Sunday 31 March 2013

Bercakap Dengan Jin & Tamar Jalis

Tadi tengah boring2 aku surf la internet sambil layan lagu dari Maiden England ni..tiba2 aku tertarik dengan artikel kat web http://harmoni-my.org/ ni..artikel tentang penulis novel seram yang boleh di katakan legend jugak dalam dunia penulisan kat Malaysia ni.sapa lagi kalau bukan Tamar Jalis.dulu aku suka sangat baca novel bersiri Bercakap Dengan Jin tu.masa aku sekolah rendah lagi. dulu bila baca novel tu memang aku jadi takut la..bila nak tido malam teringat2 cerita kat dalam tu..heheh

Tamar Jalis

Ni yang aku baca kat artikel kisah beliau dan macam mana boleh beliau dapat nama pena Tamar Jalis tu.Jika US ada Stephen King,penulis novel seram/thriller terkenal,kita ada Tamar Jalis! salute kat beliau.artikel ni tajuk dia yang sebenar ialah 'Identiti Tamar Jalis Terbongkar'

Artikel kredit kepada http://harmoni-my.org/sbdj/indexh.htm


Tamar Jalis atau nama sebenarnya Ahmad @ Mohd.Radzi bin Mahmud telah menghasilkan lebih 284 Siri Bercakap Dengan Jin(SBDJ),16 daripadanya sudah dibukukan dan jualannya menurut suatu kajian Prof.Adnan Nawang melebihi sejuta naskhah.Hal ini memperlihatkan sambutan meluas pembaca terhadap siri novel itu yang sudah bermula sejak tahun 1981 hingga 2005.

Jualan hingga lebih sejuta naskhah siri novel SBDJ membuktikan karya itu lebih banyak terjual berbanding mana-mana buku Sasterawan Negara yang pernah diterbitkan sehingga kini.Jualan besar SBDJ termasuk naskhah cetak rompak menunjukkan pembaca daripada pelbagai bangsa di Malaysia menggemari SBDJ yang mempunyai resipi tersendiri,teknik penulisan kreatif tertentu dan strategi tersendiri memikat pembaca .

Di samping itu strategi jualan SBDJ yang mudah diperolehi sama ada di kedai besar ,kecil,pasar , malam, kedai mamak,Cina dan sebagainya yang merakyat sifatnya memudahkan pembaca memperolehinya untuk dibeli dan dibaca.Hal ini secara tidak langsung mencetuskan fenomena dan budaya membaca yang positif di kalangan rakyat Malaysia.

Generasi pembaca Malaysia era 1980-an,1990-an dan 2005 kebanyakannya pernah membaca siri novel SBDJ atau mengikuti siri ini dalam majalah Variasari terbitan Variapopo Group.Malah ada segelintir mereka masih memiliki koleksi Siri Novel Bercakap Dengan Jin karya Tamar Jalis yang diterbitkan dalam pelbagai versi dan ilustrasi kulit depannya untuk menarik perhatian pembaca meskipun kisahnya bukanlah sekadar kisah tentang makhluk jin atau yang sejenis dengannya tetapi disulami dengan ilmu perubatan tradisional Melayu, sejarah, ilmu persilatan, psikologi Melayu,kosmologi Melayu,perbomohan Melayu dan petua-petua untuk memerangi dan menewaskan iblis dan syaitan daripada menganggu manusia.




Tamar Jalis adalah nama samaran penulisnya yang diambil daripada satu nama jin yang terdapat dalam Hikayat lnderaputera yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu tradisional.Penggunaan nama Tamar Jalis memang sesuai dengan penulisan Siri Bercakap Dengan Jin(SBDJ) hingga kebanyakan pembaca tidak menyedari nama sebenar penulis yang sudah berusia 71 tahun ini dan masih sihat walafiat.

Tamar Jalis atau nama sebenarnya Ahmad @ Mohd.Radzi bin Mahmud dilahirkan pada 13 September 1940 di Kampung Batu 36,Jalan Sitiawan,Beruas, Perak.Beliau mendapat pendidikan Melayu dan lnggeris serta Sekolah Rendah Teknik,Ipoh(bahagian tukang kayu dan binaan).

Dalam sejarah hidupnya, beliau pernah menjadi buruh,berniaga, pemberita bebas dan kerani pengedar akhbar Utusan Melayu(1970) dan pernah bertugas sebagai Timbalan Ketua Editor kumpulan majalah Variapop Group sebelumbersara dan kini menetap di Kuala Lumpur.Be liau juga pernah berkhidmat dalam tentera Wataniah antara tahun 1964 hingga 1966.

Tamar Jalis atau Ahmad @Mohd.Radzi Mahmud mula menceburkan diri dalam dunia penulisan sejak tahun 1955,melalui Utusan Kanak-kanak dan Tunas,tetapi cerpen dewasanya yang pertama tersiar dalam majalah Mutiara pada tahun 1958 berjudul “Berhari Raya di Kampung”.


Di samping menulis Siri Novel Bercakap Dengan Jin(SBDJ) yang tersohor dalam sejarah kesusasteraan Melayu itu ,beliau juga menulis novel dan cerpen. Cerpen-cerpennya tersiar dalam pelbagai majalah seperti Dewan Bahasa, Dewan Sastera,Dewan Masyarakat , Mastika dan Widya, dan akhbar-akhbar Berita Minggu, Utusan Zaman, Mingguan Malaysia dan Watan.

