Showing posts with label Rock Melayu. Show all posts
Showing posts with label Rock Melayu. Show all posts

Tuesday, 11 December 2018

Punisher - Dehumanized ( 2018 )




Ok kali ini ada masa nak buat entri setelah sibuk mengejar duniawi.heheh.kali ni nak cerita cd yang baru beli dan dengar.dah lama aku teringin nak beli cd ni.sebab ada antara rakan-rakan blog yang dah tunjuk kat dalam group whatsapp dan memberikan macam reaksi tentang ep ni,maka cd dah ada kat tangan aku boleh la melayan.lagi pun dah lama tak cerita pasal  cd band tempatan kan,kita cerita pasal band Punisher ni.





Band Punisher kalau peminat muzik keras bawah tanah kat Malaysia ni memang tau mereka ni antara band paling otai atau pun merekalah pelopor utama scene gerakan muzik keras bawah tanah pada penghujung 80an dan awal 90an.mereka jugalah yang menaikkan scene underground,menjadikan ada antara peminat scene rock kapak beralih arah kepada muzik yang lebih keras.tetapi sayangnya setelah 30 tahun baru Punisher ni dapat menerbitkan ep mereka yang pertama.tak kisahlah kan bak kata orang jawa, "better late than never".tonggak utama Punisher ini ialah Rosdan (ex Bloodshed) yang mana setelah album siap di rakam,beliau telah keluar dari Punisher dan di gantikan dengan Jeff Disposal.





Reaksi aku setelah mendengar ep ni,memang kuat pengaruh Megadeth nya.walaupun begitu aku suka sound dalam ep ni,memang berbunyi thrash 80an.seperti rakaman lagu-lagu di buat pada tahun 80an.memang sedap dan padu.dan yang paling memeranjatkan aku ialah vokal Rosdan.suara dia sebijik macam Dave Mustaine Megadeth hilang lenggok lagu Srikandi Cintaku..heheh..kau orang boleh bandingkan vokal beliau yang sekarang dengan zaman dia ketika bersama Bloodshed,memang lain betul.







Tak kisahla kalau berbunyi Megadeth pun,yang pasti lagu-lagu yang mereka cipta memang sedap.aku dengar kesemua lagu tanpa skip dan track favourite aku ialah lagu 'Punishment'.harap lepas ni mereka dapat keluarkan full album dan pada aku ini adalah ep thrash/heavy tempatan yang terbaik untuk tahun 2018 ni.



Thursday, 12 October 2017

Lovehunters - Sehari Dalam Hidup ( 1987 )

Juga antara album yang dah berusia 30 tahun pada tahun ini..




Sejujurnya aku memang tak tahu sangat pasal band ni.cuma apa yang aku tau Lovehunters antara 3 piece band yang terbaik dari Singapura.mereka ialah Yazid,pemain bass dan penyanyi juga merupakan tonggak utama Lovehunters bersama-sama dengan Moliano (gitar) dan Saharrudin (drum).dan ini merupakan album pertama mereka kalau tak silap.(betulkan kalau aku silap)

Walau aku taktau dan tak pernah dengar lagu dalam album ini kecuali lagu 'Ku Ukir Namamu' (sampai sekarang lagu ni setiap hari keluar radio kat Best.fm) tetapi lagu2 lain dalam album ini boleh tahan sedap juga.bila dengar semua lagu bermula dari track pertama hingga terakhir apa yang aku boleh cakap muzik Lovehunters ni banyak di pengaruhi rock 70an dan 80an.kerana album ini di rakamkan di Lion Studio Singapura (studio legend ni,macam Morrisound Studio kat Floria tu antara studio impian mat-mat rock nak rakam album)dengan sound rock 80an telinga aku memang takda masalah nak terima muzik mereka sebab aku membesar pada era itu.






Antara lagu rancak dalam album ini yang aku suka ialah 'Sengketa Dunia' bila dengar riff intro dia aku terus teringat kat Judas Priest.sound dia macam Judas Priest.part jeritan Yazid dalam lagu ni memang power.lagu hard rock 'Balada Orang Bersalah' pun boleh tahan menarik. part akustik dan gitar solo harmoni tu sedap dengar.
Lagu-lagu yang lain seperti lagu 'Mimpi Di Siang Hari' yang berentak mid tempo dengan solo yang simple pun boleh tahan.sama juga dengan lagu 'Derita Ku Tanggung Sendiri' vokal Yazid memang agak unik,lagu slow dan heavy pun kena dengan suara dia.dan akhir sekali dan tentunya lagu 'Ku Ukir Namamu' lagu ni bukanlah jiwang leleh macam lagu sekarang,di sebabkan sound era 80an menjadikan lagu ni agak unik sedikit memang berbunyi rock 70an dengan solo yang mendayu syahdu tu mencantikkan lagi lagu ni (sanggup berenang kat lautan api?..heheh)




Ok,kesimpulannya album ni best,kalau jumpa kau orang beli lah.tak rugi.Lovehunters pun dah boleh di katakan legend juga dalam arena rock Malaysia dan Singapura.

