Wednesday 31 October 2012

Insidious (2011)

Filem seram ni adalah hasil usaha dari anak Malaysia kelahiran Kuching,Sarawak iaitu James Wan.beliau juga lah yang memulakan francais filem yang paling ngeri iaitu Saw.pada mulanya filem Saw tu hanyalah short filem untuk terbitan dvd je,tetapi menjadi box office setelah beliau bergabung dengan Leigh Whannell dan melakukan pengambaran semula filem tersebut.idea dan penulisan skrip untuk francais filem Saw semua adalah dari beliau.
Secara ringkasnya filem Insidious ni berkisarkan tentang satu keluarga yang telah berpindah ke rumah baru dan mengalami aktiviti paranormal dalam rumah tersebut.walaupun ceritanya agak typical,tetapi setelah aku layan plot demi plot,ternyata jalan cerita dalam filem ni ada macam ala2 cerita seram melayu sikit.(mungkin James Wan ni ada buat kajian tentang budaya hantu melayu agaknya)ada babak yang memang terasa seram sikit..haha..ternyata hasil James Wan ni tak mengecewakan.

Filem ni juga dapat rating tertinggi jugak la kat US.Kirk Hammet(Metallica)pun puji filem ni dan cakap filem ni bagus.seperti dalam interview beliau kat artisdirect.com :
"I saw Insidious the other day, and it gave me shivers multiple times. I couldn't believe how much it moved me and how scary it was. There were a lot of different, cool plot twists. It's great! I love endings like that. That's one of the best movies I've seen in a long time."


Filem ni seharusnya di tonton jika anda memang peminat filem seram.walaupun kebanyakkan filem2 seram omputih ni pada aku takda la nak seram sangat pun,tapi filem Insidious berjaya membuatkan aku duduk melekat kat kerusi tanpa bergerak kerana nak menghayati cerita ni..hehe..
Thumbs up to James Wan..!

3/5 Bintang*

Monday 29 October 2012

John Lennon - Gimme Some Truth Dvd

Dah lama beli dvd ni yang sebenarnya,di beli pada tahun 2009 kat Holiday Plaza JB.kalau dah nama Holiday Plaza la kan,biasalah,'lanun' pressing..hehe..Gimme Some Truth ni dokumentari rakaman album solo John Lennon yang paling terbaik dalam sejarah muzik selepas era The Beatles tak lain dan tak bukan album 'Imagine' dan jugak tersenarai dalam majalah Rolling Stone antara '500 greatest album of all time'.lagu Imagine yang bertemakan 'world peace' juga menjadi lagu klasik sepanjang zaman.bagi peminat tegar The Beatles,sapa yang tak kenal John Lennon ni kan?beliau juga boleh di katakan lagenda selepas Elvis Presley.
lanun pressing rm 6.(kalau mtv ke dvd konsert, kat holiday plaza jual rm6.)
 Dokumentari ni telah di tayangkan di US pada tahun 1972(aku pun belum lahir lagi)pengkritik kat US kata 'the most expensive home movie of all time' kerana segala perancangan dari penulisan lagu,idea dan demo lagu2 ni semua di buat di kawasan kediaman mewah John Lennon dan Yoko Ono di Tittenhurst Park,New York.ada jugak la beberapa selebriti terlibat dalam filem ni,ada George Harrison(The Beatles),Andi Warhol,Jack Palance dan Dick Cavett.antara lagu yang ada dalam dvd ni :
1.Imagine
2.Crippled Inside
3.Oh Yoko!
4.Jealous Guy
5.Its So Hard
6.I Dont Wanna Be A Soldier Mama
7.Gimme Some Truth
8.Oh My Love
9.How Do You Sleep
10.How?
11.Imagine (original)
12.Film Credit

Walaupun lagu2,pra produksi,idea perbincangan,susunan muzik dan segala hal dalam studio ni semua di buat oleh John Lennon dan producernya,tetapi kuasa veto sebenar terletak di tangan Yoko Ono.(juga menjadi pengurus bagi John Lennon)aku pun pelik John Lennon ni boleh ikut je telunjuk Yoko Ono ni.sebab tu la ramai yang cakap The Beatles hancus pasal dia la ni eh?.
Apa pun pasal Yoko Ono tu tolak tepi,layan dokumentari ni memang best.dapat tengok macam mana John Lennon ni buat lagu sambil main piano.lagu feberet aku selain 'Imagine' sudah tentunya 'Jealous Guy'..hehe..
Bagi peminat The Beatles/John Lennon atau bukan peminat pun boleh layan dokumentari ni.memang best.

