Jeff Hanneman 1964 - 2013

Friday 25 April 2014

Antara Nikmat Dan Syurga

Dalam dunia serba tersedia
Adakalanya pahit dan manis
Mencari jalan kepuasan
Apa ia nya untuk selamanya
Antara nikmat dan syurga
Duanya luas berbeza

Menempuh jalan yang sumbang
Liku liku kesesatan
Atau hadapi rintangan
Menambahkan keimanan

Tuhan yang mencipta syurga dan neraka
Terletak antara pahala dan dosa
Antara nikmat dan syurga
Duanya luas berbeza

Menempuh jalan yang sumbang 
Liku liku kesesatan
Atau hadapi rintangan 
Menambahkan keimanan

Antara nikmat dan syurga
Duanya luas berbeza
Atau hadapi rintangan menambahkan keimanan

Oh Tuhan tolong lah oh tunjukan kita
Nikmat yang sebenar dalam diri kita
Tuhan yang mencipta syurga dan neraka
Terletak antara pahala dan dosa



Lagu : Khalid Mobin
Lirik : Yantzen

Antara lagu rock yang berunsurkan dakwah dari Rusty Blade.lagu ini dari album 'Awas' (1990).walaupun ramai yang mengatakan album terakhir dari Rusty Blade ini agak 'kureng' tapi pada aku album ni antara album kegemaran aku.dulu nya aku ada versi kaset,tapi hilang entah ke mana..pada sesiapa yang ada album ni sila lah tampal (mungkin abang Deaf dan brader Berteromber ada kot?)

p/s : Lagu ini ialah jawapan aku pada mereka di luar sana yang masih melabelkan muzik rock ni sebagai unsur negatif,merosakkan akidah dan sesat.(yang konsert kat Bukit Jalil tempoh hari tak merosakkan akidah ke?)dan lagi satu,lagu yang bergenre techno tu ada tak lirik dia macam lagu Rusty Blade tu?



Monday 21 April 2014

The Walking Dead Season 4


Baru je abis layan season 4 ni..oleh kerana tak sabar,aku kena la beli dvdnya part by part.ada 3 part kesemuanya.nak tunggu full boxset season 4 ni memang lambat lah,di sebabkan rumah aku takda estrok (astro,memang aku tanak pasang pun)layan part by part macam ni pun kira ok lah..
Pada sesiapa yang pernah follow siri The Walking Dead dari musim pertama lagi dah tentu mesti akan ikut musim yang seterusnya..untuk musim yang ke 4,jalan ceritanya semakin menarik.antaranya :

-Permulaan episod pertama season 4 ni,separuh dari penghuni kem penjara yang di ketuai oleh Rick,di jangkiti suatu penyakit misteri yang membawa maut.hanya ada beberapa orang je yang selamat.

-Governor's return,Philips a.k.a The Governor yang dah tinggal sebatang kara,mula merancang strategi baru pasal dendam dia kat Rick belum selesai,beliau yang dapat kidnap Hershel dan Michonne telah menyerang kembali kem penjara tu dan membunuh Hershel.The Gorvernor akhirnya mati di bunuh oleh Michonne.

-Di sebabkan kawasan penjara yang menjadi kem diorang ni dah teruk kena serang dengan geng governor,menyebabkan kumpulan Rick ni berpecah.Daryl bersama Beth,Rick bersama anaknya Carl dan akhirnya jumpa Michonne semula.Beth kena culik,(tanpa di ketahui sapa penculiknya)Maggie yang dah kawin dengan Glen pun berpisah jugak.

-Ada watak baru seperti Tara,(yang teman Glen cari Maggie)Sgt.Abraham Ford,Dr.Eugene Porter (yang di katakan ada formula untuk menamatkan zombie apocalypse ni) dan Rosita Espinosa misi mereka untuk pergi ke Washington untuk menghantar Dr.Eugene terpaksa di tangguhkan sebab nak tolong Glen.

-Episod terakhir,mereka semua akhirnya bertemu kembali di Terminus yang kononnya zon selamat.Terminus di ketuai oleh Gareth (juga watak baru)tetapi zon selamat tersebut hanyalah sandiwara je,mereka semua di kurung dalam sebuah gerabak keretapi.dengan tagline terakhir dari Rick 'they're screwing with the wrong people'.tunggu sambungannya di season 5 pulak..heheh..



