Showing posts with label Wings. Show all posts
Showing posts with label Wings. Show all posts

Monday, 17 April 2017

Wings - Belenggu Irama LP ( Reissue 2017)

Selepas piring hitam 'Hukum Karma' di riliskan,kali ini piring hitam 'Belenggu Irama' pula di riliskan dalam format piring hitam..





Dengar khabarnya sebelum ini dah di jual versi warna biru tapi di jual semasa konsert Wings and Superfriends di istana budaya tempoh hari.dan sempena Record Store Day nanti,pihak Dream Studio akan jual edisi khas piring warna hijau pulak dengan free bandana dan tshirt.


dulu bila tengok gambar ni aku ingat black tu penyanyi utama.heheh


Ok pasal piring berwarna hitam aku pulak.album ini di cetak di German.yang aku punya ni dapat free gold cd 'Belenggu Irama' (cd je takda cover) dengan bandana warna biru.kalau dari soundnya pulak mengikut pada telinga aku yang takda sijil sound menyaound ni bila main kat sistem cap ayam aku memang sedap la bunyi nya.menepati piawaian telinga aku.taktau la kalau kat telinga orang lain.heheh..


free gold cd dengan bandana


Tapi yang paling best dalam album ni dah tentunya kerja gitar Syam.semua lagu dengan kerja gitar dia memang aku suka terutama solo dalam lagu 'Intanku Kesepian' memang syahdu solo dia.kalau Wings panggil dia join balik pun ok jugak kan.dia pun boleh tahan hebat macam Jo Branko.


piring kehitaman

Dan yang lain2 aku takda nak komplen la.packaging pun puas hati,terperinci.tak main tangkap muat je.kalau rasa nak beli album ni boleh contact Dream Studio atau pun pergi Victoria Music kat Amcorp Mall.

Monday, 9 January 2017

Wings - Hukum Karma Vinyl (1988) Reissue 2016

Album yang dah berusia 29 tahun pada 2017 ni.





Tengok kat entri Hukum Karma Berteromber di tambah pulak dengan komen berachun dari beliau,aku pun nak tambah rachun dengan riak Hukum Karmawi..heheh..

Album Hukum Karma ni memang muncul tepat pada masanya la..zaman glam rock tengah berada di kemuncak iaitu pada tahun 1988.dah banyak kali aku cakapkan tahun 88 memang zaman rock dan zaman heavy metal bertembung.persaingan yang sihat ni la yang menjadikan tahun 1988 tahun emas bagi pemuzik dan peminat rock seantero dunia.sayangnya kat Malaysia masa tu cetak rompak pun berleluasa macam cendawan tumbuh selepas hujan.













Piring hitam Hukum Karma versi 2016 ni memang terbaik punya packaging.berbanding versi cdnya yang main tangkap muat je.cover lp nya kulit keras yang bermutu,ada gate fold,sampul piring hitamnya pun menggunakan kertas kalis habuk,bukan sampul kertas biasa dan di sertakan sekali poster yang sama pernah di keluarkan pada tahun 1988 dulu.(aku pernah nampak poster ni kat mudah.my ada yang nak jual sampai rm300!..padahal poster reprint balik je.)dengan harga rm 150,memang aku puas hati la.dengar ceritanya piring hitam ini di cetak di German.





Dari segi soundnya memang tip top la.pressing Germankan.mesti la sedap bunyinya.siapa yang takkan lupa lagu-lagu dalam album ini seperti 'Opera Hidup','Misteri Mimpi Syakila',(lagu wajib bebudak rock dulu kalau jamming)lagu jiwang sepanjang zaman 'Taman Rashidah Utama' lagu yang menjadi tajuk album 'Hukum Karma' dan dua lagu yang berunsur ketuhanan dan nasihat iaitu lagu 'Sembunyi' dan juga 'Anugerah'.





Ini adalah khazanah rock melayu.aku cadangkan kat kau orang semua beli la sorang satu buat kenangan,tampal kat dinding pun ok bak kata Berteromber.heheh..atau pun lepas 10 tahun nanti boleh jual balik dengan harga lagi kejam dari kapitalis yang ada sekarang ni.heheh..terima kasih kepada mereka2 dan pihak NSR yang menerbitkan kembali piring hitam Hukum Karma ini.

Monday, 29 August 2016

Wings - Jerangkung Dalam Almari ( 1991 )

Genap 25 tahun usia album ini..




Album ini keluar pada tahun 1991 ketika aku berada di tingkatan 3.rakan sekelas aku pernah pinjam kaset aku (abang aku yang beli..heheh) untuk 'dubbing' menggunakan kaset TDK yang popular pada ketika itu.kalau zaman sekarang salinan menggunakan cakera padat di panggil 'burn' atau 'copy disc'.album ini keluar pada ketika demam thrash melanda Malaysia pada masa yang sama album Metallica 'Black' mula menakluki dunia muzik.dan yang masih di ingati ialah promosi album 'Jerangkung Dalam Almari' dan album Metallica 'Black' dalam majalah URTV satu page album Wings dan satu lagi album Black.