Dua buah cerpennya “Menanti Ayah”(1971) dan “Samad Toja” (Mingguan Malaysia, 26 Mei 1974) memenangi Hadiah Karya Sastera pada era tersebut yang memperlihatkan kekuatan dan ketinggian mutu cerpen karya Ahmad Mahmud atau Tamar Jalis itu sendiri. Cerpen “Samad Toja” termuat dalam Antologi Hadiah Karya Sastera 1974 terbitan DBP(1976) iaitu di halaman 43 hingga 51.

Panel Hadiah Karya Sastera(1974) antara lain menyebutkan “Samad Toja” menceritakan kisah seorang tua yang memegang teguh kepada kepercayaan terhadap kuburan datuknya yang dianggap keramat.Dan ini didramakan dalam satu situasi di mana kekolotan watak ditimbulkan dengan jelas.Samad Toja sanggup mati kerana mempertahankan kepercayaannya.Cerita diselesaikan secara ironis dengan Samad Toja terselamat sedangkan pemuda yang cuba menyelamatkannya mati menjadi korban di suraunya.”

Tiga buah cerpennnya iaitu “Jaril,Jangan Tinggalkan Emak” (Dewan Bahasa, September 1973),” Paman”(Dewan Sastera, Januari 1977) dan “Cincin Berlian Bermata Dua”(Dewan Sastera,April 1980) dimuatkan oleh Hamzah Hamdani dalam buku selenggaraannya Di Bawah Bayang Kemboja terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1981).

Tuah menyebelahi Ahmad Mahmud bila cerpennya “Paman” dan cerpen- cerpen pengarang lain yang termuat dalam antologi Suatu Subuh Yang Bening selenggaraan Othman Puteh dan Ramli Isin terbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd. terpilih dan menjadi teks kesusasteraan Melayu peringkat SPM pada era persekolahan tahun 1980-an dan menjadi bahan kajian pelajar untuk lulus peperiksaan SPM.

Di antara novel Ahmad Mahmud ialah Pucuk-pucuk Yang Mati(1967), Lorong-lorong Hitam (1969) dan Rumah Urut(1970).

Hamzah Hamdani dalam ulasannya ada menyebutkan “Walaupun novel-novel Ahmad Mahmud cenderung mengemukakan persoalan-persoalan seks,tetapi dalam perkembangannya kemudian, melalui cerpen-cerpennya,beliau telah mengemukakan persoalan-persoalan kehidupan manusia yang lebih serius.Ahmad Mahmud sering melukiskan jiwa manusia yang gigih menghadapi hidup walaupun akhiran cerita-ceritanya sering menyayat hati.”(1981:44).

Ahmad @ Mohd.Radzi Mahmud menerusi nama samarannya Atma A.M menulis novel-novel bercorak percintaan dan kemasyarakatan berjudul Bukan lmpian Hati setebal 126 halaman terbitan Variapop Group(Kuala Lumpur) pada tahun 1987.Beliau kemudiannya menulis novel Bukan Impian Hati(2) dengan mengguna- kan nama Atma A.M setebal 111 halaman terbitan Variapop Group (Kuala Lumpur) pada tahun 1988.

Beliau kemudiannya meneruskan penulisan novel bercorak percintaan dan kemasyarakatan dengan menggunakan nama samaran Ramadhan A.M menulis novel Kasihku,Sewangi Cempaka setebal 127 halaman(1988) dan Kukirim Rindu Untukmu setebal 127 halaman (1988) terbitan Variapop Group,Kuala Lumpur.

Pada bulan April 1985 hingga Januari 2005 iaitu selama 23 tahun enam bulan,,beliau mula menggerakkan penulisan novel Siri Bercakap Dengan Jin(SBDJ) dalam majalah Variasari untuk meningkatkan jualan majalah itu dan mencipta rekod sebagai siri novel terpanjang di Malaysia, Asia Tenggara dan sekali gus dunia antarabangsa menggunakan nama samaran Tamar Jalis yang mempunyai sejumlah pembaca dan peminatnya yang tersendiri di negara ini. Pada era 1980-an, majalah Variasari pernah dicetak 120,000 naskhah sebulan kerana wujudnya siri SBDJ itu sebelum beransur menurun kini.

Salah satu siri atau buku novel SBDJ sewajarnya diangkat menjadi teks KOMSAS musim yang akan datang untuk membolehkan pelajar generasi baru mempelajari dan mengetahui pelbagai ilmu dunia Melayu yang terungkap dalam buku itu.Hal ini lebih bererti sebagai menghargai sumbangan besar Tamar Jalis dalam dunia kesusasteraan dan penulisan di samping membantu ekonomi penulisnya berbanding pujian semata-mata.

Menurut Zabidin Hj lsmail ,Presiden Persatuan Karyawan Perak,”Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ) karya Tamar Jalis adalah siri cerita kreatif Melayu yang terbanyak dan paling lama bersiaran dalam sebuah majalah tempatan. Sebanyak 221 siri telah dibukukan dengan pelbagai tajuk dan paparan corak kulit yang menarik lagi menyeramkan,termuat dalam 16 buah buku.Sebuah buku SBDJ mengandungi kira-kira 24 siri. Namun demikian terdapat sebanyak 63 siri iaitu siri 222 hingga 284 belum lagi dibukukan.”

Dengan tema “Memperkasakan SBDJ Sebagai Karya Kreatif Melayu Tersohor” telah diadakan Wacana Siri Bercakap Dengan Jin pada 20 Jun 2011 di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Perak,Jalan Raja Di Hilir, lpoh, Perak.

