Wednesday 27 June 2012

Love

Real, true love is unconditional. all other “kinds” of love are not really love. most parents and kids don’t love each other, most people in relationships don’t love each other, most people on the planet never experience unconditional love in their entire lives… or at least it sure looks that way.to love someone unconditionally means that you love the person exactly as they are, exactly as they were before, and exactly as they will be in the future – because people change all the time, so if you love the person, you will love them even if they become something you disagree with. how many parents can say that about their kids? How many people can say that about their “lover”? love is not about you or your pleasure or your amusement. it’s not about what you get out of it or what the other person can give to you. it’s not about having a trophy you can show off with and tell people “This is my girlfriend/boyfriend/wife/husband/son/daughter/whatever”. you do not “own” anyone. it’s not about you feeling ‘proud’ to be with someone who always agrees with everything you say and do and never does anything you disagree with. unconditional love means that the person can just live their life exactly as they choose and you will always be there for them no matter what.

So, how does unconditional love fit in with relationships and marriage and sex and all that stuff the whole world keeps going crazy over? it doesn’t, really. it doesn’t “fit” in anywhere. relationships are like trying to put love into a box and keep it there, except love is infinitely sized, and the box is… well, there is no box large enough. and a normal, conventional marriage is quite possibly the worst possible way to show someone how much you love them.unconditional love is more of a spiritual thing. It’s not bound by physical things, like blood relations and the desire to procreate. It has nothing whatsoever to do with sex. most people are in relationships because they’re horny and/or lonely, even if they genuinely think they love the other person. but if the person they “love” suddenly lost their “equipment” for whatever reason, would they still want to be with that person? Would they get jealous if the person they “love” wanted to spend time with other people as well? relationships based on needs are not unconditional.
in order to truly understand love, you must first forget everything you have ever learned about it from society and anyone else (including what I just said). you are the only person who can tell you what love is. the only reason I’m writing all this stuff is because people always try to fit “love” in with things like dating, relationships and marriage and all that. you can’t make any sense of it if you keep doing that. you have to get rid of everything you think you know first.

P/s: metal outside,garden inside..haha

                                     Van Halen - Not Enough
                                    my fav.love song

Tuesday 26 June 2012

Serangan Psikologi

Kebelakangan ni umat islam kerap di serang secara fizikal dan psikologi.dan ia semakin ketara selepas peristiwa 11 september,yang mana Amerika telah di serang dan serangan tersebut di katakan di rancang oleh Osama Bin Laden seorang muslim yang paling berpengaruh di Afghanistan.kita juga tahu,itu hanyalah sebahagian daripada agenda amerika dan yahudi untuk menyerang Afghanistan semata2 negara itu mempunyai hasil bumi yang lumayan iaitu minyak.dan yang terbaharu,umat islam di Myanmar telah di tindas,di bunuh oleh penganut buddha ni sana,sama seperti yang pernah berlaku di Bosnia dahulu,penhapusan etnik Rohingya telah berlaku di Myanmar.telah mengakibatkan beribu2 pelarian dari Myanmar telah berada di Bangladesh,Thailand dan juga Malaysia.sehingga kini angka kematian umat islam di Myanmar semakin meningkat.itu serangan secara fizikal,bagaimana dengan serangan secara psikologi?

Sejarah telah tertulis sebelum ni,yang umat islam adalah yang terkuat dan paling di geruni pada suatu ketika dahulu.cuba kita singkap kembali sejarah islam yang terdahulu,berapa banyak perang yang umat Islam menang?berapa banyak negara yang telah atau pernah di takluki oleh pahlawan terbilang islam?melalui sejarah juga lah kaum yahudi dan nasrani ini cuba dengan strategi yang lain,iaitu dengan melakukan serangan saraf atau psikologi.bagaimana mereka melakukan ini?dengan menggunakan media dan hiburan.media di barat kerap memburuk2 kan islam dengan mengatakan islam ni agama yang "menghalalkan" keganasan.oleh sebab kuasa media tebesar di pegang oleh barat,maka mudah lah untuk mereka yang tidak mengetahui tentang agama islam yang suci ni,mempercayai kesemuanya itu.sejak dari tu telah wujud satu frasa baru yang di panggil "Islamophobia".di barat,mereka akan memandang lelaki dan wanita muslim ni macam terorrist,ada setengah dari mereka tidak berani bergaul dengan golongan muslim ni.malah,ada sesetengah kedai/supermarket di barat,tidak membenarkan golongan muslim ni memasukinya.semua itu hanya kerana mereka ni terpengaruh dengan media2 barat yang telah menyampaikan mesej yang salah tentang islam iaitu secara psikologi..
Selain daripada tu juga,serangan melalui media hiburan dari barat memainkan peranan.sebelum ni pelukis karikatur dari Denmark telah menghina junjungan kita Nabi Muhammad SAW dengan melukis karikaturnya dan menghina agama islam.yang telah menimbulkan kemarahan umat islam di seluruh dunia.selain daripada itu juga terdapat kumpulan2 muzik dari barat yang menyerang islam dari segi muzik.kumpulan seperti At War,Internal Bleeding,dan Dark Funeral.(aku memang tak dengar lagu2 dari kumpulan ni)mereka secara terang2an menghina dan memperlekehkan islam.
              album internal bleeding dengan tajuk menyerang mekah
                  album At War juga dengan mesej yang sama

