Showing posts with label Iron Maiden. Show all posts
Showing posts with label Iron Maiden. Show all posts

Monday, 11 December 2017

Iron Maiden - The Book Of Souls Live Chapter ( 2017)

Semua orang review pasal album band rock dari 'USA' tu kan.so aku review album ni je lah yang tak berapa trending.


Iron Maiden kembali dengan album live terbaru mereka yang di rakam ketika tour keliling dunia mereka berlangsung sejak dari tahun 2016 sehinggalah ke pertengahan tahun ini.satu yang aku suka pasal Iron Maiden ni bila mereka keluar album baru dan buat tour,mesti ada keluar live album dengan packaging yang menarik dari artwork,inlay sehinggalah ke lagu-lagunya tetap tak mengecewakan.kiranya semua peminat tak kira golongan berada atau marhaen macam aku ni dapat la memiliki album ni.tak macam ada sesetengah band hanya jual lagu live mereka melalui online yang kadang kala harganya agak mahal.walaupun album ni aku rasa kurang publisiti tapi peminat IM tetap beli macam aku ni..heheh.kadang-kadang ada jugak kawan-kawan aku tanya "kenapa kau beli album ni sedangkan aku dengar lagunya semua sama je?" aku cuma jawab "kau tak pernah dengar album IM yang dulu-dulu,kalau dah dengar baru tahu betapa masyuknya Iron Maiden ni"..heheh









Ok lah,oleh sebab sekarang ni aku dah jarang-jarang update blog kali ni aku taip panjang sikit la ya.cd 'Live Chapter' aku punya ni versi 'deluxe edition' memang menarik la packaging ni.sama macam album mereka yang sebelum ni iaitu 'The Book Of Souls'.kesemuanya ada 15 track lagu yang di rakamkan live di serata dunia.

CD1
If Eternity Should Fail
Lagu track pertama ni memang aku suka.baik versi album atau pun live.tapi versi live ni agak laju sikit temponya tapi ok lah best.memang track kegemaran aku

Speed Of Light
Ini pun best.cuma aku kesian dengar vokal Bruce.macam kena paksa bila nada tinggi tu.aku rasa dia pun tak selesa kot nyanyi macam tu,tapi pasal ni lagu barukan peminat nak dengar kena la nyanyi..hehe





Wrathchild
Agak lama Maiden tak bawak lagu ni live kalau tak silap aku.track yang ni pun aku suka.bunyi drum Nicko sedap dalam lagu ni

Children Of The Damned
Intro akustik gitar dia memang clear habis.sedap dengar.riff dia pun kedengaran heavy sikit dari versi album.puas hati,power,thumbs up!

Death Or Glory
Baik versi album atau live.memang aku suka. solo H dalam ni memang best.lagu pasal perang dunia pertamakan,pasal Red Baron tu





The Red And The Black
Lagu epic kedua yang panjang dari album 'The Book Of Souls'.aku setuju dengan Deaf.part instrumental dia memang layan lagi la yang ni di rakam live memang masyuk abis la lagu ni.5 bintang untuk lagu ni.selain dari lagu 'If Eternity Should Fail',lagu ni memang aku teringin nak dengar live.

TheTrooper
Macam aku cakap sebelum ni,memang aku dah bosan dengar lagu 'The Trooper' ni.aku skip terus.dah macam lagu 'hisapbella' dah lagu ni mesti ada setiap kali live.

Powerslave
Ok yang ni aku tak skip.lagu ni memang best.memang kena la tema dia Mayan jumpa Firaun..haha..Firaun taknak mati tapi kaum Mayan atau Necropolis dah cakap tak semua yang hidup kekal abadi..hehe




Ok kita pergi CD yang lagi satu.

CD2

The Great Unknown
Macam aku cakap sebelum ni,lagu ni best tapi vokal Bruce macam di paksa terseksa.yelah mungkin faktor umurkan.Bruce pun umur dah berapa,lagi pun baru baik dari kanser.walaupun vokal dia macam tu tak mencacatkan seluruh lagu kira band members dapat cover la dengan muzik yang power.

