Showing posts with label Guitar Hero. Show all posts
Showing posts with label Guitar Hero. Show all posts

Monday, 24 October 2016

Sweet Charity Reissue

Dah lengkap album Sweet Charity aku..


cd sweet charity 88' je aku lupa letak



Aku kenal Sweet Charity melalui arwah ayah aku.beliau kerap memutarkan piring hitam album 'Pelarian' ketika pulang dari kerja atau ketika di hari cuti.Sweet Charity merupakan ikon rock melayu dari Singapura yang menjadi sumber inspirasi banyak band2 rock Malaysia pada era 80an.media Singapura dan Malaysia menggelarkan kumpulan ini sebagai 'Deep Purple' Singapura.pada aku muzik Sweet Charity lebih kuat pengaruh Led Zeppelin dan Uriah Heep tetapi dengan beridentitikan rock melayu.ketika zaman rock kangkang berada di puncak pada tahun 80an.

Kebanyakkan kumpulan2 rock melayu yang baru di tubuhkan memainkan lagu2 cover dari Sweet Charity seperti 'Batu','Penunggu','Zakiah','Terharu' dan beberapa lagu yang kerap di mainkan ketika pertandingan untuk mencari bakat baru dalam kumpulan rock.(bukan macam event sampah tu yang undi guna sms.muka lawa tapi walau suara ke laut pun dapat undi paling tinggi dia la juara)
Line up Sweet Charity memang ramai sebab kumpulan ni di tubuhkan pada penghujung 60an.lama betul tu.tapi line up klasik Sweet Charity paling aku suka ialah Ramli Sarip,Rosli Mohalim,(gitar hero legend ni) Sarwanie Ahmad,Syed Hassan Al-Attas dan Ahmad Jaafar.







Ok,album reissue yang terakhir di keluarkan minggu lalu ialah album 'Berita Gempa' di sertakan sekali dengan kotak ataupun 'boxset' tak boleh di panggil boxset pun sebenarnya..heheh.hanya kotak yang berlipat tapi bila di susun kesemua album Sweet Charity ni nampak menarik.









susunan album berterabur tak ikut tahun di terbitkan







Akhirnya complete dah.tunggu lepas 2-3 tahun boleh jual dengan harga lebih kejam dari kapitalis piring hitam dan kaset.heheh..






Friday, 23 September 2016

Joe Satriani - Surfing With The Alien ( 1987 )

Album yang dah berusia 29 tahun.sebelum ni pernah buat entri pasal album The Extremist





Album ini merupakan album kedua dari Joe Satriani selepas album Not Of This Earth terbitan 1986.di katakan album ini lah Joe Satriani mula mempopularkan teknik 'two handed tapping' dan juga teknik 'shred' yang menjadi ikutan gitaris pada zaman itu.secara peribadi aku hanya suka album2 JS yang di terbitkan pada  tahun 80an dan 90an kerana sound gitar beliau pada era ini memang aku suka.album2 beliau pada era millenium aku dah tak berapa follow sangat.






Album ini juga mencetuskan kontroversi kerana Joe Satriani telah menggunakan cover 'Silver Surfer' watak superhero dari Marvel Comics tanpa kebenaran pelukisnya dan juga Marvel.walau bagaimana pun versi reissue album ini ada di kreditkan nama Marvel Comics.


Berbanding dengan album The Extremist yang agak catchy,(mungkin sebab album tersebut mula menunjukkan kematangan hala tuju muzik JS)album ini agak melodic.susunan muziknya yang menarik.dengan kerja gitar JS yang tidak terlalu maestro.solo2 beliau tidak lah terlalu bingit.kesemua lagu2 dalam album ini sedap di dengar dan mudah di hadam.JS bijak bereksperimentasi dengan gitar beliau,solo gitar mengikut mood lagu.






Lagu kegemaran aku dalam album ini ialah 'Surfing With The Alien', 'Ice 9','Crushing Day','Satch Boogie' (bunyi gitarnya seakan 'bercakap')'Lords Of Karma' dan juga 'Always With Me,Always With You'.

Antara album JS yang aku rekomen untuk di dengar : Not Of This Earth,Surfing With The Alien,Flying In The Blue Dream dan The Extremist.kalau ada duit lebih beli gitar Ibanez JS signature model.heheh.. :p



Monday, 30 May 2016

Riyadh - Media 88'- 89' ( 1989 ) Reissue 2016






















Aku tak berapa tahu sangat info pasal album ni,dulu kasetnya pun abang aku pernah beli.cuma yang aku tau penyanyi untuk kumpulan ini iaitu Akil Hayy sekarang dah pun jadi ustaz,ceramah beliau boleh tengok di youtube.hanya 2 lagu yang pernah aku dengar di radio suatu ketika dahulu iaitu lagu 'Hanya Ketenangan' dan 'Dugaan'.

