Showing posts with label Queensryche. Show all posts
Showing posts with label Queensryche. Show all posts

Wednesday, 20 December 2017

Queensryche & Samson

Yang baru sampai pada hari jumaat lepas dari Bintulu Sarawak.




Hasil persetujuan pertukaran dengan rakan blogger iaitu Ijau.memandangkan aku dan dia mempunyai hobi yang hampir sama (mengumpul cd dan games)maka terjadilah pertukaran antara cd game Playstation 4 'The Last Of Us' (seperti dalam entri Ini )dengan cd ini.pada mulanya cuma cd Queensryche 'Promised Land' je,tapi Ijau telah bermurah hati nak kasi aku lagi satu  cd.so dapatlah cd 'Samson-Joint Forces' tu.lagi pun aku memang tak pernah dengar muzik Samson,apa salahnya kalau cuba dengar mana tahu best ke.

Cuma belum berkesempatan lagi nak dengar kedua-dua cd tu sebab masa terlalu mencumburi aku..heheh..nanti kalau dah dengar boleh buat entri yang berasingan.
Apa pun terima kasih kepada Ijau untuk kedua-dua cd 'Queensryche Promised Land' dan 'Samson Joint Forces tu'.

Monday, 28 November 2016

Mindcrime 2 ( 10 Tahun )

Hampir terlupa pasal album ini..diam tak diam dah 10 tahun usianya




Walaupun di kritik hebat kerana teruknya album ini,pada aku takda la teruk sangat pun.ada antara lagu2 nya best juga.tak semua sekuel dari yang pertama akan lebih baik.biasanya akan terjadi sebaliknya la..antara lagu2 yang tak jemu di dengar sehingga ke hari ini ialah 'If I Could Change At All', 'The Chase' duet bersama Ronnie James Dio,'All The Promises' dan 'Speed Of Light' (bukan lagu Iron Maiden eh)




Memang agak sukar nak jumpa album rock yang buat concept album ( penceritaan dalam lagu) setakat ini yang berjaya dengan jalan cerita yang bagus ialah album 'Operation Mindcrime' album2 King Diamond (Abigail,Conspiracy) je yang agak best.kalau anda tak kisah tentang produksi album ini,boleh la layan,tapi sebelum tu kena dengar yang part 1 dulu baru lah boleh faham jalan cerita kedua2 album ini.

Pernah cerita pasal album ni 2 tahun lalu Di Sini

Friday, 13 May 2016

Stars 12' Single Vinyl ( 1986 )

Juga genap 30 tahun pada 2016 ini..









Aku memang takda album penuh 'Hear 'n Aid' ni,sebabnya ia hanya di riliskan dalam format piring hitam dan kaset.(Berteromber ada versi piring hitamnya)dengar khabarnya Wendy Dio (bini RJD) nak reissuekan balik album ini dalam format cd dan dvd,tapi oleh kerana ada beberapa isu dengan kontrak rakaman dan record label beberapa artis yang terlibat menyebabkan versi reissue ni terpaksa di tangguhkan dulu.single 'Stars' ini merupakan single dari album Hear'n Aid dan merupakan satu2nya single paling hebat dalam sejarah rock/heavy di Amerika.idea ini datangnya dari Jimmy Bain dan Vivian Campbell yang merupakan pemuzik Dio pada masa itu.segalanya bermula apabila album 'USA For Africa' yang menggabungkan pelbagai artis terkenal kat US mendapat rating dan jualan paling tinggi pada ketika itu.video klip 'We Are The World' kerap juga keluar kat tv masa aku kecik dulu.dan apabila mereka meluahkan idea pada RJD,dengan serta merta RJD setuju.









cerita pasal pembikinan single ini dan albumnya


And the rest is history.album ini di riliskan pada januari 1986 juga merupakan album charity untuk mangsa kelaparan di Afrika.(dulu kerajaan Malaysia pun pernah lancarkan kempen derma untuk mangsa kelaparan Afrika ni)album ini juga menggabungkan band2 rock dan heavy metal terkenal dalam dunia rock pada 80an dulu seperti Journey,W.A.S.P,Judas Priest,Night Ranger,Quiet Riot,Iron Maiden dan beberapa band lain (tak larat nak taip semua..heheh)




lirik lagu




gitar solo bergilir2



Apa pun single 'Stars' ni memang best,menampilkan ramai gitar hero pada tahun 80an.sesuatu yang unik pada ketika itu.kena tunggu versi reissue album ini.harap ianya dapat di riliskan dalam tahun 2016 ni jugak.

Video klip lagu ni pun syok layan...







Monday, 22 September 2014

Queensryche - Operation : Livecrime (1991)

Crime of the century..




Nak dapatkan boxsetnya memang takda harapan la..ini pun memang nasib terjumpa kat Amcorp pada hari sabtu lepas.di sebabkan dvd nya pun memang susah nak jumpa kat sini,dapat yang versi cd ni pun kira ok lah..antara album live tahun 1991 yang dah lama aku idamkan..