Wacana anjuran bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Perak, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak,Yayasan Perak dan Persatuan Karyawan Perak dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak telah menampilkan pembentangan sepuluh buah kertas kerja menarik yang mengangkat dan mengiktiraf sumbangan besar SBDJ karya Tamar Jalis dalam dunia kesusasteraan.

Penulis karya kreatif seram popular, Tamar Jalis kali pertama memperkenalkan diri selepas 30 tahun 'menyembunyikan' identitinya daripada pengetahuan jutaan peminat karya seram, Siri Bercakap Dengan Jin (SBJD).

“Secara peribadi saya tidak mahu dikenali ramai kerana tujuan sebenar saya menulis siri itu untuk dihayati oleh pembaca dan bukan untuk meraih publisiti daripada peminat, tetapi seorang rakan memujuk memandangkan karya saya sudah diiktiraf sebagai khazanah.

"Lagipun, wacana ini diadakan di negeri kelahiran saya dan terpanggil untuk mengikutinya. Saya sendiri terkejut dan teruja selepas melihat ramai peminat SBDJ hadir memberi sokongan pada wacana ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Wacana SBDJ - Memperkasakan SBDJ Sebagai Karya Kreatif Melayu Tersohor', di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak, di Ipoh, baru-baru ini.

Majlis berkenaan disempurnakan, Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin serta turut dihadiri isteri Mohamad Radzi, Maznah Mohd Isa, 63.

Beliau yang nama sebenarnya, Mohamad Radzi@Ahmad Mahmud, 73, berasal dari Beruas mengakui sebelum ini ramai yang memujuknya memperkenalkan diri sebagai Tamar Jalis, tetapi enggan berbuat demikian.

Sebanyak 284 siri SBDJ disiarkan dalam majalah Variasari terbitan Variapop Group sepanjang 23 tahun enam bulan, bermula April 1981 hingga Januari 2005 dan digarap dalam bentuk memoir autobiografi Tamar Jalis dengan datuknya, Kulup Muhamad Diah@Long Mat Piah.

Percetakan semula siri itu bakal dikeluarkan pada September ini dengan 50,000 naskhah dicetak sebagai permulaan, selain bakal muncul dalam versi Bahasa Inggeris tahun depan untuk pasaran luar negara.

Beliau berkata, karya SBDJ itu bukan digarap sembarangan, sebaliknya 60 peratus kandungannya berdasarkan kisah benar dan pengalamannya dengan datuknya pada zaman kanak-kanak mahupun remaja.

Selain dikenali sebagai penulis siri seram terkenal, beliau turut mengakui menjadi buruan pembaca kerana menyangkakan dirinya sebagai seorang pengamal perubatan tradisional.

"Ramai yang ingin mengenali Tamar Jalis kerana inginkan 'sesuatu' atau berubat dengan saya. Namun, hakikatnya saya bukan seorang pengamal perubatan tradisional seperti disangka ramai," katanya.

Zainol Fadzi ketika menutup wacana terbabit mengingatkan khalayak bahawa Kerajaan Negeri Perak menghargai program anjuran Persatuan Karyawan Perak bersama JKKN kerana ia satu daripada usaha untuk memartabatkan karya Melayu khususnya yang ditulis anak Perak.

"SBDJ berjaya mencipta rekod tersendiri di Malaysia apabila diangkat sebagai karya bersiri paling panjang dan paling lama bertahan di negara ini. Ia sewajarnya diangkat sebagai khazanah berharga di Perak.

 *Buku Bercakap Dengan Jin pun kena di 'pirate'kan jugak eh?ingatkan zaman kaset Apache je dulu yang ada..heheh


Thursday 28 March 2013

Iron Maiden - Maiden England 88 CD

Yang di tunggu dah tiba..


Cuma baru dapat cd ngan lp je.yang versi dvd belum dapat lagi.kena tunggu lagi 2-3 hari la kot.apa pun aku tampal yang versi cd dulu..

setlist Maiden England 88

Seperti yang peminat IM tau,ni adalah rilisan semula daripada video VHS Maiden England yang pernah di rakam live kat Birmingham NEC Arena pada 27 dan 28 November 1988.dah 25 tahun.sebaya ngan anak buah aku.heheh..di rakamkan ketika mereka melakukan 7th Of a 7th Tour.tour ketika album Seventh Son Of a Seventh Son,salah satu konsep album terbaik dari IM.



Ada 2 disc.untuk rilisan yang ni,ada di tambah lagi 3 lagu yang sebelum ni takda dalam rilisan VHS dan rilisan cd pada tahun 94 dulu.lagu yang unreleased dalam cd ni ialah 'Run To The Hills','Running Free' dan 'Sanctuary'.

Inlay dalam pulak..


Sama macam En Vivo! dan Flight 666,inlay dalam ni hanya lirik2 lagu dan gambar band members yang tengah muda remaja..heheh

abang Bruce



gambar tengah2 ni lawa

Setlist lagu yang jarang dengar live memang best la.lagu yang best pada telinga aku, The Prisoner,Still Life (baru dapat dengar versi live yang ni best) Die With Your Boots On,Infinite Dreams (paling best) dan Seventh Son Of a Seventh Son (ni pun best,versi yang ni jelas dengar suara crowd ikut nyanyi sama).yang lain2 lagu yang dah biasa dengar live.

