Friday 30 December 2016

Bakal Terbit

   
yang sedang di tulis






Nantikan kemunculan antalogi cerpen hasil tulisan dari penulis blog merapu yang perasan nak jadi penulis.(orang sibuk nak terbit buku dia pun sibuk jugak..heheh) bersama mentor dan sifunya yang telah mengajar beliau menulis cerita,susun atur,jalan cerita dan macam2 lagi lah.tak lain dan tak bukan ialah sahabat karib aku sejak dari kecil lagi iaitu Azura Halid Idea ini datangnya dari beliau.oleh kerana kekangan masa dan kerja,aku curi2 masa jugak la nak buat cerita untuk novel yang akan di terbitkan nanti.Ada juga cerita yang dah aku buat dalam blog ni akan di muatkan dalam buku ini juga.

Insya Allah,akan di riliskan pada tahun 2017 ini,tak pasti bila tapi akan di beritahu nanti.harap sokongan dari rakan2 blog dan juga pembaca yang rajin singgah di sini.


p/s : Al Fatihah untuk Allahyarham Tan Sri S.M.Salim.moga Rohnya Di Rahmati Allah SWT

Monday 26 December 2016

The Magnificent Seven ( 2016 )

Dah lama tak menonton filem koboi.




Filem cowboy yang aku tengok hanyalah filem 'The Good,The Bad And The Ugly' lakonon Clint Eastwood seperti yang ramai tahu,soundtrack filem ini pernah di gunakan Metallica untuk lagu latar sebelum konsert mereka bermula.Ok,filem The Magnificent Seven ini sebenarnya remake dari filem koboi yang sama judulnya pada tahun 1960.adaptasi dari karya lagenda filem jepun iaitu Seven Samurai yang telah di terbitkan pada tahun 1954 oleh penerbit lagenda Akira Kurosawa.remake filem ini di arahkan oleh Antoine Fuqua (The Equalizer,Training Day,Olympus Has Fallen) antara pengarah filem yang agak kreatif.walau filem ini bercorak western,aku tonton juga la sampai habis di sebabkan pelakonnya pun semua hebat.ada Denzel Washington,Ethan Hawke,Chris Pratt dan pelakon korea Byung-Hun Lee.

Filem ini mengisahkan Sam Chisholm (Denzel Washington) seorang pegawai warrant yang telah di upah oleh seorang wanita bagi menyelamatkan bandar yang mereka diami oleh sekumpulan pejahat yang suka memeras ugut penduduk di bandar itu.Sam mula mengumpulkan enam orang pemain senjata dan penembak yang terhandal bagi menewaskan penjahat yang ramai bilangannya.
Walaupun filem ini remake,tapi babak aksi old school tembak menembak dan aksi permainan pistolnya memang terbaik la.tak kisah la kalau ceritanya hanya kitar semula dari tahun 1960an dulu,tetapi di beri sentuhan baru yang lagi best.

Wajib tonton jika anda peminat Denzel Washington atau peminat filem western walau jalan ceritanya tak berapa nak menarik dan mudah di jangka.

Friday 23 December 2016

Banshee & Piring Hukum Karma

Lama tak update blog.banyak sangat agenda yang di lalui minggu lalu.balik JB,pergi Melaka,balik kampung di Segamat tengok rumah pusaka dan ziarah kubur kedua orang tua aku.pergi jenguk sedara mara yang agak lama aku tak meluangkan masa sebab selalu sibuk dengan kerja.cuma agak terkilan tak sempat nak mengopi dengan Berteromber.(sori bro next time aku balik jb kita jumpa)dan cuti yang berbaki dua hari aku balik kl..

Sampai kl terus pergi Victoria Music Amcorp Mall sebab nak ambik ni..

piring hukum karma


Lepas tu malamnya aku layan drama series yang dah lama aku beli belum sempat nak layan..






Terus marathon bermula dari season 1.salah satu sebab kenapa aku malas nak update blog..heheh..

Nanti aku cerita pasal drama series Banshee ni.drama ni memang terbaik la.jalan cerita yang best.tapi tak sesuai nak tengok dengan budak2 la pasal drama ni banyak 18sx.tapi cerita memang two thumbs up!


