Showing posts with label Entertainment. Show all posts
Showing posts with label Entertainment. Show all posts

Thursday, 28 September 2017

Throwback Thursday

Antara lagu yang bukan rock aku pernah terjebak dengar suatu ketika dahulu..heheh

1.Snap - The power



2.Soul II Soul - Back To Life




3.Milli Vanilli - Girl You Know Its True




4.Suzanne Vega - Tom's Diner





Dan akhir sekali.. Gloria Estefan & Miami Sound Machine - Conga





Ada banyak lagi sebenarnya tapi ni je la yg melekat kat kepala bila dengar balik..heheh..

p/s : idea takda nak buat entri baru

Friday, 14 April 2017

Beyond Scared Straight

Oleh : Mat Lester




Salah satu program realiti di US "Beyond Scared Straight".

Secara ringkasnya, program ini bertujuan memberi pengajaran dan teladan kepada remaja bawah umur yang bermasalah seperti terlibat dalam kes pergaduhan, kegiatan samseng, menghisap dan mengedar dadah, meminum arak, melawan cakap ibu bapa, membuli dan sebagainya.

Remaja ini dihantar oleh ibu bapa mereka ke penjara untuk memberi gambaran sebenar kehidupan di penjara. Mereka berdepan dengan banduan sebenar yang mempunyai latar belakang kes jenayah berprofil tinggi seperti kes jenayah seperti membunuh, merompak, merogol dan banyak lagi. Bak kata perumpamaan melayu " Buku bertemu ruas".

Di program ini juga, jangan fikir banduan menasihati remaja ini secara lembut akan tetapi mereka ditengking dan dilontarkan dengan kata kata yang kesat.

Budak budak ini juga didera secara mental dan fizikal semasa berhadapan dengan para banduan. Antara arahan banduan kepada budak budak ini ialah disuruh melakukan tekan tubi. Seperti yang kita tahu, tekan tubi membantu membina kekuatan dan pembesaran otot tubuh badan. Maksudnya, di penjara Amerika, risiko ancaman diri untuk dibuli oleh banduan lain adalah tinggi sekiranya mempunyai tubuh badan yang kecil.

Selain itu, remaja juga dipaksa makan menu makanan harian yang dimakan oleh banduan sepanjang hari. Kelakarnya, ada remaja ini yang muntah dan menangis teresak esak kerana tidak sanggup menghabiskan makanan.

Di samping itu, remaja bermasalah juga turut diugut akan dirogol oleh banduan golongan homoseksual. Tambahan pula, banduan ini tidak akan mempunyai rasa belas kasihan terhadap bakal mangsa mereka.

Sebenarnya banyak lagi pengajaran dan teladan dari program ini.Hasilnya, sebahagian remaja berjaya mengubah diri mereka untuk berkelakuan baik. Anda boleh menonton sendiri program ini di Youtube. Namun tak pasti, samada program ini masih disiarkan atau sebaliknya.

Episod Kegemaran ( Big Dragon)



Episod ini sangat menarik. Cara "Big Dragon" menasihati remaja yang bermasalah adalah lain daripada yang lain. Ini kerana beliau tidak menengking mahupun menjerit, tetapi dengan nada suaranya yang lembut dan tenang sudah cukup menakutkan para remaja.

Antara nasihat Big Dragon kepada remaja ini ialah :

" I just got arrested and it just starts going downhill. You pick one case and pick another one and before you know it, you're burying yourself, 
deeper, and deeper, and deeper. If you're in a similar situation, take the advice"


Dakota Joe




Episod ini memaparkan perbualan remaja yang bernama Austin dengan para banduan. Cara percakapan Austin yang kurang ajar membuatkan banduan bernama Dakota Joe ini mengamuk. Akhirnya Austin terdiam dan ketakutan setelah Dakota Joe menyebut sesuatu perkataan...

p/s: aku dah tengok kat youtube.memang best la program ni.