Dave Murray

Nicko Mcbrain tetap dengan fesyen rambut The Archies dia..heheh


Adrian Smith masa muda remaja


Semepena 7th Of a 7th Tour,Steve Harris pakai baju Helloween Keeper Of The Seven Keys tu..


Inlay belakang sekali 7th Tour punya setting pentas.lightning dia semua cantik dan menarik..tu jelah yang ada dalam cd ni.nak cerita panjang pun ramai peminat tegar IM memang dah tau kan.pada yang tak tau pasal Maiden England 88 ni boleh tengok Kat Sini
Lepas ni tunggu yang versi dvd pulak,nanti aku tampal yang versi lagi satu ni..


Wednesday 27 March 2013

Membebel Rabu : Jual Agama?


Sebelum aku mulakan marilah kita sama2 sedekahkan Al Fatihah buat ulamak besar Dr.Muhammad Uthman  El-Muhammady yang telah kembali ke Rahmahtullah semalam. beliau merupakan tokoh dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan beratus penulisan tentang ketamadunan Islam.semoga roh beliau di tempatkan di tempat orang2 yang soleh..

Walaupun aku ni tak berapa arif dalam agama islam dan masih lagi belajar mendalami ilmu2 dalam islam ni,tapi sejak kebelakangan ni apa yang aku lihat kebanyakkan umat islam tu sendiri telah 'menjual agama' demi kepentingan diri atau dengan kata lain,lebih mengejar kebendaan duniawi.aku tak tahu kenapa benda macam ni atau lebih tepat lagi aku gelarkan 'trend' masa kini.ni antara yang aku nampak dan membuatkan aku terfikir sejenak..



-Suasana di dalam sebuah restoran mamak,di dinding sekitar restoran tersebut ada ayat2 suci al-quran yang di framekan dengan cantik sekali.so memang amat mudah untuk aku atau orang muslim yang (juga pelancong dari negara luar yang beragama islam) lain mengetahui restoran tersebut memang menjual makanan halal kan.tapi apa yang aku lihat di restoran mamak ni ialah kebersihan restoran tersebut.ayat2 suci yang tergantung di dinding restoran tu memang dah cantik,tapi kenapa mesti letak tong sampah di bawahnya?takkan tokey restoran mamak ni tak tau?begitu juga di bahagian belakang restoran,terlalu kotor dengan plastik sampah yang dah penuh di biarkan bertaburan dengan lalat ada juga ulat2 yang dah bertaburan di sekitar pintu belakang restoran tersebut.pekerjanya juga tak mengenakan penutup kepala dan apron.bukankah dalam islam,kebersihan memang yang di utama kan?memang restoran mamak ni hanya ingin mengaut untung dengan 'menjual agama' sendiri.

-Kebelakangan ni jugak aku tengok dalam FB,dalam blog2 yang menjalankan perniagaan online kebanyakkannya sekarang ni banyak menjual tudung.beraneka jenis warna dan fesyen tudung pada masa kini.(ikut trendla kononnya)ada antaranya yang mejual tudung yang trendy ni sekali pakej dengan baju muslimah.TETAPI,tudung dan pakej baju muslimah tu tak menepati ciri2 seperti muslimah,tudung yang terlalu singkat,dan baju muslimah kononnya,tetapi baju tersebut menampakkan seluruh bentuk tubuh si pemakai tersebut.memang kalau lelaki tengok pun mesti bernafsu punya lah.dah trend sebegini kita boleh nampak di mana2 saja sekarang ni.dan lepas tu pulak boleh di jadikan acara seperti 'pertandingan tudung tercantik muslimah 2013' berebut2 la pereka2 tudung ni mempamerkan rekaan mereka,dengan model2 bertudung tetapi dengan baju yang menampakkan bentuk tubuh yang mengiurkan.pemenang tempat pertama dapat wang tunai 5000 dan pakej melancong ke london kononnya.bukan jual agama ke namanya tu?(maaf,bukan niat aku nak memburukkan penjual tudung ni,bukan semua yang buat macam tu,hanya segelintir mereka ni yang ambik kesempatan untuk mengaut untung,tetapi menjual agama)

-Pencerobohan di Lahad Datu.mereka yang menceroboh tu pun melayu nusantara yang beragama islam,kononnya ingin mengambil Sabah kembali yang dahulunya di katakan hanya di pajak kepada Malaysia.di katakan juga dalang di sebalik kejadian ni juga berpunca dari seorang muslim dari malaysia.demi agama islam yang tercinta kata mereka,mereka sanggup berjuang bermati2an untuk mendapatkan hak mereka kembali.demi agama islam katanya.tapi tahukah mereka,siapa yang mereka serang,yang mereka bunuh?yang mereka tentang tu ialah perajurit2 dan anggota keselamatan Malaysia yang kebanyakkan mereka juga beragama islam?mana pegi otak dan pemikiran mereka semua ni?dan dalang dalam kejadian tersebut (kononnya)bukankah beliau tidak tahu apa hukumnya membunuh dan bercakaran sesama muslim?bukan jual agama ke namanya tu?demi kepentingan diri dan tamak haloba mereka sanggup 'menjual agama'.