*Pihak EMI pada mulanya ingin menjadikan lagu Oh Yoko! tu sebagai single,tapi di tolak oleh John Lennon alasannya kerana terlalu 'pop'(aku rasa ni pun pasal Yoko jugak yang tak bagi kot..)
 

Saturday 27 October 2012

Ramli Sarip - Ruh Zaman (2005) Versi Kaset

Rasanya belum terlewat lagi aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada rakan2 blog,pengunjung setia,pembaca setia blog aku(kalau ada)dan juga mereka yang pernah tersesat kat blog merapu aku ni..hehe..oleh kerana raya ni aku tak dapat cuti,terpaksa la batalkan plan aku yang kononnya nak gi Legoland cuti ni..hehe..(and yes,aku memang anak jati Johor,mencari rezeki kat KL ni)apa pun,moga kita semua mendapat keberkatan aidil adha pada hari ini..

Ok,sapa yang tak kenal dengan papa rock ni kan,ni antara albumnya yang aku ada..
Album ni sebenarnya aku ada yang versi CD,masih lagi ada di simpan kat rumah JB.kaset ni sebenarnya pemberian housemate aku pada tahun 2010 yang lalu.kerana beliau telah berpindah tempat kerja kat Ipoh. kaset player beliau pun dah rosak,dia bagi kaset ni kat aku katanya hadiah kenangan..hehe..album ni di datangkan dengan double kaset.
Condition kaset pun masih ok lagi.lum bercendawan lagi.album ni menampilkan lagu2 papa rock ni sepanjang 35 tahun penglibatan beliau dalam seni muzik di Malaysia/Singapura.lagu2 yang ada dalam album ni pun memang lagu sejak beliau dari Sweet Charity sehinggalah lagu2 dari album2 solo beliau.kesemua lagunya memang boleh di katakan lagu2 klasik yang biasa kita dengar.
         bahasa papa rock ni pun puitis jugak.aku suka baca quote kat dalam ni

Antara lagu2 dalam ni ada yang di rakamkan semula seperti lagu 'Kita Insan Biasa' duet bersama penyanyi Shima dengan penampilan khas Aji gitaris dari band Soul Journey.lagu 'Syair Laila Majnun' duet bersama Jamal Abdillah,Doa Buat Kekasih,(rakaman baru,masih duet dengan Khatijah Ibrahim),Senandung Hidup Berbudi duet bersama Jay Jay,Ku Miliki Bayanganmu duet dengan Francesca Peter,Bersenda & Sama-sama Merasa medley duet dengan Kopratasa,Lagu Zaman bersama Tan Sri Dato S.M Salim, dan Semangat Lamina bersama Lefthanded.pelbagai genre ada dalam ni,dari rock(lagu2 Sweet Charity)hinggalah ke irama melayu klasik.suara papa rock ni jangan cakaplah,memang maintain je sejak dari dulu lagi dengan trademark 'serak basah' tu.
                     senarai lagu dalam album ni

Album ni patut di miliki sekiranya anda memang peminat Sweet Charity/Ramli Sarip,atau yang tak pernah dengar langsung lagu2 dari nyanyian papa rock ni.cuba2 lah layan.lagu feberet : Sejuta Wajah,Batu,Jikalau Berkasih,dan Berita Gempa.Papa Rock the legend..

Thursday 25 October 2012

007 Yang Ke 50 Tahun

Sempena ulang tahun yang ke 50 James Bond dan juga filem ke 22 James Bond yang berjudul 'Skyfall' yang akan di tayangkan 1 November ni,teringat nak buat entri pasal Jebon ni.baru2 ni syarikat perfileman MGM (yang menerbitkan francais filem2 James Bond ni)telah meriliskan boxset Blu Ray koleksi James Bond dengan title nya 'Bond 50'.
Aku mula mengenali James Bond ni masa aku bebudak dulu sewaktu Roger Moore memegang watak ni dalam filem 'A View To A Kill' yang lagu tema dia di nyanyikan oleh Duran Duran tu.selepas tu Dimothy Dalton,masa filem 'The Living Daylights' tengah meletup,aku sampai menangis2 ajak arwah ayah aku nak tengok James Bond..hehe..satunya yang buat aku teruja pasal gadget2 yang canggih tu,lepas tu kereta dalam movie tu siap ada torpedo,machine gun,kereta kena tembak takda apa2 pun.sampai aku berangan bila dah besar nanti nak beli keta macam kereta James Bond tu..hehe..