Oleh kerana album ni di terbitkan pada ketika zaman kejatuhan rock melayu,menyebabkan kumpulan ini agak kurang di kenali walaupun lagu2 mereka kerap keluar di radio dulu..walaupun mungkin ramai yang kurang mengenali,bila rilisnya reissue ni sekurang2nya generasi baru tau ada rock yang lagi dasyat dari lagu yang mereka dengar sekarang..heheh,,sound untuk reissue ni pun ok,tiada cacat celanya.

Pada anda yang ingin dengar suara ustaz Akill Hayy menyanyi dalam album ini,boleh dapatkan album ini di pasaran .sekali lagi terima kasih dan syabas buat Sony Music.harap lepas ni Sony Music akan reissuekan balik semua album rock lama2.

Monday, 9 May 2016

Lefthanded - Keadilan (1986) Reissue 2016

Selain Universal/EMI,Sony Music dan juga NSR,Warner Music juga tak mahu ketinggalan dengan trend reissue ni..




Warner Music dah pun meriliskan kembali 3 album Lefthanded iaitu album 'Nafas','Fanatisme' (yang Ramli Sarip jadi vokalis tu) dan album Keadilan ni,aku hanya beli album Keadilan ni je sebab album ni juga ada nilai nostalgik.nak beli semua album memang parah la..heheh.hanya album yang ada nilai nostalgik je yang akan aku beli.tak boleh nak layan sangat,rabak poket.






Sebelum ni kita dah biasa dengan 3 label yang aku sebut tu yang ramai orang selalu komplen tentang soundnya lah,kualiti kertasnya lah,typo nya lah (maafkan la tukang taip list tu..heheh)dan juga jewel case nya.bagaimana dengan Warner Music?

Ok,kita check satu persatu.bukan mudah nak puaskan hati semua orang ye tak?

1.Jewel Case
Rilisan Warner Music menggunakan jewel case yang berkualiti,ada logo Warner kat kotaknya.aku test jatuhkan atas simen pun tak retak atau pecah.terbaik. 5/5

2.Kualiti kertas
Sama seperti Sony Music,kualiti kertasnya so-so je lah,tak macam rilisan dari NSR yang menggunakan kertas bermutu tinggi,tapi lagi ok dari Universal/Emi yang semakin nipis pulak kertasnya. 3/5

3.Cover Album
Gambar cover depan masih mengekalkan yang asal dari versi kaset,tapi lebih menarik dan cantik.tiada cacat cela langsung,tabik kepada pereka cover ini .5/5




ada apa dengan typo?heheh..


4.Typo
Mula2 aku belek kat senarai lagu kat belakang jewel case dah terkantoi satu,bila check kat lirik pulak cuma ada satu je terkantoi,kat lirik lagu 'Tiada lagi Kidungmu' Oh Sayang jadi 'Oh Saying'..heheh..1/5

5.Sound.
Soundnya memang terbaik, dari mastertape la kan.mungkin juga telah di 'remastered'kan sebab bunyinya memang enak banget.5/5



dapat poskad.ganti kad ucapan tuju lagu kat radio dulu2.


Antara album fav.Lefthanded aku,sebabnya line up klasik terbaik dalam sejarah rock Malaysia,dua gitaris handalan iaitu Man Kidal dan Allahyarham Samad.juga dengan Man Dayak dan Yan,serta Nash dengan suara rock beliau yang power pada ketika itu.antara vokalis rock yang hebat dengan jeritan nada tinggi nya.empat lagu klasik rock Lefthanded kesemuanya ada dalam album ini seperti 'Lagenda Cinta' 'Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi' 'Tiada Lagi Kidungmu' dan 'Debunga Wangi'(dengan gitaris undangan dari Iron Maiden iaitu Adrian Smith)

Overall yang lain2 nya semua ok,harap lepas ni pihak Warner Music riliskan album 'Seruan' dan 'Qabul' serta album2 Ella yang lama ketika beliau bersama Warner Music.aku rasa banyak juga kumpulan rock dulu2 yang bernaung di Warner Music.kepada peminat Lefthanded yang lama boleh beli album ni di pasaran sekarang.