Ada spoiler dan khabar angin untuk season 5 ni yang aku baca kat internet antaranya..
-Kumpulan yang menetap di Terminus tu sebenarnya ialah puak kanibal yang suka makan daging manusia.tak di ketahui sama ada Gareth tu baik atau pun jahat.

-Mungkin season 5 ni ada watak villain sama dalam komik Walking Dead,antara watak paling jahat dan gore selepas governor yang bernama Negan.khabar angin mengatakan Henry Rollins (The Rollins Band) bakal membawa watak Negan tu.

karakter Negan dalam komik TWD

So,pada sesiapa yang belum layan lagi season 4 ni,cepat2 la tengok sebelum season 5 keluar.di jangka akan di tayangkan Oktober nanti.



Sunday 20 April 2014

Hari Piring Hitam

 Dah terlajak sehari..sepatutnya hari ini berlangsungnya event besar2an bagi pencinta muzik seluruh dunia.

Record Store Day is an internationally celebrated day observed the third Saturday of April each year. Its purpose is to celebrate the culture of the independently owned record store.The day brings together fans, artists, and thousands of independent record stores across the world.
Unofficial Ambassadors: James Hetfield, Lars Ulrich, Kirk Hammett and Robert Trujillo of Metallica. Metallica officially kicked off Record Store Day 2008 at Rasputin Music in Mountain View on April 19, 2008. They signed autographs for 500 fans, 100 of which were MetClub members. Non Metclub members had to wear red numbered wristbands while the Metclub members wore blue ones. Metallica in conjunction with Rasputin Music gave away free t-shirts sized small to extra-large to all of the fans that got their autographs. There were approximately 10 special Record Store Day releases in the first year, including releases by Death Cab For Cutie, R.E.M., Stephen Malkmus, Vampire Weekend, The Teenagers, Black Kids, and Jason Mraz. Billy Bragg met Record Store Day co-founder Michael Kurtz in an airport and agreed to help kick off Record Store Day in the UK with a special live appearance. Approximately 300 stores launched Record Store Day in the USA, including Waterloo Records, School Kids Records, and Vintage Vinyl. The first organized involvement by UK stores included Piccadilly Records in Manchester, Jumbo Records in Leeds, Resident in Brighton, Sister Ray and Rough Trade in London, Rapture in Witney, Oxfordshire, Spillers in Cardiff and Avalanche Records in Edinburgh and Glasgow.
-Wikipedia (boleh baca Sini )




Event ini bukanlah tertumpu pada peminat piring hitam je,ianya merangkumi semua termasuklah peminat/pengumpul kaset dan cd.(pengumpul cd versi lanun boleh ke?heheh)..sepatutnya kat sini pun kena buat macam ni jugak baru lah meriah.dan sedikit sebanyak boleh memberi kesedaran kepada pencinta muzik dan boleh membendung cd2 lagu yang telah di cetak rompak secara berleluasa sekarang ni.artis2 kat sini pun kena la turun padang jugak,cerita secara detail tentang cetak rompak ni,memang ramai peminat muzik di Malaysia ni,tapi kebanyakkan mereka suka beli cd dengan harga mampu milik.aku faham,mungkin sesetengahnya tak mampu nak beli cd yang ori sebab harganya,tapi dari beli yang versi lanun dah tentu mengkaya kan 'captain jack sparrow' yang untung atas hasil titik peluh orang lain memang tak patut lah.kalau minat seseorang artis atau band dalam negara ni,beli lah yang original.itu pun jikalau anda memang pencinta muzik yang benar2 ikhlas.




Merapu je aku pepagi buta ni..heheh..macam cerita brader Takilala pasal record pertama yang di beli oleh beliau,aku takda la nak cerita sangat,cuma meneruskan legasi dan minat dari arwah ayah aku dulu,sayangnya kebanyakkan rekod tinggalan arwah ayah aku hilang entah ke mana..
Cuma sekarang kalau nak beli LP pun,aku beli yang betul aku minat (lebih ke arah rock/metal je) yang aku terkilan ada antara penjual rekod ni mengambil kesempatan meletakkan harga yang kadang kala tak masuk akal (lain la kalau LP tu baru.mahal pun puas hati sebab baru)
Apa pun,aku rasa sangat bertuah mengenali rakan2 blog yang mempunyai minat yang sama dengan aku,iaitu mengumpul LP/CD/kaset dan juga pencinta muzik,tak kira lah genre apa pun klasik rock,metal,rock kental,rock jiwang,rock leleh,pop rock,world music,black metal,irama melayu asli..Kpop?oo..mintak mahap la yer..sila ketepi.heheh..tiada dalam senarai..hahah..