Monday 12 December 2016

Salam Maulidur Rasul



Salam Maulidur Rasul buat pembaca blog yang beragama islam dan selamat bercuti kepada mereka yang bercuti esok.pada rakan2 yang menunaikan ibadah umrah,moga di permudahkan segala urusan dan semoga memperolehi umrah mabrur.Amin..



p/s : kalau masa kecik2 dulu bila tiba Maulidur Rasul ni aku suka pergi surau kat kampung aku.memang meriah,makan nasi dulang.sekarang dah takda lagi rasanya nasi dulang tu

Thursday 8 December 2016

Metallica - Hardwired...To Self - Destruct Deluxe Edition CD ( 2016 )




Nampaknya demam Metallica belum kebah lagi.kalau tengok kat facebook dan juga website hiburan yang lain semuanya cerita pasal Metallica,dan terbaru hari ini aku baca kat page Metal Hammer yang abang Mus Megadeth pun dah review dan bagi pujian tinggi melangit pasal album 'Hardwired..To Self-Destruct ni.lain macam abang Mus bodek ada apa2 ke?heheh..ok untuk album kali ini Metallica menawarkan pelbagai pakej,ada yang normal pakej (2 cd)normal vinyl (2 piring hitam) boxset sekali dengan piring hitam warna warni,deluxe vinyl (3 piring hitam) dan juga deluxe cd,jadi aku pilih yang deluxe cd (ada 3 cd) versi piring hitamnya aku ambil yang 2 keping vinyl je.

Review ringkas dan pendapat dari halwa telinga aku (sorry arr abg Mus):
Cd pertama
-'Hardwired' kali pertama dengar seakan2 macam lagu 'St.Anger' tanpa bunyi ketukan drum yang macam ketuk tin biskut.dengan sound yang telah di upgrade lebih padu.yg ni ok.best.bak kata Berteromber mereka masih pandai ber'thrash'.*5/5

-'Atlas,Rise' Ramai yang kata dan Deaf pun ada cakap lagu ni ala2 macam Iron Maiden.yang ni memang aku setuju.riff nya memang macam lagu Iron Maiden.ok la boleh tahan *3/5

-'Now That We're Dead' lagu yang ni aku dengar 2 kali,tak boleh nak hadam.tak berapa best.lagunya macam zaman 'Load/Reload' *2/5

-'Moth Into Flame' Hetfield memang genius dalam pembikinan riff2 untuk lagu2 Metallica.intro bunyi riff berharmoni dalam lagu ni memang menarik.yang ni aku suka *5/5

-'Dream No More' sama macam lagu nombor 3 tu.aku rasa lagu ni pun memang lagu terbuang masa zaman 'Load/Reload' kot? *1/5

-'Halo On Fire' lagu yang paling aku suka dalam cd pertama.susunan muziknya macam Black Sabbath.ada part mid tempo dan masuk part chorus dia heavy.jeritan Hetfield dalam lagu ni memang power. *5/5






Ok,kita putar cd kedua pulak.
-'Confusion' sekali dengar intro dia macam 'Am I Evil' la pulak.boring sikit la.. *1/5

-'ManUNkind' - Rob si mamat kangkang tu cakap intro bass lagu ni dia tujukan khas untuk mendiang Cliff Burton.lagu ni so-so je la pada aku,cuma video dia je la gempak.diorang tribute untuk Mayhem kan?.yang last part vokalis dia hiris tangan dengan baling kepala khinzir tu kat penonton..hahah.Mayhem memang band black metal paling setan lagi menyetan.heheh.. *4/5

- 'Here Comes Revenge' bila dengar intro je,serta merta aku teringat lagu 'Leper Messiah'.bunyi riff yang berbagai dalam lagu ni.yang ni aku suka. *5/5

-'Am i Savage?' kesinambungan dari lagu 'Am i Evil?'..heheh..bukan lah.mid tempo dan seakan doom metal ala Black Sabbath jugak.yang ni aku skip *2/5

- 'Murder One' lagu ni tribute untuk Lemmy Motorhead.Murder One ialah nama amp.yang Lemmy gunakan ketika persembahan live Motorhead.liriknya pun ada sebahagiannya dari frasa yang selalu Lemmy guna dan lirik2 dari album Motorhead seperti 'born to lose,live to win' aku suka solo Kirk Hammett dalam lagu ni.