Lepas tu bila aku dah mula pandai cari duit sendiri,aku ada jugak la kumpul tape VHS James Bond.(masa tu belum wujud lagi vcd player ngan dvd player)kebanyakkannya,biasa lah,kalau dah ada yang meminjam tu biasa nya memang terus buat harta laa..tak reti nak pulangkan semula.(sesapa pun memang pernah mengalami situasi begini).secara peribadi,aku lebih meminati Pierce Brosnan memegang watak James Bond ni,beliau ni memang memiliki pakej lengkap la..hensem,charming,pompuan pun mudah cair ngan renungan dia..hehe..tapi kalau dari segi aksi,aku rasa tak berapa kena sangat.kalau Daniel Craig memang kena.Bond baru lakonan Daniel Craig ni pun aku suka jugak,kerana Bond yang ni takda rasa belas kasihan dan agresif.mungkin juga pihak penerbitan francais Bond ni ingin melakukan perubahan.tengok la lakonan beliau dalam 'Casino Royale',bila dia nak bunuh,dia terus bunuh je takda banyak cakap.
'Casino Royale' dah banyak kali aku tonton tanpa jemu berbanding filemnya selepas tu iaitu 'Quantum Of Solace' yang pada aku agak boring sikit.
Ni antara senarai filem2 Bond yang mana mencecah boxoffice dan jumlah kutipan tiket tertinggi dan terendah selama 50 tahun ikon perisik ni menguasai layar perak.

Dan jangan lupa jugak yang ni,perisik melayu terkenal di pawagam Malaysia/Singapura pada tahun 60an dahulu..tau sapa?ni haa dia..hehe..
                                    filem Gerak Kilat (1966)

Tuesday 23 October 2012

Sunday 21 October 2012

UFO - Profession Of Violence

Dalam minggu ni je aku layan lagu ni yang versi terbaru yang ada solo gitar dari Vinnie Moore tu.sambil2 layan lagu ni,aku try la search kat tenet pasal lagu ni..rupanya baru aku tau lagu ni rupanya berdasarkan dari kisah benar tentang 'Kray Twins' gangster kembar yang boleh di katakan wanted jugak la pada tahun 60an dulu.
Ni yang aku baca kat songfacts.com :

Although they are not mentioned by name in this song, which is rather short lyrically, "Profession Of Violence" was inspired by the Kray Twins, who were notorious East End Gangsters in the 1960s. The Profession Of Violence, subtitled The Rise And Fall Of The Kray Twins, is the title of a well researched biography which was first published in 1972. See the twins in Song Images.
Reginald and Ronald Kray were born in the East End of London in 1933. After an apparently trouble free childhood they embarked on a criminal career which included robbery and protection rackets, the latter being something that is all but unheard of nowadays. They invested the proceeds of their crimes in legitimate businesses, including a night club in the West End of London, which earned them a certain celebrity. Reggie, the older of the two, had a flair for business, and had he been so inclined he could probably have put his criminal past behind him, but it was not to be. The Krays crossed the line with the murder of George Cornell, a member of the rival Richardson gang. In March 1966, Ronnie shot Cornell in a public house in front of numerous witnesses, although none would testify against him.
Eventually, New Scotland Yard decided enough was enough, and the Krays and their "firm" were arrested and brought to trial. The brothers were convicted of the murder of Jack McVitie, and Ronnie and another accomplice were convicted of the Cornell murder. They were jailed for life; Ronnie was later transferred to Broadmoor, an institution for the criminally insane; he died in 1995. His brother was released from prison on compassionate grounds in August 2000, after being diagnosed with terminal cancer, and died shortly after.
"Profession Of Violence" was co-written by vocalist Phil Mogg and then lead guitarist Paul Chapman, and runs to 4 minutes 22 seconds. In the US it was released as "Profession Of."
Very few heavy metal bands have ever used string arrangements, but UFO have on occasion, and the string backing to the guitar solo on this slow, thoughtful track is a master stroke.
ada di terbitkan buku pasal si kembar ni jugak.

