Showing posts with label Slayer. Show all posts
Showing posts with label Slayer. Show all posts

Monday, 14 December 2015

Slayer - Repentless CD (2015)

Album terbaru Slayer tanpa Jeff Hanneman..




Sebenarnya aku lupa yang aku ada beli album ni rupanya..heheh..di sebabkan sibuk nak kumpul cd2  rock melayu reissue,lupa nak cerita pasal album ni,'Repentless' akhirnya berada juga di pasaran setelah berbagai kemelut yang di lalui Slayer dengan kematian tonggak utama Slayer iaitu Jeff Hanneman (beliau merupakan pencipta lagu2 klasik Slayer) dan juga pengunduran Dave Lombardo kerana masalah royalti.abaikan cover yang kontroversi tu dan juga kisah kontroversi pakcik2 Slayer ni,layan lagu2 dalam album dulu.



antara lagu yang ada dalam album ini






Lagu2 dalam album ini di katakan separuhnya adalah dari ciptaan Jeff juga.riff gitarnya masih mengekalkan trademark Slayer seperti album2 yang lepas.ketukan drum dari Paul Bostaph pun masih hebat lagi setanding dengan Dave Lombardo.lagi pun beliau juga pernah bersama Slayer sebelum ini,track pertama lagu instrumental 'Delusions Of Savior' merupakan track 'salam perkenalan' Slayer yang kembali bersama Paul Bostaph dan Gary Holt.banyak juga la lagu2 yang sekali dengar dah 'melekat' seperti 'Repentless' (video klip lagu ni aku suka sebab ada Danny Trejo) 'Chasing Death' 'Piano Wire' 'Implode' 'Pride And Prejudice' dan lagu mid tempo 'When The Stillness Comes'.



pakcik Tom



pakcik Kerry






Album ini di terbitkan oleh Terry Date (yang pernah menerbitkan album2 Pantera) mereka tidak lagi menggunakan khidmat Rick Rubin orang yang bertanggungjawab menjadikan mereka antara empat gergasi thrash metal era 80an.
Walaupun album ini mendapat kecaman hebat dari peminat tegar Slayer,pada aku album ini boleh di anggap yang terbaik.sound original thrash metal juga masih boleh di dengar dalam setiap lagu.pada aku cuma Slayer je yang masih  mengekalkan originalti thrash metal klasik.bukan seperti band heavy amerika era baru yang lebih pada Nu Metal.

Pada peminat thrash/heavy metal yang rindukan sound thrash metal klasik acuan 80an,boleh dengar album  ini.maafkan la pakcik Kerry tu sebab tak berapa pandai cipta lagu,cuma pandai riff dan solo yang menggila je..heheh..

Lagi pasal Slayer boleh jenguk kat blog Nekrobanger DI Sini.


Thursday, 23 April 2015

The Big Four Dvd



Dah lama sebenarnya beli dvd ni,tapi selalu lupa je nak cerita.dvd 'The Big Four' ini merupakan yang pertama dalam sejarah heavy/thrash metal dunia apabila 4 band metal terulung tahap 'diva' bergabung.Anthrax,Megadeth,Metallica dan Slayer berkongsi pentas buat pertama kalinya di Sofia,Bulgaria dalam festival Sonisphere.konsert ini juga mereka telah  mengundang Ronnie James Dio,tapi tak kesampaian..


Cerita pasal live shownya,aku skip part Anthrax,pasal aku rasa dah macam tengok Limp Bizkit pulak.terus ke Megadeth,bila part Megadeth main hujan pulak,suara abg Mus macam ada masalah,macam di paksa suara tu keluar.walaupun set Megadeth memainkan lagu2 lama mereka seperti 'Peace Sells''Skin o My Teeth' 'Hangar 18' yang kesemuanya aku suka,tapi vokal abg mus pulak bermasalah.set Slayer juga menarik.ketika ni Jeff Hanneman masih lagi sihat,dan mereka memainkan kesemua lagu2 klasik Slayer ciptaan Jeff seperti 'Angel Of Death' dan 'South Of Heaven'(teringat masa era 90an dulu nak ngurat awek metal yang lepak kat central market tengah dengar lagu ni kat walkman dia..heheh)hanya satu lagu je dari album 'World Painted Blood'cuma ada la 2-3 solo pakcik Kerry ni tak kedengaran.





Set Metallica juga memainkan lagu2 lama,mungkin kerana terma 'Big Four' kecuali Cyanide (dari album Death Magnetic)yang mana encore nya kesemua band join dengan Metallica main lagu cover Diamond Head 'Am I Evil'.so the winner of this show sudah tentunya Slayer.akar umbi thrash mereka masih ada lagi.







Itu cerita yang dalam dvd nya,ni aku nak cerita pasal packaging nya pulak.aku rasa macam dah kena rip off dengan KPDN je.kalau di lihat pada kotaknya ada sticker lutsinar dan juga sticker 'sijil halal dari lembaga penapis filem' (walaupun sebenarnya cover the big four yang original bukan seperti dalam gambar ini)masalah yang keduanya ialah dvd ni tak boleh main kat player dvd aku (aku ada 2 dvd player,satu cap ayam dan lagi satu jenama Samsung)walaupun kononnya ini dvd yang asli,tapi kenapa masih tak boleh main dekat dvd player Samsung aku?dvd ni hanya boleh di mainkan kat laptop aku je.kalau di perhatikan pada kotak ada nama pengedarnya "Seri Paloh Muzik Enterprise" yang beralamat di Kelantan.aku cuba telefon pada nombor yang tertera di kotak tu tapi tiada jawapan.

Tolong la jangan rip off peminat muzik.kalau setakat fikir nak untung jangan jadi penjual muzik,jual nombor ekor.

p/s : ini nasib baik abg mus tak tau,kalau dia tau mesti dia dah buat kenyataan rasmi kat fb dia.

Sunday, 27 April 2014

Lagu Baru Slayer Tanpa Jeff Hanneman

Sebelum ni Metallica dah main lagu baru diorang Lords Of Summer dalam tour By Request.kali ni Slayer pulak debut lagu barunya yang bertajuk 'Implode'


Dengan intro riff berat pada awal lagu,dan kemudiannya laju pada rangkap kedua lagu ni memang best lah.ternyata tidak sia2  Slayer ambik Gary Holt (Exodus) sebagai ganti Jeff.(atau Gary memang penyelamat Slayer?) walaupun sejak kebelakangan ni Slayer dan Kerry King di kecam hebat oleh peminat Slayer,lagu ini ialah jawapannya.kebanyakkan review tentang lagu 'Implode' ni semuanya positif.solo Kerry kedengaran macam solo Kirk Hammett je?(ni pada pendengaran telinga aku lah)
Tapi ketika pertama kali dengar lagu ni aku rasa seolah2 macam Jeff ada lagi dalam Slayer.atau mungkin ini lagu ciptaan beliau agaknya kot.peminat metal semua tahu yang lagu2 best Slayer semuanya hasil ciptaan Jeff.
Apa pun korang dengar lah dulu..apa pendapat peminat metal sekelian?

*Masih lagi dengar lagu2 Slayer hasil ciptaan Jeff Hanneman jer..

Rip Jeff Hanneman 1964 - 2013