Showing posts with label Deep Purple. Show all posts
Showing posts with label Deep Purple. Show all posts

Friday, 18 March 2016

Deep Purple - Machine Head Vinyl (1972)

Antara album Deep Purple yang dah pun berusia 44 tahun..




'Machine Head' merupakan antara album terbaik Deep Purple yang telah di riliskan pada 25 mac 1972.menduduki tempat pertama di carta UK selama 20 minggu dan juga merupakan album yang paling laris jualannya di Amerika.album ini juga menjadi sumber inspirasi pelbagai band rock dan heavy metal termasuk lah band2 rock di Malaysia pada era 80an.ini kerana lagu 'wajib' dari album ini yang harus di mainkan ketika jamming ialah lagu 'Smoke On The Water' dan juga lagu 'Highway Star'.



gatefold.condition rekod ni memang nampak buruk,maklum la dah lama tahun 1972,aku belum lahir lagi rekod ni dah ada..heheh...



ada di beritahu rakaman di lakukan kat mana.



Dengan line up klasik Mark 2,Ritchie Blackmore,Ian Paice,Roger Glover,Ian Gillan dan Jon Lord. juga merupakan album yang memperkenalkan pada aku apa itu hard rock,klasik rock,heavy dan berbagai lagi genre yang berakar umbikan rock.dan istimewanya album ini ialah,arwah ayah aku kerap memutarkan rekod ini setiap kali beliau pulang dari kerja,atau pun ketika bercuti.


senarai lagu






piring je tak purple tetap warna hitam



Rasanya yang tak minat Deep Purple pun mesti tau lagu 'Smoke On The Water' dan 'Highway Star' tu.selain dari dua lagu tu aku lagi suka lagu 'Never Before' 'Lazy'(intro dari Jon Lord memang best) dan 'Space Truckin'.kerja gitar Ritchie dalam album ini memang terbaik lah,tak hairan la album ini juga tercalon antara 100 album terbaik sepanjang zaman oleh majalah Rolling Stones.
Nak cerita panjang pasal album ni pun mesti ramai yang dah tau.yang mana taktau tu boleh tengok kat wikipedia.dan pada sesiapa yang nak layan Deep Purple,boleh mulakan dengan album ini atau pun album "Perfect Strangers"

Thursday, 22 January 2015

Deep Purple - Who Do We Think We Are (1973)





Terus terang aku hanya mengetahui album2 Deep Purple cuma 'Perfect Strangers' 'Burn' dan 'Fireball'.album 'Who Do We Think We Are' ini di riliskan pada tahun 1973 (aku pun belum lahir lagi) tapi dengan line up klasik Mark II sama macam dalam album 'Perfect Strangers' (Ritchie Blackmore,Roger Glover,Ian Gillan,Jon Lord dan Ian Paice)dan ternyata album ini pun boleh tahan best juga..











Cd yang pada aku ini adalah versi remastered dan telah di reissue semula pada tahun 2000 dengan tambahan beberapa lagu yang takda dalam album versi asal.yang menarik ialah lagu instrumental 'first day jam' yang berdurasi selama 11 minit 31 saat.apa yang best tentang lagu jamming diorang ni ialah,Ritchie Blackmore bermain bass dalam sessi jamming ini di sebabkan Roger Glover tak datang pasal terperangkap dalam trafik jem.


isi dalam dia best.macam2 cerita ada













Who Do We Think We Are was recorded in Rome in July 1972 and Frankfurt in October 1972, using the Rolling Stones Mobile Studio.

"Woman from Tokyo", the first track recorded in July 1972, is about touring Japan for the first time (e.g. the lyric "Fly into the Rising Sun"). The only other track released from the Rome sessions is the out-take "Painted Horse". The rest of the album was recorded in Frankfurt after more touring (including Japan).

Ian Gillan left the band following this album, citing internal tensions widely thought to include a feud with Blackmore. However, in an interview supporting the release of the 1984 Mark II Deep Purple comeback album Perfect Strangers, Gillan stated that fatigue and management conflicts also had a lot to do with it.

We had just come off 18 months of touring, and we'd all had major illnesses at one time or another. Looking back, if they'd have been decent managers, they would have said, 'All right, stop. I want you to all go on three months' holiday. I don't even want you to pick up an instrument.' But instead they pushed us to complete the album on time. We should have stopped. I think if we did, Deep Purple would have still been around to this day.

The last Mark II concert in the 1970s before Ian Gillan and Roger Glover left was in Osaka, Japan on 29 June 1973.
-Wikipedia


Dan sekali lagi ucapan terima kasih untuk abang Berteromber kerana kasi cd ni kat aku..heheh..untuk ulasan pasal album ini boleh jenguk kat blog beliau di sini :
http://berteromber.blogspot.com/2013/12/who-do-we-think-we-are.html





Tuesday, 16 September 2014

Deep Purple - Perfect Strangers (1984)

Atas permintaan abg Deaf dan juga kebetulan album ini menyambut ulang tahun yang ke 30 pada hari ini..



Tapi ini lp versi Taiwan pressing lah..




Antara album kegemaran aku,di riliskan pada 16 september 1984,yang juga di perkenalkan oleh abang2 aku.pada aku ini adalah album paling best Deep Purple,dengan line up klasik era "Mark II".sapa yang tak kenal Ritchie Blackmore,Ian Gillan,Roger Glover dan Jon Lord ni kan? Deep Purple juga la yang membawa aura rock sehingga ke sini sehingga demam rock mula melanda pada awal 80an dulu selain Iron Maiden.

line up klasik 'Mark II'


lirik


gambar2 masa zaman muda



Deborah Frost of Rolling Stone gave it a review of two out of five stars, remarking that "the material consists of hastily knocked-off jams". The review also stated that "Blackmore's Strat has such a great roar that you're willing to just let it reverberate in your eardrums for a bit. And it's nice to hear Jon Lord's synthesized organ squalls, Ian Paice's electrifying drumming, Ian Gillan's howls and whispers and Roger Glover's solid bass lines once again."
-Wikipedia


piring gelap




side one made in Taiwan






Lagu2 dalam ni semuanya best,takda satu pun yang tak best.pada aku antara banyak2 album Deep Purple,album ini la yang merupakan 'killer album'.lagu 'Perfect Strangers' Hungry Daze' 'Knocking At Your Back Door' dan lain2 nya memang best lah..personal fav aku dah tentu nya 'Wasted Sunsets' lagu ni kalau layan time petang2 memang syahdu..heheh..
Nak cerita panjang pasal album ni pun ramai yang dah tau.tapi sesapa yang hanya kenal Deep Purple ketika era Steve Morse,kena dengar album ni.antara album hard/progresif rock terbaik dalam sejarah rock dunia.
Happy birthday 'Perfect Strangers!'

p/s : Selamat Hari Malaysia dan juga selamat bercuti pada warga Malaysia pada hari ini..