Tuesday 25 February 2014

Hilangnya Penglipur Lara Hujung Tanah

gambar ehsan zura halid
Pada pagi 21 Febuari 2013,telah kembali ke Rahmahtullah seorang insan seni yang boleh di katakan lagenda bagi seluruh rakyat Johor.mungkin ramai yang tak mengenali beliau,di sebabkan nama beliau tak segah seperti A.Samad Said dan Usman Awang.beliau yang aku maksudkan ialah Tuan Haji Ali Badron Sabor.juga di kenali sebagai Ali Badron Tarbus.umur beliau sekitar 60 atau 70 tahun (beliau terlalu merahsiakan usia nya)
Allahyarham Ali Badron berasal dari Batu Pahat,Johor.pernah bertugas sebagai guru dan memiliki kepakaran dalam sastera lisan iaitu penglipur lara sejak di era 60an lagi.antara karya sastera lisan beliau yang paling terkenal ialah 'Surat Kapal'.kehebatan beliau kalau bercerita suka berdendang dan menyanyi dan juga penuh dengan unsur jenaka.

Karya - karya beliau kebanyakan nya cerita nusantara seperti cerita rakyat Indonesia,Brunei dan Thailand,juga cerita tentang asal usul,nama tempat,nama kampung dan juga nama orang.beliau juga menyimpan dan boleh mengingati hampir 400 cerita rakyat dalam ingatan nya.apa yang menarik,beliau juga mendapat pengiktirafan dari UNESCO sebagai 'Tokoh Warisan Orang Hidup' kerana kehebatan penglipur lara dan sastera lisan beliau.

Al Fatihah Tuan Haji Ali Badron @ Ali Badron Tarbus semoga roh beliau di cucuri RahmatNya..

Untuk info lebih tentang Allahyarham boleh tengok kat sini :
http://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20120601/sa_01/Perjuangan-seorang-penglipurlara

#Terima kasih zurahalid.blogspot.com

Saturday 22 February 2014

2 Versi Budak Tua

Mula2 aku tengok yang versi remake dulu..aku tak tau pun rupa2nya movie ni remake version..


OldBoy (2013)


Yang ni original version..cult movie dari Korea..

OldBoy (Original 2003)



Sebenarnya kedua2 filem ni di adaptasi dari manga Jepun.filem yang bergenrekan mystery thriller.baik yang versi asal dan remake,kedua2nya memang best.lakonan Josh Brolin (Men In Black 3,Gangster Squad) dan pelakon versi asal Choi Min-Sik (New World,Taegukgi) memang terbaik.
Ceritanya mengisahkan watak utamanya telah di kurung selama 20 tahun di dalam sebuah bilik yang hanya ada katil,tv,kertas dan pen.aku tak mau la nak spoiler lebih,tak best la..heheh..kalau nak tau kena tonton movie ni.
Bayangkan kalau dah kena kurung selama berpuluh tahun,dari sebelum zaman internet,sehingga zaman dah ada smartphone yang canggih2,memang saiko abis la..

Movie ni sangat2 di rekomen untuk korang yang suka filem bergenrekan misteri dan thriller.rating kat IMDb untuk original version je 8.4..mesti layan.


Wednesday 19 February 2014

Queensryche - Operation Mindcrime II (2006)

Untuk part one boleh tengok Kat Sini

Selepas 18 tahun,Nikki kembali untuk melunaskan dendam nya..


Keluarnya album ini,bersama2 dengan kontroversi yang hangat,kritikan dan cemuhan teruk di perkatakan pasal album ni.cerita di sebalik pembikinan album yang mengatakan hanya Geoff Tate dan John Slater (producer)yang memainkan kesemua instrumen untuk lagu2 dalam album ni,konflik dalaman antara ahli band dengan Geoff Tate yang di katakan selfish (pasal bini dia jadi manager Queensryche dan anak perempuan dia jadi penyanyi latar,habis semua nak di control kononnya).
Walaupun watak Doctor X tu telah di gantikan dengan Ronnie Dio,tapi album ni tetap mendapat kritikan dan di labelkan antara album paling teruk dalam sejarah rock alaf baru..