Dan serangan psikologi seperti ini nampaknya berjaya.ia nya telah mempengaruhi peminat2 dan penyokong2 band seperti di atas tu.dan juga mempegaruhi mereka yang dangkal ilmu pengetahuan tentang islam yang mana akhirnya mereka juga terpesong akidah nya.yang aku maksudkan di sini adalah mereka yang dahulu nya islam tetapi tidak mempercayai islam dan akhirnya mereka juga memerangi islam dan membenci islam secara total.(golongan ini yang paling merbahaya sebenarnya)seperti yang aku pernah cerita sebelum ni,kumpulan Impiety dari Singapura secara terang2an memperlekehkan islam dalam lagu2nya..dan selepas tu aku mendapat tau ada lagi 2 kumpulan black metal dari Singapura tanpa berselindung menghina islam secara terbuka.kumpulan tersebut adalah Imperial Tyrants dan Infernal Execration.dari cover split album mereka je secara terang2an menghina islam.
                                  cover album yang memaparkan orang islam
                                                         di bunuh di masjid

Tidak di ketahui apa agama yang mereka anuti,tetapi yang aku tau mereka ni semua ialah asal nya bangsa melayu yang beragama islam.(aku tidak berhak untuk menghukum mereka).tetapi agak menyedihkan kerana muzik dan ingin mengejar populariti,mereka sanggup memperlekehkan dan menghina islam yang suci ni.dan nampaknya strategi barat hampir berjaya kerana mempengaruhi mereka yang kurang akidah.strategi seperti ini akan berlaku terus menerus hingga mereka berjaya memecahkan umat islam di seluruh dunia.
Ini sebahagian dari usaha yahudi dan nasrani cuba untuk melemahkan umat islam.mereka ingin umat islam terputus hubungan dengan Allah,menjadi rugi seperti dalam Surah Al Asr,sentiasa sibuk dengan alatan2moden,memakan benda yang tidak halal serta menjadi fasiq,tidak berzikir apatah lagi membaca Al Quran.sedangkan Al Quran merupakan mukjizat Nabi Muhamad untuk kita umat di akhir zaman ini.mengandungi pelbagai hikmah,menghuraikan rahsia sains dan menceritakan perihal manusia sehinggalah ke alam syurga dan neraka,dan termasuk perihal manusia pada hari ini.
Jadi,selagi akidah kita teguh dan kuat,haruslah berwaspada dengan serangan secara psikologi dari yahudi dan nasrani ini..
Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redha dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah ’sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar’. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu ‘ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.
(Al-Baqarah: 120)

Monday 25 June 2012

Artwork part 2

Sebelum ni aku pernah cerita pasal artwork cover album2 band rock kegemaran aku kan?so kali ni aku nak cerita artwork komik yang menarik perhatian aku..antara cover yang buat aku tak tahan nak tau apa kisah di dalam nya..cover yang pertama ialah cover komik ni
Sempena isu ke 50 komik Ghost Rider ni,Marvel comics telah menerbitkan isu paling istimewa,dengan double size,dengan red foil edition(cover komik ni lukisan ala 3D).comic ni di terbitkan pada tahun 1994.dan komik ni jugak lesap tah ke mana pasal member serumah aku masa kat kepong dulu pinjam terus buat harta..

Komik yang kedua atau di panggil grafik novel yang bertajuk Sin City : Sex & Violence ni di terbitkan pada tahun 1997.komik hasil Frank Miller ni memang tak sesuai untuk kanak2,hanya untuk dewasa je.sebab ada caci maki,mencarut,dan gambar2 yang agak menjolok mata.aku suka cover ni pasal gabungan warnanya..hanya menggunakan warna merah,biru,hitam dan putih,warna nya dah cukup menarik perhatian dan nampak 'seksi"..hehe.komik Sin City ni pernah di jadikan filem pada tahun 2004 dulu.

Cover komik yang ketiga,Batman The Killing Joke.diterbitkan pada tahun 1988(lama dah).komik ni juga di iktiraf antara komik terbaik sepanjang zaman.pasal komik ni la menceritakan asal usul si Joker ni,yang dah jadi musuh Batman hampir setengah abad.sebab apa aku kata cover dan artwork ni special?cuba korang pandang tempat lain kejap,lepas tu cepat2 pandang kat cover ni,terasa macam Joker ni mengambil gambar anda secara tak sengaja kan?why so serious?(ayat skema Joker)

Cover komik paling kontroversi dan paling laris jualannya kat US pada tahun 2008.sebabnya?Captain America/ketua The Avengers mati kena bunuh oleh pembunuh upahan profesional.isu ni jugakla sampai dapat liputan kat CNN tu..sehingga kini isu ni masih lagi laris jualan nya.