-'Spit Out The Bone' macam aku cakap tadi Metallica memang masih pandai ber'thrash' lagu last ni memang laju.gaya speed metal era 80an era 'Kill 'Em All','Ride The Lightning' dan 'Master Of Puppet' ada dalam lagu ini *5/5





Bonus cd
Lagu 'Lords Of Summer' versi rakaman terbaru kali ini best.lagi power dari versi 2014.lagu yang lain2 pun dah pernah dengar seperti 'Ronnie Rising Medley',Remember Tomorrow (lagu cover Iron Maiden) dan lagu cover Deep Purple 'When Blind Man Cries'.dan versi live yang di rakamkan pada April 2016 yang lalu sempena record store day pun best.walaupun aku dah jemu dengar 'Creeping Death' ada beberapa lagu yang jarang Metallica mainkan live seperti 'Jump In The Fire' 'Metal Militia' dan 'Helpless' (Diamond Head cover)vokal Hetfield pun power masih lagi boleh bawak lagu yang aku cakap tadi.

Kesimpulannya.album ini harus di miliki kalau anda peminat tegar atau peminat baru dan juga yang pernah minat Metallica pada era 'Black album'. produksi dan susunan muzik dalam album ini memang terbaik,riff2 kreatif dari Hetfield dan juga sound drum Lars Ulrich yang padu dan padat.terima kasih pada producer Greg Fidelman yang berjaya membentuk Metallica kembali menjadi 'Metallica'.

Review dari Berteromber boleh tengok Kat Sini dan review dari abang Mus pun boleh tengok Di Sini.

Monday 5 December 2016

Rock Bro ( 2016 )

Baru je tengok..




Rock Bro merupakan kesinambungan dari dua filem komedi muzikal arahan Mamat Khalid sebelum ini iaitu filem Rock (2006) dan Rock oo (2013)bahagian ke 3 ini merupakan siri yang terakhir dari filem ini.penceritaan kali ini  mengisahkan tentang Jijoe (lakonan Khir Rahman) pemain bass dan juga pengasas kumpulan Rimba Bara.kisah suka duka beliau yang sedaya upaya ingin membawa kumpulan Rimba Bara ke arena muzik rock.seperti dua filem sebelum ini,elemen komedi dalam filem ini agak kelakar juga.dan antara yang menarik kali ini ialah :


-Seperti biasa prop dalam filem ini memang terbaik.poster kumpulan rock dulu2 seperti poster album kompilasi War Rock 2,poster kumpulan Black Rose,kumpulan Gersang takdir ( ni tak berapa nak rock..heheh) poster dan tshirt Iron Maiden,tshirt Saxon dan Sepultura.

-Oleh kerana filem Rock Bro kali ini berlatarkan pada era 90an,memang tak boleh lari la dari lagu2 jiwang leleh.takda lagu rock 80an,semuanya lagu2 jiwang tahun 90an je kecuali lagu Sweet Charity.

-Semua runut bunyi (soundtrack) dalam filem ini ada yang di nyanyikan sendiri oleh Khir Rahman dan juga Sofi Jikan.boleh tahan jugak la diorang ni nyanyi bawak lagu nada tinggi.

-Watak Ella yang di lakonkan oleh pelakon baru Amy Juliet agak bagus.gaya gedik manja dengan aksi rambut dia sebijik macam Ella..heheh.

-Ada juga legenda rock yang 'cameo' dalam filem ini seperti Man Kidal,Black Wings dan Hattan.

Cuma yang tak berapa bestnya jalan ceritanya yang 'kureng' sikit.ni dari pandangan aku lah.part Zul Kapan jadi artis rapper lepas tu jadi gay dengan Black memang tak boleh blah la..hahah.dan yang lain2 tu semua so-so je lah.pada aku masih tak dapat nak menandingi filem Rock oo.yang itu lagi best.

Kalau rasa nak mengimbau kembali nostalgia lama ketika zaman rock dah suam2 kuku,boleh layan Rock Bro ni.

Cerita pasal Rock oo! boleh tengok Di Sini

Friday 2 December 2016

The Punisher Naked Kills





Kadang2 bila aku boring baca buku/majalah,aku juga suka baca komik.sebenarnya memang aku minat baca komik sejak aku dari sekolah rendah lagi.dulu banyak komik2 berbahasa melayu selalu di terbitkan setiap minggu.bila masuk awal 90an pulak,aku suka kumpul komik2 kung fu china yang telah di alih bahasakan ke bahasa melayu,dan masa tu jugak aku baca jugak la komik2 english ni,tapi lebih kepada komik untuk orang dewasa lah.tapi aku tak berapa suka sangat komik yang superhero macam Spiderman ke,Thor ke.aku suka komik yang anti hero.salah satu nya ialah The Punisher ni..