Tuesday, 12 September 2017

Rampage - Rempuh (2017)

Lagi yang terbaru dari kumpulan yang boleh di katakan otai juga..



Album mini ini menurut kata Yazit Ahmad (ketua Rampage dan juga tulang belakang band ini) memang telah lama di rakamkan sejak dari tahun 2000 lagi.tapi untuk album mini ini hanya 5 lagu sahaja yang ada,sementara nak tunggu full album Rampage siap.walaupun dah terperap lama selama 17 tahun,stail muziknya masih relevan lagi untuk tahun 2017 ini.seperti kata Yazit konsep muzik Rampage agak berlainan sedikit dengan pelbagai rentak tapi keluar tepat pada waktunya.dan pada aku ini antara album rock terbaik untuk tahun 2017 dengan musim cd reissue yang dah mula reda,salah satu album rock yang menjadi penyelamat dalam industri muzik Malaysia yang dah tenat ni.



Ok.oleh kerana aku takda degree dalam sound engineer,aku cuba review dengan cara aku dan dari pendengaran halwa telinga aku sendiri.lagipun aku bukan wartawan muzik macam Metal Hammer atau pun Kerrang.tak di bayar pun..heheh..sebelum tu untuk yang tak tau Rampage ni di anggotai oleh Yazit (drum dan ketua kumpulan) Moq ( penyanyi,pernah menggantikan Amy dalam album Search Selepas Banjir) Zham (bass)dan dua gitaris undangan iaitu Rithan (dari band apa aku lupa) dan Jemboo (bekas gitaris Def Gab C)

Kita mulakan dengan track pertama


1.Torpedo
Untuk track pertama merupakan salam perkenalan dari Rampage dengan lagu heavy progresif ala Dream Theater dengan lirik sinis hasil tulisan Moq.track pertama ni aku suka sound bass drum dari Yazit.memang padu.sambil dengar lagu ni pun kaki aku pun sama menghentak ikut irama pedal drum Yazit tu.




2.Selimuti Hawa
Track ke 2 pulak lagu berentak mid tempo.bukanlah lagu cintan jiwang.lagu ni lebih mengisahkan dosa yang di buat oleh kaum hawa.dan stailnya sama macam aku cakap tadi,ala Dream Theater.

3.Hipokritik
Experimental.ada bunyian tabla pada awal lagu.ada elemen reggae sikit tapi menarik.liriknya seolah menyindir seseorang..dengan liriknya yang berbunyi 'lagak bergaya,nak jadi "big superstar" '..heheh..agak siapa yang di sindir tu eh.liriknya juga ada bercampur dengan bahasa inggeris.memang lain dari yang lain lagu ni.


nurkilan dari Yazit

4.Apa Mahu Mu
Slow rock pada awal lagu dan fast pada penghujung lagu.pada permulaan lagu ni mengingatkan aku pada lagu 'Kejoraku Bersatu' sebab vokal Moq ni kalau lagu slow suara dia ada iras Amy Search sikit.cuma takda tarik nada tinggi melangit.yang ini pun menarik.





5.Rempuh
Lagu yang menjadi tajuk album ini.dan track terakhir ini berentak Nu Metal ala Korn dan Linkin Park.tahun 2000 dulu memang tengah demam Nu Metalkan banyak band2 Nu Metal tengah hot masa tu.Moq ni pun kira versatile la jugak nyanyi lagu berentak Nu Metal pun boleh,slow pun boleh.


Overall pada aku album ni terbaik la.sebab belum ada mana2 band yang nak ketengahkan konsep atau stail muzik yang sebegini.tabik pada Yazit yang bertanggungjawab bersusah payah nak terbitkan album ini walaupun lewat 17 tahun dengan susunan muzik yang mantap dan bersama pemuzik boleh dikatakan kesemuanya orang lama dalam scene rock tempatan.album ni memang aku rekomen kau orang semua beli.ada dapat poster lagi.(sorry poster aku lupa nak snap..heheh)
Itu je lah review aku..kalau ada salah silap harap di maafkan.maklum la takda degree sound engineer.

Wednesday, 23 August 2017

May - Penaklukan (1997)

Yang dah genap 20 tahun pada 2017 ni..



Masa album ni keluar pada tahun 1997 dulu,aku memang tak ambik peduli langsung sebabnya kerana lagu 'Jemu'.pada ketika itu aku fikir kalau beli kaset dia takut terkena macam Metallica (album Load/Reload) dan kebanyakan kumpulan rock pada ketika itu baik dalam atau luar negara semuanya dah berubah,termasuklah Sepultura yang dah jadi Nu-Metal.tetapi bila album ni di pasarkan semula aku pun tanpa fikir panjang belilah juga.