Antara cover komik paling cantik yang pernah aku tengok.komik terbitan tahun 1996 ni juga menjadi komik paling laris dari DC comics.masa pertama kali aku terpandang cover ni dulu kat kedai komik,persoalan yang pertama sekali dalam kepala aku masa tu ialah,"kenapa Superman terbakar eh"?aku ada komik ni,tapi cover depan dia lain.aku cari cover ni tak jumpa.nanti ada masa aku review lah..

Dan yang akhir sekali,betul2 membangkitkan nostalgia masa zaman aku budak2 pada awal tahun 80an dulu..
Kalau abang2 aku tengok cover komik ni,mesti dia ingat punya.masa aku kecik2,komik2 melayu macam ni setiap minggu di terbitkan,dengan harga 60 sen je.dulu tiap2 minggu abang2 aku ni beli sampai penuh koleksi dalam almari diorang.dan aku pun tumpang sekaki la tolong baca..hehe..zaman tu memang best,komik2 berbahasa melayu ni berlambak di pasaran,tapi lepas tu komik2 macam ni dah takda keluar lagi.memang nostalgia la..aku rasa kalo sampai sekarang la komik2 ni wujud lagi,industri komik kat Malaysia ni memang dah boleh bersaing dengan Marvel dan Dc Comics tu..

Sunday 24 June 2012

Iron Maiden - The Final Frontier LP

Akhirnya,setelah sekian lama berbungkus cantik,aku bukak jugak la piring hitam Iron Maiden aku ni.piring hitam edisi terhad ni dah lama aku beli,cuma baru ni je aku bukak sealed dia.sebelum ni aku pernah cerita tentang album The Final Frontier ni yang versi cd mission edition punya.boleh tengok dan klik kat sini.so yang ni layan gambar je lah eh?.Iron Maiden limited edition gatefold with 2 lp's
                                   cover depan

                                  cover belakang

antara sketch dalam gatefold ni,yang mana mascot eddie dalam berbagai rupa alien yang tak jadi untuk di 
gunakan sebagai cover untuk album ni.

Lp side one.gambar yang sama dengan muka cepan cover LP ni.

side two.cover muka eddie yang dah jadi macam alien/predator pulak.

side three.gambar band members.Bruce Dickinson(vocal)Steve Harris(bass)Andrian Smith(gitar)Dave Murray(Gitar)Janick Gers(gitar) dan Nicko Mcbrain(drum)

Side Four.gambar logo "cross keys" album Final Frontier ni.

Dan yang lain lain..
sampul untuk lp ni,gambar cross keys dengan gambar alien eddie.cross keys tu cantik kan?

yang bahagian belakang pulak ialah lirik lagu dalam album ni..

Tu je lah ceritanya..hehe..













 

Saturday 23 June 2012

Merantau Warrior

Jika selama ni kita selalu di sogokkan dengan cerita2 seram dari Indonesia,tetapi kini Indonesia telah maju selangkah lagi dalam industri perfileman mereka,iaitu dengan menghasilkan filem aksi seni mempertahankan diri.jikalau ada antara korang yang pernah menonton filem2 aksi dari Thailand seperti "Ong Bak" Tom Yoong Gong" dan lain2 filem aksi dari Thailand,filem ni seharusnya di tonton.aku pada mulanya tak tau filem ni filem apa,setelah aku menontonnya,ternyata filem aksi ni memang tak mengecewakan.
Dalam tradisi Minangkabau,setiap anak lelaki harus mengembara untuk mencari pengalaman hidup tak kira baik atau pun buruk.ini untuk mengajar setiap anak lelaki menjadi lelaki sejati.pengalaman ini lah yang di katakan "Merantau"
Filem ni di bintangi oleh Iko Uwais,seorang pelakon baru dan juga seorang ahli pertubuhan silat harimau di Indonesia.turut berlakon dalam filem ni ialah Christine Hakim,pelakon wanita Indonesia yang paling terkenal dan di segani.pada yang tak tau,Christine Hakim ni muslim,walaupun nama nya Christine.beliau memegang watak sebagai Wulan,ibu kepada Yuda (Iko Uwais).tapi yang tak bestnya babak beliau dalam filem ni tak banyak,walaupun sebenarnya beliau pernah memenangi anugerah di Indonesia.
Filem ni mengisahkan Yuda(Iko Uwais)seorang anak muda yang mempelajari silat harimau telah memulakan tradisi merantaunya.beliau telah pergi ke kota Jakarta untuk mencari pekerjaan,tetapi beliau telah bertemu dengan Astri (lakonan Sisca Jesica)dan telah menyelamatkan nya dari jadi mangsa penculikkan untuk di jadikan hamba seks.dan secara tak sengaja,Yuda telah terlibat dalam komplot tersebut dan menyebabkan beliau telah di buru oleh samseng2 di Jakarta.sungguh pun begitu,Yuda terpaksa juga menyelamatkan Astri dan menghadapi segala cabaran yang datang.filem ni di arahkan oleh pengarah British iaitu Gareth Evans.tak hairanlah banyak aksi dan teknik CGI nya menyamai filem2 dari barat.filem ni memang sarat dengan aksi,walau pada permulaan cerita agak membosankan.
So,kepada peminat filem aksi,yang pernah menonton filem Thailand iaitu "Ong Bak",boleh la layan movie ni,jalan citernya pun hampir sama dengan cerita "Ong Bak" lakonan Tony Jaa tu..