Monday, 3 April 2017

The Book Thief (2013)

Dah lama tak tonton filem yang bergenrekan drama berat dan antara yang menarik untuk di tonton




The Book Thief mengisahkan ketika era perang dunia kedua dan suasana kehidupan di German ketika pemerintahan Adolf Hitler.kisah tentang seorang budak perempuan bernama Liesel Meminger yang telah di ambil menjadi anak angkat kepada sepasang keluarga tua.Leisel ni gemar membaca.tapi pada ketika era pemerintahan Hitler,rakyat German tidak di benarkan membaca buku dari luar German.oleh kerana sukar untuk mendapatkan bahan bacaan,Liesel ni pergi curi buku di rumah seorang senator German tanpa di ketahui oleh tuan rumah tu.

Walaupun bergenrekan drama berat,jalan cerita mudah di fahami plot demi plot yang tak rumit senang nak hadam ceritanya.lakonan Sophie Nelisse (pelakon baru dari Canada) dan juga lakonan Geoffrey Rush (yang  jadi Captain Barbossa dalam Pirates Of Carribean) yang menjadi ayah angkat Liesel dalam filem ni memang terbaik.antara filem yang aku tonton tanpa rasa bosan.boleh layan kalau anda suka filem yang bertemakan perang dan kasih sayang.filem ini juga mendapat pencalonan Academy Awards.

*5/5

Friday, 10 March 2017

John Wick Chapter 2 (2017)

Yang baru di tonton..



Dalam tahun 2017 ni,aku masuk panggung wayang cuma dapat tengok John Wick 2 ni je.itu pun sebab rakan sekerja yang ajak.kalau aku sorang memang tak pegi la.tak best kalau tengok wayang sorang2..heheh..

John Wick bahagian kedua ni mengisahkan kisah yang berlaku selepas bahagian pertama.empat hari selepas John Wick berjaya membunuh ex boss dia yang merupakan mafia terbesar di New York.pembukaan cerita je dah sarat dengan aksi.kerana John Wick nak ambil balik kereta Ford Mustang dia yang di curi oleh anak ex boss dia.Dia sebenarnya nak bersara dari jadi pembunuh upahan,tetapi bekas rakan kongsinya memaksa dia untuk kembali ke dunia jenayah.jalan cerita yang selanjutnya aku taknak la cerita panjang.tapi kalau untuk peminat filem aksi boleh tengok la filem ni.jalan ceritanya simple je,babak aksi dan permainan senjata dari Keanu Reeves memang kena la dengan watak dia mengingatkan aku pada filem 'The Matrix'.Keanu Revees walaupun dah masuk 50an masih lagi maintain macho dengan watak John Wick ni.

Pada sesiapa yang rindukan aksi Keanu Reeves lagi pun dia dah lama tak belakon filem aksi,boleh la layan filem ni.mungkin ada sambungan lagi filem ni.

*3/5

Tuesday, 28 February 2017

The Accountant (2016)

Yang baru di tonton..




Selepas filem Batman vs Superman,nampaknya Ben Affleck dah mula nak belakon filem bercorak action dan crime thriller.mungkin dia tau sebab faktor umur kalau nak berlakon filem cinta2 ni bukan zaman dia dah..heheh.filem ini mengisahkan tentang Chris Wolff seorang forensik akauntan yang menerima upah seperti komik rare,jongkong emas dan juga lukisan2 termahal.Dia dan bersama seorang lagi akauntan (lakonan Anna Kendrick) hampir di bunuh kerana mereka membongkar kehilangan wang yang berjumlah berjuta dollar oleh sebuah syarikat yang telah melantik Chris untuk menyemak segala akaun dalam syarikat itu

Overall filem ni best la.lakonan Ben Affleck sebagai akauntan yang ada autism dan pakar dalam senjata memang terbaik.cubaan Anna Kendrick untuk berlakon filem serius seakan tak menjadi,sebabnya dia ni memang terkenal sebagai pelakon lawak.tapi ada juga la di selitkan sedikit elemen lawak oleh beliau.antara filem yang mesti tonton.sebab jalan ceritanya pun best.

*4/5

Monday, 30 January 2017

Malaysia Pro Wrestling



Malaysia Pro Wrestling (MYPW) merupakan arena gusti profesional pertama di Malaysia dan dikunjungi lebih 400 penonton setiap kali dilangsungkan di Ku-Ash Theater, Taman Tun Dr Ismail.
Selain daripada melakar sejarah baru buat sukan tanahair, atlet-atlet gusti dari seluruh Asia Tenggara seperti Singapura, Vietnam, Filipina dan juga Jepun turut dilatih secara profesional di pusat pembangunan bakat MYPW.





