Showing posts with label Search. Show all posts
Showing posts with label Search. Show all posts

Sunday, 25 March 2018

Search - Mentari Merah Di Ufuk Timur 1987 Vinyl (2018 Reissue)

Malas nak cerita pasal album ni,nanti kalau silap cakap kipas-susah-mati Search kecam aku..heheh..aku tampal gambar je lah.
















Ceritanya lp ni baru ambik petang semalam dekat Amcorp Mall.sambil-sambil tu melepak bersama rakan blogger incik Berteromber dan Incik Optimus Prime Shafid.terima kasih kerana sudi meluangkan masa 'mengeteh' bersama.InsyaAllah ada rezeki boleh jumpa rakan blog yang lain pulak.

Tuesday, 11 April 2017

Search - Fenomena (CD 2017 + Filem Fenomena 1990)

Walaupun takda sijil sound engineer,aku tetap beli jugak.sold out kat Malaysia aku pergi beli kat US. :p




Cakap pasal album Fenomena ni,sejak belum di terbitkan lagi memang banyak la kontroversinya.setelah melalui pelbagai masalah.album ini akhirnya di riliskan pada tahun 1989.pada ketika itu aku baru je tingkatan satu.kaset Fenomena abang aku yang beli.sebelum pergi sekolah,(aku sekolah sessi petang pada ketika itu)memang aku akan mainkan kaset Fenomena ni.tapi bila part lagu 'Isabella' memang aku fast forward kan terus ke lagu 'Derap Komando'.aku memang tak suka lagu 'Isabella' tu sejak dulu lagi.heheh..tapi dalam tak suka lagu ni menjuarai carta radio Pujaan 10 Nescafe 8 minggu berturut2.(kalau salah tolong betulkan)memang aura lagu 'Isabella' berhantu habis.dari awek,budak kecik sampai la makcik2 pun suka lagu ni.





Selain dari itu filemnya juga pun terkena tempias.sebelum menggunakan tajuk 'Fenomena' pengarah Aziz M.Osman terpaksa berebut dengan penerbit filem Indonesia untuk menggunakan tajuk yang sama,yang mana akhirnya filem arahan Aziz M.Osman  menggunakan tajuk 'Fenomena'.filem Isabella terbitan Indonesia juga di kritik peminat.kenapa Nia Zulakrnain yang membawa watak Isabella,sedangkan Julia Rais (pelakon kacukan melayu-inggeris) hanya pelakon pembantu? sepatutnya Julia Rais tu la yang bawa watak Isabella.tapi di sebabkan 90 peratus produksinya memang kepunyaan Indonesia,peminat terpaksa la akur.








Selepas 28 tahun,Fenomena akhirnya di riliskan kembali dengan edisi terhad made in USA.(sebelum ni pernah di keluarkan kembali pada tahun 2003)tapi nampaknya 'sumpahan' Fenomena tu macam dah 'melekat' pulak.ada juga beberapa kontroversi yang melanda tentang album buatan dari Amerika ini.bab ni aku tanak ulas la pasal benda ni dah banyak orang ulas kat facebook dan juga kat laman sosial yang lain.lagi pun macam aku cakap kat atas tadi,aku takda degree sound engineer.

Akhir sekali aku nak cakap,pada otai2 rockers kat luar sana tu,jangan la hati tisu sangat..terimalah teguran/komen peminat dengan hati yang terbuka baru la boleh di panggil lagenda..tak gitu?


Cerita menarik pasal Fenomena dari Berteromber boleh tengok kat sini :
http://berteromber.blogspot.my/2017/03/fenomena-made-in-usa.html

Thursday, 29 October 2015

Search - Panggung Khayalan CD (2015)

Konsert dia aku tak pergi,tapi cd nya aku ada beli..heheh..



Layan gambar dulu eh,lepas tu baru aku nak komen dan komplen..


senarai lagu



isi dalam




poskad (kiri) dan booklet (kanan)



lirik



gambar tengah2



Aku agak kecewa dengan rilisan  Panggung Khayalan ni sebab : (cakap memang murah)

1.Rilisan yang aku rasa hanya melepaskan batuk di tangga,sama macam album2 kompilasi Search yang lain.

2.Pada mulanya aku teruja bila nak bukak packagingnya,mungkin bookletnya ada menceritakan riwayat Search sejak dari awal dahulu tapi hampa,hanya gambar2 konsert masa di Istana Budaya je yang jadi penghias dengan lirik2 lagu.