Lupakan pasal kontroversi album ni,cerita pasal lagu2 nya pulak..memang tak di nafikan,untuk Mindcrime part 2 memang aku rasa agak mengecewakan.mungkin sebab Geoff Tate menghasilkan album ni dalam keadaan terburu2 dan penuh tekanan,sebab tu hasilnya agak mengecewakan.untuk pertama kali mendengar keseluruhan album tanpa skip,ada beberapa lagu yang kurang menarik.tapi seperti kata pepatah,dalam setandan pisang tak semuanya busuk kan?ada juga la beberapa lagu kira sebagai penyelamat dalam album ni..



Untuk album ini,kisahnya bermula 18 tahun selepas tragedi dalam album part one.Nikki yang baru di bebaskan dari penjara masih lagi menaruh dendam terhadap doctor X, pada masa ni beliau dah berkuasa dan kaya raya.dan pada masa yang sama juga,bayangan atau hantu Mary (awek yang Nikki dah jatuh cinta dan mati dalam album part one)mula menghantui Nikki setiap masa.Nikki akhirnya berjaya bunuh doctor X,pada waktu tu jugak hantu Mary mula marah Nikki dan 'mindcrime' Nikki supaya bunuh diri pulak..Nikki yang dah mula rasa diri dia gila dan sasau akhirnya dengar cakap Mary dan menamatkan riwayat beliau...
Penutup pada cerita ni,kedua2nya hidup bersama dan bahagia kat alam kematian kononnya..


Walaupun lagu2nya tak sehebat album pertama,tapi ada juga beberapa lagu yang best seperti I'm American,Speed Of Light,Signs Says Go,The Chase(duet bersama Ronnie Dio) If I Could Change At All,An International Confrontation,All The Promises (duet dengan Pamela Moore,still power lagi suara makcik ni walau dah 18 tahun lepas album part one)lagu lagu untuk album ni pun pendek durasi nya,setiap lagu tidak melebihi 5 minit.masih lagi boleh di layan walau tak semua lagu best.
Seperti juga filem,tak semua sekuelnya lebih bagus berbanding yang pertama.mungkin ada yang kecewa dengan sekuel ini,tapi pada aku cuma so-so je lah,takda lah teruk sangat pun..cuma yang kritik tu aku rasa memang tak suka kat Geoff Tate kot?Untuk sesiapa yang pernah dengar Operation Mincrime 88 tu,kalau rasa nak tau apa kesudahan ceritanya boleh la dengar album ni..

                                   

Monday 17 February 2014

2 Filim

Last Vegas (2013)

Filem komedi terbaru dari pelakon yang boleh di katakan legend di Hollywood.di bintangi oleh Michael Douglas,Robert De Niro,Morgan Freeman dan Kevin Kline.walaupun kesemua pelakon ni dah 'senja' tapi lakonan komedi mereka memang menjadi.
Ia nya mengisahkan tentang Bill,Paddy,Archie dan Sam yang merupakan 4 sahabat karib sejak dari kecil lagi.Billy (Michael Douglas) telah membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang wanita muda telah menjemput Paddy,Archie dan Sam untuk menghadiri bachelor party yang akan di buat di Las Vegas.pada mulanya kawan2 Billy agak keberatan untuk datang,tapi setelah di desak oleh Billy mereka akhirnya pergi juga.paling best kisah mereka ni bila tiba di Las Vegas,macam2 hal yang berlaku..memang kelakar la..

Movie ni bukan saja hanya setakat komedi,tetapi juga yang menyentuh perasaan,semangat setiakawan dan sahabat sejati antara  mesej yang cuba di sampaikan dalam filem ni.wajib tengok kalau korang peminat pelakon otai2 tu semua dan peminat filem komedi..

3/5 *






La Bamba (1987)


Filem lama dan mungkin ramai yang dah pernah tengok cerita ni.sebab pertama kali tengok movie ni pun pasal abang2 aku yang bawak aku pergi tengok wayang.masa tu tiket wayang pun baru rm3.00.punca nya abang aku hantar gambar kat whatsapp dia terjumpa soundtrack lp La Bamba ni.antara sebabnya aku nak melayan movie ni semula..