Tuesday 19 June 2012

Hadiah Hari Lahir

Pertama sekali,syukur ke hadrat Allah SWT kerana aku masih lagi bernafas dan masih sihat.aku bersyukur sangat2 kerana pada tahun ini aku menyambut lagi ulang tahun kelahiran aku yang ke?..kira sendiri lah..haha..

Kedua,terima kasih yang tak terhingga kepada teman2,kawan2 aku masa kecik,masa sekolah rendah dan menengah,yang mana post kat FB aku,yang sms aku,yang call aku,malah ada yang guna email untuk mengucapkan selamat hari lahir pada aku..terima kasih yang tak terhingga,moga kalian juga di murahkan rezeki,di panjangkan umur dan di rahmati Allah SWT.

Dan yang ketiga..i would like to say a very very BIG THANKS to MISS Y,for sending me a very special gift,far away from England.THANK YOU so Much MISS Y,i really2 appriciate it. ;)

 

..And FINALLY,the special present..

  Aku memang dah lama mengidam benda ni,sejak dari tahun lepas lagi..tak sangka,aku bukak je present yang aku baru dapat tadi,rupa2nya benda yang dah lama aku idamkan..punya la gembira + terharu + excited tak terkata!..haha..bila dah dapat ni apa lagi aku bukak dan godek2 jadi la macam ni...

Yes.. Iron Maiden Ed Force One Model..Boeing 747 yang band ni gunakan untuk tour pada tahun 2008 dulu yang di namakan "Somewhere Back In Time World Tour" sekali dengan keluarnya dvd dan cd live "Flight666" pada tahun 2009 yang lalu.
Model ni sama dengan model kapal terbang yang sebenar.memang di buat dengan teliti..jenuh jugak aku nak memasangnya tadi.setelah di pasang ni la hasilnya..
                           Mascot Eddie masa zaman album Powerslave kat sayap belakang



Semua posisi aku ambik gamba ni..hehe..memang cun bentuk model kapal tebang ni..kapal terbang ni di pandu sendiri oleh Bruce Dickinson(vokal) sepanjang tour ni berlangsung.selain dari tu,bruce ni juga mempunyai syarikat dalam bidang aviasi ni,yang di panggil "Bruce Air".

ni je lah gambar yang dapat aku tunjuk..takda idea dah nak cerita apa..hehe..lagi pun perasaan terkejut tu masih ada lagi..so,sekali lagi terima kasih pada MISS Y sebab kasi hadiah yang sungguh bermakna ni..tq so much dear..

P/s : masa tengah update ni background muzik lagu "Coming Home" dari Iron Maiden gak..
 
"We will ride this thunderbird, silver shadows on the earth
A thousand leagues away, our land of birth
 Coming home when I see the runway lights
In the misty dawn the night is fading fast
Coming home, far away as their vapor trails align
Where I've been tonight, you know I will not stay"

                                            Coming Home

Sunday 17 June 2012

Hulk Hogan & Lars Ulrich (Metallica)

Ceritanya macam ni,sewaktu di temuramah dengan wartawan suratkhabar The Sun kat US,Hulk Hogan(bekas penggusti WWE,WCW) ni bercerita la konon nya beliau ni pandai bermain gitar bass,dan memang terer lah dalam skill permainan bass nya.lepas tu Hogan cakap pulak dia ni memang kamceng dengan Lars Ulrich pemain dram dan juga pengasas Metallica tu.Hogan siap cakap yang Lars ni ajak dia join Metallica sebagai pemain gitar bass.tapi Hogan cakap semua tu tak menjadi..
Apabila di tanya tentang statement Hogan tu pada Lars Ulrich,Lars dalam satu segmen program bual bicara bersama Howard Stern dengan selamba menjawab : "aku tak kenal dan tak pernah berhubung pun dengan Hulk Hogan,aku pun bukannya peminat wrestling,malah nama sebenar dia pun aku taktau,aku pun tak pernah offer dia jadi pemain bass dalam Metallica"
James Hetfield(penyanyi/pemain gitar Metallica)juga berkata Lars ni memang kuat ingatan memorinya,setiap apa yang berlaku hal dalam Metallica dan kisah2 Metallica yang lampau,Lars mampu mengingatinya.Lars ni ibarat ensaiklopedia dalam Metallica kata James..