Biarpun jenis perlawanan sama seperti yang ditayangkan rancangan Raw atau Smackdown sebelum ini, peluang melihat rakan senagara mempamerkan aksi sepenuh tenaga dalam gelanggang memberi kepuasan tersendiri apatah lagi kemunculan objek asing seperti kerusi besi, rotan, dan besi pemangggang turut digunakan bagi melemahkan lawan masing-masing.
Acara ini turut diserikan dengan kehadiran beberapa selebriti tanahair seperti jaguh bina badan Negara Sazali Samad, Yank Kassim, Julia Ziegler, Fizz Fairuz, Amar Asyraf dan ramai lagi.





Yang paling mencuri perhatian pastinya adegan Raja Repot Malaysia, Ayahanda Abdul Rani Kulop Abdullah yang terlibat dengan insiden perbalahan dengan salah seorang penggusti, Furious Faizal yang berani mencabar dan menolak beliau yang menonton di sisi gelanggang ketika itu.
Natijahnya, satu pergelutan kecil berlaku dan Ayah Lop sempat menghadiahkan beberapa libasan tongkat ke belakang Furious Faizal

Untuk keterangan lanjut MyPW boleh dilayari dilaman Facebook rasmi :
https://www.facebook.com/MyProWrestling/


p/s : aku pun baru tahu pasal kewujudan Malaysia Pro Wrestling ni.boleh la nanti Malaysia hantar wakil pergi WWE.

Sumber : https://www.facebook.com/sengalparanormalteam/?fref=ts

Friday, 30 December 2016

Bakal Terbit

   
yang sedang di tulis






Nantikan kemunculan antalogi cerpen hasil tulisan dari penulis blog merapu yang perasan nak jadi penulis.(orang sibuk nak terbit buku dia pun sibuk jugak..heheh) bersama mentor dan sifunya yang telah mengajar beliau menulis cerita,susun atur,jalan cerita dan macam2 lagi lah.tak lain dan tak bukan ialah sahabat karib aku sejak dari kecil lagi iaitu Azura Halid Idea ini datangnya dari beliau.oleh kerana kekangan masa dan kerja,aku curi2 masa jugak la nak buat cerita untuk novel yang akan di terbitkan nanti.Ada juga cerita yang dah aku buat dalam blog ni akan di muatkan dalam buku ini juga.

Insya Allah,akan di riliskan pada tahun 2017 ini,tak pasti bila tapi akan di beritahu nanti.harap sokongan dari rakan2 blog dan juga pembaca yang rajin singgah di sini.


p/s : Al Fatihah untuk Allahyarham Tan Sri S.M.Salim.moga Rohnya Di Rahmati Allah SWT

Monday, 26 December 2016

The Magnificent Seven ( 2016 )

Dah lama tak menonton filem koboi.




Filem cowboy yang aku tengok hanyalah filem 'The Good,The Bad And The Ugly' lakonon Clint Eastwood seperti yang ramai tahu,soundtrack filem ini pernah di gunakan Metallica untuk lagu latar sebelum konsert mereka bermula.Ok,filem The Magnificent Seven ini sebenarnya remake dari filem koboi yang sama judulnya pada tahun 1960.adaptasi dari karya lagenda filem jepun iaitu Seven Samurai yang telah di terbitkan pada tahun 1954 oleh penerbit lagenda Akira Kurosawa.remake filem ini di arahkan oleh Antoine Fuqua (The Equalizer,Training Day,Olympus Has Fallen) antara pengarah filem yang agak kreatif.walau filem ini bercorak western,aku tonton juga la sampai habis di sebabkan pelakonnya pun semua hebat.ada Denzel Washington,Ethan Hawke,Chris Pratt dan pelakon korea Byung-Hun Lee.

Filem ini mengisahkan Sam Chisholm (Denzel Washington) seorang pegawai warrant yang telah di upah oleh seorang wanita bagi menyelamatkan bandar yang mereka diami oleh sekumpulan pejahat yang suka memeras ugut penduduk di bandar itu.Sam mula mengumpulkan enam orang pemain senjata dan penembak yang terhandal bagi menewaskan penjahat yang ramai bilangannya.
Walaupun filem ini remake,tapi babak aksi old school tembak menembak dan aksi permainan pistolnya memang terbaik la.tak kisah la kalau ceritanya hanya kitar semula dari tahun 1960an dulu,tetapi di beri sentuhan baru yang lagi best.