Untuk album ini tiada lagi Yantzen yang jadi vokalis seperti dua album May yang sebelum ini.di gantikan dengan Oney bekas penyanyi kumpulan Lipan Bara.bila mendengar kembali album ini selepas 20 tahun,ternyata sangkaan aku meleset.kita tolak tepi lagu 'Jemu' tu,lagu2 lain dalam album ni sebenarnya best.lagu2 heavynya masih lagi beridentitikan May.dengan segala kerja rakaman semua di lakukan di Synchrosound Studio yang di katakan paling canggih pada ketika itu.



packagingnya sama seperti tahun 1997.tiada yang di ubah atau di tambah.cuma liriknya agak kabur







Antara lagu hard/heavy yang best dalam album ni ialah 'Nafsu Puaka','Membujur Lalu Melintang Patah'(bunyi gitar dia yang berat tu aku suka) 'Taklukan','Penunggang Qada & Qadar' (intro riff dia ala rock 80an aku suka)dan 'Roda Dunia' (ada tempias Iron Maiden sikit) dan satu lagu mid tempo yang tak meleweh macam 'Jemu' iaitu lagu 'Penanti' ok la boleh tahan sebab tak melewehkan.heheh..

Lagu2 heavy kebanyakkannya di cipta oleh anggota May sendiri memang kena la dengan vokal Oney yang boleh jerit nada tinggi tu.riff dan solo Abu (gitaris)pun menarik banyak berinspirasikan dari gitar hero 80an.kalau takda lagu Jemu pun album ni sebenarnya boleh naik,cuma yelah pasaran Malaysia dan pendengar yang suka sangat lagu jiwang leleh ni kan memang tak boleh buat apa la..tapi pada aku ini sebenarnya album rock yang paling best pada tahun 1997 walaupun pada masa tu scene rock kat Malaysia memang dah terkubur.untuk peminat May kena layan album ni.terbaik!

Monday, 29 May 2017

Battle Of The Bands - Round 2 (1986)

Dah 31 tahun album ni.aku lupa aku ada beli rupanya.heheh..ok sebelum tu aku nak ucapkan selamat berpuasa Ramadan Al Mubarak pada semua..



Oleh kerana demam rock 80an belum reda lagi pada ketika itu,di terbitkan pula bahagian kedua album Battle Of The Band ini.ALi Bakar adalah salah seorang yang bertanggungjawab menaikkan scene rock 80an pada ketika itu.dan pada yang taktau,album kedua2 album BOTB ini di terbitkan oleh Allahyarham M.Sharif ( The Zurah II) yang juga merupakan salah sorang pemain gitar hebat pada zaman pop yeh yeh dahulu.

Seperti album pertama,antara kumpulan yang terlibat dalam album ini yang dah jadi lagenda sekarang ialah Lefthanded,SYJ,Bloodshed,Ella & The Boys dan Rahim Maarof & Whitesteel.kerana album ini jugalah lahirnya pemain gitar yang hebat seperti Man Kidal dan Lord.walaupun begitu,stail muzik bagi setiap kumpulan dalam album ini ada identiti sendiri memang pengaruhnya banyak di ceduk dari band2 barat tetapi mereka berjaya membentuk muzik bagi identiti kumpulan masing2.seperti Ella & The Boys banyak di pengaruhi band2 era 70an seperti Uriah Heep,Rainbow dan Deep Purple,SYJ lebih kepada glam rock ala Motley Crue,Bloodshed kuat pengaruh heavy metal ala Loudness dan Lefthanded dengan pengaruh Iron Maiden nya.





Dalam album ini juga tak banyak lagu jiwang cuma dari Lefthanded 'Kenangan Bersamamu' dan Ella & The Boys 'Hanya Secebis Jawapan'.lain2 lagu dalam album ini semua berunsurkan nasihat dan juga lagu mengecam lanun cetak rompak seperti 'Mata Sepet' dari SYJ (lagu yang paling rebel,terang2 dia sindir..heheh)dan 'Hapuskan Lanun Cetak Rompak'.secara peribadi lagu yang aku paling suka dalam ni ialah 'Manusia Dan Janji' dari Bloodshed dan lagu 'Mata Sepet' dari SYJ dan lagu paling tak best ialah 'Hanya Dalam Mimpi'..heheh.selain telah menjadi lipatan sejarah dalam rock Malaysia,kerana album ini juga muzik rock pada ketika itu tok jibby kata gejala yang merosakkan moral dan akhlak anak muda pada ketika itu.






Pasal soundnya aku malas la nak cakap,asyik2 cakap benda yang sama je nanti orang marah pulak kan?heheh..apa pun bagi sesiapa yang terlepas beli kaset cetak rompak album ni dulu boleh beli cd album ini dengan harga biasa atau harga kapitalis.boleh tukar lagu jadi 'Hapuskan Kapitalis Penghisap Darah'.hahah!

Friday, 24 February 2017

Mega s/t (1989) Reissue 2016

Dah terlanjur demam Megadeth kan.album yang dah berusia 28 tahun.





Aku kenal album pertama Mega ni juga dari abang aku.tiap kali aku nak pergi sekolah,masa tu aku form 1 sekolah petang,hari2 aku mainkan kaset Mega ni.secara peribadi,album pertama ni je yang aku suka,sebab Mega pada awal kemunculannya ada tempias glam rock sikit.selepas Zarith keluar dan di gantikan oleh Rahmad (bukan Rahmat Ekamatra) memang aku tak dengar dah sebab dah jadi band meleweh.vokal Rahmad pun memang sesuai dengan lagu2 slow je.