Semua gambar adalah recycle dari entri yang lepas.malas nak snap gambar baru..heheh..
Website Record Store Day boleh tengok kat Sini dan Sini

Bagaimana cara proses nak buat rekod ni?boleh tengok sini..




Friday 18 April 2014

Ikan Pekasam Part 2

Sebelum ni pernah cerita pasal Ikan Pekasam ni..
Sesekali jadi blog masak memasak boleh gitu?heheh..aku ni kalau dapat pekena ikan pekasam tanpa lauk lain pun takpa,ikan pekasam tu je memang dah membuka selera aku..hari ini aku nak tunjuk kan cara2 memasaknya..heheh..macam terer jek..

sebelum


Sebenarnya boleh je kalau nak goreng seekor tanpa di potong.tapi aku suka potong kecik2 sebelum di goreng tu,dia punya feel bila makan tu memang lain macam..



sedang di goreng


Masa goreng pun aku goreng ikan dulu lepas tu baru goreng bawang.dia punya bau sewaktu goreng tu je dah membuatkan tak sabar nak makan.tapi ikan pekasam kali ini agak kureng ramuannya (beras,asam keping,dan sebagainya) tapi masih sedap jugak.

sesudah di goreng


Dah siap pun santapan makan tengah hari aku..heheh..untuk pengetahuan,yang dalam pinggan tu 2 ekor ikan pekasam,aku bedal sorang sampai licin!..heheh..

Sekian siri rancangan masak memasak pada kali ini..jumpa lagi di episod yang akan datang.. :P

Thursday 17 April 2014

Bon Jovi - Slippery When Wet (1986)

Untuk tahun ni aku cuba nak melengkapkan koleksi album2 Bon Jovi era 80an dan 90an..



Pertama kali mendengar lagu dari album ini ialah 'You Give Love A Bad Name' yang di pasang oleh abang2 aku dulu.kebetulan masa tu pun tengah demam rock kangkang kat Malaysia dan Singapura kan.aku yang masih bebudak lagi pun boleh teruja dengan Bon Jovi ni..
Antara album yang pernah menduduki carta nombor 1 di Billboard dan seterusnya mengangkat nama Bon Jovi terkenal di seluruh dunia.imej Bon Jovi juga menjadi ikutan mat2 rock pada era 80an dulu..






Antara lagu2 yang aku rasa memang semua mat rock even mat2 diskang pun tau dari album ni ialah Livin' On A Prayer,You Give Love A Bad Name,Wanted Dead Or Alive (antara lagu country rock paling aku suka selain Blaze Of Glory)dan juga lagu jiwang memang khas di tujukan untuk minah2 rock pada ketika itu ialah Never Say Goodbye (ini lagu memang boleh bikin mata berair woo..heheh).
Antara lagu lain yang aku suka selain yang di sebutkan tadi ialah I'd Die For You,Wild In The Streets,Let It Rock (intro lagu ni ala2 Deep Purple) dan  Without Love.


Secara mudahnya,kalau ada sesiapa yang nak cuba nak layan rock kental atau dengan kata lain glam rock era 80an,boleh mula dengan Bon Jovi dari album2 terawal mereka.vokal dan jeritan Bon Jovi memang unik.rasanya tak ramai yang boleh nyanyi dengan stail vokal Bon Jovi yang banyak menggunakan nada tinggi tu.tak kisah la kalau ada yang kata aku ni poser sebab dengar Bon Jovi tapi bak kata pepatah jawa,'no spandex,no Bon Jovi'..heheh..layannnn..


Tuesday 15 April 2014

Metal Hammer May 2014

Bulan April belum abis lagi tapi Metal Hammer dah keluarkan issue bulan May..



Apa yang buat aku tertarik nak beli pasal cover depan nya..cerita pasal rock/metal tahun 1984..30 tahun yang lalu..