Wajib tonton jika anda peminat Denzel Washington atau peminat filem western walau jalan ceritanya tak berapa nak menarik dan mudah di jangka.

Tuesday, 15 November 2016

The Nice Guys ( 2016)



Nice Guys ialah filem yang bergenrekan action/crime thriller/comedy yang agak menarik juga.pada mulanya aku ingatkan filem ini filem serius yang agak berat,tetapi sebenarnya ia adalah filem komedi yang boleh lain dari yang lain.kerana pelakonnya pun setau aku memang tak pernah belakon filem komedi.watak komedi bersahaja lakonan Russel Crowe dan Ryan Gosling berjaya menarik minat aku untuk menonton filem ini sampai habis.

Berlatarkan pada era tahun 70an,filem ini mengisahkan tentang dua penyiasat persendirian iaitu Jackson Healy (Russell Crowe) dan Holland March (Ryan Gosling) telah menyiasat satu kes rumit tentang misteri kematian pelakon porno yang agak terkenal dan juga kehilangan seorang perempuan yang bernama Amelia.walaupun jalan ceritanya biasa,tetapi elemen komedi dan sedikit aksi yang tak terlalu ganas memudahkan untuk aku memahami jalan cerita filem ini.

Filem ni ada unsur2 18sx yang tak sesuai untuk ditonton oleh kanak kanak.pada sesiapa yang tak pernah tengok Russell Crowe dan Ryan Gosling ni belakon komedi,boleh tonton filem The Nice Guys ni.

*3/5

Thursday, 20 October 2016

The Conjuring 2 ( 2016 )

Sekuel daripada filem The Conjuring yang pernah di tayangkan pada tahun 2013 dahulu.





Filem seram Hollywood kini yang hanya boleh aku tonton dengan jalan cerita yang tak terlalu rumit sudah tentunya filem seram arahan James Wan,pengarah yang semakin popular di Hollywood.agak sukar juga nak jumpa filem seram terkini dengan jalan cerita yang bagus bersama dengan elemen seram yang betul2 seram sehingga memeranjatkan aku.(sehingga penamat cerita ni pun aku takda rasa terperanjat)

Untuk sekuel ini,masih mengekalkan watak yang sama seperti filem pertama.menampilkan pasangan suami isteri penyiasat paranormal iaitu Ed dan Lorraine Wilson.berdasarkan dari kisah benar berlatarkan pada tahun 1977, kali ini pasangan suami isteri ni cuma membongkar misteri rumah seorang ibu tunggal beranak empat iaitu Peggy Hodgson.rumah yang di diami oleh Peggy ni kerap di ganggu oleh entiti misteri yang telah lama tinggal di rumah itu.sehinggakan pegawai polis yang memeriksa di sekitar kawasan rumah tu pun di ganggu.ini menjadikan rumah yang di diami Peggy itu tiba2 popular di seluruh London.


Susunan jalan cerita,plot dan twist dalam filem ini masih boleh di layan.takda la teruk sangat.pada aku takla bosan dan ceritanya tak slow.babak ke babak yang mudah di fahami.ada pegkritik kata filem ni so-so je.mungkin dia bukan peminat filem seram kot.tapi setakat ini kalau nak melayan cerita hantu seram yang tak berbelit2 jalan ceritanya,boleh tonton Th Conjuring 2 ni.



Friday, 14 October 2016

Queen - Classic Queen (1992)

Antara album kompilasi terbaik dari Queen





Sesiapa yang biasa layan muzik rock era 70an-80an pasti kenal dan tahu kumpulan Queen ini.antara band progresif rock era 70an yang seangkatan dengan Deep Puple.Uriah Heep,Rush,Thin Lizzy dan UFO.antara yang menyebabkan kumpulan Queen ni unik ialah penyanyinya iaitu Freddie Mercury.Queen ni dah wujud sejak pada tahun 1970an lagi.tidak pernah bertukar anggota kumpulan,(hanya John Deacon je yang nak pencen main muzik)sehingga kini walaupun selepas kematian Freddie Mercury,Queen masih lagi aktif bersama penyanyi Adam Lambert.Queen juga merupakan sumber inspirasi bagi kumpulan progresif rock Indon iaitu Dewa 19.