3.Kalau rilisan ni di buat seperti album 'Search Live' tahun 1989 dulu siap dengan buku yang serupa macam dulu,ataupun reissue album 'Search live' tu pun dah kira berbaloi.

4.Lagi best kalau dapat sekali dengan baju Panggung Khayalan tu,baru la aku tak kecewa sangat.ini cuma poskad je yang ada.

5.Walaupun 24bit digitaly mastered,aku tak penah dengar pun,cuma bukak,belek2,ambik gambar lepas tu simpan balik.

6.Sepatutnya Search ada kuasa dan idea dalam rilisan yang macam ini,bukan hanya ikut kehendak syarikat rakaman yang hanya fikirkan keuntungan semata2.kompilasi ini sepatutnya boleh buat lagi menarik dari yang sekarang ni.

7.Kalau anda peminat tegar Search,kena beli rilisan ini.

8.Akan datang,rilisan ini harganya akan melambung tinggi sehingga rm 400.kenapa 400?sebab tu harga yang aku tawarkan.lagi kejam dari kapitalis tak aku? hahah.. (aku sindir golongan kapitalis ni..harap korang terasa la ya?)heheh..


Untuk review konsert Search Panggung Khayalan yang berlangsung pada sabtu tempoh hari boleh baca kat sini :

Blog Hikayat Nemut Nemut :
http://nemutnemut.blogspot.my/2015/10/bercumbu-rayu-denganmu-dunia-panggung.html

Berteromber :
http://berteromber.blogspot.my/2015/10/search-konsert-panggung-khayalan-live.html

Thursday, 3 September 2015

Throwback Thursday : Ber'foolin'





Search - Berpaling

ku pejamkan mataku demi menahan sakit
dalam kehancuran berkecai dilambung cinta 
kiranya ku tersalah mengukur kesetiaanmu
ku mengharap sinar mentari oh rupanya hujan malang 

jurang di hatimu 
juga di bibirmu
menenggelamkan daku 
ke dalam wajah

oh 
kehancuran 
berbalut merah
berdiri derita 
memanah dada
oh berpaling
oh oh berpaling
oh berpaling
oh oh berpaling

hatimu berubah warna oh
tertawalah sekuat hati 
ku menangis dalam sepi
tiba masanya mengerti 
usahamu akan membakar diri

jurang di hatimu 
juga di bibirmu
menenggelamkan daku 
ke dalam wajah

oh 
kehancuran 
berbalut merah
berdiri derita 
memanah dada
oh berpaling
oh oh berpaling
oh berpaling
oh oh berpaling

oh 
kehancuran 
berbalut merah
berdiri derita 
memanah dada
oh berpaling
oh oh berpaling
oh berpaling
oh kau kau berpaling

kau berpaling tadah
kau berpaling tadah
kau berpaling tadah

kau berpaling tadah










Def Leppard - Foolin'

Lady luck never smiles 
So lend your love to me, awhile 
Do with me what you will 
Break the spell take your fill 

On and on we rode the storm 
The flame has died, the fire has gone 
Oh, this empty bed is a night alone 
I realized that long ago 

Is anybody out there? Anybody there? 
Does anybody wonder? Anybody care? 

Oh, I just gotta know 
If you're really there and you really care 
'Cause baby I'm not 

F-F-F-Foolin', Ah F-F-Foolin' 
Not F-F-F-Foolin', Ah F-F-Foolin' 

Won't you stay with me awhile 

close your eyes don't run and hide 
Easy love is no easy ride 
Just wakin' up from what we had 

Could stop good love from going bad

Tuesday, 1 September 2015

Search - Berpaling (1988) Reissue 2015

Jalan2 cuci mata dengan misi utama untuk mendapatkan cd ini..



Persetankan baju kuning dan baju merah tu,yang penting aku dah dapat cd ini..heheh..antara yang rare dulu2(rare tu sebenarnya perkataan dari kapitalis cekik darah je) tapi di riliskan kembali dalam format cd.terima kasih Universal Music Malaysia sebab meriliskan kembali album ini dan melahirkan kapitalis2 generasi baru.(ramai yang beli dari sekeping sebab boleh jual balik 3 kali ganda punya harga)
Album ini di riliskan pada tahun yang sama dengan album 'Di Pintu Sepi'.oleh kerana album ini pernah menjadi kontroversi 27 tahun yang lalu,ia nya menjadi buruan peminat kaset kerana pernah di jual selama 2 minggu je.