                                      Ufo - Profession Of Violence

Memang best layan lagu versi baru ni..apa pun solo Vinnie Moore dalam lagu ni memang menusuk kalbu!!..hehe

Friday 19 October 2012

Bullet Time

Kepada kaki game PS3 dan XBox 360 dan juga kaki wayang mesti tau apa dia 'bullet time' ni.Bullet time ni adalah kesan khas atau special effect yang menggunakan teknologi terkini dalam dunia kamera digital dan dalam industri perfileman.terma 'Bullet time' ni telah di daftarkan dan menjadi trademark bagi syarikat perfileman Warner Bros.filem pertama yang menggunakan teknologi ni sudah tentu lah filem 'The Matrix' lakonan Keanu Reeves pada tahun 1999(pertama kali teknologi ni di perkenalkan di layar perak).ingat lagi aksi beliau mengelak dari di tembak agent Smith dalam filem tersebut?aksi dalam gerak perlahan itulah yang di panggil 'bullet time'.
aksi keanu reeves dalam filem The Matrix(dalam teknik bullet time)

 Selepas tu barulah teknologi bullet time ni berkembang,hinggakan syarikat2 pengeluar permainan konsol seperti Sony PS3,Microsoft Xbox dan Nintendo menghasilkan permainan yang bercorak bullet time ni di konsol masing2.antara game2 yang menjadi kegilaan aku masa di Playstation2 dulu ialah Max Payne,Dead To Rights(game ni memang terbaik teknik bullet time dia) dan Enter The Matrix.sesapa yang ada konsol Playstation 2 mesti tau game ni..hehe..Selepas tu teknologi bullet time ni di upgrade lagi dalam konsol Playstation 3 dan Xbox 360 game yang terbaik aku penah layan kat PS3 member aku ialah 'Stranglehold'(di adaptasikan dari filem lakonan Chow Yun Fatt yang bertajuk 'Hard Boiled,hasil arahan dari John Woo.beliau juga mengarah bagi versi game ni)layan game Straglehold best woo..sampai pagi aku tak tido melayan game tu..(tengah berkira2 jugak nak beli PS3 ni..hehe)

Bullet time ni juga di gelarkan pelbagai nama,seperti 'frozen time','the big freeze','flow motion',dan 'time slice'.untuk menghasilkan scene bullet time ni bukan mudah,memerlukan kamera berteknologi tinggi 3D yang mahal,ia juga di panggil 'Phantom Camera'.bayangkan untuk sesuatu scene aksi dalam filem 'The Matrix' je memerlukan 300 biji kamera..! ia merakamkan setiap pergerakkan pelakonnya secara terperinci frame by frame.agak rumit jugak nak menhasilkannya.
setting kamera untuk bullet time dalam filem The Matrix

Sebenarnya teknik slow motion ni telah mula di perkenalkan sejak abad ke 19 lagi,pada ketika itu seorang photographer telah cuba bereksperimen dengan kameranya dengan mengambil gambar lumba kuda dengan menggunakan teknik frame by frame dengan menyusun beberapa kamera di trek lumba tersebut.Eadweard Muybridge,beliau lah orang pertama yang telah bereksperimen dengan kamera dengan menggunakan teknik ini.
teknik bullet time yang pertama dalam sejarah hasil Eadweard Muybridge

Setelah itu teknologi bullet time ni di gabungkan dengan teknik 3D sekaligus dan terhasilnya filem2 yang menggunakan teknik ni seperti Resident Evil 4 :AfterLife dan yang terbaru Resident Evil : Retribution.selain dari tu dalam industri permainan video juga berkembang antara game terbaru yang menggunakan teknik bullet time dalam HD ialah Max Payne 3,God Of War 3,Death To Rights 2,dan Requiem : Avenging Angel.dalam industri muzik juga ada menggunakan teknologi ni.band Creed ialah band yang pertama menggunakan teknologi ni dalam dvd konsert mereka yang berjudul 'Creed Live'.

*Err..ada sesapa tau tak harga terkini PS3?rasa macam nak beli PS3 je ni..hehe..

                                      Max Payne 3 trailer





Wednesday 17 October 2012

The Stoning Of Soraya M. (2008)

Filem ni memang 100 percent di rekomen..!
Berdasarkan dari kisah benar dan juga novel hasil tulisan bekas wartawan Iran/Perancis Freidoune Sahebjam.filem ni jugak mendapat tayangan dan kritikan hebat di Toronto International Film Festival dan juga tercalon untuk anugerah filem terbaik dalam pelbagai festival filem di Amerika.di arahkan oleh Cyrus Nowrasteh dan di bintangi oleh pelakon yang pernah tercalon dalam anugerah akademi Shohreh Aghdaslo,James Caviezel dan pelakon Iran-Amerika Mozhan Marno sebagai Soraya (http://www.facebook.com/mozhanmarnopage)

