Untuk Berteromber dan Takilala..
Antara album nostalgia glam rock awal 90an..walaupun scene rock Malaysia pada waktu itu yang hanya rock pada imej sahaja (aku dah tak follow sangat masa tu,cuma satu dua band je yang best) dan mengharapkan lagu hit 'meleleh' untuk satu album,Flesh & Blood adalah antara album rock yang berjaya mencuri perhatian aku pada ketika itu..tak hairan la album pertama kumpulan 'Black Rose' stail muzik mereka sama seperti album ini..mungkin juga album ni memberikan impak pada muzik mereka.
Sama macam abang Berteromber kita,aku juga terkesan dengan lagu 'Life Goes On',pasal lagu tu dulu masa zaman sekolah menengah ada awek kelas sebelah dedicated kat aku sebelum cuti sekolah akhir tahun dulu..tak sangka awek kelas sebelah aku tu minat Poison jugak siap bagi lirik lagu tu lagi..heheh..itu antara memori aku dengan lagu 'Life Goes On' ni..heheh..
Album ini juga menduduki tempat ke 2 dalam carta Billboard.imej Poison pada ketika ini pun hampir berubah 90 peratus dan berubah menjadi lebih matang dengan album 'Native Tongue'.
Secara peribadi aku lagi suka kan kerja gitar C.C.Deville berbanding Ritchie Kotzen.solo2 beliau agak menarik juga untuk album ini.lain2 lagu yang best dalam album ini ialah 'Something To Believe In' 'Come Hell Or High Water' 'Life Loves A Tragedy' 'Flesh & Blood (sacrifice) dan lagu paling happy mereka 'Unskinny Bop'.lagu 'Unskinny Bop' ni dulu kalau time aku balik sekolah mesti melepak kat port yang ada radiogram (gelaran yang diberikan oleh kawan2)kita orang semua kongsi2 duit syiling untuk dengar lagu kat radiogram tu.satu lagu 50 sen,so aku dengan kawan2 ambik dua lagu,lagu pertama mesti lagu Bon Jovi 'Blaze Of Glory' dan lagu keduanya mesti 'Unskinny Bop' ni..lepas tu ramai2 la menyanyi sampai kena sound ngan tuan kedai tu..mana taknya..dah la tak minum kat kedai dia,dok melepak dengar lagu je..heheh..
Itu je lah kenangan nostalgik aku dengan album Flesh & Blood ni..apa pun untuk mereka yang tak pernah dengar Poison dan mengatakan muzik Poison adalah rock lembik,rock pompuan.dengar dan hayati album ini betul2..
Lagi cerita pasal album ini boleh jenguk kat blog abang Berteromber kita kat sini :
http://berteromber.blogspot.com/2009/07/flesh-blood.html
Showing posts with label Poison. Show all posts
Showing posts with label Poison. Show all posts
Wednesday, 2 July 2014
Monday, 26 May 2014
Poison - Native Tongue (1993)
Testing guna kamera cikai aku yang dah lama tak di gunakan :p
Sama macam album Def Leppard 'Retro Active', ini adalah album terakhir dari Poison yang aku beli dan dengar,tahun 1993 merupakan tahun 'sedih' bagi penggemar irama glam/hard/heavy metal kerana kebanyakkan band2 yang jadi pujaan pada waktu itu semuanya telah merubah stail dan arah tuju muzik mereka,ada yang terpengaruh dengan grunge dan alternatif muzik,ada yang jadi juga yang berubah kepada rock lebih 'moden'.salah satunya ialah Poison ni..
![]() |
| senarai lagu dalam album ini |
Poison adalah antara 'bad boys band' yang aku suka selain Motley Crue,Guns n Roses dan Skid Row.masing2 mempunyai keistimewaan sendiri,baik dari segi muzik,vokal dan perangai rockstar diorang..heheh..terma 'sex,drugs and rock n roll' tu memang kena la dengan keempat empat band ini.untuk album terbitan tahun 1993 ini,Poison telah mengubah hala tuju muzik mereka dari glam rock kepada 'rock alaf baru' penuh dengan elemen blues dan southern rock.dengan gitaris baru mereka Richie Kotzen yang banyak mengubah stail muzik Poison yang menjadikan mereka lebih matang.imej mereka dalam album ni pun dah berubah,tiada lagi imej bad boys.(kira ok la dari imej Metallica Load tu)heheh..
![]() |
| Bret Michaels - vocal |
![]() |
| Bobby Dall - Bass |
![]() |
| Rikki Rockett - drums |
![]() |
| Richie Kotzen - guitar |
Walaupun lagu2 dalam album ini dah berubah dari segi stail dan soundnya,ada juga lagu2 yang sedap.seperti lagu 'Stand' 'Theater Of The Soul' 'The Scream' (1st time dengar lagu ni tekejut aku,macam tak caya Poison punya lagu) dan lagu ballad blues rock yang paling aku suka 'Until You Suffer Some (fire and ice)'vokal Bret memang kena la dengan stail muzik Poison yang baru ni.slang english ala koboi dia tu memang kena dengan semua lagu.tak rugi mereka ambik Richie ni join Poison.Richie juga banyak cipta lagu untuk album ini,cuma setelah berakhirnya tour untuk album ini,Richie telah di tendang keluar dari Poison pasal ada skandal dengan tunang Rikki Rockett.(yang mana Rikki juga telah putus dengan tunang beliau tu)selepas keluar dari Poison beliau juga pernah join Mr.Big,tapi tak kekal lama.
Walaupun hanya menduduki tangga ke 16 dalam carta Billboard pada tahun 93(mungkin peminat Poison tak boleh terima stail muzik baru Poison)tapi album ni sebenarnya best.
Kalau anda hanya pernah dengar lagu 'Every Rose Has Its Thorn' cuba dengar lagu2 dari album Native Tongue ini.juga untuk peminat blues dan southern rock.
Lagi cerita pasal Native Tongue boleh jenguk kat blog abang Berteromber kita di sini :
http://berteromber.blogspot.com/2013/08/native-tongue.html
Subscribe to:
Comments (Atom)