-Politik.yang ni tak payah nak cerita panjang lah,aku rasa ramai yang tau dan faham.tak kiralah mereka ni berhaluan kiri dan kanan,apa yang aku nampak mereka2 ni,ahli2 politik yang terdiri dari bijak pandai,cendakiawan yang pandai bercakap dan pusing cerita (ya,kalau nak jadi politikus kena pandai pusing cerita)dengan lantang bercakap itu dan ini,undi lah parti ni demi bangsa,agama dan negara.jangan undi parti tu,kalau siapa yang untuk parti tu pengundi tu kafir..wahhh..pandai sungguh menghukum orang dan kata orang tu kafir! tapi tahu kah mereka ni asal usul politik ni dari mana?bukan asalnya dari al kafirun jugak kah? ideologi al kafirun ni yang kau guna konon untuk memperjuangkan politik demi agama bangsa dan negara?yang aku tau kau ni hanya menjual agama demi kepentingan diri kau saja! dan permainan ini akan berterusan dan golongan al kafirun ni ketawa terbahak2 atas kebodohan mereka menjual agama.


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia.

Kalau ada salah dan silap dalam artikel aku ni,harap di maafkan la eh..penat dah aku membebel..heheh..apa pun,marilah kita sama2 renung dan fikir2kan.


Tuesday 26 March 2013

Gitar Hero (Kompilasi 2013)


Cd yang aku beli pada minggu lepas.antara sebab kenapa aku beli cd ni ialah memang ramai gitar hero yang mewakili dari pelbagai genre muzik kat Malaysia ni.ada Man Keedal,Hillary,Shahrul Ekamatra,Allahyarham Samad Lefthanded,ada jugak pemuzik luar seperti Kyoji Yamamoto (yang pernah jadi pemain gitar untuk album Ella USA)dan jugak Michael Thompson (yang jadi sessionist lagu Ella 'Menanti') dan Paul Gilbert (Mr.Big)


Selain tu ada jugak band2 yang boleh di katakan terbaik jugak la yang di muatkan dalam cd ni seperti Amuk,Cromok,18SGG,Mantera,Butterfingers,John's Mistress,OAG,Nice Stupid Playground dan Black Maria.apa yang aku nak komplen dalam kompilasi ni pasal inlay cd dia,sepatutnya pihak Warner Music ni letak la biodata,atau sejarah kisah2 pemain gitar ni.nama cd pun gitar hero,tapi bukak inlay 2 page je..hampeh! macam beli cd pirate je.



Cd kompilasi ni ada 2 cd,tapi di kira dengan 1 harga je.kira ok lah.tapi lagu2 dalam ni memang best2 la..tengok je list lagu dia.


List lagu dalam cd pertama.turutan lagu pun mewakili tahun dan genre muzik pada masa tu.lagu Dilema Hillary tu pun tahun 90.dalam album solo Hillary(antara album solo terbaik beliau) lagu Transfigurasi dari Shahrul tu bila dengar aku teringat album Steve Vai 'Fire Garden',stail dia sama macam Steve Vai (mungkin Shahrul ni peminat tegar Vai kot?)Belenggu Keedal dari maestro Man Keedal,ada lagu inggeris dari 18SGG (suara penyanyi dia sebijik macam Max Cavalera).lagu Bendera Damai rakaman semula Ella & Manterra lagi heavy dari versi asal,Cromok dengan lagu Siblings nya (bunyi bass drum dia memang mantop!) Hantu Yang Takut dari Amuk (merupakan lagu Cromok sebenarnya tapi aku lupa tajuk dia. di nyanyikan balik dalam bahasa melayu)slow rock lagu Menanti versi instrumental dari Michael Thompson pun boleh tahan..


Cd kedua.apa akan jadi bila lagenda bertemu lagenda?jadi lah lagu 'Joget'.lagu ni pun dah kira legend jugak,Paul Gilbert memang aku suka permainan beliau dalam album2 Mr.Big,tapi kolobrasi beliau dengan Allahyarham Samad dalam lagu Joget ni memang terbaik lah.selain tu lagu yang best Itulah Saya dari Kyogi Yamamoto,Eclipse dari Cromok dan Caya Lu dari Hillary.dan lagu ala Steve Vai dari Shahrul bertajuk GMO

Keseluruhannya album ni ok2 jela,muziknya mewakili dari pelbagai genre muzik,dari Rock,Metal hinggalah ke Alternative/Grunge walapun tak menepati terma 'Gitar Hero' tu sendiri,tapi penyelamat bagi album ni ialah Hillary,Samad,Man Keedal dan Cromok.kalau berminat boleh la beli cd ni.untuk peminat Nu Metal dan Grunge pun boleh beli album ni jugak.pasal ada 'Korn'(Black Maria)Oasis(OAG) dan 'Nirvana' (Butterfingers)heheh..

Friday 22 March 2013

Rock oo! : Rimba Bara Kembali (2013)


Filem karya terbaik Mamat Khalid yang pecah panggung dengan kutipan rm 4 juta.memang ni la satu2nya filem melayu yang aku tunggu tayangannya sejak di war2kan pada tahun lepas lagi.walaupun filem ni bercorak muzikal komedi,tapi dari sudut gaya penceritaan,memang terbaik.ia akan membawa penonton (walau yang tak minat rock)menyelami dunia rock era 80an dengan sejarah rock pada masa tu..ada scene lawak,sedih,dan happy.pada mereka yang bukan membesar pada zaman 80an,ni lah filem yang patut di tonton yang menceritakan sejarah rock kapak yang pernah menjadi kegilaan semua muda mudi pada suatu ketika dahulu..