Thursday, 12 November 2015

Zulkif - Misteri Api,Air & Angin Vinyl (1990)

Aku pernah sebut pasal album ni kat entri Hillary haritu..






Sabtu lepas ketika aku sibuk 'carigali' rekod kat kedai uncle Joe,tanpa di sangka2 boleh terjumpa album ni terselit di celah2 rekod sountrack.(aku rasa mesti ada orang yang sembunyikan kat situ sebab nak beli..heheh) dah memang rezeki,dapat dengan harga yang betul2 murah,(cuma rm40) dengan kondisi rekod yang cantik tanpa berlengah aku terus ambil dan bayar,hilang kisah aku nak beli sountrack piring hitam pada mulanya..heheh..






Zulkif merupakan pemain gitar kumpulan Headwind yang pernah popular pada era 80an dahulu.beliau juga merupakan producer dan juga sessionist untuk kerja2 rakaman di studio.kalau sesiapa masih ingat kumpulan Black Rose yang pernah popular dengan lagu 'Penantian' tu dulu,Zulkif lah penerbit bagi album Black Rose dan juga bermain gitar dalam album itu.solo yang menarik dalam lagu 'Penantian' itu lah hasil dari petikan gitar beliau.







Walaupun nama beliau kurang di kenali dan tak sehebat Man Kidal atau pun Hillary,Zulkif sebenarnya seorang gitaris yang hebat,kerja gitar beliau dengan gabungan rock n roll dan sedikit pengaruh jazz untuk album ini memang best,kerja gitar untuk album ni memang lain jika hendak di bandingkan dengan kerja gitar beliau untuk album Black Rose.sebab album ini memang mengikut citarasa beliau.selain menjadi penerbit untuk album ini,beliau juga menyanyikan sendiri setiap lagu dengan bantuan pemuzik dan penyanyi latar hebat seperti Hattan,Fairuz Hussein dan Shima.



condition rekod nasib baik ok takda calar





side A





Side B


Aku suka lagu yang beliau medleykan dalam album ini,agak heavy dari versi asal,lagu 'Rentak Ke Tujuh' juga menarik,bunyi gitar dan solo nya smooth je.pengaruh blues yang jelas dalam lagu intrumental 'Misteri Api,Air & Angin' ala2 macam Gary Moore pun best.

Kalau dulu pernah memiliki versi kasetnya,tak sangka pulak boleh dapat versi piring hitam ni.antara album gitar solo yang best pada era 90an selain Hillary.kalau album ini di reissue balik pun bagus juga.

Monday, 26 October 2015

Hillary Di Album - Rock Dalam Dilema (1990) Reissue 2015

Yang aku baru beli semalam kat Victoria Music..




Album ni dulu pernah beli versi kaset hasil perkongsian duit belanja sekolah dengan rakan sekelas aku.beli kaset Hillary ni bersama2 dengan kaset Zulkif (juga album gitar solo,Zulkif adalah gitaris kumpulan Headwind) bila putarkan cd ni semalam,serta merta teringat kenangan dulu2 masa sekolah menengah.(tahun 1990 aku di tingkatan 2) pada ketika itu semuanya berangan nak jadi gitaris hebat,tapi petik gitar pun kelaut..heheh..









Album ini di terbitkan oleh Hillary sendiri bersama dengan sifu M.Nasir.penyanyi undangan dalam album ini juga hebat2.ada Rahmat Ekamatra,Aida Agil (makcik ni dulu femes jugak) dan juga Roy (yang pernah popular dengan lagu 'Ratnaku')
Pada aku album ini memang album solo terbaik dari Hillary,beliau memang dah ada identiti sendiri,lagi pun beliau sememangnya gitaris hebat sejak dari era 80an lagi.walaupun ada lagu2nya yang sedikit di bayangi ala Steve Vai,tapi identiti muziknya tetap mencerminkan identiti muzik Malaysia.











Lagu2 instrumental petikan gitar Hillary menarik seperti 'Dilema', 'Cun Habis' 'Search', instrumental ballad yang sendu syahdu bertajuk 'Sandiwara' dan juga tribute untuk Tan Sri P.Ramlee lagu 'Putus Sudah Kasih Sayang'.
Lagu2 slow rock balladnya juga pun boleh tahan sedap.paling di ingati sejak dulu ialah lagu 'Sayang Tak Merindu' nyanyian Roy,lagu 'Mencari Kebenaran' nyanyian Roy dan Aida Agil pun sedap juga,dan lagu yang aku pernah tengok kat muzik-muzik TV3 dulu iaitu lagu nyanyian Rahmat Ekamatra 'Suara Luka'

Apa pun rilisan ini memang patut di pasarkan semula,Hillary satu2nya gitaris yang boleh di katakan  lagenda dalam dunia rock Malaysia dan Singapura.pada peminat Search dan Hillary boleh beli album ini..memang best.rugi kalau tak dengar..