The Book Of Souls
Lagu pasal sejarah kaum Mayan.lagu dan lirik dia best la.macam baca buku ceritakan.bunyi akustik yang clear dan solo yang best.kalau The Book Of Souls ni di jadikan concept album macam Operation Mindcrime mesti best.

Fear Of The Dark
Macam lagu hisapbella,lagu ni pun tetap ada kat setiap album live Maiden.yang versi ni aku tak berapa suka,aku suka versi Rock In Rio tu..yang tu terbaik

Iron Maiden
Bila dengar lagu ni aku teringat kat Paul Di'Anno.heheh..

The Number Of The Beast
Ok terus terang yang ni pun aku dah bosan dengar.hisapbella of the beast.aku skip..haha

Blood Brothers
Aku suka Bruce cakap masa sebelum start lagu ni.kira dia beri kata-kata nasihat la.lagu semangat setiakawan tak kira umur atau bangsa.lagu ni memang tak jemu dengar.suara penonton pun kuat bila part chorus tu.



Wasted Years
Pada aku lagu ni kira macam 'soundtrack of my life'.setiap tahun kita ada kalanya kita terlupa selalu sangat mengejar duniawi.dalam masa setahun tu pun kita tak sentiasa sihat.kadang kita ada sakit jugak kan.lagu yang menarik dan best.

Overall.album live ni tak mengecewakan.kalau dah minat memang best la kan.cuma yang tak bestnya takda keluar versi dvd macam rilisan live IM yang sebelum ni.macam tak complete pulak kali ni.tapi takpalah dah ada cd ni pun kira ok lah.kalau rajin nanti aku tunjuk yang versi piring hitamnya pulak.Up The Irons.

Monday, 25 September 2017

Iron Maiden - The Complete Album Collection 1990 - 2015

Yang tengah hangat dalam sebulan dua ni





Kebanyakan piring hitam Iron Maiden pada era 90an hingga ke tahun 2015 aku cuma ada piring hitam 'Flight 666','The Final Frontier','En Vivo!','Maiden England' dan juga album yang di terbitkan pada tahun 2015 iaitu 'The Book Of Souls'.Oleh kerana Iron Maiden meriliskan kembali kesemua katalog album mereka bermula pada tahun 90an bersama dengan kotak istimewa yang boleh memuatkan kesemua 13 album studio dan live mereka,aku pun terjebak juga la nak kumpul (tak semua) album mereka.


yang takda lagi Virtual XI,Brave New World,Rock In Rio,Dance Of Death,Death On The Road dan A Matter Of Life And Death.



Baru sampai album 'The X Factor' je.takpa la perlahan-lahan kayuh.lagi pun dengan keadaan sekarang Ringgit Malaysia kejap turun kejap naik nilainya memang susah sikit la aku nak borong semua.heheh..apa yang ada layan je la dulu.





Dan lepas ni album live terbaru dari Iron Maiden 'The Book Of Souls:Live Chapter' pulak nak rilis pada bulan november nanti tabung baru nak penuh dah kena pecahkan balik..heheh..apa pun ni semua sebab hobi,kena la berkorban apa saja ye tak?heheh..bila dah cukup semua album baru la aku buka sealed kotak tu.Up The Irons.

Saturday, 4 June 2016

Virus ( 1996 )

Flashback Saturday minggu ini,baru teringat single ni yang dah 20 tahun..

UK promo poster.cilok kat google

Sama macam single 'Woman In Uniform',single 'Virus' ini tak pernah ada dalam official album Iron Maiden,hanya ada dalam album kompilasi 'Best Of The Beast' juga di terbitkan pada tahun 1996.lagu ini memang tak pernah di mainkan live,hanya Blaze Bayley yang nyanyikan lagu ini ketika melakukan tour bersama bandnya.
Ketika single ini di riliskan pertama kali mendengarnya memang aku tak berapa suka,sebabnya bukan Bruce Dickinson,dan keduanya pada tahun itu,(1996) muzik metal seakan dah mati,Metallica dengan 'Load' nya,Sepultura  dengan 'Roots' nya yang dah berubah stail muziknya.membuatkan aku cepat bosan dengan lagu2 rock yang baru pada ketika itu.