Macam biasa kalau beli MH ni mesti dapat free cd dan poster.poster besar gedabak tu ialah poster cover album This Is Your Life Dio Tribute.cover depan band Steel Panther,antara band glam rock alaf baru yang berkonsepkan glam rock 80an.aku tak penah dengar lagi lagu2 dari band ni,tapi kerap jugak la MH cerita pasal band ni..



Cerita dari Chris Jericho (wwe Wrestler) yang amat meminati Anthrax..



Interview dengan Joey Tempest dari band legend Europe.tak nampak tua la dia ni..awet muda ke apa?apa yang paling menarik beliau cerita bagaimana boleh dapat idea nak buat lagu evergreen sepanjang zaman yang paling terkenal iaitu lagu The Final Countdown..


Cerita Joey pasal lagu Final Countdown,rupa2nya berinspirasikan dari Iron Maiden jugak..


Section paling menarik dalam MH kali ini...



Cerita pasal Motley Crue zaman imej bad boy diorang.



Metallica dengan cerita Ride The Lightningnya..tapi cerita yang sama aku baca dalam buku Enter Night.takda yang menarik.



Ikon pemain gitar paling hot era 80an dulu,siapa lagi kalau bukan pakcik Eddie Van Halen.antara solo gitar beliau yang paling di ingati ialah dalam lagu 'Beat it' Michael Jackson.


Tahun 1984 jugak mesti ada ini legend punya cerita..Powerslave,World Slavery Tour,antara tour paling panjang Maiden sehingga ke Amerika.






Dan juga cerita pasal konsert paling  bersejarah kat Donnington..


Monsters Of Rock,antara event paling bersejarah yang di ingati oleh pengikut muzik metal 80an




Antara band2 yang baru nak capai populariti pada tahun 1984..



Dan lain2 cerita dalam MH issue ni..


cerita pasal 'setan baru balik operation' Cradle Of Flith



Review album tribute Dio 'This Is Your Life'..dan last sekali..



Pengakuan pakcik Dee Snider Twisted Sister.

Banyak yang aku tak baca habis sebenarnya..sebab Metal Hammer sejak kebelakangan ni agak kurang menarik..kalau MH tak masuk kan cerita pasal band2 lama ni kompem jualan majalah ni mesti menurun punya..

Sunday 13 April 2014

Somewhere Back In Time...









Tetiba boleh nak bernostalgia pulak pagi2 ni..pasal mata tak boleh nak lelap..heheh..masih bermain2 di kotak fikiran semua gambar2 kat atas tu..

Saturday 12 April 2014

Hadiah Dari Bandung

Beberapa hari yang lalu menerima bungkusan dari ABX express...





Merupakan dompet kulit berjenama Oakley.sebenarnya permintaan ni hanyalah gurauan aku ketika bersembang di aplikasi group Whatsapp.(alumni kawan2 sekelas ketika bersekolah rendah dulu) tak di sangka di beli nya betul2..heheh..
Tapi sebab dah beli dan di beri sebagai hadiah,aku gunakan juga bagi menggantikan dompet aku yang dah usang tu..

Apa pun setinggi2 ucapan terima kasih pada sahabat baik aku sejak di zaman kanak2 lagi iaitu Rohaiza De Lemon.tengkiu so much my best buddy!

Friday 11 April 2014

Wrestlemania XXX & Ultimate Warrior

 Terjangkit dengan entri Berteromber pasal Ultimate Warrior Kat Sini



Sebenarnya dah lama aku tak follow wrestling ni.kali terakhir aku tengok Wrestlemania ialah pada tahun 1998 apabila Stone Cold Steve Austin merangkul gelaran World Heavyweight Champion dengan menewaskan Shawn Michaels serta dengan bantuan dari Mike Tyson.tapi bila ternampak promo Wrestlemania kali yang ke 30 ni serta merta menarik perhatian aku.salah satu sebabnya aku ternampak barisan penggusti veteran yang muncul dalam Wrestlemania dan juga WWE Hall Of Fame.
Setiap tahun,sebelum bermulanya acara Wrestlemania akan berlangsung acara WWe Hall Of Fame bagi mengiktiraf para ahli gusti yang pernah mencipta nama di WWE.untuk tahun ini penggusti yang tersenarai dalam Hall Of Fame adalah Scott Hall 'Razor Ramon',Lita,Mr.T (juga pelakon siri tv popular era 80an The A Team) mendiang Paul Bearer,Jake 'The Snake' Roberts,Carlos Colon dan juga The Ultimate Warrior.