Filem ni mengisahkan tentang Ritchie Valens,penyanyi rock n roll berdarah kacukan Mexico/America yang menjadi terkenal dan mati pada usia yang terlalu muda.(beliau meninggal dunia pada umur 17 tahun)dalam kemalangan kapal terbang.dalam filem ini turut memfokuskan kepada penyakit aviophobia Ritchie yang takut menaiki kapal terbang.
Beliau meninggal dunia ketika berada di kemuncak kemashyuran,dengan lagu La Bamba tengah hit di seluruh Amerika pada ketika itu.ironinya,beliau mati bersama dengan lagenda jazz yang sama2 menaiki kapal terbang bersama beliau iaitu Buddy Holly yang dalam perjalanan untuk melakukan tour seluruh Amerika.

Lakonan Lou Diamond Philips sebagai Ritchie Valens memang terbaik.kerana filem ini juga lah Lou menjadi pelakon class A di Hollywood.Seriously,kalau korang pernah dengar lagu La Bamba versi Los Lobos yang selalu keluar kat radio tu,tapi tak penah tau apa kisah di sebalik lagu tersebut,kena la tonton filem ni..

4/5 *



Saturday 15 February 2014

Lagenda Yang Semakin Di Lupakan...



Hamzah Dolmat & Tan Sri P.Ramlee

Aku rasa,ramai generasi baru yang tidak pernah tahu dan tak mahu ambik tahu siapakah lagenda yang aku maksudkan..beliau yang aku maksudkan ialah Maestro Hamzah Dolmat,pemain biola lagenda tersohor suatu ketika dahulu.lagu beliau yang masih popular dan di minati sehingga kini ialah "Bentan Telani".pernah di undang oleh kumpulan Blues Gang untuk lagu "Khatulistiwa" dan "Tudung Periuk".
Apa yang menyedihkan,tak banyak info pasal Allahyarham Hamzah Dolmat di intenet.puas aku search menggunakan Google,tapi info tentang beliau terlalu sedikit.kat wikipedia pun hanya sebaris dua je.kenapa lagenda seperti beliau di pinggirkan?takda ke pihak berwajib atau persatuan2 kesenian mengambil insiatif untuk memperkenalkan Meastro lagenda ni untuk generasi baru?beliau ni legend beb..kalau kat Hollywood,memang dah dapat star kat Walk Of Fame tu.

Hamzah Dolmat di lahirkan di Kalang Batin,Singapura pada tahun 1923.ayahnya Dolmat Haji Abdul Fatah juga seorang pemain biola terkenal dan juga pencipta lagu lagu joget.ibunya juga bekas penyanyi Mak Yong.Allahyarham mula belajar main biola ketika berusia 12 tahun lagi.beliau juga memiliki ijazah kedoktoran.seniman tersohor Allahyarham Tan Sri P.Ramlee juga turut mengagumi beliau dengan seni permainan biola beliau.
Antara hasil lagu ciptaan beliau yang unik dan penuh dengan elemen mistik ialah 'Anak Raja Beradu' dan juga 'Bentan Telani'.pernah berkolabrasi bersama Sharifah Aini dalam album 'Lela Manja'.sayangnya setelah beliau meninggal dunia pada tahun 1987,beliau bagai di pinggirkan,nama beliau tidak pernah di sebut sebagai pemain/pengesek biola lagenda negara.

Beliau lah satu2 nya pemain biola yang dah bertaraf legenda yang tiada galang gantinya sehingga ke hari ini..lagu2 beliau masih boleh di dengar di youtube.kalau di barat ramai 'gitar hero' kita 'violin hero' Hamzah Dolmat..!

                                 Bentan Telani

                                     Tudung Periuk

                                   Anak Raja Beradu

Friday 14 February 2014

Golongan Berkategori

Sedar atau tidak,kita selalu juga berhadapan dengan beberapa golongan ni.walau pun ada antaranya adalah rakan2 terdekat kita,tapi ada sesetengahnya kadang kala perangai nya menjengkelkan..bukan lah niat aku nak memburuk kan kawan,cuma entri ni harap boleh memberi 'kesedaran sivik' pada mereka ni semua..