Album ini menghimpunkan kesemua lagu2 hit Queen yang pernah di jadikan single dari tahun 1972 sehingga tahun 1990.antara lagu2 yang kerap aku dengar masa aku kecik2 dulu,memang banyak lagu Queen yang best2 sebenarnya.antaranya seperti lagu 'A Kind Of Magic' yang pernah di jadikan sountrack untuk filem 'Highlander'.lagu 'Bohemian Rhapsody' lagu yang paling popular sehingga kini.juga di jadikan sountrack untuk filem 'Suicide Squad' lagu duet bersama David Bowie 'Under Pressure' baru aku tau rupanya lagu 'Ice Ice Baby' dari Vanilla Ice ambil sample dari lagu ini.lagu yang hard rock 'Stone Cold Crazy' juga best.sehinggakan lagu ini di nyanyikan kembali oleh Metallica pada tahun 1991.









Lagu2 lain yang boleh tahan best seperti 'Radio Ga Ga' 'Tie Your Mother Down' 'Who Wants To Live Forever' dan lagu yang menaikkkan semangat 'The Show Must Go On'(solo Brian May dalam lagu ni best)Keseluruhannya lagu2 dalam album ni memang tak jemu di dengar.oleh kerana aku memang tak dapat nak kumpul semua album2 Queen,album ini dah cukup berbaloi untuk di miliki.




Pada anda yang nak cuba dengar progresif rock 70an bawaan Queen,atau pun anda peminat tegar kumpulan Dewa 19,boleh dengar album kompilasi Classic Queen ni.antara kompilasi yang best.

Monday, 26 September 2016

Sully ( 2016 )

Yang di tonton semasa cuti hari raya haji tempoh hari..




Filem berdasarkan dari kisah benar tentang pemandu kapal terbang US Airways Captain Chesley 'Sully' Sullenberger yang telah melakukan pendaratan kecemasan di sungai Hudson New York hanya beberapa minit selepas berlepas dari lapangan terbang LaGuardia akibat terlanggar sekumpulan burung.
Pihak berkuasa mula menyalahkan Sully atas apa yang berlaku dan kemungkinan lesen penerbangan beliau akan di gantung walaupun pendaratan kecemasan tersebut tidak ada seorang penumpang yang maut.

Filem ini  di arahkan oleh Clint Eastwood.walaupun memecahkan rekod Box Office,tapi pada aku   jalan ceritanya agak mendatar dan boleh agak apa yang berlaku.Lakonan Tom Hanks macam biasa memang terbaik dan memang beliau la penyelamat bagi setiap scene dan plot dalam cerita ni.takda la aku bosan sangat nak mengikut  setiap babak yang di tunjuk kan.

Apa pun filem ini masih lagi boleh di tonton jika anda peminat filem yang berdasarkan dari kisah benar dan juga peminat Tom Hanks.dan lagi satu filem Tom Hanks yang patut di tonton ialah filem "Hologram For The King".

*3/5

Thursday, 8 September 2016

Friday, 2 September 2016

Wednesday, 31 August 2016

Puisi Merdeka




Seluruh negara ribut melanda
Apakah petandanya
Ada yang tak kena


Kedengar cerita
Jebat melanda
Diamok segalanya
Si gajah putih.yeah

Dan tiba-tiba
Ada penghalang menjelma
Seorang demang
Menentang arus
Perang bermula
Sepanduk poster merata-rata
Direntang
Direntang
Direntang
Direntang

Aku tak mengerti
Puisi ini
Kita sudah merdeka
Itu yang pasti
Hati berbangga
Melihat bendera berkibar

Solo

Jebat berseru
Minta diubah segala
Demang menongkah cari pengaruh
Bisik bermula
Duit disembah
Jebat melaung
Merdeka
Merdeka

Suram rasanya
Diwaktu ini
Kalaulah dapat melahap burger
Alangkah indahnya

Inilah merdeka
Generasiku
Masing-masing sendiri
Cara sendiri

Ada yang berbangga
Melangut ke tiang bendera

Dalam hakikatnya
Akupun tak tahu.yeah
Hanya bersemangat
Merdeka Merdeka
Berpuisi merdeka.yeah


 

Monday, 22 August 2016

Bobby Soundtrack Vinyl (1973)

Antara lagu2 dari filem yang popular di seluruh India dan juga Malaysia pada era 70an yang lalu..