Dan antara lainnya sebab album ni best kerana soundnya.sound analog rock 80an.walaupun pada ketika itu demam rock dah suam2 kuku.kerja gitar Adie dan Sam agak menarik.riff dan solo2 dari kedua2nya cantik dan kemas.ada pengaruh Poison dan Motley Crue sikit.tapi beridentitikan rock melayu la kan.





Ok,kita tolak tepi lagu 'Pasti' dan 'Sekuntum Bunga Sakura' tu (lagu geng lipat kain bak kata Deaf..heheh) dua lagu tu je sebenarnya yang tak best dalam album ni.vokal Zarith sebenarnya memang kena dengan lagu hard rock je.kalau nak dengar kerja gitar Sam dan Adie,dengar lagu2 rancak mereka.antara yang best pada aku ialah 'Badai' (ada pengaruh Iron Maiden sikit) lagu 'Dunia Zaman Sekarang','Di Galeri Ini',lagu mid tempo 'Mega Cinta' lagu ni ok tapi kurang popular berbanding Sakura dengan Pasti.lagu 'Di Tahun 2000' pun best.lagu berunsur sindiran dan nasihat.lirik2 dalam lagu ni masih lagi sinonim sampai sekarang yang dah masuk tahun 2017.'Hanya Dalam Gagasan' aku suka kerja gitar dalam lagu ni.dan yang akhir sekali lagu 'Muzik Bergema'.semua lagu yang aku cakap tadi tu memang best di dengar.





Sound untuk reissue album Mega ni memang 'clean and clear' tiada cacat cela.Universal Music dah dengar keluhan peminat cd agaknya.ok la puas hati.pada anda yang tak dapat pergi tengok Megadeth,jangan susah hati dengarlah album pertama Mega ni untuk mengubat kesedihan..heheh..

Saturday, 18 February 2017

Juara Juara Rock 30 Tahun

Album kompilasi rock melayu yang dah 30 tahun.




Antara album kompilasi terbaik selepas Battle Of The Bands terbitan tahun 1986.ketiga2 album ini di terbitkan pada 1987.memang demam rock melayu/glam rock pada waktu itu.dari album kompilasi inilah terhasilnya band2 rock klasik legend seperti May,Burnmarks,D'Febians,Scandals (band pertama Joe Wings) dan juga Metalian.yang cuma bertahan sehingga ke hari ini cuma May je.
Yang paling aku suka ialah sound album ini.sebab telinga aku dah biasa dengar muzik rock sound analog 80an,jadi takda masalah untuk layan kesemua lagu.dulu pun hanya dengar versi kaset apache yang di beli oleh abang2 aku.sedikit sebanyak ada nostalgia jugak la album ni pada aku.





Antara lagu yang tak jemu dengar seperti 'Peperangan' dari D'Febians,'Kabus' dari Metalian,'Makan Hati Ulam Jantung' dari Burnmarks,'Kuasa' dari Scandals,dan juga lagu2 pada album JJR2 dan JJR3 kesemuanya best belaka.dengan kerja gitar yang kreatif oleh setiap band,menjadikan setiap band dalam kompilasi JJR ni agak unik.

Salah satu album kompilasi rock yang terbaik yang boleh di katakan sebagai khazanah rock melayu.tak rugi kalau ada album ni.

Pernah cerita pasal JJR Kat Sini

Tuesday, 14 February 2017

Belantara 30 Tahun

Antara album rock melayu terbaik yang dah masuk 30 tahun pada tahun ini..




Antara album yang agak unik.lain dari yang lain.kerana stail muziknya agak berbeza dengan kumpulan2 rock lain pada ketika itu.memang agak sukar peminat rock nak terima stail muzik Belantara pada ketika itu kerana genre progresif rock agak sukar di terima pada ketika itu.tapi kalau dah biasa dengar rock inggeris seperti Queensryche memang takda masalah kalau nak layan album ni.








Nak cerita pun aku dah pernah buat entri pasal album ni 2 tahun lalu Kat Sini harap lepas ni ada la keluar versi piring hitamnya pulak.kalau ketiga2 album tu di keluarkan semula piring hitamnya pun ok jugak kena dengan harga kasih sayang la..heheh..
Happy anniversary Belantara!

p/s : jangan ada komen yang panjang berjela macam dulu kat blog Ijau dah la.luka lama berdarah kembali nanti..heheh

Thursday, 2 February 2017

Ella & The Boys - Anak Merdeka (1987) Reissue 2016

Genap 30 tahun album ini yang di terbitkan pada tahun 1987





Tak berapa tahu sangat info pasal album ni.tapi menurut Berteromber album ini di riliskan sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke 30 tahun pada ketika itu tapi sayangnya album ini kurang mendapat sambutan.mungkin kerana stail muziknya yang banyak penggunaan keyboard dan muziknya yang agak moderate sedikit sebab banyak pengaruh rock 70an ala Queen,Rainbow dan Deep Purple.mungkin itu yang Lord ( gitar) mahukan,sebab beliau merupakan tonggak utama band ini segala hala tuju muzik dalam album ni memang dia yang ada kuasa veto.