Setlistnya pun memang sama dengan album Operation : Mindcrime rilisan tahun 1988.berbanding dengan album Mindcrime At The Moore,aku lagi suka versi yang ini,muziknya heavy dan tight.yela,lagi pun masa ni diorang semua muda lagi ya tak?kalau sesapa pernah tengok versi Livecrime ni kat Youtube mesti tau.permulaan lagu  dengan tayangan drama animasi yang nurse tu cakap "sweet dreams..you bastard" sampai la pada lagu "Suite Sister Mary" yang Pamela Moore keluar pakai baju putih tu.time ni diorang duet suara kedua2nya memang powerful.








Cerita pasal album ni pun pernah aku buat sebelum ni,tapi kalau nak detail pasal cerita  konsep album Operation Mindcrime boleh jenguk kat blog abang Deaf kita Kat Sini.

Walaupun dah lebih 26 tahun Operation :Mindcrime di hasilkan,cd ini lah antara cd yang aku dengar tanpa skip keseluruhan lagu nya.sekarang ni pulak layan versi Livecrime,memang sedap sound live era tahun 91 ni..
Untuk mereka yang nak tau apa itu progresif rock dan 'concept album' (cerita dalam lagu seperti menonton filem)album ini adalah pilihan yang tepat untuk di dengar.


Friday, 2 May 2014

Queensryche - Mindcrime At The Moore CD (2007)


Sebelum ni pernah baca pasal Mindcrime At The Moore versi blu ray kat blog Deaf Angel.memang teringin sangat nak kan versi dvd ni dan versi live tahun 91 tu.antara wishlist aku yang nak tak dapat2 lagi.tapi akhirnya terjumpa versi cd Mindcrime At The Moore ni kat Amcorp tempohari (pada masa yang sama terserempak dengan duktur Bentara )
So,pada sesiapa yang ada album Operation:Mindcrime part 1 dan 2 dan suka dengan concept album dari Queensryche (part 1 adalah yang terbaik)untuk live kat The Moore Theater Seattle ni,Queensryche memainkan kesemua track dari album part 1 dan part 2.

disc 1 : kesemua track dari Operation : Mindcrime (1988) dan disc 2 : kesemua track dari album Operation : Mindcrime 2 (2006)


tracklist disc 1 dan 2

Apa yang best kat live album ni ialah Ronnie James Dio juga di undang untuk duet dengan Geoff Tate dalam track 'The Chase' (Ronnie Dio juga yang jadi Doctor X dalam Mindcrime part 2).juga Pamela Moore yang jadi Mary dalam album part 1 dan 2.power suara makcik ni,siap ada buat aksi tiger show lagi masa lagu 'Spreading The Disease' heheh..(yang aku penah tengok kat youtube).



Overall, live album ni best,tak perlu lah nak cerita panjang.walaupun suara Geoff Tate ada tekucil sikit dalam 2-3 lagu,yelah mungkin faktor usia.tapi sound,susunan muzik live album ni memang terbaik.untuk sesapa yang penah follow Queensryche,kena dengar album ni.untuk versi blu ray boleh jenguk kat blog abg Deaf kat sini : http://deaf-angel.blogspot.com/2013/11/mindcrime-at-moore-blue-ray-queensryche.html




Wednesday, 19 February 2014

Queensryche - Operation Mindcrime II (2006)

Untuk part one boleh tengok Kat Sini

Selepas 18 tahun,Nikki kembali untuk melunaskan dendam nya..


Keluarnya album ini,bersama2 dengan kontroversi yang hangat,kritikan dan cemuhan teruk di perkatakan pasal album ni.cerita di sebalik pembikinan album yang mengatakan hanya Geoff Tate dan John Slater (producer)yang memainkan kesemua instrumen untuk lagu2 dalam album ni,konflik dalaman antara ahli band dengan Geoff Tate yang di katakan selfish (pasal bini dia jadi manager Queensryche dan anak perempuan dia jadi penyanyi latar,habis semua nak di control kononnya).
Walaupun watak Doctor X tu telah di gantikan dengan Ronnie Dio,tapi album ni tetap mendapat kritikan dan di labelkan antara album paling teruk dalam sejarah rock alaf baru..




Lupakan pasal kontroversi album ni,cerita pasal lagu2 nya pulak..memang tak di nafikan,untuk Mindcrime part 2 memang aku rasa agak mengecewakan.mungkin sebab Geoff Tate menghasilkan album ni dalam keadaan terburu2 dan penuh tekanan,sebab tu hasilnya agak mengecewakan.untuk pertama kali mendengar keseluruhan album tanpa skip,ada beberapa lagu yang kurang menarik.tapi seperti kata pepatah,dalam setandan pisang tak semuanya busuk kan?ada juga la beberapa lagu kira sebagai penyelamat dalam album ni..