Aku memang tak tau sangat pasal filemnya,tapi menurut Wikipedia :

Bobby is a 1973 Bollywood romantic film directed by Raj Kapoor. It was wildly popular and widely imitated. It was the film début for Dimple Kapadia and the first leading role for Raj Kapoor's son, Rishi Kapoor.
The movie is a trend-setter in its own right. It introduced in Bollywood the genre of teenage romance with a rich-vs-poor clash as a backdrop. Numerous movies in the following years were inspired by this plot.
Indiatimes Movies ranks Bobby amongst the 'Top 25 Must See Bollywood Films.The film became a "blockbuster", was the top grossing hit of 1973, and became the second top grossing hit of the 1970s.

Ini bermakna filem ini merupakan filem remaja romantik ala macam filem Tan Sri P.Ramlee 'Antara Dua Darjat' tu la kan.kisah si miskin bercinta dengan perempuan anak orang kaya.di India sejak dahulu lagi memang  ada kastanya.ada yang kasta rendah,kaya,miskin dan macam2 kasta lagi.




senarai lagu.semua lagu dalam soundtrack ni memang popular suatu ketika dahulu








Makcik dan pakcik aku pernah cerita pasal kehebatan filem ni dulu,ada antara kawan2 nya pergi menonton filem ini sampai 7 kali (yelah zaman tu mana ada dvd pirate kan,internet pun belum wujud lagi kalau nak download) sehingga ada yang boleh hafal lagu2 di dalam filem ini,dulu memang aku pernah dengar lagu2 dari filem ini,masa aku kecik dulu tapi dalam bentuk cartridge cassette.(sila google kalau nak tau apa itu cartridge cassette)lagu2 nya memang masih lagi menjadi evergreen sehingga sekarang.tapi lagu2 dalam soundtrack ini bukanlah pelakon dalam filem tu yang nyanyi.lagu ini semuanya di nyanyikan oleh penyanyi lagenda India iaitu Lata Mangeshkar

p/s : sesekali layan lagu hindi pulak..heheh..

Saturday, 20 August 2016

Metallica - Hardwired





Pagi tadi bukak je facebook,penuh kat wall aku pasal single terbaru dari Metallica.dan dengar khabarnya album terbaru yang di beri tajuk 'Hardwired..To Self-Destruct' akan berada di pasaran pada 18 November nanti
Single dan video pertama dari albim ini iaitu 'Hardwired' dah pun di lancarkan.ada antara peminat2 Metallica yang cakap lagunya lagi best dari album 'Death Magnetic dan ada juga yang cakap nak lawan dengan album abg Mus yang di riliskan awal tahun 2016  yang lalu iaitu album Dystopia sebab album abg Mus tu berakar umbi kan thrash metal 80an.

Album terbaru Metallica kali ini ada 2 disc yang di katakan ada lagu2 nya yang berdurasi lebih dari 5 minit.aku pun baru dengar tadi kat youtube lagu 'Hardwired' ni.lagunya masih lagi heavy macam album 'Death Magnetic' cuma kali ini sound drum Lars Ulrich kembali pada era album 'Black/Load/Reload' baru syok sikit dengar,sound double bass drum pun padu.solo Kirk Hammett masih lagi menggila.dan keseluruhan muziknya mereka cuba untuk kembali kepada akar umbi era thrash 80an.

Ini baru single,mungkin lagu2 yang lain dalam album ini ada yang lagi sedap.so,kita tunggu saja lah album terbaru Metallica ni rilis nanti.ini bermakna demam Metallica pun dah kembali..heheh..

Video official 'Hardwired'.