Dengar khabarnya album ini hanya 'limited edition' tapi tak sepatutnya pihak Universal buat limited edition,cetak je lah lebih.aku percaya ramai peminat2 Search yang lama dan baru akan beli album ini.semasa album ini keluar dulu pada tahun 1988,Search dan pun sign kontrak dengan BMG (dahulu di kenali sebagai PMC) untuk rilis album 'Fenomena'.
Sound untuk album ini sama seperti album 'Di Pintu Sepi'ok la tak mengecewakan halwa telinga aku ni, memang enak di dengar,(yang penting bunyi bass dia tu memang tip top) bila dengar kembali lagu2 dalam album ini teringat masa zaman bebudak dulu.masa tu zaman seluar kecik,zaman tu orang panggil seluar fit,aku pun terjebak jugak nak kecik kan seluar sekolah aku,jahanam mesin jahit arwah mak aku dulu..heheh..





Ada 3 lagu baru dalam album ini iaitu 'Berpaling' lagu saduran dari Def Leppard 'Foolin' dari album 'Pyromania', lagu 'Mungkinkah Tertawa' (track yang paling di sukai,lama tak dengar lagu ni) dan lagu 'Kau Akan Tahu'. lagu yang lain2nya dari album 'Langit Dan Bumi' serta album 'Mentari Merah Di Ufuk Timur'.
Seperti kata abang Deaf kita,pembelian terbaik untuk tahun 2015 untuk album ini dan album 'Di Pintu Sepi' memang aku setuju sangat la.packaging dari Universal pun menarik dan tak kedekut lirik.amat berbaloi dengan harga RM12.90.untuk peminat2 Search,cepat2 la beli sebelum habis stok.heheh..

Versi kaset boleh jenguk kat blog MataKucing kat sini :
http://mata-kucing.blogspot.com/2008/12/koleksi-search-berpaling.html

Saturday, 29 August 2015

Search - Di Pintu Sepi (1988) Reissue 2015

Flashback Saturday minggu ini,aku pun nak menyibuk jugak la tayang cd ni..heheh...




Antara hit list yang menjadi idaman kalbu.baru dua hari lepas jumpa,itu pun betul2 last piece kat rak cd kedai tu,kalau aku lambat sikit gerenti dah kena sapu dengan orang lain.oleh kerana rilisan ini agak rare pada dahulunya (sekarang pun dah ada kapitalis yang ambik kesempatan menjual kembali album ni sampai RM50!) hanya di riliskan dalam bentuk kaset dan piring hitam kalau tak silap aku lah.jika dahulu versi kaset nya pernah di tarik balik jualan atas perintah mahkamah kerana peselisihan faham antara Search dan syarikat Polygram.sebab itu lah album ini di kategorikan album Search yang paling 'rare'




                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     
Album ini menjadi buruan kerana lagu2 dalam album ini antara yang best hasil ciptaan M.Nasir dan Search.lagu2 seperti 'Di Pintu Sepi', 'Setelah Hujan' 'Gadis Ayu' dan lagu gumbira dalam album ini iaitu 'Kepala Angin' (bab Amy buat suara sengau tu memang lawak) antara lagu yang menjadi ikutan peminat2 Search suatu ketika dulu,walaupun tak pernah di siarkan di radio.kenangan aku dengan album ini dahulu takda la nostalgik sangat,cuma kasetnya dulu abang aku pinjam orang sebelah rumah,dubbing guna kaset kosong yang memang dah ada standby.heheh..dulu perkataan 'download' pun tak pernah dengar,yang biasa dengar ialah 'dubbing' dan 'record'.



                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        

Dari segi soundnya pada aku ok lah enak.dengar guna earphone Beats memang sedap la bunyi bassnya.dan aku masih lagi menyimpan mp3 album ini yang dah di rip dari kaset.antara album terbaik Search yang memang dah jadi klasik dan khazanah rock sepanjang zaman.so sesiapa yang yang tahu dan pernah memiliki album ini pada tahun 1988 dahulu,bermakna anda memang peminat Search yang dah bangka..heheh..

Lain2 cerita pasal album ini boleh jenguk blog2 ini :

Deaf Angel :
http://deaf-angel.blogspot.com/2015/08/search-di-pintu-sepi-dan-kenangan-dan.html

Berteromber :
http://berteromber.blogspot.com/2015/08/di-pintu-sepi.html

D'arsil :
http://uvianhell696.blogspot.com/2015/08/search-di-pintu-sepi.html

Dan info yang agak menarik pasal album ini dari Kaemm Reutn :
http://arena-muzika.blogspot.com/2015/08/search-di-pintu-sepi-1988-album-cd.html