Walaupun album ini kurang mendapat sambutan.pada aku album ni kira ok la.aku suka vokal Ella zaman dia dengan The Boys ni berbanding dengan album2 solo beliau.vokal serak basah dia yang macam Axl Rose tu memang kena dengan muzik bawaan Lord ini.Lord selain sebagai pemain gitar dengan kerja gitar yang menarik dalam album ini,beliau juga berbakat dalam penciptaan lagu.90 peratus lagu dalam album ini merupakan ciptaan beliau.dan beliau juga ada juga menyanyikan beberapa lagu seperti lagu 'Muslihat' duet beliau bersama Ella.

Antara lagu yang menarik dalam album ini ialah 'Anak Merdeka','Meniti Liku Sepi',lagu slow rock 'Takdir' pernah masuk Muzik-Muzik 87 dulu.lagu 'Ibu' yang di nyanyikan oleh Lord pun agak touching juga.heheh..vokal Lord pun kena juga la dengan lagu slow.dan satu lagi lagu yang selalu keluar di radio dulu kalau tak silap aku lagu 'Menanti Musim Berbunga'.cuma yang agak kurang pada aku ialah kerja gitar Lord di tenggelami oleh bunyi keyboard.tapi masih boleh dengar la riff-riff kreatif dari Lord.




Kalau anda minat Ella zaman bersama The Boys,album ini patut di miliki walau tak berapa menarik,ia dah menjadi salah satu album rock klasik dalam sejarah rock Malaysia.nasib la Sony Music Malaysia ni keluarkan balik album2 lama Ella ni,kalau tak mesti tak ramai yang tahu.


Lagi cerita pasal album ni dari Berteromber boleh tengok DI SINI

Tuesday, 24 January 2017

Gersang s/t (1987) Reissue 2016

Genap 30 tahun album ni..




Ok yang pertama sekali buat aku betul2 kuciwa ialah packaging album ni.memang tangkap muat punya packaging.Rusa Marketing ni aku rasa memang fikir nak untung je.apa ingat yang dengar album Gersang ni budak-budak yang sebaya upin ipin ke?gambar band member Gersang pun takda.yang ada senarai lagu kat belakang,inlay dengan kat cd.tu belum masuk typo lagi.terima kasih la kerana meng'rip off' peminat-peminat dan pengumpul cd tegar ni.lepas ni buat lagi yer..





Tentang album dan lagunya pulak.album pertama Gersang ni memang kuat pengaruh Van Halen dan glam rocknya.walaupun pada masa tu muzik rock masih lagi di pandang serong oleh masyrakat dan ahli politikus Malaysia,lagu 'Masih Aku Terasa' memang kuat betul auranya pada masa itu.dari budak2 sehinggalah ke makcik2 memang suka betul lagu ni.album ini juga menjadi kegilaan awek2 pada zaman tu sebab masa tu Man Bai memang hensem sangat..heheh.selain lagu 'Masih Aku Terasa' ada satu lagi lagu slow dalam album ni yang boleh tahan menarik.lagu yang bertajuk 'Kehancuran'.tapi lagu ni kena banned oleh RTM pasal lirik lagu rangkap pertama dia berbunyi "ku calit warna ungu di dada tanda kasih ku".tapi yang peliknya lagu Def Leppard 'Love Bites' boleh pulak main kat radio..heheh.lain-lain lagu yang agak rancak sedikit seperti 'Jiwa Rock & Roll' kerja gitar Kid agak menarik dalam lagu ni.solo gitarnya pun simple jelas menunjukkan identiti kerja gitar Kid yang tersendiri.'Kaca Kaca Kota' riff yang agak heavy tapi kena dengan mood lagu.solonya yang ala Eddie Van Halen tapi best.'Kaca Dari Permata' memang betul2 berbunyi Van Halen.lagu slownya iaitu 'Sunyi' yang menjadi single kedua selepas 'Masih Aku Terasa' pernah di masuk 'Muzik Muzik' kat TV3 dulu.




Dan sound untuk cd rilisan semula ini ok lah.nasib baik soundnya tak sebu atau pun tenggelam timbul.main dekat cd player pun puas hati la,keluar juga la bunyinya.mungkin ada sesetengah orang tak kisah,tapi pada aku dengan packaging yang sedikit hampeh ni memang mengecewakan la.mungkin si Rusa tu boleh cakap,kalau nak beli,beli lah tanak beli sudah.tapi patut di fikirkan yang beli ni memang peminat/pengumpul cd.mereka ni sanggup beli walaupun mahal.apa salahnya kalau guna cover asal.mahal sikit pun takpa mesti ada orang beli punya.

Tu je lah aku nak cerita.berbanding dengan album 'Takdir' album pertama Gersang ini yang lagi menarik.selepas 30 tahun bila dengar balik album ini (tolak lagu2 jiwang tu..heheh) kira boleh layan jugak laa..dan macam biasa,jika anda 'gersang' boleh dengar album pertama Gersang ni..heheh.