Next..nanti aku tampal gambar ni pulak..




Monday, 11 August 2014

Vinnie Moore - Mind's Eye LP (1986)

Lagi album gitar hero yang di terbitkan pada tahun yang sama dengan Trilogy pada tahun 1986..











terbitan Roadrunner records


Nama beliau mungkin agak kurang di kenali di rantau sini berbanding Malmsteen,aku pun lambat jugak mengetahui yang Vinnie Moore ni antara pemain shred terkenal juga pada era 80an dahulu.di sebabkan solo beliau dalam lagu UFO 'Profession Of Violence' yang mendayu2 sehingga menusuk kalbu tu,membuatkan aku nak tau apa yang best pasal dia ni sehinggalah aku terjumpa lp ni tempoh hari..

Apa yang aku dapat tau info kat internet pasal album ni,Mind's Eye merupakan album pertama Vinnie Moore yang di riliskan pada usia beliau ketika itu baru 21 tahun,kesemua lagu2 dalam album ni adalah ciptaan beliau sendiri yang di rakamkan hanya selama 11 hari jer.album ini juga menjadi top ten shred album of all time oleh majalah Guitar World pada tahun 2009.
Semua lagu dalam album ini instrumental,tanpa vokal.pemainan gitar beliau takyah cerita la,memang dah sama taraf dengan Malmsteen pun.walaupun ada juga komen negatif yang aku tengok kat Youtube pasal beliau,ada yang mengatakan beliau adalah 'the most forgotten guitarist',pada aku beliau juga telah mencatat sejarah antara gitar hero/gitar shredder terbaik sepanjang zaman walaupun kurang di kenali.untuk peminat gitar kena dengar ini album..memang bestest!.



Monday, 4 August 2014

Yngwie Malmsteen - Trilogy LP (1986)

Album gitar hero yang paling terkenal dari awal 80an sehingga sekarang yang menjadi idola pelbagai gitaris di seluruh dunia..



Aku bukan lah peminat tegar Malmsteen,sebelum ni hanya pernah memiliki kaset Rising Force,dan kebetulan ramai gitaris era rock kapak dulu menjadikan Malmsteen ni sebagai idola.aku pun teringin jugak nak tau apa yang best sangat pasal Malmsteen ni..
Album ini pun secara kebetulan pernah di rekomen oleh member yang memang peminat tegar Malmsteen,terjumpa secara tak sengaja di Amcorp,tanpa berlengah aku pun terus beli.

belakang.tema ala2 Lord Of The Ring

songlist


Album ini juga Malmsteen tujukan khas buat bekas perdana menteri Sweden (beliau memang kelahiran Sweden) yang mati di bunuh pada tahun 86 jugak.pertama kali bila aku putarkan kat turntable player aku,aku memang suka dengan soundnya.sound rock era 80an memang sedap.walaupun pada ketika itu masih lagi berteknologikan analog,sound gitar Malmsteen tetap menusuk kalbu.di tambah pulak dengan vokal Mark Boals (aku pun baru cekidot kat wikipedia pasal dia ni) yang serupa dengan vokal Michael Vescera,part jerit nada tinggi tu memang power!

lirik


piring


Trek pertama 'You Don't Remember,I'll Never Forget' memang menarik.siapa yang follow Malmsteen mesti tau yang beliau ni memang peminat muzik classical.stail neo classical muzik beliau memang di gabungkan dengan elemen classical dan rock.'gorengan' gitar beliau takyah cerita la,solo gitar beliau pun ada mood.kalau lagu sedih solo pun ikut sedih,kalau lagu heavy solo dia betambah laju dan menggila.tak hairan la kalau Herman Li dan Sam Totman (Dragonforce) pun banyak terpengaruh dengan solo2 dari Malmsteen ni..
Lain2 lagu yang best seperti 'Queen In Love' 'Crying' 'Fury' 'Fire' 'Dark Ages' dan 'Trilogy Suite Op: 5' memang terbaik..
Nak ulas panjang2 pun aku bukannya pandai sangat,mungkin lepas ni aku try dengar album2 Malmsteen yang lain pulak.apa pun ini album memang best..


p/s : jangan keliru antara Malmsteen dan M'steen (artis rap awek seksi dulu2 tu)heheh..