Ceritanya mengisahkan band Rimba Bara yang hampir berpecah,setelah Zul Kapan (Sofi Jikan) telah dilamar oleh Luncai Emas bersama band lamanya Malaikat Maut untuk merakamkan album.Amy Mat Piah (Que Haidar)berusaha sedaya upaya memujuk Jijoe (Khir Rahman) untuk menghidupkan kembali Rimba Bara walaupun nyanyian Amy Mat Piah ni ke laut,demi minat dalam muzik rock,beliau berjaya jugak la memujuk Jijoe ni hidupkan balik Rimba Bara ni.dengan pemain gitar baru Rimba Bara iaitu Slash Haji Tapah (Pekin Ibrahim)mereka memulakan kembali perjalanan hidup sebagai pemuzik.kena kencing dengan promoter lah,duduk rumah bujang kongsi makan megi yang hanya semangkuk di kongsi berempat,ubi kentang sebijik yang di rebus pun makan berkongsi jugak..heheh..(memang realiti artis rock dulu2,menunjukkan betapa bersemangatnya mereka dalam mengharungi suka duka hidup sebagai pemuzik)sehinggalah mereka akhirnya berjaya merakamkan album pertama yang mana Amy Mat Piah ni jadi pengurus bagi Rimba Bara.

Antara yang menarik dalam filem ni :
-Shot yang menarik.bangunan2 lama era 80an,tempat jamming dulu2,dengan harga sejam rm 6.poster2 konsert yang lama2,tempat melepak rockers2.
-dress code era rock 80an.memang terbaik lah.baju Loudness yang paling popular masa tu,kasut Aliph (kasut paling popular dulu,aku pun ada kasut ni dulu..heheh)selain tu tshirt Iron Maiden,poster Iron Maiden,poster lama Ella ngan Amy Search dengan radio hifi lama.
-Majalah Urtv lama dengan logo lama (memang terbaik la prop Mamat Khalid ni)surat khabar Utusan Malaysia tahun 1986,duit singgit lama,mesin air batu lama pun ada.
-Lagu Sejuta Wajah (Sweet Charity)pada awal permulaan filem ni di nyanyikan oleh Khir Rahman sendiri,sama jugak dengan lagu Teratai yang dinyanyikan oleh Que Haidar.boleh tahan jugak suara diorang ni.
-Pekin Ibrahim (Slash Haji Tapah) beliau belajar gitar secara formal sebelum berlakon dalam filem ni demi untuk menjayakan watak Slash.

So,pada rockers2 kat luar sana yang nak mengimbau balik kenangan di era 80an dulu,boleh layan filem ni.pada bebudak alaf baru pun,yang suka sangat dengar justin bieber ngan kpop tu,mesti tengok movie ni jugak.baru lah faham apa itu muzik.apa pun,Rock oo! memang terbaikkk!

                                              Rock oo trailer

Monday 18 March 2013

Seventh Son Of a Seventh Son Reissue

Reissue terakhir dari 8 siri rilisan Iron Maiden piring hitam bergambar..


Semalam layan dvd filem Rock oo arahan Mamat Khalid,ada satu scene dalam movie tu pelakon Khir Rahman ada pakai tshirt SSOASS ni.memang kuat pengaruh IM ni masa era rock kapak dulu.

Belakang LP ni.nampak tak Eddie dalam mode invisible dia..heheh..cover depan ngan belakang memang nampak sama je,tapi bila bukak bahagian dalam,memang aku cukup teruja sekali..


Bahagian dalam..antara banyak2 gambar LP reissue ni,aku paling suka gambar2 dalam ni,memang ada yang tak pernah aku tengok lagi.aku kasi zoom sikit eh..

Gambar sebelah kiri.Bruce pakai tshirt Helloween tu..cayalah

sebelah kanan.Bruce pakai jeans boot cut

Bahagian isi dalam..

Lawak la pesen rambut Nicko tu..heheh..macam The Archies pulak.

yang belakangnya pulak lirik lagu

Okeh..gambar piring hitam bergambar pulak..


LP muka pertama gambar dari single 'The Clairvoyant'


Muka sebelahnya pulak dari single 'Can i Play With Madness'

Dengan ini berakhirnya rilisan reissue Iron Maiden limited edition picture disc ni..lepas ni tunggu rilisnya Maiden England 88 pulak..

Sebelum tu,jom la kita pakat2 dok meleleh dulu tengok Maiden England 88' ni yang kata nak rilis 25/3 nanti..heheh..

Cd/dvd/LP picture disc


Friday 15 March 2013

Terima Kasih?


Oleh : Lea LipstikMerah


Situasi- Kedai Mamak di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) beratur nak order, ni mamak yang pelik. mahal dan  kene layan diri. + tak sedap.
have u ever act nicely to people and didn't get a recognition? (english level 1 ni. ok?)

Ade seorang abang ni.berbangsa Melayu telah kejatuhan duit nya sebanyak rm10 .
saya yang berada di belakang nya menegur la dengan penuh unsur2 baik

"abang baju hitam. duit abang jatuh"

gua siap ambikkan
dia tak cakap apa.