Buku hasil tulisan bekas wartawan ni telah di haramkan di Iran,kerana kritikkan nya dalam sistem legal Iran.
Filem ni mengisahkan Zahra,ibu saudara kepada Soraya telah menceritakan kisah menyayat hati ni kepada Shohreh,dengan harapan wartawan tersebut akan membawa berita tetang ketidakadilan ni di mata dunia.Soraya telah berkahwin,walaupun hidup dalam keadaan daif di sebuah kampung terpencil di Iran,beliau tetap mentaati suami beliau Manutchehri Ghorban-Ali.Ali ni seorang yang bercita2 tinggi dan tamak dengan nafsu dan kuasa.beliau telah menggilai sorang budak perempuan berusia 14 tahun dan ingin berkahwin dengan gadis tersebut.tetapi beliau tak mahu berkahwin dua,dan juga tidak mahu memulangkan mas kawin kepada Soraya (adat di Iran apabila suami menceraikan isteri,si suami kena pulangkan mas kawin pada bekas isteri).sungguh pun begitu,Soraya tetap bersabar dengan kerenah suaminya,sehingga akhirnya Soraya di fitnah oleh suaminya sendiri dengan mengatakan Soraya telah berlaku curang terhadapnya dengan menuduh Soraya berzina dengan lelaki lain.kerana suami nya telah bersubahat dengan pihak berkuasa di kampung tersebut,yang di mana akhirnya Soraya di tarik,di tanam hingga ke paras pinggang,dan di rejam sampai mati.
Masa layan movie ni pun aku agak emo sikit tengok perangai suami Soraya tu,rasa nak rejam dia jugak..haha..Freidoune Sahebjam,selain beliau pernah menjadi wartawan perang,beliau juga adalah anak lelaki bekas duta Iran dan pernah melaporkan keganasan kerajaan Iran dan ketidakadilan sistem dan hak- hak wanita di sana pada PBB.

Filem ni juga menjadi 'official film' bagi pertubuhan hak asasi manusia,pertubuhan keganasan terhadap wanita dan juga pertubuhan wanita islam di seluruh dunia.filem ni jugak pernah di tayangkan di Central Market Kl pada tahun lepas sempena festival 'Human Rights In Outer Space' dari 5 hingga 11 Disember 2011 yang lalu di Central Market.
Apa pun,ini lah baru di namakan filem.rugi kalau tak tengok.macam aku cakap tadi,100 percent rekomen..!!

*3/4 bintang.

Monday 15 October 2012

Blogger Mobile

Kepada anda yang ada iphone atau pun Android,boleh la cuba aplikasi ni.aplikasi ni adalah alternatif kalau takda laptop/pc bagi mereka yang selalu keja outstation atau malas nak update blog kat laptop..hehe..
Kalau guna mobile blog ni sambil baring pun boleh update.rupa aplikasi ni lebih kurang macam ni lah kalau kat iphone.
Aku pun pertama kali try update guna aplikasi ni.agak kekok sikit,lagi satu masalahnya ialah,typing error,tau je la keypad phone ni bukan mcm keyboard laptop,asek terkucil je..hehe
Aplikasi ni boleh di download secara percuma kat Android dan Apple Store kalau anda menggunakan iphone/ipad/samsung.

p/s : update guna laptop jugak lagi senang..

Friday 12 October 2012

Salute..

Tabik spring kat encik Nordin Saat,yang berusia 50 tahun.beliau satu2nya calon persendirian yang mengambil peperiksaan menengah rendah (PMR).beliau mengambil peperiksaan tersebut di Sekolah Menegah Kebangsan Tasik Utara Johor Bahru.
Semoga encik Nordin Saat lulus dengan cemerlang.cerita lebih lanjut tentang beliau boleh baca kat sini
Juga kepada adik2 yang menduduki PMR pada tahun ni,semoga anda semua lulus dengan cemerlang.