Tapi setelah 20 tahun,ternyata lagu ini best sebenarnya,sebab dulu kononnya nak jadi 'true' sangat..heheh..maklumla masa tu darah muda lagi.banyak lagu yang tak kena ngan jiwa..hehe..apa pun terima kasih Blaze Bayley.antara lagu ciptaan beliau yang best

Tuesday, 6 October 2015

Iron Maiden - The Book Of Souls (2015)

Ok..selalu tampal gambar album reissue je,kita cerita pasal Maiden pulak..



Yang aku punya ni versi book case,kira macam buku hikayat 1001 malam la kan.yang belakang tu versi piring hitam.tak bukak pun lagi,sayang nak bukak,(kalau 2-3 tahun aku masih tak bukak lagi boleh jual dengan harga lebih kejam dari kapitalis yang ada sekarang ni..heheh..) album ni yang di riliskan pada bulan september yang lalu,antara album yang di tunggu2 oleh peminat2 tegar Iron Maiden termasuk aku,satu yang aku puji pasal Iron Maiden ni,mereka tidak suka menghebahkan kepada media yang mereka tengah sibuk rakam lagu kat studio,bukan macam Metallica,Megadeth dan Slayer sibuk tampal gambar kat studio tapi albumnya tak siap2.Iron Maiden memang suka buat suprise,tetapi kejutan yang membuatkan peminat sedih ialah berita Bruce dapat kanser.selepas dari itu baru lah pengumuman tentang album baru mereka 'The Book Of Souls' ni.





Aku cari juga majalah Metal Hammer dan Classic Rock yang cover depannya Iron Maiden,tapi takda,tak masuk lagi atau pun mungkin sold out.penat dah 2-3 kali pegi klcc tapi hampa.ok lah ni review aku yang tak berapa pandai dalam muzik ni,ini dari persepsi aku lah kan,kalau ada salah ke apa dalam review ni aku mintak maaf la yek?

Terus putar kat cd yang pertama track yang pertama :

If Eternity Should Fail.

Intronya meningatkan aku sama seperti intro 'Satelite15' dari album 'The Final Frontier'.lagu pertama ini juga la yang menjadi trek kegemaran aku.sekali dengar dah suka.kalau tengok pada liriknya lagu ni mengisahkan tentang keadaan dunia pada masa lalu mengikut kepercayaan kaum Mayan (ni pada pandangan aku lah)tengok pada liriknya 'Waiting in line for the ending of time if eternity should fail'. kaum Mayan pun percaya pasal dunia akan kiamat hingga boleh meramalkan dunia kiamat pada tahun 2012.so Necropolis tu mungkin roh dari kepercayaan kaum Mayan.apa pun lagu ni best,solo yang mendayu2  dari H memang membuatkan lagu ni senang di hadam.






Speed Of Light
Cowbell..haha.lagu yang di jadikan single pertama,tapi lagu yang selalu aku skip bila dah beli album ni..heheh.lagu yang tak berapa best,senasib dengan 'El Dorado'.tapi video klip lagu ni best.Eddie dalam dunia video game pelbagai versi.Speed Of Light juga mungkin dari pandangan Maiden tentang zaman dah berubah,dari zaman rekod album menggunakan teknologi analog sehingga lah ke era digital.tapi lagu ni ok la,masih mengekalkan identiti Iron Maiden seperti era 80an dulu.

The Great Unknown
Lagu ni pun aku lambat nak hadam.macam tak berapa nak masyuk la..sama macam Deaf cakap..heheh.

The Red And The Black
Lagu epik jugak ni.berdurasi agak panjang juga macam 'Rime Of The Ancient Mariner'.berdurasi 13 minit.intro gitar akustiknya sedap.vokal Bruce yang sama melodi dengan riff gitar tu yang buat menarik.bila Bruce rapping riff gitar pun ikut sama rapping jugak.heheh..part instrumental dan solo tu memang best la.

