Showing posts with label Wrestling. Show all posts
Showing posts with label Wrestling. Show all posts
Monday, 30 January 2017
Malaysia Pro Wrestling
Malaysia Pro Wrestling (MYPW) merupakan arena gusti profesional pertama di Malaysia dan dikunjungi lebih 400 penonton setiap kali dilangsungkan di Ku-Ash Theater, Taman Tun Dr Ismail.
Selain daripada melakar sejarah baru buat sukan tanahair, atlet-atlet gusti dari seluruh Asia Tenggara seperti Singapura, Vietnam, Filipina dan juga Jepun turut dilatih secara profesional di pusat pembangunan bakat MYPW.
Biarpun jenis perlawanan sama seperti yang ditayangkan rancangan Raw atau Smackdown sebelum ini, peluang melihat rakan senagara mempamerkan aksi sepenuh tenaga dalam gelanggang memberi kepuasan tersendiri apatah lagi kemunculan objek asing seperti kerusi besi, rotan, dan besi pemangggang turut digunakan bagi melemahkan lawan masing-masing.
Acara ini turut diserikan dengan kehadiran beberapa selebriti tanahair seperti jaguh bina badan Negara Sazali Samad, Yank Kassim, Julia Ziegler, Fizz Fairuz, Amar Asyraf dan ramai lagi.
Yang paling mencuri perhatian pastinya adegan Raja Repot Malaysia, Ayahanda Abdul Rani Kulop Abdullah yang terlibat dengan insiden perbalahan dengan salah seorang penggusti, Furious Faizal yang berani mencabar dan menolak beliau yang menonton di sisi gelanggang ketika itu.
Natijahnya, satu pergelutan kecil berlaku dan Ayah Lop sempat menghadiahkan beberapa libasan tongkat ke belakang Furious Faizal
Untuk keterangan lanjut MyPW boleh dilayari dilaman Facebook rasmi :
https://www.facebook.com/MyProWrestling/
p/s : aku pun baru tahu pasal kewujudan Malaysia Pro Wrestling ni.boleh la nanti Malaysia hantar wakil pergi WWE.
Sumber : https://www.facebook.com/sengalparanormalteam/?fref=ts
Tuesday, 25 November 2014
Sting WWE
Secara peribadi,Sting dan The Undertaker adalah 2 wrestler yang aku minati.perwatakan mereka yang berunsurkan dari dunia gelap memang menarik.Sting yang sentiasa memakai corpse paint kat muka dia yang ala King Diamond memang aku suka.bukan macam John Cena ngan Hulk Hogan tu yang pakaiannya je dah berwarna warni..heheh..memang aku tak suka langsung.
Setelah sekian lama menyepikan diri dari dunia gusti,khabar angin yang mengatakan Sting akan muncul di WWE akhirnya menjadi nyata.beliau membuat kejutan dengan muncul di acara 'pay per view' Survivor Series ahad lalu dengan membantu team John Cena memenangi perlawanan menentang team Authority pimpinan Triple H.
![]() |
| Sting nak belasah Triple H |
Ada juga desas desus yang mengatakan Sting akan menentang The Undertaker dalam acara Wrestlemania pada tahun hadapan.kalau betul memang best la dapat tengok dua legend yang aku suka ni bergusti.tak kisah la walau diorang dah tua pun..heheh..dah nama pun sukan hiburan kan.so,setiap perlawanan tu memang dah siap jalan ceritanya untuk menghiburkan penonton.
Sting juga antara penggusti yang aku minati sewaktu aku budak2 dulu sejak dari zaman NWA/WCW lagi.sejak beliau tukar pewatakan ke arah kegelapan ni,aku rasa perwatakan ni la yang paling cool.walaupun gusti sekarang tak macam dulu lagi,tapi takpa lah,sesekali layan apa salahnya..
Friday, 11 April 2014
Wrestlemania XXX & Ultimate Warrior
Sebenarnya dah lama aku tak follow wrestling ni.kali terakhir aku tengok Wrestlemania ialah pada tahun 1998 apabila Stone Cold Steve Austin merangkul gelaran World Heavyweight Champion dengan menewaskan Shawn Michaels serta dengan bantuan dari Mike Tyson.tapi bila ternampak promo Wrestlemania kali yang ke 30 ni serta merta menarik perhatian aku.salah satu sebabnya aku ternampak barisan penggusti veteran yang muncul dalam Wrestlemania dan juga WWE Hall Of Fame.