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Kelebihan seorang berilmu dengan seorang abid adalah seperti kelebihanku dengan orang paling rendah darjatnya dikalangan kamu."
( Riwayat al-Tirmizi )

Thursday 11 October 2012

Saxon - Rock The Nations 12 Inci,G.I.Joe & W.Axl Rose

Ni la hasil shopping kat Amcorp Mall sabtu lepas..
Masa aku tengah pegang lp ni sambil usya lp lain kat flea market tu,aku di sapa oleh 'the vinyl guru' Mr. Joe Rosario."hey brader,(sambil tunjuk lp Saxon yang aku pegang)its heavy man!"..aku pun jawab,'Yeah,i love heavy music"..good brader,make your neighbours angry by playing out loud eh"..kami gelak bersama..haha..beliau ni memang femes gak la kat Amcorp Mall tu.radio Traxx.fm pun pernah interview beliau berkenaan dengan hobi kumpul lp ni..boleh baca cerita pasal dia ni kat sini
 Ok berbalik pada lp ni.Rock The Nations ni adalah 12inch/maxi single sama dengan full album Saxon dengan tajuk yang sama.rilisan pada tahun 1986.Saxon ni juga antara legend dalam NWOBHM otai2 peminat British heavy metal ni mesti kenal Saxon.dengan line up klasik mereka Biff Byford (bass/vokal) Graham Oliver (gitar) Paul Quinn (gitar)Paul Johnson (bass,lepas album Rock The Nations di rakamkan beliau baru join) dan Nigel Glockler(drums).
Cuma ada 3 lagu je dalam maxi singles ni.lagu Rock The Nations,747(Strangers In The Night) dan lagu And The Bands Played On.rekod ni ialah 'limited edition clear vinyl pressing'.lp dia putih jernih.

 Stiker kat lp pun dah pudar tak berapa nampak sangat tulisan kat situ.maklum la,benda pun dah lama.ni pun dah kira 'luck' aku la dapat lp ni..hehe..

Lepas tu aku masuk pulak kedai Book Excess.sesuai dengan tagline dia "read more,pay less" aku pun ambik satu buku ngan satu komik ni..

Komik G.I.Joe The Best/Worst Of Cobra Commander dengan buku W.Axl Rose The Unauthorized Biography hasil tulisan rock journalist femes Mick Wall.(yang axl anti sangat dengan dia kan,siap ada lagu 'Get In The Ring' tu)komik G.I. Joe tu lum baca lagi,masih sealed lagi,buku Axl Rose atau singkatannya di panggil 'WAR' baru baca sikit je.pasal time malam je baru ada free time nak baca,tu pun kadang2 buku tu yang baca aku balik(pasal aku tetido daa..hehe)
nanti lah bila aku cepat abis baca buku ni nanti aku story apa isi dalam dia..



Tuesday 9 October 2012

Metallica Fan Can - Live At Copenhagen 2009

Dah lama beli dvd ni yang sebenarnya,cuma baru tadi teringat dvd ni tersimpan lama dalam rak dvd aku.konsert ni di rakamkan kat Copenhagen Denmark,tempat di mana lahirnya Lars Ulrich.konsert yang berlangsung selama 5 malam ni pada tahun 2009,sempena jelajah 'World Magnetic Tour' dari album paling hit mereka yang telah kembali ke heavy metal kental iaitu 'Death Magnetic'.
 Versi ori,bukan versi lanun tau..hehe..tapi packaging dia macam dvd lanun lak..
 Ada 2 dvd set kat dalam ni.

Disc 1 :
Metallica memainkan sebanyak 19 lagu pada malam 27 july 2009.apa yang best dalam setlist mereka ni buat pertama kalinya mereka memainkan lagu instrumental 'Suicide And Redemption'.sebagai lagu special untuk crowd Copenhagen.Hetfield buat lawak cakap tajuk lagu ni  'Suicidal Tendencies' (band lama Rob Trujillo).selain lagu2 dari album Death Magnetic yang mereka mainkan,ada juga lagu yang amat jarang di mainkan live macam lagu 'No Leaf Clover' dan lagu 'Dyers Eve'.apa yang istimewanya konsert ni ialah,ia bukan di rakamkan oleh krew2 Metallica,sebaliknya Metallica telah mengambil peminat kelab mereka untuk memberi peluang peminat2 ni merakamkan video live mereka ni.footage dalam konsert ni pun memang keseluruhannya di rakamkan oleh ahli kelab Metallica tanpa di edit.sebab tu ada yang nampak agak 'kureng' sikit.walaupun ada kekurangan,tapi hasilnya memang bagus jugak lah.
                           setlist dalam dvd ni