-Golongan peminjam
Kalau yang buat loan bank tu lain ceritalah..ni aku nak cerita pasal kawan2 yang suka meminjam antaranya :
1.Pinjam duit.ok ni aku rasa bukan aku sorang yang penah alami,mungkin antara orang juga kerap mengalaminya.macam situasi aku,sebab kerana kawan tengah susah,merayu sampai datang ke rumah mintak tolong.aku dengan niat nak menolong tu bagilah juga.macam biasa si peminjam akan cakap sekian2 haribulan nak bayar balik,sampai masanya sunyi sepi,sampai kadang aku tebalkan muka sms mintak balik duit aku (pedulik apa duit aku ye tak?hahah..)tapi takda jawapan.lagi bertambah sakit hati bila si peminjam ni canangkan kat fb yang beliau ada menjalankan perniagaan itu dan ini..cakap memang 'world' habis..cakap ada untung berlipat ganda,kalau untung berlipat ganda itu hutang kasi settle la bro!

2.Pinjam kereta/motorsikal
Yang ni pun sama seperti di atas,ada yang bebudi bahasa sewaktu pinjam dan memulangkannya semula,tapi ada juga yang tak reti2 bahasa..kalau dah pinjam untuk perjalanan jauh dan kenderaan tu masa di pinjam tangki minyak nya penuh,tak reti2 ke nak refill balik minyak tu..orang berbudi kita berbahasa beb..

3.Pinjam cd/dvd/lp
Golongan ni paling tak boleh blah.aku cukup2 tak suka dengan golongan ni.kononnya nak pinjam untuk copy/burn.kalau sehari tu ok lah,ini sampai buat harta sendiri apa citer?banyak koleksi cd aku hilang begitu saja.bila mintak jawapannya "alamak,aku lupalah,nanti lah aku pulang balik""aku lupa la mana aku letak" dan lagi jawapannya "alamak lu ni dvd cetak rompak je pun,bukannya ori..nanti2 lah aku pulangkan balik" memang la cetak rompak,tapi aku beli guna duit ler..bukan guna air liur.lepas tu pandai2 je nak komplen aku buang duit la beli cd original la apa la..korang tak tau betapa sentimental value nya mengumpul cd/lp tu..pandai cakap je,tapi napa pinjam aku punya barang jugak?
Apa perasaan mereka kalau kita buat macam tu kat mereka jugak?tentu marah juga kan..


-Golongan kedekut
Yang ni memang paling hampeh.kedekut kalau tak kacau orang takpa lah..itu aku boleh terima,tapi ada pulak yang jenis kedekut hak dia,tapi bila hak orang di buat macam hak mak bapak dia pulak.orang jenis macam ni memang tak boleh pakai.

-Golongan yang suka ambik mudah
Yang ni pun satu,suka ambik mudah sesuatu perkara.contoh paling mudah,kerja harian kita.tak kiralah keja pejabat,kilang,keja kedai atau kerja cleaner sekali pun.jangan lah ambik mudah untuk menyelesaikan sesuatu perkara tu.buatlah kerja tu dengan ikhlas dan sempurna..kerja tu kan ibadah jugak.

-Golongan bangsawan
Ini bukan zaman 50an,bukan zaman antara dua darjat,tak payah nak kasta2 kan orang.kau mati pun pakai kain kapan jugak.bukan pakai coat atau tuxedo pun..

-Golongan budak baik
Korang geng yang baik2 ni antaranya yang kuat agama,suka pegi masjid dan belajar agama semua tu aku tabik dan respek kat korang,memang aku mengaku,aku ni bukanlah baik sangat,tapi janganlah pandang kami mat2 rock kental/metal ni macam jahat benar..dan lagi satu korang jangan lah berkelompok kat geng korang je..walaupun kami ni nampak je macam ni,tapi kami juga minat belajar dan mendalami agama islam yang suci ni..

Banyak lagi sebenarnya nak di ceritakan,tapi malas la aku nak bebel panjang2..heheh..cuma apa yang aku nak cakap,kerana golongan ni la kadang niat kita yang betul2 ikhlas (peminjam/penghutang) terus jadi tak ikhlas dah..sorry kalau entri aku ni merapu meraban..tapi itulah hakikat yang terpaksa kita hadapi dalam hidup kita ni.