"oh!" muka terkejut. blah camtu je

ape oh! oh! ingat Oh Tidak? Oo mai english ke?

bukan nak dia tabik gua or bagi wa sijil pengiktirafan
cukup sekadar cakap THANK U YA ADIK ;)

susah ke nak cakap camtu. kalu gua rembat duit lu..heheh..
nanti tak cukup tambang LRT nanti

pernah jadi macam ni sekali dekat tempat lain.cuma kali ni lelaki Chinese
lagi banyak amount nya.rm30 di Makro (ni supermarket zaman dinosaur.sape tau 10 markah)

bezanya, dia cakap terima kasih berbakul bakul rasa macam wakil rakyat hari tu even dah bertahun jadi
still ingat.

bukan nak kondem bangsa sendiri atau kutuk tapi..kebanyakkan nya macam tu.susah nak berterima kasih
contohilah orang yang jual barang meja ke meja tu
even tak beli pun dia still senyum dan cakap TERIMA KASIH :)

Wednesday 13 March 2013

Tuesday 12 March 2013

Metallica : Enter Night Part 2


Ok sebelum tu pada sesapa nak tau kisah dalam buku ni dari awal,Doc Ben Krenmaut ada buat review jugak. boleh check out Kat Sini lepas tu Sini dan jugak Kat sini yang aku punya part 1 haritu boleh tengok Sini jugak

Selepas kegagalan album St.Anger,dengan jualan album yang semakin menurun,Metallica telah mengumumkan akan masuk studio untuk rakaman terbaru mereka.ini membuatkan peminat2 Metallica telah mewujudkan online petition supaya Metallica menyingkir Bob Rock dari menerbitkan album terbaru Metallica.akhirnya mereka akur dengan pemintaan peminat.Metallica mengumumkan akan menggunakan khidmat Rick Rubin (yang sebelum ni pernah menerbitkan album terbaik Slayer,Reign In Blood)sebagai penerbit untuk album terbaru Metallica ni nanti.reaksi Bob Rock tentang petition tersebut beliau menjelaskan,'kejadian tersebut telah membuatkan anak2 aku sedih dengan apa yang berlaku' yang sebenarnya dia sendiri yang sedih..heheh..yelah,peminat Metallica kutuk Bob kaw2 punya..diorang cakap Bob Rock punya pasal la Metallica jadi pop metal..hehe..Bob Rock menghancuskan muzik heavy metal la,Bob Rock tak pandai terbit album la,dan macam2 lagi..hehe..tapi pada aku memang betul apa,mana mungkin beliau nak 'melembutkan' muzik Metallica seperti zaman Load ngan Reload tu..Metallica takkan jadi macam Bon Jovi yang sebelum ni Bob jugak pernah jadi penerbitnya..

Album Death Magnetic akhirnya di riliskan pada tahun 2008,dengan single 'The Day That Never Comes',album Death Magnetic berjaya menduduki tempat pertama dalam carta Billboard US dan UK,seluruh Eropah dan Asia,dan juga di timur tengah.keluarnya album ni bersama dengan tekad baru Metallica,tidak akan berhenti bermain muzik.ni memang terbukti sehingga pada hari ni,Metallica masih lagi melakukan tour mereka.dan yang terbaru di Soundwave Festival Australia pada febuari lalu.mereka juga telah mengubah jadual tour pada kali ini,dengan 2 minggu melakukan tour,dan 2 minggu mereka bercuti untuk bersama keluarga.
Selain daripada tu apa yang menarik ialah :
- Mereka telah di undang oleh Activision,company game yang menerbitkan Guitar Hero untuk menerbitkan special Guitar Hero Metallica.mereka juga telah mengundang Lemmy (Motorhead) dan jugak King Diamond untuk 'motion capture' dalam game ni.
-Masa mereka di jemput bagi penghormatan untuk Rock n Roll Hall Of Fame,Lars ada jugak mengundang abang Mus (Dave Mustaine,Megadeth)tapi bukanlah sebagai bekas anggota Metallica,kerana pihak Rock Hall hanya mahukan bekas ahli band yang pernah merakamkan album bersama Metallica,(yang menerima penghargaan ialah Jason Newsted dan bapak Cliff Burton).walaupun di undang di meja VIP,abang Mus menolak dengan jawapan dia,'takpa,satu hari nanti aku dengan Megadeth akan berada di pentas Hall Of Fame terima award jugak!'..heheh..statement sakit hati dari abang Mus..heheh..
-The Big Four Tour.sebenarnya memang diorang dah plan lama nak buat tour begini.tapi selalu tak menjadi pasal jadual band2 lain yang padat dengan rakaman album,tour dan jugak ada yang mengalami masalah kesihatan.akhirnya The Big Four menjadi kenyataan dengan tour pertama mereka kat Sofia,Bulgaria di festival Sonisphere.konsert bersejarah yang menggabungkan 4 lagenda thrash/heavy metal terkenal dunia bergabung dalam satu pentas (Metallica,Megadeth,Slayer dan Anthrax)dan masa ni jugakla 'perang'antara abang Mus dengan Metallica berakhir.abang Mus dah boleh berpeluk,bertepuk bertampar dengan Lars dan ahli band Metallica yang lain..heheh..mereka juga plan nak buat The Big Four ni tour keliling dunia,tapi agak sukar sebab band lain pun ada banyak agenda lain.mungkin satu hari nanti akan ada 'The Big Four' world tour kot.

Buku ni berakhir dengan Metallica berkata akan terus berkarya tanpa henti,dan akan meneruskan misi dan visi mereka yang belum tercapai kata nya.apa yang best dalam buku ni,semua kebaikkan dan keburukkan Metallica di ceritakan secara detail.ni baru betul nama biografi.semua fakta pasal Metallica ada dalam ni.so pada peminat tegar Metallica,boleh la dapatkan buku ni.yang aku tau kat Kinokuniya klcc je yang ada jual..

