Showing posts with label magazine. Show all posts
Showing posts with label magazine. Show all posts

Friday, 23 March 2018

Guitar World Presents Metallica 30 Years




Masa pergi Bookexcess dekat Amcorp Mall,aku terpandangkan buku ni,dan di sebabkan harganya pun murah,aku pun beli.takda lah menarik sangat ia nya menghimpunkan segala interview majalah Guitar World ini bersama dengan Metallica tapi interviewnya lebih kepada James Hetfield dan Kirk Hammett je lagi pun majalah gitarkan,interview dengan Lars dan Jason pun takda cuma ada gambar je.nak cerita panjang pun aku rasa dah ramai yang tau isi kandungan dia pun lebih kurang sama dengan buku atau majalah lain yang pernah cerita pasal Metallica ni.layan gambar je la yer.




Gambar pertama ni masa zaman Kill Em' All.ada Cliff Burton.kalau nak baca boleh je besarkan gambar tu.





Zaman Justice For All..mintak maaf lah kalau gambar yang aku upload ni tak ikut turutan.malas nak susun balik..heheh


Yang ni edisi tahun 90an Guitar World masukkan balik dalam edisi Metallica special ni.ada pakcik Tony Iommi.



Yang ni Kirk dengan tok guru dia Joe Satriani.boleh tahan mulut Joe dalam interview ni.dia selamba je kutuk band2 metal yang pada dia memang hampeh.paling teruk dia kutuk band rapper Ice T Body Count tu.



Zaman Load/Reload zaman ramai orang benci dengan Metallica pada waktu ni.zaman Pop Metal.


Yang ni pulak cover story zaman Garage Days/Garage Inc.



Kirk Hammett dengan Adam Jones gitaris dari band Tool.



Yang last sekali senarai 100 lagu Metallica yang terbaik katanya.tapi aku tak snap la senarai lagu tu.malas nak upload banyak gambar.

Antara lagu yang tersenarai antara 100 lagu tu.dia campurkan sekali dengan lagu cover yang penah Metallica rakamkan.

Tu je lah semua yang ada dalam ni,takda yang menarik sangat la.isi kandungannya lebih kurang sama dengan majalah/buku yang pernah di terbitkan atas nama Metallica ni.cuma memang banyak gambar yang menarik la.




Friday, 2 December 2016

The Punisher Naked Kills





Kadang2 bila aku boring baca buku/majalah,aku juga suka baca komik.sebenarnya memang aku minat baca komik sejak aku dari sekolah rendah lagi.dulu banyak komik2 berbahasa melayu selalu di terbitkan setiap minggu.bila masuk awal 90an pulak,aku suka kumpul komik2 kung fu china yang telah di alih bahasakan ke bahasa melayu,dan masa tu jugak aku baca jugak la komik2 english ni,tapi lebih kepada komik untuk orang dewasa lah.tapi aku tak berapa suka sangat komik yang superhero macam Spiderman ke,Thor ke.aku suka komik yang anti hero.salah satu nya ialah The Punisher ni..






Komik ni memang hanya untuk 18 tahun ke atas je pasal ada banyak gambar ganas,gambar yang tak censored dan jugak caci maki dalam komik ni.aku suka The Punisher ni pasal dia ni hero yang takda superpower macam Superman,Xmen dan lain2 tu.The Punisher atau nama karakter hero ni Frank Castle,adalah penegak undang2,tapi dengan caranya yang tersendiri.beliau ni amat di geruni di kalangan samseng,kumpulan kongsi gelap,dan pembunuh upahan dan beliau juga hanya berjuang seorang diri dalam membenteras jenayah di sekelilingnya..
Komik ni sebenarnya adalah pecahan daripada komik2 The Punisher yang pernah di terbitkan sebelum ni,dan di kumpulkan seluruh episod dan di muatkan di dalam komik ni menjadi satu atau di panggil 'one shot comic'.daripada pecahan episod "Butterfly","Get Castle","The Hunted" dan "Annual 2007".aku suka artwork dalam komik ni,nampak dark dan seolah2 karakter dalam komik ni nampak hidup,macam menonton wayang.tengok pada cover depan komik ni je lukisan dia dah macam gambar betul,tu yang buat aku tertarik nak beli komik ni.