Setiap tahun,sebelum bermulanya acara Wrestlemania akan berlangsung acara WWe Hall Of Fame bagi mengiktiraf para ahli gusti yang pernah mencipta nama di WWE.untuk tahun ini penggusti yang tersenarai dalam Hall Of Fame adalah Scott Hall 'Razor Ramon',Lita,Mr.T (juga pelakon siri tv popular era 80an The A Team) mendiang Paul Bearer,Jake 'The Snake' Roberts,Carlos Colon dan juga The Ultimate Warrior.
Seperti kata Vince Mcmahon (pemilik WWE) Wrestlemania merupakan acara tahunan terbesar dalam WWE bermula atau berakhirnya era dalam kalendar sukan hiburan ini.apa yang aku tengok Wrestlemania pada kali ini,selain teruja melihat kembali hero2 gusti pujaan aku masa zaman kanak2 dulu seperti Ricky Steambot,Hulk Hogan,Rowdy Roddy Piper,Sgt.Slaughter,Million Dollar Man dan Dusty Rhodes,acara Wrestlemania kali ini lebih di fokuskan kepada penggusti baru.rekod tanpa kalah Undertaker di Wrestlemania akhirnya berjaya di pecahkan oleh Brock Lesnar.Triple H tewas kepada penggusti yang sedang meningkat naik iaitu Daniel Bryan,dan Daniel Bryan juga berjaya merangkul gelaran dunia apabila berjaya menewaskan Randy Orton dan Batista dalam perlawanan 3 penjuru.kecuali John Cena,yang menang dalam perlawanan menentang Bray White,Wrestlemania pada tahun ini peluang di berikan pada penggusti yang sedang meningkat naik.
Pada aku,perubahan yang di buat oleh WWE ni untuk memberi peluang kepada penggusti baru dalam sukan hiburan ini..sampai bila nak mengharapkan penggusti yang dah ada nama kan? lama2 peminat gusti pun mesti bosan jugak bila tengok orang yang sama je selalu jadi world champion.
Selang sehari selepas Wrestlemania,pada acara Monday Night Raw buat pertama kali nya hero gusti pujaan aku masak kecik dulu iaitu Ultimate Warrior muncul selepas di nobatkan dalam WWE Hall Of Fame,sehari selepas itu jugalah dunia sukan hiburan di kejutkan dengan kematian mengejut Ultimate Warrior (nama sebenar James Brian Hellwig) pada ketika peminat2 gusti gembira bila melihat beliau muncul di tv.antara pelawanan Ultimate Warrior yang masih di ingati ialah ketika beliau menentang The Undertaker.(antara konfrontasi paling di ingati dalam sejarah WWE)gaya menggoncang tali gelanggang adalah identiti beliau apabila muncul untuk sesuatu perlawanan.
Berbanding dengan penggusti pada zaman sekarang,aku rasa takda siapa yang boleh tandingi The Ultimate Warrior dengan rekod perlawan beliau yang paling cemerlang ialah menewaskan Triple H cuma 1 minit 40 saat pada acara Wrestlemania 1996,dan merangkul 2 talipinggang kejuaraan World Heavyweight dan Intercontinential Champion sekaligus.RIP Ultimate Warrior hero gusti zaman kanak2 aku..
![]() |
Friday, 21 December 2012
Rise And Fall Of WCW
Yang ni sebenarnya versi sedut,puas jugak la aku cari dvd ni kat kedai,takda jual.setelah payah sangat nak jumpa,akhirnya versi sedut juga lah altenatif terakhir..heheh..
Aku gerenti semua geng2 blog ni dulu dari zaman kekanak riang mesti suka gustikan.hero2 gusti yang popular sekitar 80an dulu seperti Hulk Hogan,Andre The Giant (mendiang) Macho Man (mendiang) Sgt.Slaugther (watak beliau telah di adaptasikan dalam kartun popular era 80an iaitu G.I.Joe),Yokozuna (besar bagak dia ni,pun dah mati jugak)dan Undertaker (masih lagi aktif bergusti).kejayaan sukan hiburan ni yang telah di pelopori oleh World Wrestling Federation WWF (kini WWE) yang telah mendominasi sukan hiburan ni sejak era 80an lagi telah mewujudkan satu lagi syarikat yang juga dalam sukan hiburan yang merupakan pesaing WWF ketika itu iaitu WCW (World Championship Wrestling).