Monday, 9 January 2017

Wings - Hukum Karma Vinyl (1988) Reissue 2016

Album yang dah berusia 29 tahun pada 2017 ni.





Tengok kat entri Hukum Karma Berteromber di tambah pulak dengan komen berachun dari beliau,aku pun nak tambah rachun dengan riak Hukum Karmawi..heheh..

Album Hukum Karma ni memang muncul tepat pada masanya la..zaman glam rock tengah berada di kemuncak iaitu pada tahun 1988.dah banyak kali aku cakapkan tahun 88 memang zaman rock dan zaman heavy metal bertembung.persaingan yang sihat ni la yang menjadikan tahun 1988 tahun emas bagi pemuzik dan peminat rock seantero dunia.sayangnya kat Malaysia masa tu cetak rompak pun berleluasa macam cendawan tumbuh selepas hujan.













Piring hitam Hukum Karma versi 2016 ni memang terbaik punya packaging.berbanding versi cdnya yang main tangkap muat je.cover lp nya kulit keras yang bermutu,ada gate fold,sampul piring hitamnya pun menggunakan kertas kalis habuk,bukan sampul kertas biasa dan di sertakan sekali poster yang sama pernah di keluarkan pada tahun 1988 dulu.(aku pernah nampak poster ni kat mudah.my ada yang nak jual sampai rm300!..padahal poster reprint balik je.)dengan harga rm 150,memang aku puas hati la.dengar ceritanya piring hitam ini di cetak di German.





Dari segi soundnya memang tip top la.pressing Germankan.mesti la sedap bunyinya.siapa yang takkan lupa lagu-lagu dalam album ini seperti 'Opera Hidup','Misteri Mimpi Syakila',(lagu wajib bebudak rock dulu kalau jamming)lagu jiwang sepanjang zaman 'Taman Rashidah Utama' lagu yang menjadi tajuk album 'Hukum Karma' dan dua lagu yang berunsur ketuhanan dan nasihat iaitu lagu 'Sembunyi' dan juga 'Anugerah'.





Ini adalah khazanah rock melayu.aku cadangkan kat kau orang semua beli la sorang satu buat kenangan,tampal kat dinding pun ok bak kata Berteromber.heheh..atau pun lepas 10 tahun nanti boleh jual balik dengan harga lagi kejam dari kapitalis yang ada sekarang ni.heheh..terima kasih kepada mereka2 dan pihak NSR yang menerbitkan kembali piring hitam Hukum Karma ini.

Thursday, 5 January 2017

Rusty Blade - Rintangan Hidup Dunia (1987) Reissue 2016

Tahun 2017 album ni genap 30 tahun.




Antara album rock terbaik dari kota singa.siapa yang tak kenal Rusty Blade,antara 'big four' dari Singapura seangkatan dengan Lovehunters,Rockers dan Helter Skelter.(ini dari pandangan aku lah,aku tau ramai kecam Helter Skelter pasal lagu Helloween tu kan?heheh...)Rusty Blade juga di beri gelaran sebagai 'Iron Maiden Singapura' kerana lagu2nya memang kuat pengaruh dari Iron Maiden.so sesiapa yang minat IM mesti minat Rusty Blade punya.

Ok,pertama sekali aku nak cakap pasal cd reissue ni ialah senarai lagunya.ada sedikit kesilapan teknikal.lagu 'Kehilangan' versi instrumental tu sebenarnya lagu instrumental 'Mahkota Sukma' dari album 'Awas' dan ada penambahan trek lagu terakhir yang bertajuk 'Gadis Lincah' dari album 'Ikrar Perwira',dan juga tajuk lagu 'Tarian Duka' jadi 'Tarian Luka'.(berjangkit dengan Sony Music ke ni?heheh..)tak tau la sama ada kesilapan teknikal atau pun pihak Life Record memang nak bagi lagu bonus kot.tapi sepatutnya kalau versi cd ni ikut sama macam kaset pun ok,kat inlay pun takda gambar band member Rusty Blade,cuma ada lirik je.yang ni memang aku sedikit kecewa la..harap pihak Life Record peka pasal ni.sebab reissue keluaran mereka sebelum ni ok je takda masalah.





Dan yang keduanya untuk lagu2 dalam versi cd ni soundnya memang puas hati.memang dari master tape asal kot.sound analog 80an dengan bunyi yang lagi sedap.senang cakap macam album2 Judas Priest dan Iron Maiden era 80an yang di remasterdkan.memang berlemak bunyinya kan?.yang paling best di dengar ialah kerja gitar Khalid Mobin tu.

Akhir sekali lagu2 yang ada dalam album ni yang menjadi lagu kegemaran aku sejak dulu sehingga sekarang:

-'Langsuir Liar'- Lagu seram ala King Diamond.memang lagu seram terbaik sepanjang zaman la,band heavy metal melayu cerita pasal langsuir,antara kisah seram yang menjadi mitos dalam lagenda seram melayu zaman berzaman.tahun 1987 aku baru darjah 5,bila abang aku pasang lagu ni memang aku takut betul,part intro bunyi gitar dengan bunyi anjing menyalak tu sampai aku nak tidur malam pun teringat2 je..heheh..dan kalau nak tau,sampai sekarang lagu ni kalau malam memang aku skip (sehingga la ketika entri ini di tulis)..heheh..sampai sekarang pun terasa aura seram dia woo..

