Tuesday 28 February 2017

The Accountant (2016)

Yang baru di tonton..




Selepas filem Batman vs Superman,nampaknya Ben Affleck dah mula nak belakon filem bercorak action dan crime thriller.mungkin dia tau sebab faktor umur kalau nak berlakon filem cinta2 ni bukan zaman dia dah..heheh.filem ini mengisahkan tentang Chris Wolff seorang forensik akauntan yang menerima upah seperti komik rare,jongkong emas dan juga lukisan2 termahal.Dia dan bersama seorang lagi akauntan (lakonan Anna Kendrick) hampir di bunuh kerana mereka membongkar kehilangan wang yang berjumlah berjuta dollar oleh sebuah syarikat yang telah melantik Chris untuk menyemak segala akaun dalam syarikat itu

Overall filem ni best la.lakonan Ben Affleck sebagai akauntan yang ada autism dan pakar dalam senjata memang terbaik.cubaan Anna Kendrick untuk berlakon filem serius seakan tak menjadi,sebabnya dia ni memang terkenal sebagai pelakon lawak.tapi ada juga la di selitkan sedikit elemen lawak oleh beliau.antara filem yang mesti tonton.sebab jalan ceritanya pun best.

*4/5

Friday 24 February 2017

Mega s/t (1989) Reissue 2016

Dah terlanjur demam Megadeth kan.album yang dah berusia 28 tahun.





Aku kenal album pertama Mega ni juga dari abang aku.tiap kali aku nak pergi sekolah,masa tu aku form 1 sekolah petang,hari2 aku mainkan kaset Mega ni.secara peribadi,album pertama ni je yang aku suka,sebab Mega pada awal kemunculannya ada tempias glam rock sikit.selepas Zarith keluar dan di gantikan oleh Rahmad (bukan Rahmat Ekamatra) memang aku tak dengar dah sebab dah jadi band meleweh.vokal Rahmad pun memang sesuai dengan lagu2 slow je.

Dan antara lainnya sebab album ni best kerana soundnya.sound analog rock 80an.walaupun pada ketika itu demam rock dah suam2 kuku.kerja gitar Adie dan Sam agak menarik.riff dan solo2 dari kedua2nya cantik dan kemas.ada pengaruh Poison dan Motley Crue sikit.tapi beridentitikan rock melayu la kan.





Ok,kita tolak tepi lagu 'Pasti' dan 'Sekuntum Bunga Sakura' tu (lagu geng lipat kain bak kata Deaf..heheh) dua lagu tu je sebenarnya yang tak best dalam album ni.vokal Zarith sebenarnya memang kena dengan lagu hard rock je.kalau nak dengar kerja gitar Sam dan Adie,dengar lagu2 rancak mereka.antara yang best pada aku ialah 'Badai' (ada pengaruh Iron Maiden sikit) lagu 'Dunia Zaman Sekarang','Di Galeri Ini',lagu mid tempo 'Mega Cinta' lagu ni ok tapi kurang popular berbanding Sakura dengan Pasti.lagu 'Di Tahun 2000' pun best.lagu berunsur sindiran dan nasihat.lirik2 dalam lagu ni masih lagi sinonim sampai sekarang yang dah masuk tahun 2017.'Hanya Dalam Gagasan' aku suka kerja gitar dalam lagu ni.dan yang akhir sekali lagu 'Muzik Bergema'.semua lagu yang aku cakap tadi tu memang best di dengar.





Sound untuk reissue album Mega ni memang 'clean and clear' tiada cacat cela.Universal Music dah dengar keluhan peminat cd agaknya.ok la puas hati.pada anda yang tak dapat pergi tengok Megadeth,jangan susah hati dengarlah album pertama Mega ni untuk mengubat kesedihan..heheh..

Wednesday 22 February 2017

Wordless Wednesday



p/s : nak suruh abang mus nyanyi lagu 'Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara' boleh tak?

Saturday 18 February 2017

Juara Juara Rock 30 Tahun

Album kompilasi rock melayu yang dah 30 tahun.




Antara album kompilasi terbaik selepas Battle Of The Bands terbitan tahun 1986.ketiga2 album ini di terbitkan pada 1987.memang demam rock melayu/glam rock pada waktu itu.dari album kompilasi inilah terhasilnya band2 rock klasik legend seperti May,Burnmarks,D'Febians,Scandals (band pertama Joe Wings) dan juga Metalian.yang cuma bertahan sehingga ke hari ini cuma May je.
Yang paling aku suka ialah sound album ini.sebab telinga aku dah biasa dengar muzik rock sound analog 80an,jadi takda masalah untuk layan kesemua lagu.dulu pun hanya dengar versi kaset apache yang di beli oleh abang2 aku.sedikit sebanyak ada nostalgia jugak la album ni pada aku.