Disc 2 :
Bonus songs dan bonus footage.
Yang ni pun best,Metallica memainkan lagu instrumental yang selalu di gunakan sebelum show mereka,yang mereka gunakan sebagai muzik tema mereka iaitu 'The Ecstasy Of Gold' lagu tema dari filem koboi  lama lakonan Clint Eastwood yang bertajuk "The Good,The Bad And The Ugly".Metallica juga pernah merakamkan lagu ni untuk tribute bagi pencipta asal lagu ni Ennio Morricone dalam album "We All Love Ennio Morricone".
Lagu lain dalam bonus songs ni,'My Apocalypse', 'Disposable Heroes', 'The Judas Kiss', 'All Nightmare Long' dan 'Trapped Under Ice'.
Bonus footage pulak cerita pasal belakang tabir untuk pembikinan konsert ni,perbincangan dan penerangan dari ketua krew Metallica untuk ahli kelab peminat ni,cara2 macam mana nak record sewaktu konsert,memilih sudut2 yang menarik untuk record,rakaman di celah2 penonton,penerangan macam mana nak rakam setiap anggota Metallica sewaktu konsert dan mereka juga di ajar cara2 menggunakan kamera HD yang canggih tu.selain dari tu ada jugak la tunjuk Metallica tengah rehearsal kat tuning room,lepas tu Lars tunjuk rumah lama dia yang mana dia di lahirkan dalam rumah tu,tempat2 dia selalu melepak masa zaman kanak2 dia.
Dvd ni memang best sama best dengan solo2 Kirk Hammett dalam konsert ni..hehe


Sunday 7 October 2012

Buku Khurafat Alam Melayu

Ada satu pepatah dari bahasa Arab dari dalam buku ni,yang di terjemahkan dalam bahasa Melayu : "Aku kenali kejahatan bukan untuk melaksanakan nya,namun untuk menjaga diri darinya.barangsiapa yang tidak mengenal kebaikkan dan kejahatan,di khuatiri akan terjerumus ke dalamnya".buku ni aku beli minggu lepas kat kedai Popular Wangsa Walk,Wangsa Maju. di terbitkan oleh Pustaka Azhar yang beroperasi di Terminal Larkin JB.buku yang berilmiah ni agak menarik jugak kupasannya tentang khurafat yang berlaku dalam agama islam sejak zaman jahiliah lagi. cuma 160 mukasurat je,dan berharga cuma rm 13.00.tetapi isi dalamnya memang penuh dengan info yang bagus.
Tathayur atau tahyul(dalam bahasa melayu) dan khurafat ni telah berlanjutan beratus tahun lamanya sama ada secara sedar atau tidak ia terus semacam menjadi warisan nenek moyang turun temurun.dan budaya ni tanpa kita sedari sebenarnya ada berkaitan dengan budaya hindu jugak.antara khurafat yang mungkin masih lagi di amalkan atau di percayai oleh orang melayu seperti yang ada dalam buku ni lebih kurang macam ni :
-Kalau kita keluar rumah,bila terjumpa ular melintas di pertengahan jalan,mesti kena batalkan perjalanan tersebut.kalau tak akan mendapat malapetaka.
-Kalau uri bayi yang baru lahir tu mesti di tanam bersama dengan pensil,atau pun alat tulis,bila besar nanti anak kita akan jadi orang yang terpelajar
-Bawah bantal bayi tu mesti nak kena letak gunting,atau besi magnet atau pun benda2 tajam supaya hantu setan takut.
-Kalau baru balik dari mengerjakan haji,kena duduk dalam rumah selama 40 hari,kalau tak sia2 je haji kita tu.

Selain dari tu ada juga kupasan tentang khurafat dan tahyul tentang tangkal,azimat,mentera dan dalam berdoa pun ada jugak yang berunsurkan khurafat.kebanyakan orang yang terjerumus ke dalam perbuatan khurafat dan tahyul yang boleh membawa kepada syirik, melanggar persaksian syahadah mereka sendiri adalah disebabkan oleh kebodohan dan kelalaian dari memahami tauhid, sebaliknya mereka lebih rela taqlid buta (mengikut tanpa mempersoalkan) kepada adat kebiasaan nenek moyang.
Buku ni turut menghuraikan segala tentang syirik dan pelbagai jenisnya, supaya ia dapat dijauhi kerana bentuk syirik yang berkembang di tengah-tengah masyarakat pada hari ini berpunca dari dua faktor di atas sehingga banyak amalan-amalan khurafat yang membawa kepada syirik dianggap biasa dan lumrah dalam kehidupan kita sehari2.
Buku ni memang bagus.banyak lagi kupasan secara detail dalam ni.memang aku suggestkan pada mereka yang suka membaca,baca lah buku Khurafat Alam Melayu ni.sama2 kita mendapat manfaatnya..