Sunday 10 March 2013

Somewhere In Time Reissue

Sebelum ni aku penah tepek LP Iron Maiden Somewhere In Time versi 1986 Kat Sini yang ni versi reissue dan juga rilisan terakhir 8 album IM dalam bentuk piring hitam edisi terhad piring hitam bergambar..


Rilisan yang last ni album dari 'Somewhere In Time ngan LP 'Seventh Son Of a Seventh Son'..aku tepek Somewhere In Time dulu..

depan

belakang.sama macam lp yang lama


Bukak gatefold.gambar2 konsert,ada gambar yang tak penah tengok pun ada.

gambar sebelah kiri..kasi jelas sikit nampak..heheh

sebelah kanan


Kocek dalam..yang putih tu bukan flash kamera,tapi gambo dia memang macam tu..ada asap la kononnya..hehe

Lirik lagu.yang ni nampak jelas sikit la kalau nak tengok lirik.tak macam yang dulu.kertas dia pun berkualiti..

Alexander The Great

Okeh..bahagian piring dia pulak..

LP side one.gambar Eddie the cyborg

side 2.Wasted Years

song list
Deja Vu..! Tu je lah yang ada dalam versi Reissue ni.nanti aku tepek LP SSOASS pulak.di harap semua peminat tegar IM terhibur..heheh..

Wednesday 6 March 2013

Lagu Rakyat

Tak lapuk di telan zaman,tetapi semakin di lupakan oleh generasi sekarang..

Masa aku kecik,time tu sekolah rendah lagi.bila masuk akhir tahun persekolahan,kelas aku mesti ada buat persembahan bagi acara tahunan sebelum cuti sekolah.biasanya kelas aku ambik bahagian dalam nyanyian untuk persembahan pada hari penyampaian hadiah (zaman tu di panggil 'hari ibu bapa').memang meriah la pada minggu terakhir persekolahan tu.biasanya acara ni di adakan pada waktu pagi atau petang.dan untuk kelas aku masa tu kena menyanyi ramai2 lah.antara lagu yang di nyanyikan pada hari tersebut adalah lagu2 rakyat klasik sepanjang zaman seperti 'Rasa Sayang' 'Geylang Si Paku Geylang' 'Can Mali Can' dan lagu favourite budak kelas aku masa tu, 'Anak Itik Tok Wi'..heheh..

Haritu masa aku nak balik kerja,lalu kat kawasan sekolah yang dekat dengan rumah aku ni,tetiba boleh terdengar pulak budak2 sekolah ni nyanyi lagu Anak Itik Tok Wi tu.serta merta aku teringat masa aku kecik dulu..hehe..aku ingatkan bebudak sekolah zaman sekarang dah tak nyanyi dah lagu ni.tapi memang sepatutnya lagu2 rakyat di perkenalkan pada bebudak zaman sekarang ni,biar mereka ni tau betapa uniknya bahasa melayu kita ni.
Lagu2 rakyat ni harus di kembangkan penggunaanya yang di perkayai dengan maksud yang tersirat dan keindahan bahasa kiasannya yang unik.juga biar dunia mengetahui,bahawa lagu2 rakyat ni mampu menyatu padukan rumpun alam Melayu (Indonesia,Sulu,Brunei,Singapura dan seluruh pelusuk nusantara)kalau pada zaman dulu,lagu ni di nyanyikan ketika kanak2 sedang bermain,mendodoikan anak,hiburan ketika balik lepas abis kerja seharian membanting tulang,dan jugak majlis kenduri pada zaman tu.selalunya lagu2 ni pada zaman dulu di nyanyikan oleh kanak2 lelaki dan perempuan untuk majlis kenduri kendara.

Antara lagu2 rakyat yang popular hingga sekarang :


Ala Canggung
Ambil Madu Lebah
Anak Ayam (lagu rakyat)
Anak Itik Tok Wi
Anak Ondeng (Lagu Lembu Patah Tanduk)
Ayam den lapeh
Bapaku Pulang dari Kota
Burung Kakak Tua (lagu rakyat)
Can Mali Can
Dadong
Geylang Si Paku Geylang
Hello Hello (lagu rakyat)
Hijau (lagu rakyat)
Inang rodat
Jambatan Tamparuli
Joget Tari Lenggang (Joget Pahang)
Jong Jong Inai
Kenek Kenek Odeng
Ketipang Payung
Kurik Kundi
Lemak manis (lagu rakyat)
Lenggang Kangkung
Menghilir di Sungai Pahang
Pak Ketipak Ketipung
Pak Pung Pak Mustafe
Puteri Santubong
Rasa Sayang
Tepuk Amai-Amai
Trek Tek Tek
Tualang Tiga (juga di kenali sebagai tari tualang tiga, pernah dinyanyikan dalam filem Sumpah Orang Minyak arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee)
Tanjung Puteri (kalau orang johor tak tau lagu ni malu tau!..heheh)
Ulek mayang (Cromok pun pernah cover lagu ni kan)

Harapan aku,jangan lah di lupakan terus lagu ni,biarlah ia berkekalan hingga ke anak cucu kita.. lagu yang dah memang jadi klasik,lagenda turun temurun zaman berzaman..

                                        Tari Tualang Tiga


Monday 4 March 2013

Mangkuk Jamban

Aku bukan lah pro kerajaan atau pembangkang,tapi komen musibat ni aku tak boleh terima..nyawa orang tu..bukan nyawa haiwan la apek!

http://keadilandaily.com/mobile/?post=46232