Showing posts with label Black Sabbath. Show all posts
Showing posts with label Black Sabbath. Show all posts

Tuesday, 7 February 2017

Black Sabbath

Black Sabbath circa 1970



Dunia muzik heavy metal telah menerima berita yang amat menyedihkan.kumpulan heavy/doom metal paling berpengaruh dalam dunia muzik heavy metal dah pun berpecah atau dengan kata lain mereka dan pencen main muzik.dengan persembahan terakhir mereka di Birmingham England tempat di mana mereka berkumpul,bersama menubuhkan Black Sabbath dan seterusnya menakluki dunia dengan muzik bawaan mereka.pada awal kemunculan Black Sabbath pernah di kritik kerana membawakan lagu memuja setan berdasarkan dari lirik2 lagu mereka.(salah satunya ialah N.I.B.aku suka lagu ni..heheh) ada yang tak minat Black Sabbath tapi suka lagu Black Sabbath.lagu apa? sudah tentunya lagu paling popular mereka sepanjang zaman iaitu 'Iron Man'.ketika filem pertama Iron Man di tayangkan pada tahun 2008,lagu tema 'Iron Man' nyanyian Black Sabbath ni tiba2 popular kembali sehinggakan aku ada nampak budak kpop guna ringtone lagu Iron Man kat handphone diorang.terima kasih juga kepada pelakon Robert Downey Jr.sebab pakai tshirt Black Sabbath dalam filem 'The Avengers' sebab aku pernah baca kat page Metal Hammer,sebab Tony Stark la peminat generasi baru mula suka kat Black Sabbath.



Black Sabbath menjadi sumber inspirasi bagi segala kumpulan heavy/thrash/black/death terkenal dunia dari Metallica sehingga Sepultura,dari Morbid Angel sehingga Mayhem.sebabnya Black Sabbath merupakan moyang segala muzik dari dunia gelap pecahan rock 70an.sedangkan pada masa itu Ozzy sendiri cakap dia sendiri taktau apa itu heavy metal.seperti kata pepatah jawa,'the rest is history' Black Sabbath menjadi satu nama besar sehingga ke hari ini.





Macam aku aku minat Black Sabbath era Ronnie James Dio.era Ozzy ni aku tak berapa nak follow sangat la,cuma ada album 'Paranoid' je.tapi kalau lagu2 BS era Ozzy seperti 'Hole In The SKy',NIB,'Iron Man','Sabbath Bloody Sabbath','Symptom Of The Universe' dan juga lagu ballad 'Changes' ada lagi beberapa lagu lain yang aku suka banyak sangat kalau nak taip.era RJD pun best2 jugak lagunya seperti 'Heaven And Hell','Computer God','I','Neon Knights' dan 'Children Of The Sea'.lagu2 Black Sabbath juga banyak telah di cover oleh beberapa kumpulan rock/heavy terkenal dunia.google je berpuluh lagu2 Black Sabbath yang pernah di nyanyikan oleh artis solo atau berkumpulan.



Satu lagi kumpulan yang pernah dengar lagu2nya masa zaman aku budak2 dulu dah pun pencen main muzik.selamat tinggal Black Sabbath 1968 - 2017.


Thursday, 8 September 2016

Saturday, 17 October 2015

After Forever




"After Forever" is a song by English rock band Black Sabbath. The song was released on their third studio album Master of Reality in 1971, and later the same year it had been released as the first single from the album, but failed to chart anywhere.The lyrics were written by Geezer Butler while the music was written by Tony Iommi.

The lyrics of the song "After Forever", written by Geezer Butler, a proclaimed Catholic, focus entirely on Christian themes. Although the album jacket credits Iommi alone as the composer of this song (including lyrics), the Black Sabbath Black Box Set refutes the album jacket credit and gives credit to this song (along with "Orchid" and "Embryo") to all four band members in keeping with their wishes to remain a democratic band. At the time, some viewed Black Sabbath as Satanists (which the band had consistently denied) due to their dark sound, image and lyrics. "After Forever" was released as a single along with "Fairies Wear Boots" in 1971. Rolling Stone reviewer Lester Bangs criticized the Christian theme of "After Forever" as too obvious, but welcomed the arrangement, while Wilson & Alroy's called the guitar sound "crude but effective".

After Forever adalah single dari Black Sabbath yang di riliskan pada 1971.(aku pun belum lahir lagi)lagu ini dah berapa kali di rakamkan kembali oleh beberapa band metal seperti Deliverance,Shelter dan juga Biohazard,yang aku pernah dengar dalam album kompilasi 'Nativity In Black' terbitan 1994.apa yang menarik,aku ada baca kat website 'Classic Rock' tentang band christian glam rock/metal iaitu Styper merakamkan kembali lagu ini untuk album terbaru mereka yang baru je di riliskan iaitu Fallen

Menarik pulak lagu versi Stryper ni.nampaknya setelah bertahun2 Black Sabbath akhirnya berjaya 'menyesat'kan Stryper..heheh..

Versi asal dari Black Sabbath :





Versi Stryper (yang dah sesat..hehe)


Thursday, 23 October 2014

Nativity In Black - A Tribute To Black Sabbath (1994)



Sebenarnya ada 3 bahagian untuk album 'Nativity In Black' tribute ni,aku cuma ada yang bahagian pertama je.antara tribute album untuk Black Sabbath yang best la pada aku..