Wednesday 12 February 2014

Killing Joke (1980)

Sesekali berubah angin dengar lagu punk pulak..


Memang dah lama mencari album ni,tapi selalu takda luck nak ketemu..akhirnya mintak mp3nya dari member aku..kebetulan dia memang peminat punk 80an dan list mp3 nya ada album ni,dengan tak malu nya aku mintak beliau secopy..heheh..

Killing Joke adalah band post punk 80an yang agak terkenal di UK selepas Sex Pistol.band ini juga menjadi sumber inspirasi bagi Metallica,Foo Fighters,Soundgarden dan Marilyn Manson.walaupun Killing Joke ni asasnya punk,dengan nyanyian yang tidak mengikut tune tetapi muzik punk yang mereka ketengahkan agak unik pada waktu itu.ada juga campuran elemen pop dan juga penggunaan synthesizer dalam muzik bawaan mereka.di katakan juga mereka lah pencetus kepada industrial metal,synthpop,gothic rock dan juga electronica.

Untuk debut album ni,Killing Joke di anggotai oleh Jaz Coleman (vokal & synthesizer),Kevin Walker (gitar),Martin 'Youth' Glover (bass) dan Paul Ferguson (drums &vokal) dan track untuk album pertama mereka ini cuma ada 8 lagu je.lagu2nya ialah :

1.Requiem (intro bunyi synthesizer ni meningatkan aku kat lagu2 artis pop 80an yang top ketika itu iaitu Boy Geogre dan Eurythmics)
2.Wardance (intro bunyi bass berdengung ala2 Steve Harris,boleh tahan sedap jugak)
3.Tomorrow's World (macam penah dengar intro dia,tak silap aku NIN penah guna sample lagu ni kot..)
4.Bloodsport (cekidot lagu ni, band punk pun ada lagu instrumental?boleh tahan juga lah..macam disco era 80an/To Live Is To Die versi punk..kalau tambah solo gitar pun best jugak..heheh)
5.The Wait (lagu ni yang penah di cover oleh Metallica dalam album Garage Days terbitan 1987 tu..)
6.Complications (hmm..ok lah..lagu yang agak malas..heheh)
7.S.O.36 (aku skip lagu ni..punya la mengantuk nak layan..ala2 Doom Metal pulak bunyinya..lembab)
8.Primitive (lagu penutup untuk album ni,macam happy ending gitu..siap ada drum roll lagi..)

Over all,lagu2 dalam ni ok,ear friendly..heheh..pada mereka yang tak suka muzik punk dan nak tau macam mana muzik punk tu berevolusi yang menyebabkan demam grunge,gothic,industrial yang melanda pada era 90an dulu,jawapan nya ialah dari Killing Joke ini.untuk info lebih pasal Killing Joke tengok kat wikipedia ni.
Kalau tak silap incik PCkokak ada lp album ni kan?kasi tampal bro..


Monday 10 February 2014

Mike Tramp Kena Buli



Pas Mantab adalah talkshow komedi yang di tayangkan setiap minggu di siaran tv Indonesia.pengacara rancangan ini di barisi oleh 3 pelawak terkenal Indonesia iaitu Parto,Andre Taulany dan Sule.
Ada satu episod dalam siri ini mereka telah menjemput Mike Tramp (ex-White Lion)untuk sessi interview,tetapi menjadi lawak dengan komedi spontan yang berlaku antara Mike dan ketiga2 mereka..aku yang tengok sorang2 pun boleh ketawa..heheh..
Apa pun,layan dulu video ni,memang lawak,walaupun aku tak berapa faham sangat cara percakapan mereka..

Saturday 8 February 2014

Coming Soon : This Is Your Life

Berita gembira untuk peminat Ronnie James Dio..


Album tribute RJD akan di riliskan 1 April nanti...