Thursday 4 October 2012

Lulla Man (2010)

Kadang2 bila bosan layan movie thriller,seram atau action,sesekali aku layan jugak la movie komedi.movie ni member kat tempat kerja aku yang rekomen.dia cakap memang lawak gila punya.semalam balik dari kerja aku terus beli dvd ni.memang lawak abes!..aku tengok sorang2 pun boleh gelak sampai berair air mata..haha..antara movie lawak dari Thailand yang terbaik pada aku.walau pun ada macam ala2 American Pie sikit,tapi takda lah sampai tahap berbogel dalam cerita ni.memang layan.

Ceritanya mengisahkan 3 lelaki yang dah berkahwin dan ketiga2nya duduk serumah.mereka ialah Tan,Joon dan Tu.Tan bekerja sebagai fotografi professional,Joon sebagai penyanyi kelab malam dan Tu bekerja sebagai penerbit filem.mereka bertiga ni mempunyai hobi yang sama,suka berfoya2 dengan perempuan lain sewaktu mereka keluar berkerja,isteri2 mereka ni memang kurang mempercayai mereka,tapi biasalah,diorang ni memang pandai cover line.hehe..
Masalah menjadi semakin rumit apabila Tan bertemu Suzie,awek cun yang beliau offer untuk di jadikan model untuk iklan,dan Tan mula mengayat Suzie,hingga Suzie jatuh hati kat Tan.yang sebenarnya Suzie tu ialah wife Benji,ketua mafia Bangkok.apabila hal ni di ketahui Benji,beliau bertindak untuk menghapuskan Tan dan Suzie.
Part yang lawak ada satu scene diorang ni pegi berjumpa perempuan simpanan,rupa2nya diorang ni tak tau yang perempuan yang diorang nak jumpa tu perempuan yang sama diorang nak jumpa..hehe..lagi satu part si Tu ni dok kutuk2 ada sorang mamat negro ni,rupa2nya mamat negro tu paham bahasa Thailand..haha..
Tan(lakonan Chakrit Yamnan)pernah berlakon bersama Nicholas Cage dalam movie 'Bangkok Dangerous'.

Cuba la layan movie ni,memang gerenti gelak tak ingat punya..haha..
2 bintang*

                                   Lulla Man Trailer




Tuesday 2 October 2012

Bad Company LP (1974)

Album ni telah di riliskan pada 26 Jun 1974.berpuluh tahun dah.memang kategori klasik rock ni.kalau tak kerana arwah ayah aku dan pakcik aku layan Bad Company ni dulu,memang aku tak tau yang ni band klasik rock terbaik sepanjang zaman.(arwah ayah aku dan pakcik aku memang minat Bad Company,Pink Floyd dan King Crimson).album ni jugak berjaya berada di no.1 carta Billboard di US,dengan jualan 5 juta unit dan berada ni ranking ke 46 'best selling album of the 70s'.majalah Kerrang jugak pernah menyenaraikan album ni antara album terbaik sepanjang zaman.
 Band Bad Company ni sebenarnya terbahagi kepada 2 era.original Bad Company era Paul Rodgers (1973 - 1982)dan era Brian Howe (1986 - 1994) yang popular dengan lagu 'If You Needed Somebody'.tu pun kalau tak silap lagu tu je yang hit kot?..tapi era Paul Rodgers ni lagu2 dia pun kira paling best dan betul2 klasik la.lagu 'Rocksteady' dan lagu 'Ready For Love' tu pun selalu jugak aku dengar kat radio.selain dari tu,lagu 'Cant Get Enough' dan 'Bad Company' pun best.line up dalam album ni :
Boz Burrel -Bass (ex- King Crimson)
Simon Kirke - Drum
Mick Ralphs - Gitar
Paul Rodgers - Vokal,Gitar


LP ni aku beli cuma rm 10 je kat Plaza Seni JB.ada satu kedai apek cina tu jual barang2 antik.Laser Disk pun ada jual kat kedai tu (bro berteromber mesti tau kedai ni)kedai dia memang banyak LP.kebanyakannya LP lagu pop cina 80an..hehe..nak kena rajin selongkar kat kotak dia tu,kalau bernasib baik jumpa la LP yang best2 kat situ.apek tu tak tau betapa klasiknya Bad Company ni,aku ingat kalau dia tau mesti dia jual mahal punya..hehe
Kepada sesiapa yang nak tau muzik klasik rock tu macam mana,boleh dengar Bad Company ni,atau dedikasikan lagu 'Ready For Love' tu untuk awek yang korang dah suka..hehe..