Walaupun ia nya album tribute,tapi barisan band2 yang memainkan kembali lagu2 Black Sabbath sebagai tribute memang hebat2 belaka.ada juga lagu2 yang di cover lebih sedap dari versi asal seperti lagu 'Symptom Of The Universe' dari Sepultura.bunyi drums Igor Cavalera memang sedap dalam lagu ni.bunyi bass drumnya menyentap jantung..heheh..

sama yang macam Max cerita dalam buku 'My Bloody Roots' tu

Ketika membeli album ni dalam versi kaset pada tahun 94 dulu,melalui album ini la baru aku kenal band2 metal yang berlainan genre atau mahzab nya,ada Industrial Metal,Hardcore/Rapmetal,Doom dan pelbagai lagi genre yang aku sendiri taktau nak labelkan apa..heheh..
Dalam album ini la aku kenal White Zombie,Therapy?,Biohazard,Type O Negative dan Corrosion Of Conformity.(penah juga nak try layan band2 ni tapi tak boleh masuk ngan stail muzik diorang)

setlist

Antara lagu yang best dalam ni,.Ozzy Osbourbe & Therapy? -'Iron Man'.walaupun di nyanyikan oleh Ozzy,tapi olahan muzik oleh Therapy? memang sedap.temponya pun rancak sikit dari versi asal.Megadeth -'Paranoid' lagu ni pun lagi heavy dari versi asal..sampaikan abg Mus jerit kat Nick Menza (drummer Megadeth pada ketika itu) "Nick..Nick..Nick!!" pasal dia tak reti nak stop..heheh..



Lagu 'Sabbath Bloody Sabbath' dendangan Bruce Dickinson bersama Godspeed pun best.memang kena la diorang berdua ni beduet.'NIB' dari Ugly Kid Joe,bunyi bass intro dari Cordell Crockett meletup2 (kalau outkan volume speaker kompem speaker pecah)heheh..dan yang lain2 tu aku dengar sekali lalu je..pasal ada yang di gubah muziknya yang tak berapa nak masuk kat telinga aku contohnya lagu 'Supernaut'.
Overall album ni tetap best.sesiapa yang suka Black Sabbath era Ozzy,memang patut kena dengar album ni.

Untuk ulasan panjang lebar pasal album ini boleh jenguk kat abang Berteromber kita KAT SINI

Tuesday, 24 September 2013

Black Sabbath - Dehumanizer Deluxe Expanded Edition (2011 Re-realeased)


Berteromber pun pernah cerita pasal album ni Kat Sini.expanded edition ni dalam bentuk digipack,pakej yang aku tak suka.pasal tiap2 bucu pada digipack ni mesti rosak punya.tapi di sebabkan ia nya special edition yang agak susah nak dapat sekarang ni aku pun beli lah..lagi pun harganya aku dapat murah.album Dehumanizer dulu aku ada dalam versi kaset di beli pada tahun 94 kalau tak silap,itu pun dah kena kebas.
Album ni juga antara favorite album Black Sabbath era RJD yang paling best pada aku..Black Sabbath membuat pilihan yang tepat dengan mengambil Dio sebagai pengganti Ozzy.album expanded edition ni di riliskan sempena mengingati dan memberi perghormatan kepada mendiang Ronnie James Dio.

pakcik2 Black Sabbath


Ada 2 disc.cd pertama adalah lagu2 dari album Dehumanizer.cd kedua mengandungi lagu2 live ketika tour Dehumanizer,single,B-side dan radio edit.ada yang suka dan ada yang tak suka Black Sabbath era RJD dan album ni,pada aku,kalau tak kerana RJD ni,Black Sabbath pasti dah takda lagi sekarang.Ozzy yang dulu bermulut puaka dok kutuk2 Black Sabbath masa era RJD ni pun dah ludah balik jilat dia..heheh..kalau tak,tak kan la album baru Black Sabbath tu boleh ada kan..


Setlist :
Disc one
1.Computer God
2.After All (The Dead)
3.Tv Crimes
4.Letters From Earth
5.Master Of Insanity
6.Time Machine
7.Sins Of The Father
8.Too Late
9.I
10.Buried Alive

Disc two
1.Master Of Insanity (single edit)
2.Letters From Earth (B-side version)
3.Time Machine (Wayne's World version,soundtrack filem Wayne's World)
Live at The Sundome Tampa,Florida 25 July 1992
4.Children Of The Sea
5.Die Young
6.Tv Crimes
7.Master Of Insanity
8.Neon Knights


Inlay cd.cerita pasal pembikinan album ni dan juga cerita pasal tour Dehumanizer yang di ceritakan semula oleh Tony Iommi pada Dom Lawson,editor majalah Metal Hammer.


Ada sekali tu masa tour Dehumanizer kat US kebetulan sama venue dengan Ozzy,so band members BS ni kononnya nak reunion dengan Ozzy hanya for one night only dengan RJD sekali,tapi Dio tak mau.pasal masa tu 'perang dingin' antara Ozzy dengan Dio berlaku,mungkin juga sebab mulut puaka Ozzy tu la pertikaikan RJD jadi vocalist untuk BS ni dan pasal dia penah kutuk album BS 'Live Evil' tu...heheh..akhirnya show malam tu,Ozzy berduet dengan Rob Halford (Judas Priest)
Lagu2 yang selalu aku ulang dengar,Computer God,After All,Master Of Insanity (lagu paling aku suka)Tv Crimes dan I (lagu ni pun best kalau dengar versi live)lagu2 live dalam cd kedua pun best.lagu Neon Knights,Master Of Insanity,Children Of The Sea dan Tv Crimes versi live memang layan.

So pada peminat RJD 'the man with the golden voice' yang pernah follow album2 Dio sebelum ni,dan peminat2 tegar Black Sabbath boleh try layan Dehumanizer ni.solo2 Iommi masih lagi berbisa,dan masih lagi mengekalkan sound Black Sabbath yang klasik..