Throughout the years we’ve made no secret of our deep love and admiration for Ronnie James Dio. Whether it was with Rainbow, Black Sabbath, Heaven & Hell or Dio, his powerful voice was instantly recognizable and his music inspired and influenced the four of us tremendously. When we were asked to be a part of a tribute album for Ronnie, of course we immediately said "fuck yeah!" Choosing a song to record, however, was a MUCH harder decision... so we did four! Our contribution to "Ronnie James Dio: This Is Your Life" will include the medley we call "Ronnie Rising, " comprised of Rainbow’s "A Light In The Black," "Tarot Woman," "Stargazer," and "Kill The King." - Metallica

Dari official fb Dio :

THIS IS YOUR LIFE also includes songs from Dio’s back-to-back platinum albums Holy Diver (1983) and The Last In Line (1984), with Doro’s take on “Egypt (The Chains Are On)”, Halestorm tackling “Straight Through The Heart,” Corey Taylor (Stone Sour, Slipknot) covering the classic “Rainbow In The Dark” and Tenacious D (Jack Black and Kyle Glass) putting their signature spin on “The Last In Line.” Killswitch Engage’s cover of “Holy Diver,” a hit in its own right when released in 2006, is also included here. 

Fittingly, Ronnie James Dio provides the finale (and the album’s title) with his moving
performance of “This Is Your Life.” Originally released on Angry Machines (1996), the song’s
lyrics explore mortality and are backed by a stark and beautiful arrangement that features Dio
accompanied only by his longtime keyboardist Scott Warren on piano. The song serves as 
a poignant reminder that we will never hear a voice like Dio’s again.

The Ronnie James Dio Stand Up and Shout Cancer Fund, co-founded by Wendy Dio, is a non-profit 501(c)(3) charitable fund dedicated to supporting cancer-prevention research, raising awareness and educating the public about the vital importance of early detection and prevention when dealing with this deadly disease.

RONNIE JAMES DIO: THIS IS YOUR LIFE 
Track Listing 

1. “Neon Knights” – Anthrax*
2. “The Last In Line” – Tenacious D*
3. “The Mob Rules” – Adrenaline Mob
4. “Rainbow In The Dark” – Corey Taylor, Roy Mayorga, Satchel, Christian Martucci, Jason Christopher*
5. “Straight Through The Heart” – Halestorm* 
6. “Starstruck” – Motörhead with Biff Byford*
7. “The Temple Of The King” – Scorpions*
8. “Egypt (The Chains Are On)” – Doro
9. “Holy Diver” – Killswitch Engage
10. “Catch The Rainbow” – Glenn Hughes, Simon Wright, Craig Goldy, Rudy Sarzo, Scott Warren*
11. “I” – Oni Logan, Jimmy Bain, Rowan Robertson, Brian Tichy*
12. “Man On The Silver Mountain” – Rob Halford, Vinny Appice, Doug Aldrich, Jeff Pilson, Scott Warren*
13. “Ronnie Rising Medley (Featuring A Light In The Black, Tarot Woman, Stargazer, Kill The King)” – Metallica*
14. “This Is Your Life” – Dio

* Previously unreleased


Tengok pada list lagu je dah best..teringin sangat nak dengar Scorpions bawak lagu Temple Of The King tu..nak kena beli jugak album ni nanti..
*pasal la Corey Taylor pun boleh menyibuk sekali dalam album ni..

Friday 7 February 2014

Thriller 25 (1982 - 2008)

Okeh,untuk abang Deaf Angel,ini dia Michael Jackson Thriller 25 Anniversary Edition..

depan


belakang

2 cd (cd + dvd)


terima kasih dari MJ

lirik

penah menang 8 anugerah Grammy

track list Thriller 25 aniversary


Selain mendengar muzik rock kangkang,glam rock dan metal sewaktu membesar,salah satu muzik yang aku dengar ialah dari pop legend ni.siapa yang tak kenal dengan MJ,dari budak kecik sampailah ke makcik dan pakcik2 kenal dia ni.Thriller memang antara album terbaik pada aku,sebabnya antara album MJ yang ada elemen rock.terima kasih kepada Eddie Van Halen dan Steve Lukather kerana kerja gitar kedua2 nya menjadikan album ini paling terbaik dalam sejarah muzik dunia.
Kalau nak cerita pasal album ni memang panjang..untuk info pasal album Thriller dan Thriller 25,boleh jenguk Kat Sini dan juga Di Sini
Dan tak lupa juga icon seram Hollywood era 60an iaitu Vincent Price pun ada terlibat dalam album ni..