Komik ni memang hanya untuk 18 tahun ke atas je pasal ada banyak gambar ganas,gambar yang tak censored dan jugak caci maki dalam komik ni.aku suka The Punisher ni pasal dia ni hero yang takda superpower macam Superman,Xmen dan lain2 tu.The Punisher atau nama karakter hero ni Frank Castle,adalah penegak undang2,tapi dengan caranya yang tersendiri.beliau ni amat di geruni di kalangan samseng,kumpulan kongsi gelap,dan pembunuh upahan dan beliau juga hanya berjuang seorang diri dalam membenteras jenayah di sekelilingnya..
Komik ni sebenarnya adalah pecahan daripada komik2 The Punisher yang pernah di terbitkan sebelum ni,dan di kumpulkan seluruh episod dan di muatkan di dalam komik ni menjadi satu atau di panggil 'one shot comic'.daripada pecahan episod "Butterfly","Get Castle","The Hunted" dan "Annual 2007".aku suka artwork dalam komik ni,nampak dark dan seolah2 karakter dalam komik ni nampak hidup,macam menonton wayang.tengok pada cover depan komik ni je lukisan dia dah macam gambar betul,tu yang buat aku tertarik nak beli komik ni.







Cerita dalam komik ini mengisahkan Frank Castle/The Punisher telah mengesan satu aktiviti haram telah di jalankan kat satu bangunan ni,aktiviti tersebut ialah perempuan yang di jadikan hamba seks secara paksa dan juga aktiviti dadah kat dalam bangunan tersebut.Frank boleh masuk ke bangunan tu tapi tak boleh membawa apa2 senjata pun kat badan dia walau pistol sekalipun.(Frank Castle ni memang pakar dalam menembak).cuma satu cara yang Frank buat untuk menghukum penjenayah2 ni ialah dengan menggunakan apa saja yang ada dalam bangunan tu untuk membunuh,seperti beliau gunakan plastik sampah,kerusi,botol plastik,alat renjatan elektrik(yang di ambil pada orang yang telah beliau bunuh).sebab tu lah ia di panggil "Naked Kills".

Selain dari tu ada jugak scene Frank Castle di episod lain yang bunuh musuh2nya dengan menggunakan senjata kegemaran beliau seperti machine gun,pump gun dan jugak pistol doublenya.Frank juga tidak ada simpati pada musuh2nya,kalau dia kata nak bunuh,tetap dia bunuh jugak..hehe.komik ni jugak lagi brutal dari filemnya (The Punisher pernah di filemkan pada tahun 1989 buat pertama kalinya dan di remake semula pada tahun 2003)dari artworknya sampai lah ke dialognya memang takda censor langsung.hehe..


split screen macam tengok movie





Info The Punisher :
-The Punisher atau Frank Castle ni adalah bekas agen CIA.dalam satu operasi yang melibatkan beliau,identiti beliau telah terbongkar dan menyebabkan isteri,anaknya dan seluruh keluarganya telah di bunuh oleh sekumpulan mafia yang menyebabkan Frank menjadi penegak undang2 dengan caranya yang tersendiri.

-Karakter The Punisher ni pertama kali di perkenalkan oleh Marvel comics dan muncul dalam komik The Amazing Spiderman pada tahun 1974.

-Keluarga beliau telah di bunuh oleh mafia yang di ketuai oleh Howard Saint(seperti dalam filem The Punisher tahun 2003 dulu).

-Frank juga pernah berhadapan dengan musuh2 nya yang agak sukar nak di tewas kan macam Kingpin,Jigsaw,Barracuda,The Russian,Elite,The Holy,Mr.Payback,Hitman dan juga Tony Pizzo.

-3 filem The Punisher,yang pertama sekali pada tahun 1989,2003 dan 2005 kesemuanya gagal mencapai box office.mungkin pasal pelakon utamanya tak terkenal kot?

Ini adalah komik kegemaran aku,hero yang takda superpower,yang hanya ada senjata dan cara atau skill tersendiri untuk menegakkan keadilan.