Untuk album ini,kisahnya bermula 18 tahun selepas tragedi dalam album part one.Nikki yang baru di bebaskan dari penjara masih lagi menaruh dendam terhadap doctor X, pada masa ni beliau dah berkuasa dan kaya raya.dan pada masa yang sama juga,bayangan atau hantu Mary (awek yang Nikki dah jatuh cinta dan mati dalam album part one)mula menghantui Nikki setiap masa.Nikki akhirnya berjaya bunuh doctor X,pada waktu tu jugak hantu Mary mula marah Nikki dan 'mindcrime' Nikki supaya bunuh diri pulak..Nikki yang dah mula rasa diri dia gila dan sasau akhirnya dengar cakap Mary dan menamatkan riwayat beliau...
Penutup pada cerita ni,kedua2nya hidup bersama dan bahagia kat alam kematian kononnya..


Walaupun lagu2nya tak sehebat album pertama,tapi ada juga beberapa lagu yang best seperti I'm American,Speed Of Light,Signs Says Go,The Chase(duet bersama Ronnie Dio) If I Could Change At All,An International Confrontation,All The Promises (duet dengan Pamela Moore,still power lagi suara makcik ni walau dah 18 tahun lepas album part one)lagu lagu untuk album ni pun pendek durasi nya,setiap lagu tidak melebihi 5 minit.masih lagi boleh di layan walau tak semua lagu best.
Seperti juga filem,tak semua sekuelnya lebih bagus berbanding yang pertama.mungkin ada yang kecewa dengan sekuel ini,tapi pada aku cuma so-so je lah,takda lah teruk sangat pun..cuma yang kritik tu aku rasa memang tak suka kat Geoff Tate kot?Untuk sesiapa yang pernah dengar Operation Mincrime 88 tu,kalau rasa nak tau apa kesudahan ceritanya boleh la dengar album ni..

                                   

Saturday, 16 November 2013

Queensryche - Operation Mindcrime (1988)


Antara album progresif rock/metal terbaik terbitan tahun 1988,dan juga antara konsep album (cerita dalam lagu) yang terbaik sama best dengan Iron Maiden - 7th Son Of a 7th Son,album2 King Diamond (Them,Abigail dan Conspiracy) dan juga Dream Theater Metropolis Part 2.

EMI Manhattan New York
Walaupun dah lebih 25 tahun album ni di riliskan,seperti kata bro deaf,jalan cerita dalam album ni masih lagi relevan hingga sekarang,keadaan dunia masa sekarang pun ada lagi korupsi,dan konspirasi dan masih lagi fresh dan juga menjadi pilihan bagi peminat baru Queensryche.Geoff Tate cerita,idea untuk menghasilkan konsep album ni sebenarnya beliau selalu lepak minum2 dengan kawan2 dia yang terlibat dalam bidang politik.kemudian dia mula membuat basic storyline tentang album mindcrime berseorangan.selepas tu baru lah beliau dan Chris Degarmo (gitar) merangka lagu2 untuk album ni.

geoff tate (vokal) chris degarmo (gitar)michael wilton (gitar) eddie jackson (bass) scott rockenfield (drum)

Semua lagu dalam ni memang best,bila layan album ni,satu lagu pun aku tak skip.untuk sapa2 yang baru nak melayan album ni memang kena layan dari mula sampai habis la,kalau tak memang tak faham jalan cerita Mindcrime ni.lagu paling epik dan best ialah lagu Suite Sister Mary lagu yang berdurasi selama 10 minit lama nya,dengan penyanyi undangan dan juga pelakon yang menjadi watak Mary dalam cerita ini iaitu Pamela Moore.suara dia memang mantap dan powerful gitu.
Secara ringkasnya cerita dalam album ni mengisahkan Nikki,seorang penagih dadah yang telah di 'mindcrime' oleh Doctor X,untuk membunuh ahli2 politik dan juga ketua2 agama di amerika,supaya cita2 revolusi dan legasi Doctor X tercapai.Doc X juga telah mengupah Mary seorang pelacur yang telah menjadi paderi wanita untuk membantu Nikki.nak di jadikan cerita,Nikki dan Mary dah di lamun cinta,yang menyebabkan Doctor X bengang dan telah mindcrime Nikki untuk bunuh Mary pulak..

setlist.15 lagu dalam album ni yang memang best giler

Album yang juga menjadi sumber inspirasi bagi Dream Theater,memang the best rock album sepanjang zaman,kalau album ni berada dalam kategori filem,aku rasa memang dah comfirm menang filem terbaik bagi Academy Awards.sebab tak terlintas kat fikiran pun yang akan ada band buat concept album sebegini.so,bagi peminat progresif metal/rock kat luar sana yang tak tau apa itu concept album,boleh dengar album ini,muziknya tak berapa berat dan mudah di hadam dengan sedikit tempias glam rock (tahun 88 memang zaman kegemilangan glam rock juga) yang tak lah ketara sangat.kompem korang mesti suka punya..

10/10 *

Queensryche - I Remember Now/Anarchy X/Revolution Calling live