Thriller
"Darkness falls across the land
The midnight hour is close at hand
Creatures crawl in search of blood
To terrorize your neighbourhood
And whosoever shall be found
Without the soul for getting down
Must stand and face the hounds of hell
And rot inside a corpse's shell
The foulest stench is in the air
The funk of forty thousand years
And grisly ghouls from every tomb
Are closing in to seal your doom
And though you fight to stay alive
Your body starts to shiver
For no mere mortal can resist
The evil of the THRILLER...."

Vincent Price 1911 - 1993

Monday 3 February 2014

White Lion - The Best Of (1992)


Antara cd yang menemani aku pergi dan balik kerja dalam bulan januari lepas ialah The Best Of White Lion..
Sama seperti cd Motley Crue yang pernah di ceritkan sebelum ni,album White Lion ini menghimpunkan kembali lagu2 dari 3 album awal mereka seperti Pride,Big Game dan Mane Attraction.pada yang tak tau,Mike Tramp (vokal) telah pun berkahwin dengan pelakon terkenal dari Indonesia iaitu Ayu Azhari.
Seperti Motley Crue juga,White Lion adalah antara band glam/hard rock yang aku dengar ketika baru nak memasuki alam remaja,hasil pengaruh dari abang2 aku yang banyak perkenalkan band glam/hard/metal pada era 80an dan awal 90an.



White Lion ialah Mike Tramp (vokal),Vito Bratta (gitar,juga salah seorang gitar hero era 80an)James Lomenzo (bass,penah join Megadeth kejap)dan Greg D'Angelo (drums).lagu2 dalam cd ni boleh di katakan semuanya best,ada hard rock dan ballad.senarai lagu nya :
1.Wait
2.Radar Love
3.Broken Heart
4.Hungry
5.Little Fighter
6.Lights And Thunder
7.All You Need Is Rock N' Roll (live version)
8.When The Children Cry
9.Love Don't Come Easy
10.Cry For Freedom
11.Lady Of The Valley (live version)
12.Tell Me
13.Farewell To You
*Semua lagu di tulis oleh Mike Tramp dan Vito Bratta kecuali lagu Radar Love.



Personal favourite aku ialah lagu Wait,Broken Heart,Lady Of The Valley,Love Don't Come Easy,Farewell To You, dan lagu power ballad yang dah jadi klasik rock sepanjang zaman When The Children Cry.memang tak di nafikan,kekuatan lagu2 White Lion semuanya hasil kerja gitar Vito Bratta ni,beliau cukup di hormati oleh band2 lain pada ketika itu,teknik two hand tapping beliau la yang menyebabkan beliau di kenali bersama White Lion,sayangnya Vito ni terus menyepikan diri selepas White Lion berpecah.siapa yang boleh lupa petikan gitar akustik beliau dalam lagu When The Children Cry  tu,lagu power ballad kesukaan mat2 rock dahulu kala tu..heheh..
Untuk mereka yang tak pernah dengar muzik White Lion dan cuba2 nak dengar glam rock boleh mulakan dengan album ni dulu..walaupun White Lion ni tak menampilkan imej bad boys macam band glam rock yang lain,tapi antara band glam rock kegemaran aku sama macam Poison,Motley Crue,Skid Row dan Guns N Roses..

Sunday 2 February 2014

Kuda,Ang Pow & Hari Wilayah



Musim cuti,ramai geng2 blog pun bercuti juga,kesempatan cuti ni lah nak abiskan masa bersama keluarga ya tak?apa pun aku cuma nak ucapkan :

1.Selamat Tahun Baru Cina yang tahun ni merupakan tahun kuda kepada semua kaum cina di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak,Singapura,Indonesia,Brunei dan Thailand.

2.Selamat bercuti panjang kepada seluruh rakyat Malaysia,dan geng2 blog semua..berhati2 di jalan raya bila nak kembali bekerja semula.

3.Selamat Hari Wilayah bagi warga Kuala Lumpur yang dapat cuti ganti,cuma aku je yang tak dapat cuti sebab tempat kerja aku dalam negeri Selangor.

And last sekali..
.
.
.
.
..
.

Terima kasih kat bos tempat keja dan rakan2 chinese yang kasi aku ang pow..alhamdulillah..rezeki..

hoyeahh!..