-'Taming Sari' - Walaupun di gelar 'Iron Maiden Singapura' Rusty Blade tetap tak lupa sejarah.antara lagu sejarah kegemilangan Melaka,Hang Tuah lima bersaudara dan juga keris Taming Sari.selain dari lagu 'Taming Sari' ni,Rusty Blade juga pernah buat lagu 'Jasa Tok Janggut' pendekar terkenal dari Kelantan.susunan muzik untuk lagu 'Taming Sari' ni pun best,lagu yang menaikkan semangat dan aura Hang Tuah tu pun terasa bersama dengan jeritan Yantzen tu.

-'Ketagihan'- intro drum dan riff lagu ni best.lagu berunsur nasihat.dulu kalau kata dengar dan minat muzik rock je kan mesti di kaitkan dengan dadah.walaupun rockers tu tak main dadah tetap di labelkan sebagai 'mat pet'.lagu ni memang kuat pengaruh Maidennya.tapi best.






-'Rintangan Hidup Dunia' - Lagu nasihat dan juga lagu untuk mengajar kita jadi sendiri,mencapai impian yang di impikan dan jangan putus asa.antara liriknya yang berbunyi "capailah kemenangan dengan sikap bistari.musibah melewati tiada lagi merugi".siapa kata muzik rock tu melalaikan?banyak lagu2 rock melayu yang berunsur nasihat sebenarnya.

-'Tiada Lagi Aku' - Lagu kecewa, mid tempo yang kena dengan mood lagu.stail vokal Yantzen pun dengan nada kecewa.memang kena la dengan lagu,lagi pulak dengan solo yang mendayu2 tu melengkapkan emosi kecewa keseluruhan lagu  ni.

-'Penantian' - Ini pun sama lagu kecewa jugak.lagu di tinggalkan kekasih hati.suara Yantzen pun bunyi sedih je.memang terbaik la di tunekan suara dia sesuai dengan mood lagu sedih ni.

Itu la antara 6 lagu yang paling aku suka dalam album ni.tetapi album ini masih boleh di kategorikan antara album rock terbaik sepanjang zaman dari Rusty Blade.kalau anda peminat Rusty Blade mesti kena dengar album ni.dengar cerita versi piring hitamnya akan di keluarkan dalam tahun ni jugak.memang pecah tabung la jawabnya..heheh..

Friday, 23 December 2016

Banshee & Piring Hukum Karma

Lama tak update blog.banyak sangat agenda yang di lalui minggu lalu.balik JB,pergi Melaka,balik kampung di Segamat tengok rumah pusaka dan ziarah kubur kedua orang tua aku.pergi jenguk sedara mara yang agak lama aku tak meluangkan masa sebab selalu sibuk dengan kerja.cuma agak terkilan tak sempat nak mengopi dengan Berteromber.(sori bro next time aku balik jb kita jumpa)dan cuti yang berbaki dua hari aku balik kl..

Sampai kl terus pergi Victoria Music Amcorp Mall sebab nak ambik ni..

piring hukum karma


Lepas tu malamnya aku layan drama series yang dah lama aku beli belum sempat nak layan..






Terus marathon bermula dari season 1.salah satu sebab kenapa aku malas nak update blog..heheh..

Nanti aku cerita pasal drama series Banshee ni.drama ni memang terbaik la.jalan cerita yang best.tapi tak sesuai nak tengok dengan budak2 la pasal drama ni banyak 18sx.tapi cerita memang two thumbs up!


Monday, 5 December 2016

Rock Bro ( 2016 )

Baru je tengok..




Rock Bro merupakan kesinambungan dari dua filem komedi muzikal arahan Mamat Khalid sebelum ini iaitu filem Rock (2006) dan Rock oo (2013)bahagian ke 3 ini merupakan siri yang terakhir dari filem ini.penceritaan kali ini  mengisahkan tentang Jijoe (lakonan Khir Rahman) pemain bass dan juga pengasas kumpulan Rimba Bara.kisah suka duka beliau yang sedaya upaya ingin membawa kumpulan Rimba Bara ke arena muzik rock.seperti dua filem sebelum ini,elemen komedi dalam filem ini agak kelakar juga.dan antara yang menarik kali ini ialah :


-Seperti biasa prop dalam filem ini memang terbaik.poster kumpulan rock dulu2 seperti poster album kompilasi War Rock 2,poster kumpulan Black Rose,kumpulan Gersang takdir ( ni tak berapa nak rock..heheh) poster dan tshirt Iron Maiden,tshirt Saxon dan Sepultura.

-Oleh kerana filem Rock Bro kali ini berlatarkan pada era 90an,memang tak boleh lari la dari lagu2 jiwang leleh.takda lagu rock 80an,semuanya lagu2 jiwang tahun 90an je kecuali lagu Sweet Charity.