Akhirnya?Hulk Hogan jadi cerita paling hangat kat US dan dalam dunia muzik heavy metal,kebanyakkan media massa kat US mengkritik Hogan dan peminat Metallica terus menerus kutuk Hulk Hogan dengan mengatakan Hogan ni penipu, dan suka berangan nak jadi mat metal kononnya..haha..

                                       lars ulrich drum solo 1992 (favourite aku)

Wednesday 13 June 2012

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Dah lama sebenarnya aku mencari buku ni..tengah ronda2 kat kedai buku popular hari tu,tiba2 aku boleh terpandangkan buku ni,dan tanpa berlengah aku terus membelinya..
Buku ni di terbitkan oleh Pustaka Dini untuk pasaran Malaysia,telah di olah kembali tapi masih mengekalkan keaslian bahasa sasteranya.aku suka bunga2 bahasa sastera dalam ni,dan melalui buku ni jugak la aku dapat mendalami bahasa melayu/sastera nusantara yang indah ni.buku tulisan profesor Hamka ni adalah buku yang paling terkenal dan paling mendapat sambutan di Indonesia.di terbitkan pada tahun 1937,buku ni juga telah beberapa kali di ulang cetak.selain dengan buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ni,beliau juga popular dengan karya "Di Bawah Lindungan Kaabah".
Profesor Hamka ni atau nama sebenarnya haji Abdul Malik Karim Amrullah,boleh di katakan lagenda jugak dalam dunia sasterawan nusantara,beliau yang di lahirkan di Sumatera Barat,Indonesia pada 17 febuari 1908 adalah seorang pemidato ,berjiwa seni,ulama terkenal di Indonesia,dan juga penulis terkenal.beliau juga banyak mencipta mutiara kata yang indah dan berfalsafah.semasa pemerintahan Belanda di Indonesia,beliau menjadi editor bagi majalah Panji Masyrakat dan Gema Islam.dan tulisan beliau ada ketika itu ialah memberikan kata2 semangat kepada pembaca di Indonesia agar bangkit menentang Belanda yang menjajah Indonesia pada waktu itu.
Beliau juga banyak menghabiskan masa nya dengan membaca buku2 sejarah,falsafah,sastera dan politik.dan juga meyelidiki karya2 arab dan barat yang telah di terjemahkan ke bahasa arab seperti karya Karl Marx dan Arnold Toynbee.beliau juga pernah menerima anugerah sebagai Doktor kerhormat dari Universiti Al Azhar di Mesir pada tahun 1959,Profesor dari Universiti Moestopo Jakarta pada tahun 1960 dan Doktor Kehormat dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1974.
Beliau meninggal dunia pada tahun 1981 pada usia 73 tahun di Malaysia.tiada lagi sasterawan yang hebat seperti beliau selepas pemergiannya.kata kata mutiara nya masih di guna kan dan menjadi sumber inspirasi bagi pelajar2 yang menuntut di ipta dan juga penulis buku,novel dan blog di Malaysia ni..
Ok,balik semula kepada cerita tentang buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ni,buku ni mengisahkan  tentang semangat juang Zainuddin, bagaimana merana dan melaratnya hidup Zainuddin setelah cintanya ditolak oleh keluarga Hayati. kemudian beliau bangun semula dari segala kedukaan, membuka lembaran baru dalam hidupnya menjadi seorang penulis yang ternama dan berjaya. ia menceritakan tentang kesetiaan, cinta dan kasihnya Zainuddin terhadap Hayati. meski Hayati sudah berkahwin tetapi sebaik mendapat tahu tentang kesusahan yang dihadapi Hayati, lantaran suaminya yang suka berpoya-poya serta tidak bertanggung-jawab, Zainuddin terus membantu tanpa ada dendam dan benci. sesungguhnya cinta yang suci itu akan terus mekar di dalam hati hingga ke hujung nyawa begitulah jua cinta antara Zainuddin dan Hayati.
Sikit je la yang aku boleh bagi info,kalau nak tau lebih lanjut kena la beli buku ni,atau pun pinjam ngan kawan2 sedara mara yang tak kedekut nak bagi pinjam..haha..tapi buku ni seharusnya di miliki jika anda berminat dengan karya2 dari profesor Hamka ni.novel ni bukan sekadar novel biasa,ia juga membantu aku mendalami bahasa melayu dan sastera yang berseni lagi indah ni..
                     Profesor Hamka 17 febuari 1908 - 24 julai 1981 (al fatihah)

Mutiara Kata Professor Hamka :
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.'