Seperti kata Vince Mcmahon (pemilik WWE) Wrestlemania merupakan acara tahunan terbesar dalam  WWE bermula atau berakhirnya era dalam kalendar sukan hiburan ini.apa yang aku tengok Wrestlemania pada kali ini,selain teruja melihat kembali hero2 gusti pujaan aku masa zaman kanak2 dulu seperti Ricky Steambot,Hulk Hogan,Rowdy Roddy Piper,Sgt.Slaughter,Million Dollar Man dan Dusty Rhodes,acara Wrestlemania kali ini lebih di fokuskan kepada penggusti baru.rekod tanpa kalah Undertaker di Wrestlemania akhirnya berjaya di pecahkan oleh Brock Lesnar.Triple H tewas kepada penggusti yang sedang meningkat naik iaitu Daniel Bryan,dan Daniel Bryan juga berjaya merangkul gelaran dunia apabila berjaya menewaskan Randy Orton dan Batista dalam perlawanan 3 penjuru.kecuali John Cena,yang menang dalam perlawanan menentang Bray White,Wrestlemania pada tahun ini peluang di berikan pada penggusti yang sedang meningkat naik.
Pada aku,perubahan yang di buat oleh WWE ni untuk memberi peluang kepada penggusti baru dalam sukan hiburan ini..sampai bila nak mengharapkan penggusti yang dah ada nama kan? lama2 peminat gusti pun mesti bosan jugak bila tengok orang yang sama je selalu jadi world champion.

Selang sehari selepas Wrestlemania,pada acara Monday Night Raw buat pertama kali nya hero gusti pujaan aku masak kecik dulu iaitu Ultimate Warrior muncul selepas di nobatkan dalam WWE Hall Of Fame,sehari selepas itu jugalah dunia sukan hiburan di kejutkan dengan kematian mengejut Ultimate Warrior (nama sebenar James Brian Hellwig) pada ketika peminat2 gusti gembira bila melihat beliau muncul di tv.antara pelawanan Ultimate Warrior yang masih di ingati ialah ketika beliau menentang The Undertaker.(antara konfrontasi paling di ingati dalam sejarah WWE)gaya menggoncang tali gelanggang adalah identiti beliau apabila muncul untuk sesuatu perlawanan.
Berbanding dengan penggusti pada zaman sekarang,aku rasa takda siapa yang boleh tandingi The Ultimate Warrior dengan rekod perlawan beliau yang paling cemerlang ialah menewaskan Triple H cuma 1 minit 40 saat pada acara Wrestlemania 1996,dan merangkul 2 talipinggang kejuaraan World Heavyweight dan Intercontinential Champion sekaligus.RIP Ultimate Warrior hero gusti zaman kanak2 aku..







Wednesday 9 April 2014

Dio - Holy Diver LP (1983)

The legend,the icon,the greatest heavy metal album of all time..




belakang lp


kocek dalam.depan belakang ada macam2 gambo







piring hitam legam 1st pressing 1983


tracklist side 1


side 2




Holy Diver cd remastered edition sama macam ijau punya



Nak cerita panjang pun ramai yang dah tau pasal album ni..antara album heavy metal terbaik sepanjang zaman,sejak zaman rock kapak/kangkang lagi mat mat rock era 80an memang suka album ni.untuk lain2 cerita pasal Dio boleh jengok kat blog blog ni :
Duktur Bentara : http://krenmaut.blogspot.com/2008/07/dio-holy-diver-1983.html
Ijau : http://kucinghijau.blogspot.com/2013/04/dio-holy-diver-collectors-edition.html
Berteromber : http://berteromber.blogspot.com/2010/01/holy-diver.html
Dan cerita pasal album tribute Dio yang baru di riliskan boleh jenguk kat blog Deaf Angel http://deaf-angel.blogspot.com/2014/04/this-is-your-life-japanese-version.html


It's the same old song
You've gotta be somewhere at sometime
And they never let you fly
It's like broken glass
You get cut before you see it
So open up your eyes


STAND UP AND SHOUT!!