When The River Runs Deep
Tetiba teringat kat lagu 'Run Silent Run Deep' dari album 'No Prayer For The Dying'.melodinya seakan2 lagu Maiden pada era 90an.lagu ni pun aku selalu skip jugak.tapi solo nya menarik.dari bunyinya memang solo Murray-Janick-H,lepas tu aku skip..heheh.




The Book Of Souls
Lagu yang juga menjadi tajuk album.seperti lagu 'Dance Of Death',lagu yang berdurasi agak panjang juga.dalam 10 minit macam tu la.lagi sekali intro akustik gitar dia best.ala2 mexican gitu.lagu ini menceritakan kisah kaum Mayan juga,lagi pun album ni memang tema nya kaum Mayan.banyak rahsia kaum Mayan Iron Maiden cuba bongkarkan melalui 'Book Of Souls' ini.solo berganti2 dari 3 amigos tu layan betul.hinggakan jari jemari aku pun ikut menyolo sekali.heheh..

Death And The Glory
Lagu ni pasal Red Baron kan,macam Deaf cakap Red Baron ni adalah juruterbang perang terhebat German ketika perang dunia pertama dulu.kira Red Baron ni jadi sumber inspirasi bagi sesapa yang ingin menjadi juruterbang tentera udara la.boleh search kat google pasal The Red Baron ni.ok lagu ni kira History Channel versi lagu.best.


Shadow Of The Valley
Bila dengar intro lagu ni buat pertama kali nya aku macam..'eh,macam pernah dengar?' lepas tu baru teringat,oo..ini macam intro lagu 'Wasted Years' laa..heheh.macam biasa solo berganti2 tu memang best.





Tears Of A Clown
Lagu ini tribute untuk mendiang pelakon Robin Williams.Bruce sendiri pun taktau sebenarnya lagu ni Steve Harris buat untuk Robin Williams,lepas dia buat bahagian vokal untuk lagu ni kemudian dia tanya Steve sebab liriknya agak 'cool' so Steve pun cakap lagu ni memang untuk Robin Williams.lagunya takda la heavy sangat,memang kena la lagu ni untuk Robin Wiliams.

The Man Of Sorrows
lagu ni slow pada intronya lepas tu baru fast.tapi lagu ni pun aku selalu skip,susah nak hadam.pasal rasa macam lagu ni malas je.solo nya pun macam nak tanak je.macam main2 je.

Empire Of The Clouds
Kalau suruh aku pilih satu antara lagu heavy metal paling terbaik 2015,memang lagu ni la yang aku pilih.intro piano dari Bruce tu memang menusuk kalbu betul.aku rasa kalau lagu ni durasinya pendek,memang aku ulang dengar banyak kali,memang patut berdurasi 18 minit.lagu paling best ni.dari piano sehingga lah ke gitar solo,memang terbaik lah.lagu ni mengisahkan kapal udara R101 (atau kapal belon udara panas)memang zaman kegemilangan empayar British dulu yang terhempas kat Perancis.gitar solo,instrumental dalam lagu ni memang asyik mashyuk.18 minit punya panjang masuk toilet dan keluar toilet pun tak habis2 lagi..heheh



Ok tu je la review aku,untuk album ini kesemuanya dari packaging sehingga ke lagu nya memang 10/10* lah.Iron Maiden tetap Iron Maiden,takkan merubah identiti muziknya yang semua peminatnya dah tau.

review 'The Book Of Souls' dari abang Deaf kita boleh jenguk sini :


Sunday, 16 August 2015

Kelajuan Cahaya

Di sebabkan Ijau dah cerita pasa troll ni,pada mulanya memang aku buat tak tau je lah,lagi pun Iron Maiden sendiri belum umumkan apa2 berita melainkan album 'The Book Of Souls' yang akan rilis pada 4 september ini.cuma spekulasi yang kemungkinan tour Iron Maiden kali ini akan bermula dari Asia seperti yang di ceritakan dalam blog Deaf Angel yang aku baca tadi.