Dvd ni menceritakan dari awal hingga akhir bagaimana jatuh bangunnya WCW dan akhirnya WCW telah di beli oleh WWE.WCW pada mulanya di kenali sebagai NWA kepunyaan Jim Crocket Promotions yang telah di beli oleh Ted Turner (juga di kenali sebagai Time Warner)sehingga pada awal 90an, apabila WCW telah di terajui oleh Eric Bischoff,dan beliau telah melakukan perubahan dalam WCW.ramai bintang2 dari WWE telah berhijrah ke WCW dengan bayaran yang lumayan.antaranya Hulk Hogan.WCW mendapat rating tetinggi dalam siaran tv kabel di seluruh US selepas Hulk Hogan berada di WCW.ini telah menyebabkan rating di WWE jatuh menjunam.dengan perpindahan ahli2 gusti ternama ke WCW temasuk penulis kreatif untuk story line WWE iaitu Vince Russo juga telah berpindah ke WCW.pada ketika itu ramai penggusti WCW lebih di kenali berbanding di WWE seperti Bill Goldberg,Kevin Nash & Scott Hall (trio tag team terbaik di wcw)Booker T,Scott Steiner,Jeff Jarret,Bret The Hitman Hart,Ric Flair dan juga Sting.
logo WCW sebelum di beli oleh WWE
WCW semakin terkenal dan makin mendapat rating tertinggi dengan wujudnya NWO (New World Order) yang di dominasi oleh Hulk Hogan,menampilkan penggusti2 ternama yang kononnya akan mengambil alih teraju WCW (yang sebenarnya hanya gimik untuk jalan cerita dalam wcw).ini menyebabkan WWE telah mewujudkan 'WWF Attitude' (tiada lagi cakap bertapis ketika rancangan ni ke udara,mencarut,caci maki semua dah ada dalam WWE)dan ikon WWE pada ketika itu ialah Stone Cold Steve Austin dengan trademark dia yang suka tunjuk jari tengah,suka minum beer,mencaci maki siapa je yang dia suka,tidak pedulikan undang2 hingga beliau bekonfontrasi dengan pemilik WWE Vince Mcmahon (yang sebenarnya juga jalan cerita untuk promosi tersebut).
WCW telah berada di ambang kehancuran apabila penggusti2 kelas B di promosi tersebut telah di ketepikan hak mereka,dan menyebabkan bintang2 gusti kelas B tersebut telah berhijrah ke WWE,dan di berikan acara utama oleh WWE seperti Chris Jericho yang menang World Heavywieght Champion yang beliau telah di ketepikan hak untuk sebarang kejuaraan merebut tali pinggang di WCW.
WCW juga telah mengalami kerugian yang banyak kerana membayar gaji bintang2 ternamanya yang kadang kala hanya sebulan sekali muncul dalam acara2 di WCW,masalah dalaman sesama penggusti yang belaku di sebalik tabir dan juga berlaku di dalam gelanggang.(sama macam kes Bret Hart ngan Shawn Michaels dulu)antara Hulk Hogan,Jeff Jarret dan Vince Russo.bole baca kat sini.
Masalah demi masalah dan juga rating siaran yang semakin menurun,yang menyebabkan kerugian berlipat ganda,akhirnya WCW telah di beli oleh WWE.segala akrib perlawanan,hakcipta,product WCW semuanya telah menjadi milik WWE.kini WWE lah yang telah menguasai sukan hiburan ni dan terkenal di seluruh dunia.
Dokumentari ni kira best jugak lah..kalau peminat baru memang taktau WCW ni pernah wujud dan pernah menjadi pesaing hebat WWE.ada jugak perlawanan klasik WCW yang terbaik seperti Ric Flair lawan Sting,Hulk Hogan lawan Macho Man.pada siaran akhir WCW Monday Nitro 26 Mac 2001,perlawanan antara Ric Flair dan Hulk Hogan sebenarnya telah di request oleh Vince Mcmahon yang di katakan perlawanan klasik.
So,pada peminat wrestling,terutamanya peminat2 lama silalah layan tak kisah la yang versi sedut ke,nak beli dvd dia ke,memang di rekomended layan Rise And Fall Of WCW ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)



.jpg)