Thursday, 11 August 2016

Asal Usul Nama Singah & Rahsia Nombor 383

Sumber : http://www.hmetro.com.my/





Tanggal 1 Julai lalu persada seni tanah air kehilangan seniman Datuk Aziz Singah. Kematian Allahyarham akibat kanser prostat pada usia 75 cukup indah jatuh pada penghulu segala hari iaitu Jumaat terakhir Ramadan tahun ini. Terlintas mahu menziarahi jenazah Allahyarham, namun dek hambatan tugasan, hanya sedekah al-Fatihah saja dapat dititipkan.

Tidak banyak artikel mengenang Aziz Singah ditulis selepas kepergiannya. Barangkali kerana bahan akhbar dan majalah sudah dikumpul awal (mengisi stok semasa cuti), cerita Aziz Singah itu hanya meriah disiarkan di ruangan berita.

Di sisi lain ramai wartawan hiburan di era Aziz Singah mencipta populariti sebagai dramatis sudah bersara, tidak terkecuali yang menghadap illahi. Penulis agak bertuah kerana sempat mendampingi seniman hebat ini ketika menjadi wartawan hiburan sekitar 80-an dan 90-an.

Justeru terpanggil hati ini untuk berkongsi memori dan diharapkan serba sedikit informasi ini dapat membantu generasi akan datang apabila mengkaji Aziz Singah daripada seorang penyelia makmal, menjadi juruhebah, dramatis, ahli politik dan perniagaan akhirnya Presiden Seniman.

Dilahirkan di Rembau, Negeri Sembilan pada 3 Oktober 1941, Aziz meniti kehidupan ketika kanak-kanak tanpa belaian ayah. Ketika menemuramah beliau pada Ogos 1998, Aziz yang penulis panggil abang ini menceritakan ayahnya seorang askar sama unit dengan Leftenan Muda Adnan (Allahyarham) terkorban pada usia 24 tahun dibunuh tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Usia Aziz ketika itu dua bulan.

Sehingga ke akhir hayat, Aziz tidak tahu bagaimana wajah ayahnya itu. Namun hasrat itu tidak pernah padam dan kebetulan ketika kenalannya Datuk Jalal Abu Bakar (Allahyarham) menjawat Timbalan Menteri Pertahanan, Aziz diberi peluang membuka fail tentera lama di MINDEF. Malang pula gambar ayahnya itu tiada, namun dia puas kerana mendapat tahu nombor berkhidmatan ayahnya ketika itu, 383.

Kesempatan bersembang dengan Aziz melonjak minat penulis untuk mengetahui bagaimana boleh terlekat nama Singah? Mana ada nama orang Melayu Singah? Aziz tersenyum lalu ketawa menceritakan namanya terletak Singah sedangkan nama sebenarnya ayahnya Ngah Ujid.

Kami terus tergelak bila Aziz berceloteh pegawai polis ‘Benggali’ (Sikh) yang mencatat namanya di surat pendaftaran tersilap dengar. Salah seorang ayah saudara Aziz mendaftarkan nama Aziz lalu bila polis itu bertanya anak siapa? Keluarga Aziz itu menyebut “anak si Ngah.”

Penyudahnya polis itu terus menulis Aziz Singah. Merujuk Kamus Dewan memang tiada makna perkataan ‘singah’ itu, tetapi berpaling ke Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI), definisi singgah adalah berhenti sebentar di suatu tempat ketika dalam perjalanan/mampir.

Aziz memulakan kerjaya awal sebagai Penyelia Makmal Dockyard Technical Collage, Sembawang, Singapura (1960-1964), Juruhebah Radio Televisyen Singapura (1964-1971), Juruhebah, Penerbit Drama Radio, Penyelia dan Ketua Unit Kasting RTM (1971-1992).

Bakat lakonan Aziz mula diuji pengarah M Amin (Allahyarham) dalam filem Jahanam pada 1971. Selama menjawat Ketua Unit Kasting RTM, Aziz melahirkan ramai dramatis baru dan salah seorangnya Fauziah Nawi melalui drama Tahan Kinabalu.

Lebih 500 drama dibintangi bermula dengan Malam Tiada Bintang pada 1965, lakonan Aziz cukup sinonim sebagai ‘datuk’ atau ‘tokoh korporat.’ Watak Rosman yang dipegang dalam drama PJ mengaitkannya dengan JR Ewing (lakonan Larry Hagman) dalam Dallas.