Cerita dalam komik ini mengisahkan Frank Castle/The Punisher telah mengesan satu aktiviti haram telah di jalankan kat satu bangunan ni,aktiviti tersebut ialah perempuan yang di jadikan hamba seks secara paksa dan juga aktiviti dadah kat dalam bangunan tersebut.Frank boleh masuk ke bangunan tu tapi tak boleh membawa apa2 senjata pun kat badan dia walau pistol sekalipun.(Frank Castle ni memang pakar dalam menembak).cuma satu cara yang Frank buat untuk menghukum penjenayah2 ni ialah dengan menggunakan apa saja yang ada dalam bangunan tu untuk membunuh,seperti beliau gunakan plastik sampah,kerusi,botol plastik,alat renjatan elektrik(yang di ambil pada orang yang telah beliau bunuh).sebab tu lah ia di panggil "Naked Kills".

Selain dari tu ada jugak scene Frank Castle di episod lain yang bunuh musuh2nya dengan menggunakan senjata kegemaran beliau seperti machine gun,pump gun dan jugak pistol doublenya.Frank juga tidak ada simpati pada musuh2nya,kalau dia kata nak bunuh,tetap dia bunuh jugak..hehe.komik ni jugak lagi brutal dari filemnya (The Punisher pernah di filemkan pada tahun 1989 buat pertama kalinya dan di remake semula pada tahun 2003)dari artworknya sampai lah ke dialognya memang takda censor langsung.hehe..


split screen macam tengok movie





Info The Punisher :
-The Punisher atau Frank Castle ni adalah bekas agen CIA.dalam satu operasi yang melibatkan beliau,identiti beliau telah terbongkar dan menyebabkan isteri,anaknya dan seluruh keluarganya telah di bunuh oleh sekumpulan mafia yang menyebabkan Frank menjadi penegak undang2 dengan caranya yang tersendiri.

-Karakter The Punisher ni pertama kali di perkenalkan oleh Marvel comics dan muncul dalam komik The Amazing Spiderman pada tahun 1974.

-Keluarga beliau telah di bunuh oleh mafia yang di ketuai oleh Howard Saint(seperti dalam filem The Punisher tahun 2003 dulu).

-Frank juga pernah berhadapan dengan musuh2 nya yang agak sukar nak di tewas kan macam Kingpin,Jigsaw,Barracuda,The Russian,Elite,The Holy,Mr.Payback,Hitman dan juga Tony Pizzo.

-3 filem The Punisher,yang pertama sekali pada tahun 1989,2003 dan 2005 kesemuanya gagal mencapai box office.mungkin pasal pelakon utamanya tak terkenal kot?

Ini adalah komik kegemaran aku,hero yang takda superpower,yang hanya ada senjata dan cara atau skill tersendiri untuk menegakkan keadilan.


Wednesday, 11 February 2015

Metal Hammer March 2015

Bulan Mac pun belum sampai lagi,tapi MH dah keluarkan versi bulan mac.asalnya aku nak cari MH yang cover Guns N' Roses lama tu,tapi habis stok pulak.salah satu sebab aku beli issue ni (walau aku tau memang Metal Hammer sekarang ni dah tak berapa best)mungkin kerana nak menarik hati peminat Thrash yang dah tua  yang lama atau old timer,Metal Hammer keluarkan issue special kembali pada 30 tahun yang lalu pada tahun 1985...






Kebetulan 10 febuari haritu pun birthday Cliff Burton kan..





Layan gambar je laa..


gambar yang kiri atas tu James dengan Dimebag Darrel,masa ni dia tengah melepak kat rumah DD.diorang rupanya dah lama ngam


Kisah di zaman album 'Ride The Lightning'..