Antara album Wings era analog yang paling di gemari kerana soundnya.ada sedikit pengaruh thrash,glam rock dan sedikit blues.juga menarik tentang album ini ialah di terbitkan oleh sifu M.Nasir dan Wings.lagu2nya banyak ciptaan M.Nasir dan Joe,liriknya oleh penulis lirik lagenda iaitu Bob dan juga Allahyarham Loloq.inlay cd ni Wings cerita pasal musibah yang melanda,pasal kebakaran rumah mereka,Black(pemain drum) yang keluar dari Wings,dan juga kes Joe Wings yang di hadapkan ke mahkamah.(yang ni aku tak ingat kes apa)walau pun begitu,album ni tetap yang terbaik pada aku selepas 'Teori Domino.'

Ok,ni ulasan rojak aku.kalau ada yang silap aku mintak maaf banyak.ni cuma pandangan peribadi.

1.Watari (Wings)
Pembuka lagu untuk album ini,lagu instrumental dengan solo gitar dari Joe.kerja gitar Joe semakin matang selepas album 'Teori Domino' dan Joe juga cuba memberitahu yang skil permainan gitar beliau telah mempunyai identiti yang tersendiri tidak di bayangi oleh gitaris lain yang hebat di Malaysia pada ketika itu.

2.R N'R Lu Punya Suka (M.Nasir/Bob)
Lagu ni ada unsur psychedelic rock sikit.tapi kena dengan liriknya.kombinasi M.Nasir dengan Bob dari era 80an lagi memang menjadi.lagu ni menyindir mat mat rock pada zaman itu (era 90an) tengok pada liriknya 'ramai yang tak reti,konon rock tapi berjiwa seluar koyak main cinta,menangis dengar lagu cinta'heheh..

3.Aku Pun Tahu (M.Nasir/Nasir Jani)
Lagu slow rock/mid tempo.nampaknya Joe betul2 membuktikan kerja gitarnya.lirik dari Nasir Jani yang agak puitis.beliau memang di kenali sebagai insan seni yang artistik kerana lirik2 yang di hasilkan memang menusuk kalbu.lagu ni mengisahkan cinta yang tak kesampaian.biasa la kan rock dulu2 lagu mesti ada jiwang.







4.Gemala Saktiku (M.Nasir/Loloq)
Juga lagu mid tempo/slow rock.gemala menurut kamus dewan ialah batu hikmat yang bercahaya.kira lagu ni macam hikayat 1001 malam la..yang lelaki ni tak sangka boleh terjumpa gemala sakti ni kat perempuan yang selama ni dia abaikan.apa yang best lagu ni ialah bunyi bass Eddie kedengaran satu persatu selain dari kerja gitar Joe yang mendayu2 di bawah vokal Awie.

5.Lipas Kudung (Joe/M.Nasir)
Kalau dah lagu ni ciptaan Joe,dah tentu la heavykan.lagu yang paling heavy dan ada pengaruh thrash dalam album ini dan liriknya oleh M.Nasir.punya la genius M.Nasir ni pasal lipas pun dia boleh buat lirik yang mempunyai maksud yang lain jugak tu kalau tengok betul2 pada liriknya.


6.Dalam Kehadiran Sofiah (M.Nasir/S.Amin Shahab)
Lagu yang ada pengaruh blues/southern rock.kerja gitar akustik yang menarik dari Joe dan juga bunyi bass Eddie yang lemak berkrim.liriknya juga dari penulis lirik legend S.Amin Shahab.

7.Kau Bukan 'Brader' (Joe/M.Nasir)
Tak di nafikan,imej rock atau pun muzik rock selalu di kaitkan dengan dadah walaupun bukan semua pemuzik rock yang mengambil dadah.pada era 90an memang gejala dadah pada ketika tu berada pada tahap yang membimbangkan. tengok pada liriknya 'di sekolah,di rumah, di hospital di mahkamah dia akan bersarang kalau tak di jaga'lagu hard rock ciptaan Joe dengan lirik pedas dari M.Nasir ni memang terbaik la.






8.Jerangkung Dalam Almari (M.Nasir/Loloq)
Lagu hard rock ciptaan M.Nasir dan liriknya agak complicated sedikit,hasil tulisan dari Allahyarham Loloq.lagu yang juga menjadi tajuk album ini.pada aku liriknya mungkin mewakili generasi baru yang meminati muzik rock ini (era generasi X)

9.Awang Trasher (M.Nasir/Loloq)
Juga hard rock dan sedikit heavy walaupun tajuknya ada 'trasher'.liriknya yang agak menarik berunsurkan komedi mengisahkan mat thrash yang lupa asal usul yang mengambil falsafah hidup dan pegangan dari lagu 'Sodom' dan 'Metallica'.Sodom lah antara band teutonic thrash yang aku kenal melalui album 'Agent Orange' terbitan tahun 1989.

10.Tirai Horizon (M.Nasir)
Lagu dengan mood gembira atau pun lagu semangat juang.lagu ni ada unsur progresif rock sikit macam Dream Theater.tengok pada liriknya pun memang menaikan semangat,dengan bunyi gitar Joe yang sekejap tinggi dan sekejap mendatar,menjadikan lagu ini menarik adrenalin untuk goyangkan kepala atau pun kaki

Walaupun album ini di masih lagi menggunakan teknologi analog,aku masih lagi suka sampai sekarang,walaupun ada sesetengah orang tak suka sound dalam album ini sebab terlalu bingit dan 'kering'.tapi oleh kerana pendengaran aku dan citarasa aku masih lagi tertinggal di era 80an dan 90an,telinga aku takda masalah untuk dengar album ini.jika anda peminat kumpulan kpop,anda patut cuba dengar album ini.rugi kalau tak dengar..heheh..