Ketika Aziz dipilih menjadi Presiden Seniman pada 3 Julai 1999 untuk sesi 1999/2001, cabarannya cukup getir apabila beberapa AJK lama persatuan itu menghantar surat aduan kepada Pendaftar Pertubuhan meminta Mesyuarat Agung Seniman itu dibatalkan.

Penulis bertemu Aziz di pejabat Seniman di Kompleks Finas, Hulu Klang, menanyakan hala tuju Seniman bagi menempuh alaf baru, 2000.

Aziz berharap agar tidak berlaku kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan di sebalik projek E-Village, malangnya projek itu menjadi ‘gajah putih.’ Melalui era Aziz juga Seniman dengan kerjasama ACS Production melancarkan projek Hari Seniman 22 Mac 2000. Selaku Presiden, Aziz mahukan seniman tanah air diiktiraf.

Sekian lama berjuang, era Abdullah Ahmad Badawi (Tun) menjadi Perdana Menteri barulah Hari Seniman itu diiktiraf, tetapi bukan 22 Mac sebaliknya 29 Mei sempena tarikh kematian P Ramlee. Terlalu banyak mahu dikupas mengenai Aziz di ruangan terbatas ini, dan salah satu kesungguhannya mahukan ada wakil Seniman bersuara di Parlimen, takdirnya tuah itu milik Tan Sri Jins Shamsuddin menjadi senator.

Segala jasa-jasa Allahyarham Aziz Singah ini abadi dalam lipatan sejarah.

p/s : antara pelakon lagenda yang paling di ingati ketika zaman aku masih lagi kanak kanak riang.lakonan beliau dalam drama bersiri PJ bersama Melissa Saila masih lagi di ingati.
Al Fatihah.


Thursday, 28 July 2016

2 Wayang Gambar

Criminal (2016)




Mungkin sebab Kevin Costner ni dah agak tua untuk di jadikan hero ala Jason Bourne,pengarah filem ini bijak  bikin jalan cerita bagi menggambarkan watak 'hero' dari sudut yang berbeza.Criminal mengisahkan Bill Pope ( Ryan Reynolds) seorang ejen CIA yang di bunuh oleh penjahat hanya kerana Bill ni memiliki 'wormhole program' yang boleh mengawal segala senjata berbahaya di Amerika.Bill Pope tidak memecahkan rahsia program tersebut sehingga beliau mati.oleh kerana terdesak,pihak CIA terpaksa menggunakan penjenayah berbahaya iaitu Jericho Steward (Kevin Costner) menjadi bahan ujikaji dengan mengambil memori dari otak Bill Pope yang mati di bunuh untuk di letak kan di otak Jericho ini.nak tau lebih lanjut sila tonton sendiri..heheh..

Filem ini pada aku kekuatannya pada pelakon yang hebat2.ada Tommy Lee Jones,Gary Oldman,Scott Adkins,Gal Gadot dan Ryan Reynolds.lakonan Kevin Costner sebagai criminal yang 'bad ass' juga menarik.kalau anda meminati genre crime thriller,boleh la tonton filem ini.
*3/5


Ada Apa Dengan Cinta 2 (2016)




Aku pun terjebak tengok cerita ni..heheh..terus terang,yang bahagian pertama aku hanya tengok sekali lalu dan yang paling di ingati ialah 'kissing scene' kat airport tu..heheh..walaupun filem ini berkisahkan selepas 14 tahun yang berlaku pada bahagian pertama,kalau ada sesiapa yang tak pernah menonton bahagian pertama masih boleh faham jalan ceritanya,sebab si Rangga ni dah terangkan dengan terperinci kenapa dia terpaksa tinggalkan Cinta.
Apa yang menarik tentang filem ini ialah kesenian temporari yang di tonjolkan.babak antara Rangga dan Cinta berjalan di sekitar kota Jogjakarta yang terkenal dengan seni klasiknya,menyaksikan keindahan kota Jogja dari puncak bukit di waktu subuh memang romantis dan berseni.

Filem ini pada pendapat aku walaupun nampak biasa2 je tetapi seni dan kebudayaan Indonesia tetap di tonjolkan.untuk ulasan panjang tentang filem ini boleh jenguk di blog Adi Herman Di Sini
*4/5 ( kali ni ada 2 kali kissing scene..aku tengok yang tak uncensored..heheh)