Kalau nak baca artikel tu,save gambar lepas tu boleh zoom in/out senang nak baca..











cerita2 penting pada tahun 1985








Yang ni poster free yang terselit sekali dalam majalah ni,Metal Hammer cakap poster 'rare' ada di antaranya gambar2 yang belum di publishkan sebelum ni..












yang ni macam pernah tengok?





RIP Cliff Burton



Yang lain2..takda cerita yang menarik pun..


Zakk Wylde,Dave,Lemmy,Slash




BabyMetal pun ada dalam Metal Hammer..






Itu je lah yang ada..yang lain2 aku malas nak tampal,pasal takda yang menarik..




Friday, 17 October 2014

Terrorizer's Secret History Of Thrash Metal

Dah lama sebenarnya beli majalah ni,baru berkesempatan nak belek page by page..



Cover depannya ialah James Hetfield (Metallica)masa beliau muda belia lagi.masa mula2 nak beli dulu aku ingatkan Eddie Van Halen..heheh..tagline dia pun ada bagitau "the definitive guide" memang majalah ni keluaran khas istimewa menceritakan segala macam tok nenek moyang genre yang paling aku minat dan juga geng2 blog semua iaitu Thrash Metal.
Sebut pasal thrash metal,tak sah kalau takda 'The Big Four' ni..



cerita pasal Metallica,Slayer




Anthrax,cite Exodus pun ada

Walaupun majalah ni nampak nipis,tapi dia punya cerita memang padat dengan pelbagai cerita band thrash lama yang ada antaranya aku tak tau.ada juga di terangkan secara detail pelbagai genre thrash metal ini..



Cerita pasal thrash,band Venom di katakan memperkenalkan genre 'Black Metal' malah frasa Black Metal itu sebenarnya wujud dalam album Venom yang bertajuk 'Black Metal'.Venom juga di angkat sebagai 'Godfather of Black Metal'. muzik dan album2 mereka juga menjadi inspirasi dan rujukan bagi band2 setan menyetan dari Eropah.



Ok,yang ni aku rasa ramai jugak yang minatkan?Sepultura era Max Cavalera,logonya pun masih menggunakan logo era 'Morbid Vision'


Death Angel,yang seangkatan dengan geng2 Bay Area.penah datang perform kat kl tahun 2011 dulu.





Cerita pasal Black Thrash..yang ganas imejnya dengan lirik lebih ke arah puaka dan segala macam jembalang..heheh..yang pegang kapak tu band Abigail dari Jepun..ganassss..

Selebihnya ni layan gambar je lah..








Ada lagi...





Ed Repka,antara pelukis yang selalu menjadi pilihan band2 Thrash Metal untuk cover album2 mereka..artwork dia memang cantik.



Album2 yang paling terkenal..yang mengubah sejarah Thrash dunia..



Thrash moment









Art of Thrash..




Dan yang last sekali



garis panduan dan etika pakaian untuk peminat kpop thrash metal


Banyak lagi sebenarnya cerita yang menarik,cuma aku malas nak snap gambar banyak2..heheh..tapi majalah ni memang best la,memang banyak benda yang tak tau pasal muzik bising dan bingit ni memang di ceritakan secara terperinci dalam ni..memang best.


Thursday, 3 July 2014

Metal Hammer August 2013

Beli pun sebab cover depan nya gamba ini..



Bila dah bukak isi dalamnya macam ini..

macam biasa mesti dapat cd free.tak penah try pun dengar..heheh

Tapi cerita pasal Maiden dan kapten Bruce memang menarik la..



Layan gambar je la eh..kalau nak baca,sila save dan enlarge sendiri.. :p


Lagi....



Dan lagi...


Ada lagi...




Banyak jugak ceritanya..



Cerita pasal pakcik Halford dan Judas Priest pun ada..



Story pasal album baru Judas Priest..



Dan akhir sekali ialah cerita ni..



Semua gambar yang aku snap tu je la yang menarik dalam MH kali ini..yang selebihnya tak berapa menarik.lagi pun jangan harap la aku nak baca semua artikel..heheh..Limp Bizkit pun boleh menyemak pulak dalam MH issue ni..
Apa pun harap korang enjoy dengan gambar2 yang aku dah tepek nih..