Saturday 9 June 2012

Marvel Max : The Punisher Naked Kills

Kadang2 bila aku boring baca buku/majalah,aku juga suka baca komik.sebenarnya memang aku minat baca komik sejak aku dari sekolah rendah lagi.dulu banyak komik2 berbahasa melayu selalu di terbitkan setiap minggu.bila masuk awal 90an pulak,aku suka kumpul komik2 kung fu china yang telah di alih bahasakan ke bahasa melayu,dan masa tu jugak aku baca jugak la komik2 omputih ni,tapi lebih kepada komik untuk orang dewasa lah.tapi aku tak berapa suka sangat komik yang superhero macam Spiderman ke,Thor ke.aku suka komik yang anti hero.salah satu nya ialah The Punisher ni..
Komik ni aku beli pada bulan febuari lalu..lama dah.di beli kat Kinokuniya KLCC (sebut betul2 y,Kinokuniya..hehe)komik ni memang hanya untuk 18 tahun ke atas je pasal ada banyak gambar ganas,gambar yang tak cencored dan jugak caci maki dalam komik ni.aku suka The Punisher ni pasal dia ni hero yang takda superpower macam Superman,Xmen dan lain2 tu.The Punisher atau nama karakter hero ni Frank Castle,adalah penegak undang2,tapi dengan caranya yang tersendiri.beliau ni amat di geruni di kalangan samseng,kumpulan kongsi gelap,dan pembunuh upahan dan beliau juga hanya berjuang seorang diri dalam membenteras jenayah di sekelilingnya..
Komik ni sebenarnya adalah pecahan daripada komik2 The Punisher yang pernah di terbitkan sebelum ni,dan di kumpulkan seluruh episod dan di muatkan di dalam komik ni menjadi satu atau di panggil 'one shot comic'.daripada pecahan episod "Butterfly","Get Castle","The Hunted" dan "Annual 2007".aku suka artwork dalam komik ni,nampak dark dan seolah2 karakter dalam komik ni nampak hidup,macam menonton wayang.tengok pada cover depan komik ni je lukisan dia dah macam gambar betul,tu yang buat aku tertarik nak beli komik ni.
                                 itu pasal la tak sesuai untuk bebudak bawah umur..
 Komik ni mengisahkan Frank Castle/The Punisher telah mengesan satu aktiviti haram telah di jalankan kat satu bangunan ni,aktiviti tersebut ialah perempuan yang di jadikan hamba seks secara paksa dan juga aktiviti dadah kat dalam bangunan tersebut.Frank boleh masuk ke bangunan tu tapi tak boleh membawa apa2 senjata pun kat badan dia walau pistol sekalipun.(Frank Castle ni memang pakar dalam menembak).cuma satu cara yang Frank buat untuk menghukum penjenayah2 ni ialah dengan menggunakan apa saja yang ada dalam bangunan tu untuk membunuh,seperti beliau gunakan plastik sampah,kerusi,botol plastik,alat renjatan elektrik(yang di ambil pada orang yang telah beliau bunuh).sebab tu lah ia di panggil "Naked Kills".
Selain dari tu ada jugak scene Frank Castle di episod lain yang bunuh musuh2nya dengan menggunakan senjata kegemaran beliau seperti machine gun,pump gun dan jugak pistol doublenya.Frank juga tidak ada simpati pada musuh2nya,kalau dia kata nak bunuh,tetap dia bunuh jugak..hehe.komik ni jugak lagi brutal dari filemnya (The Punisher pernah di filemkan pada tahun 1989 buat pertama kalinya dan di remake semula pada tahun 2003)dari artworknya sampai lah ke dialognya memang takda cencored langsung..! hehe..
                     stail lukisan pun dah macam movie siap ada split screen time menembak tu..

                          antara koleksi komik The Punisher yang masih di jual

Info The Punisher :
-The Punisher atau Frank Castle ni adalah bekas agen CIA.dalam satu operasi yang melibatkan beliau,identiti beliau telah terbongkar dan menyebabkan isteri,anaknya dan seluruh keluarganya telah di bunuh oleh sekumpulan mafia yang menyebabkan Frank menjadi penegak undang2 dengan caranya yang tersendiri.
-Karakter The Punisher ni pertama kali di perkenalkan oleh Marvel comics dan muncul dalam komik The Amazing Spiderman pada tahun 1974.
-Keluarga beliau telah di bunuh oleh mafia yang di ketuai oleh Howard Saint(seperti dalam filem The Punisher tahun 2003 dulu).
-Frank juga pernah berhadapan dengan musuh2 nya yang agak sukar nak di tewas kan macam Kingpin,Jigsaw,Barracuda,The Russian,Elite,The Holy,Mr.Payback,Hitman dan juga Tony Pizzo.
-3 filem The Punisher,yang pertama sekali pada tahun 1989,2003 dan 2005 kesemuanya gagal mencapai box office.mungkin pasal pelakon utamanya tak terkenal kot?
Walau apa pun,ni lah komik kegemaran aku,hero yang takda superpower,yang hanya ada senjata dan cara atau skill tersendiri untuk menegakkan keadilan.