Antara lagu yang tak jemu dengar seperti 'Peperangan' dari D'Febians,'Kabus' dari Metalian,'Makan Hati Ulam Jantung' dari Burnmarks,'Kuasa' dari Scandals,dan juga lagu2 pada album JJR2 dan JJR3 kesemuanya best belaka.dengan kerja gitar yang kreatif oleh setiap band,menjadikan setiap band dalam kompilasi JJR ni agak unik.

Salah satu album kompilasi rock yang terbaik yang boleh di katakan sebagai khazanah rock melayu.tak rugi kalau ada album ni.

Pernah cerita pasal JJR Kat Sini

Tuesday 14 February 2017

Belantara 30 Tahun

Antara album rock melayu terbaik yang dah masuk 30 tahun pada tahun ini..




Antara album yang agak unik.lain dari yang lain.kerana stail muziknya agak berbeza dengan kumpulan2 rock lain pada ketika itu.memang agak sukar peminat rock nak terima stail muzik Belantara pada ketika itu kerana genre progresif rock agak sukar di terima pada ketika itu.tapi kalau dah biasa dengar rock inggeris seperti Queensryche memang takda masalah kalau nak layan album ni.








Nak cerita pun aku dah pernah buat entri pasal album ni 2 tahun lalu Kat Sini harap lepas ni ada la keluar versi piring hitamnya pulak.kalau ketiga2 album tu di keluarkan semula piring hitamnya pun ok jugak kena dengan harga kasih sayang la..heheh..
Happy anniversary Belantara!

p/s : jangan ada komen yang panjang berjela macam dulu kat blog Ijau dah la.luka lama berdarah kembali nanti..heheh

Friday 10 February 2017

Stryper - The Covering (2011)



Aku memang takda satu pun album Stryper ni.kalau nak tahu pasal band ni pun aku selalu jenguk kat blog Berteromber.pernah la cuba dengar lagu2 mereka masa zaman belang2 dia orang tu kat youtube.heheh..apa yang buat aku teringin nak dengar Stryper ni sebab album The Covering ni.oleh kerana kat sini memang susah nak jumpa album ni,maka versi sedut adalah pilihan yang kedua.album ini menurut Stryper merupakan satu penghargaan mereka untuk band2 yang mana lagunya di cover oleh Stryper merupakan sumber inspirasi kumpulan ini sejak mula di tubuhkan lagi.apa yang menarik minat aku untuk dengar cover version dari Stryper ni adalah senarai lagu2 yang ada dalam album ini.kesemua lagu2nya yang aku pernah dengar sejak aku budak2 lagi.

Antara lagu yang ada dalam album ini :
1.Set Me Free (Sweet)
2.Blackout (Scorpions)
3.Heaven And Hell (Black Sabbath)
4.Lights Out (UFO)
5.Carry On Wayward Son (Kansas)
6.Highway Star (Deep Purple)
7.Shout It Out Loud (Kiss)
8.Over The Mountain (Ozzy Osbourne)
9.The Trooper (Iron Maiden)
10.Breaking The Law (Judas Priest)
11.On Fire (Van Halen)
12.Immigrant Song (Led Zeppelin)
13.God (lagu terbaru Stryper yang di selitkan dalam album ini)

Senarai lagu dalam album ni memang best2.tapi yang aku suka cuma beberapa lagu la yang kena dengan vokal Michael Sweet ni (dah tua pun sweet eh) ialah 'Lights Out','Over The Mountain','On Fire','Immigrant Song','Carry On Wayward Son' dan 'Breaking The Law'.lagu yang lain2 tu so-so je lah.album ini juga di kecam oleh peminat Stryper sebabnya Stryper ni kan christian band.kenapa christian band mesti nak mainkan lagu2 cover dari kumpulan rock lain.tapi yang sebenarnya Stryper nak tunjuk yang mereka juga menghormati pemuzik dan band lain walaupun band tu 'sesat' macam Ozzy contohnya..heheh.
Album ni masih boleh di layan kalau tak minat Stryper pun.lagu2 yang lain pun ok la boleh tahan juga.