-Semua runut bunyi (soundtrack) dalam filem ini ada yang di nyanyikan sendiri oleh Khir Rahman dan juga Sofi Jikan.boleh tahan jugak la diorang ni nyanyi bawak lagu nada tinggi.

-Watak Ella yang di lakonkan oleh pelakon baru Amy Juliet agak bagus.gaya gedik manja dengan aksi rambut dia sebijik macam Ella..heheh.

-Ada juga legenda rock yang 'cameo' dalam filem ini seperti Man Kidal,Black Wings dan Hattan.

Cuma yang tak berapa bestnya jalan ceritanya yang 'kureng' sikit.ni dari pandangan aku lah.part Zul Kapan jadi artis rapper lepas tu jadi gay dengan Black memang tak boleh blah la..hahah.dan yang lain2 tu semua so-so je lah.pada aku masih tak dapat nak menandingi filem Rock oo.yang itu lagi best.

Kalau rasa nak mengimbau kembali nostalgia lama ketika zaman rock dah suam2 kuku,boleh layan Rock Bro ni.

Cerita pasal Rock oo! boleh tengok Di Sini

Sunday, 30 October 2016

Cromok - Yours Truly ( 1996 ) Reissue 2016

Dah 20 tahun usia album ini..





Aku bukan lah peminat tegar Cromok,tetapi aku ada memiliki album terawal mereka seperti Image Of Purity,Forever In Time dan Yours Truly ini.album pertama mereka,Image Of Purity memang memberikan impak yang besar dalam industri muzik Malaysia pada ketika itu.kerana lagu Ulek Mayang yang di metalkan.sehinggakan ada antara kawan2 aku yang tak rock pun suka dengar lagu Ulek Mayang tu,tapi bila masuk part heavy tu diorang terus tak nak dengar dah..heheh.








Album ini juga Cromok menjemput Khalid Mobin (gitaris Rusty Blade) dan Zan (drummer Rusty Blade) sebagai pemuzik undangan.produksi untuk album ini juga antara yang terbaik kerana mastering nya di buat di Australia.yang paling best ialah sound bass drumnya yang padu ala Igor Cavalera dari Sepultura.permainan drum yang bagus dari Miji.kerja gitar dari diva Karl yang dah maestro tahap Ritchie Blackmore yang attitude nya macam Dave Mustaine.heheh..







Lagu lagu dalam album ini best2 juga.seperti 'Siblings','Stranger','IC','Castaway' dan 'Somewhere Anywhere' penuh dengan elemen thrash metal 80an dan 90an.sekurang2nya Cromok merupakan penyelamat dalam industri muzik Malaysia pada ketika itu yang tengah demam muzik 'alternatif' dan ramai penyanyi wanita pada waktu tu semua nak jadi 'Alanis Morrisette'.heheh..

Patut di miliki jika anda peminat muzik thrash metal klasik era 80an dan 90an.antara album terbaik Cromok dari segi sound dan susunan muziknya.

Monday, 24 October 2016

Sweet Charity Reissue

Dah lengkap album Sweet Charity aku..


cd sweet charity 88' je aku lupa letak



Aku kenal Sweet Charity melalui arwah ayah aku.beliau kerap memutarkan piring hitam album 'Pelarian' ketika pulang dari kerja atau ketika di hari cuti.Sweet Charity merupakan ikon rock melayu dari Singapura yang menjadi sumber inspirasi banyak band2 rock Malaysia pada era 80an.media Singapura dan Malaysia menggelarkan kumpulan ini sebagai 'Deep Purple' Singapura.pada aku muzik Sweet Charity lebih kuat pengaruh Led Zeppelin dan Uriah Heep tetapi dengan beridentitikan rock melayu.ketika zaman rock kangkang berada di puncak pada tahun 80an.

Kebanyakkan kumpulan2 rock melayu yang baru di tubuhkan memainkan lagu2 cover dari Sweet Charity seperti 'Batu','Penunggu','Zakiah','Terharu' dan beberapa lagu yang kerap di mainkan ketika pertandingan untuk mencari bakat baru dalam kumpulan rock.(bukan macam event sampah tu yang undi guna sms.muka lawa tapi walau suara ke laut pun dapat undi paling tinggi dia la juara)
Line up Sweet Charity memang ramai sebab kumpulan ni di tubuhkan pada penghujung 60an.lama betul tu.tapi line up klasik Sweet Charity paling aku suka ialah Ramli Sarip,Rosli Mohalim,(gitar hero legend ni) Sarwanie Ahmad,Syed Hassan Al-Attas dan Ahmad Jaafar.







Ok,album reissue yang terakhir di keluarkan minggu lalu ialah album 'Berita Gempa' di sertakan sekali dengan kotak ataupun 'boxset' tak boleh di panggil boxset pun sebenarnya..heheh.hanya kotak yang berlipat tapi bila di susun kesemua album Sweet Charity ni nampak menarik.









susunan album berterabur tak ikut tahun di terbitkan







Akhirnya complete dah.tunggu lepas 2-3 tahun boleh jual dengan harga lebih kejam dari kapitalis piring hitam dan kaset.heheh..