Thursday 7 June 2012

Layan 2 Movie Lagi

Malam ni aku layan 2 movie lagi..pasal tengah boring dengan cuaca pun panas malam2 ni.layan movie yang relaks sikit yang menenangkan jiwa.haha..movie yang pertama aku layan ialah movie ni.
Ya,aku tau mesti ada yang ketawa dan pelik kenapa aku boleh layan movie ni pulak kan?memang movie ni berunsurkan romantik,(bukan macam Ombak Rindu ok?tu dah melampau jiwangnya aku pun tak suka..haha)movie ni jugak la mengajar aku apa erti nya cinta dan kasih sayang yang tiada penghujungnya..
Berdasarkan dari kisah benar,movie ni mengisahkan pasangan suami isteri,Leo dan Paige Collins yang hidup bahagia.pada suatu malam selepas mereka pulang dari menonton wayang,suami isteri ni terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan isteri Leo ni mengalami koma.setelah tersedar dari koma,Paige telah hilang separuh daripada ingatannya.memory terakhir yang beliau ingat hanyalah pada waktu beliau belajar di kolej dan bertunang dengan Jeremy(bekas tunangnya sebelum beliau berkahwin dengan Leo)dan beliau lupa yang beliau dah berkahwin dengan Leo dan tak boleh menerima hakikat tu.dan ini menyebabkan Leo cuba sedaya upaya untuk mengembalikan ingatan isteri nya..betapa penyabarnya Leo,dan sanggup berkorban masa,tenaga semata2 untuk mengembalikan ingatan isterinya ni..nak tau best ke tak best,kena la tengok sendiri.dan bagi peminat ombak rindu aku rasa tengok movie ni lagi baik..haha..

Movie yang ke 2
Aku memang kurang menonton filem melayu,bukan tak suka,tapi asek2 genre yang sama,hantu,cinta,kelakar yang dah tak kelakar dan gengster.tapi filem ni buat aku tertarik nak layan bukan sebab pelakonnya,tapi sebab jalan ceritanya yang lain dari biasa.boleh di katakan ni adalah "art movie".aku lebih suka kalau filem melayu perbanyakkan lagi genre yang macam ni..filem arahan suami isteri Effendee dan Fariza Azlina ni memang tak box office,tapi ini adalah filem melayu yang terbaik pada aku.agak susah nak jumpa filem yang bergenre macam ni.pujian harus di berikan kepada pasangan suami isteri ni yang berjaya menampilkan kelainan dalam stail pengarahan dan penceritaan yang tak berapa heavy.
Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – Am (Shaheizy Sam) dan Ad (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar Mama. kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; Am mengambil kesempatan dengan menggunakan business Mama sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara Ad mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.
Ad mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya Razak kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia. Apabila adik Razak, Hawa (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, Ad tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Hawa tanpa menyedari bapa Hawa, Pak Din juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik Ad untuk menolong Hawa telah menggoyahkan hubungannya dengan Am, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut.
Aku malas nak cerita panjang2,kalau nak tau kesudahan nya kena la tengok sendiri ya..haha..yang paling aku suka lakonan Normah Damanhuri yang "hot" tu..hehe..

Wednesday 6 June 2012

Piring Hitam

Piring hitam (juga di kenali sebagai rekod gramofon,rekod ponograf,atau pun rekod)masa aku kecik dulu panggil rekod je.merujuk kepada kepingan bahan audio peranti berekod.ia juga di panggil rekod vinil (in english vinyl)ia terdapat dalam pelbagai versi antara nya ialah :
-yang memuatkan hanya satu atau dua lagu saja, ia dipanggil SP (Single Play)
-memuatkan empat lagu tu ialah dikenali sebagai EP (Extended Play).
-memuatkan lebih dari 10 lagu dikenali sebagai LP (Long Play).
Bagi rekod piring hitam keluaran EMI, Malaysia sahaja:
Initial CHK pada nombor siri bermakna "Columbia Hong Kong", yakni di-press oleh Columbia Records di Hong Kong sana.
Kebanyakan Lagu-lagu Melayu EMI dirakam di bawah label Perlophone Records. Kalau EP,nombor sirinya bermula dengan EGEP (Mulai awal 1970an, dimulai dengan S-EGEP).kalau SP sahaja, mesti dimulakan dengan DPE.kalau untuk LP, ia dirakam di bawah label Regal dengan nombor siri bermula dengan initial S-REG.
sumber : Wikipedia