Untuk album2 Stryper yang lain boleh rujuk kat blog Berteromber KAT SINI

Tuesday 7 February 2017

Black Sabbath

Black Sabbath circa 1970



Dunia muzik heavy metal telah menerima berita yang amat menyedihkan.kumpulan heavy/doom metal paling berpengaruh dalam dunia muzik heavy metal dah pun berpecah atau dengan kata lain mereka dan pencen main muzik.dengan persembahan terakhir mereka di Birmingham England tempat di mana mereka berkumpul,bersama menubuhkan Black Sabbath dan seterusnya menakluki dunia dengan muzik bawaan mereka.pada awal kemunculan Black Sabbath pernah di kritik kerana membawakan lagu memuja setan berdasarkan dari lirik2 lagu mereka.(salah satunya ialah N.I.B.aku suka lagu ni..heheh) ada yang tak minat Black Sabbath tapi suka lagu Black Sabbath.lagu apa? sudah tentunya lagu paling popular mereka sepanjang zaman iaitu 'Iron Man'.ketika filem pertama Iron Man di tayangkan pada tahun 2008,lagu tema 'Iron Man' nyanyian Black Sabbath ni tiba2 popular kembali sehinggakan aku ada nampak budak kpop guna ringtone lagu Iron Man kat handphone diorang.terima kasih juga kepada pelakon Robert Downey Jr.sebab pakai tshirt Black Sabbath dalam filem 'The Avengers' sebab aku pernah baca kat page Metal Hammer,sebab Tony Stark la peminat generasi baru mula suka kat Black Sabbath.



Black Sabbath menjadi sumber inspirasi bagi segala kumpulan heavy/thrash/black/death terkenal dunia dari Metallica sehingga Sepultura,dari Morbid Angel sehingga Mayhem.sebabnya Black Sabbath merupakan moyang segala muzik dari dunia gelap pecahan rock 70an.sedangkan pada masa itu Ozzy sendiri cakap dia sendiri taktau apa itu heavy metal.seperti kata pepatah jawa,'the rest is history' Black Sabbath menjadi satu nama besar sehingga ke hari ini.





Macam aku aku minat Black Sabbath era Ronnie James Dio.era Ozzy ni aku tak berapa nak follow sangat la,cuma ada album 'Paranoid' je.tapi kalau lagu2 BS era Ozzy seperti 'Hole In The SKy',NIB,'Iron Man','Sabbath Bloody Sabbath','Symptom Of The Universe' dan juga lagu ballad 'Changes' ada lagi beberapa lagu lain yang aku suka banyak sangat kalau nak taip.era RJD pun best2 jugak lagunya seperti 'Heaven And Hell','Computer God','I','Neon Knights' dan 'Children Of The Sea'.lagu2 Black Sabbath juga banyak telah di cover oleh beberapa kumpulan rock/heavy terkenal dunia.google je berpuluh lagu2 Black Sabbath yang pernah di nyanyikan oleh artis solo atau berkumpulan.



Satu lagi kumpulan yang pernah dengar lagu2nya masa zaman aku budak2 dulu dah pun pencen main muzik.selamat tinggal Black Sabbath 1968 - 2017.


Thursday 2 February 2017

Ella & The Boys - Anak Merdeka (1987) Reissue 2016

Genap 30 tahun album ini yang di terbitkan pada tahun 1987





Tak berapa tahu sangat info pasal album ni.tapi menurut Berteromber album ini di riliskan sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke 30 tahun pada ketika itu tapi sayangnya album ini kurang mendapat sambutan.mungkin kerana stail muziknya yang banyak penggunaan keyboard dan muziknya yang agak moderate sedikit sebab banyak pengaruh rock 70an ala Queen,Rainbow dan Deep Purple.mungkin itu yang Lord ( gitar) mahukan,sebab beliau merupakan tonggak utama band ini segala hala tuju muzik dalam album ni memang dia yang ada kuasa veto.





Walaupun album ini kurang mendapat sambutan.pada aku album ni kira ok la.aku suka vokal Ella zaman dia dengan The Boys ni berbanding dengan album2 solo beliau.vokal serak basah dia yang macam Axl Rose tu memang kena dengan muzik bawaan Lord ini.Lord selain sebagai pemain gitar dengan kerja gitar yang menarik dalam album ini,beliau juga berbakat dalam penciptaan lagu.90 peratus lagu dalam album ini merupakan ciptaan beliau.dan beliau juga ada juga menyanyikan beberapa lagu seperti lagu 'Muslihat' duet beliau bersama Ella.

Antara lagu yang menarik dalam album ini ialah 'Anak Merdeka','Meniti Liku Sepi',lagu slow rock 'Takdir' pernah masuk Muzik-Muzik 87 dulu.lagu 'Ibu' yang di nyanyikan oleh Lord pun agak touching juga.heheh..vokal Lord pun kena juga la dengan lagu slow.dan satu lagi lagu yang selalu keluar di radio dulu kalau tak silap aku lagu 'Menanti Musim Berbunga'.cuma yang agak kurang pada aku ialah kerja gitar Lord di tenggelami oleh bunyi keyboard.tapi masih boleh dengar la riff-riff kreatif dari Lord.




Kalau anda minat Ella zaman bersama The Boys,album ini patut di miliki walau tak berapa menarik,ia dah menjadi salah satu album rock klasik dalam sejarah rock Malaysia.nasib la Sony Music Malaysia ni keluarkan balik album2 lama Ella ni,kalau tak mesti tak ramai yang tahu.


Lagi cerita pasal album ni dari Berteromber boleh tengok DI SINI