Piring hitam wujud sejak zaman sebelum perang dunia pertama lagi.pada zaman tu di eropah,hanya golongan berada je yang boleh memiliki pemain piring hitam ni.dan lagu2 yang hanya ada pada masa tu hanyalah lagu2 yang bercorak opera.dan muzik sebegini hanya di dengari dan di mainkan di majlis2 keramaian untuk golongan bangsawan eropah.di Malaysia,piring hitam jugak telah lama bertapak dan menjadi trend di sekitar awal tahun 50an lagi.dan apabila allahyarham Tan Sri P.Ramlee menjadi artis paling terkenal pada masa tu.penggunaan piring hitam semakin popular seiring dengan trend pada zaman tersebut.pada masa tu,bila rekod baru nyanyian P.Ramlee memasukki pasaran,akan laris seperti goreng pisang panas.dan piring hitam juga semakin terkenal pada tahun 60an dan 70an kerana masa tu trend muzik "agogo" "pop yeh yeh" dan "twist" menjadi kegilaan remaja pada waktu tu.antara yang artis terkenal pada masa tu ialah "The Zurah" dengan pemain gitar lagenda Malaysia allahyarham M.Sharif yang memperjuangkan irama pop yeh yeh ni sampai beliau meninggal dunia.selain dari tu lagu dendangan Datuk A.Rahman Hassan yang bertajuk "Tak Mengapa" juga menjadi lagu paling hit pada tahun 60an dulu dan jualan rekod untuk album beliau boleh juga di katakan mencecah ratusan unit.piring hitam untuk album beliau dan M.Sharif telah di ulang cetak beberapa kali.
Aku mengenali piring hitam ni sewaktu aku masih kecil lagi..masa tu arwah ayah aku memang pengumpul tegar piring hitam.antara rekod yang beliau suka kumpul ialah band "Black Dog Bone" The Flybaits" "Alleycats" dan juga artis2 dari luar negara seperti "Boney M" "Abba" dan rekod John Travolta "Saturday Night Fever".sayangnya kesemua koleksi arwah ayah aku ni hilang entah ke mana.dan minat beliau ni aku lah yang menjadi penyambung warisan nya.aku juga ada mengumpul piring hitam lama2 ni..tapi more to rock artis lah.salah satu nya dah tentu lah piring hitam Iron Maiden.dulu,harga piring hitam tersangatla murah,fast forward ke alaf baru ni,harga piring hitam dah makin mahal,kerana dah jadi barangan antik.bayangkan harga untuk sekeping harga piring hitam baru(bukan terpakai) mencecah rm 100++.dan ada juga rekod lama yang susah untuk dapat di pasaran sekarang di jual dengan harga yang tinggi.sebagai contoh,rekod pertama Michael Jackson,di jual dengan harga 1000 dollar amerika..! bayangkan betapa rare nya barang tersebut yang menjadi rebutan di kalangan peminat beliau.
Koleksi aku pun takda la banyak mana.tapi semuanya aku dapat di pasar karat,pasar malam,dan juga kirim dengan kawan2 aku yang berkerja kat Singapore dulu..
         Rekod Deep Purple Stormbringger yang ada lagu berhantu "Soldier Of Fortune"
                     Ep 12' The Cure Never Enough

                     Paling terbaharu ialah yang ni..iron maiden "En Vivo!"

Piring hitam ni perlu di main kan di atas peranti rekod atau di panggil turntable terdapat pelbagai jenis jenama pemain untuk piring hitam ni yang paling popular pada zaman 80an dulu ialah keluaran Jepun dan beberapa jenama lagi dari luar negara.ia terpulang pada jenis pemain rekod ni,kalau nak bunyi yang setanding dengan bunyi cd bolehlah gunakan jenama yang mahal dan terbaharu.dan sebenarnya bunyi yang keluar dari piring hitam ni lah yang terbaik lagi sedap bunyinya berbanding cd.ni lah rupa pemain piring hitam atau turntable ni..
dan turntable yang terbaharu di keluarkan sekali  siap dengan kabel USB dan juga boleh di mainkan dengan cd .
                            antara yang terbaharu siap boleh burnkan ke cd sekali.

Aku percaya,bebudak sekarang ni memang tak tau apa tu piring hitam,apa tu kaset dan juga katrij,ada antara mereka ni yang belum lahir lagi.dan ini adalah salah satu dari lipatan sejarah dunia muzik.kalau takda benda ni,takkan wujud cd,mp3,ipod dan bermacam2 gadget yang ada sekarang ni.tak sepatutnya piring hitam ni di lupakan..syarikat2 pemuzik dan syarikat rakaman sepatutnya mengeluarkan lagi jualan piring hitam ni untuk pasaran di Malaysia ni.dan aku juga meneruskan legasi arwah ayah aku dulu,dengan mengumpulkan piring hitam ni sikit2.dan aku juga berharap,piring hitam ni takkan hilang di telan zaman walaupun di kategorikan antik..
                                           cara2 membuat piring hitam