Seperti kata Ijau troll kali ini agak melampau juga lah,sehinggakan petang tadi abang aku Whatsapp aku bertanyakan benda yang sama.betul ke Iron Maiden akan mengadakan konsert di Kuching?memang tahap kelajuan cahaya betul berita ni tersebar..





Dan ini troll kelajuan cahaya yang aku maksudkan





Tapi memang lawak la hinggakan abang aku beria2 percaya..heheh..dia walaupun dah tak berapa nak rock lagi tapi kalau Iron Maiden dan ACDC memang dia sentiasa ambik tau.
Kelajuan cahaya yang sebenar ialah ini.yang betul merentasi seluruh pelusuk dunia yang tak sabar tunggu 4 September ini..


Thursday, 30 July 2015

Deja Vu

Oleh : Aimi Nordin

Setiap orang pasti pernah melalui pengalaman yang dianggap seperti dejavu. Dejavu adalah keadaan di mana kita merasakan ianya seperti pernah terjadi. Tetapi anda juga tak pasti benarkah ianya pernah terjadi atau hanya bayangan anda sahaja. Pernah tak terfikir apa sebenarnya dejavu ini?

Dejavu – ianya berlaku kepada 60 % - 80 % manusia, tetapi kenapa? Terdapat tiga teori di sebalik keadaan ini.

1.Silap
Otak anda hanya seperti di short cutted. Sesuatu telah berlaku, dan input deria anda terima telah dimuatkan dalam memori yang tidak berkaitan secara tidak sengaja. Dalam erti kata lain, fikiran anda hanyalah sekadar permainan sahaja.

2.Peringatan
Anda mengingati sesuatu yang lain. Objek, bau atau bunyi yang telah menyebabkan memori anda telah disimpan. Itu mewujudkan perasaan lega walaupun anda mempunyai satu pengalaman baru.

3.Fikiran Yang Teratur
Anda mengenali corak. Minda manusia mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk melihat dan ingat corak. Cara perabot direka, cara jalan dibuat walaupun corak biasa bersuara boleh mencetuskan rasa dejavu.



Dejavu juga merupakan kecenderungan seseorang otak seseorang untuk mengingat kenangan atau pengalaman yang dirinya sendiri tidak pasti di mana ia dijumpai. Pada asasnya, cara fikiran kita yang memberitahu kita bahawa ada sesuatu di hadapan kita yang kita mahu ingat atau memori cuba mendapatkan semula. Dejavu memang pelik.

p/s : baru je mimpi pasal bangunan atas bukit tu terbakar,so malam tadi heboh pasal memang betul2 terbakar..kira  'Deja Vu' jugak ke?


Wednesday, 4 February 2015

Happy Birthday "Killers" (1981 - 2015)

Dah terlewat 2 hari,yang baru sambut ulang tahun yang ke 34 pada 2 hari yang lepas..








Killers is the second album by British heavy metal band Iron Maiden, released on 2 February 1981 in the UK, and 6 June 1981 in the US. The album was their first with guitarist Adrian Smith and their last with vocalist Paul Di'Anno, who was sacked after problems with his stage performance arose due to his alcohol and cocaine use. This was also the first Iron Maiden album made with veteran producer Martin Birch, who went on to produce their next eight albums before retiring after Fear of the Dark in 1992.

The song "Wrathchild" is the only regularly played track from the album, appearing in almost all their concert tours. The song was covered in 2003 by British metal band Sikth and featured as a b-side on their single "Scent of the Obscene".The song was also covered in 2005 by female tribute band The Iron Maidens on their 2007 album Route 666 and again in 2008 by Gallows on the tribute CD Maiden Heaven: A Tribute to Iron Maiden released by Kerrang! magazine."Wrathchild" was featured in the PlayStation 2 game Guitar Hero Encore: Rocks the 80s.
-Wikipedia


Pernah cerita pasal 'Killers' Kat Sini dan Sini

Nak dengar lagu 'Debunga Wangi' versi Iron Maiden tak?heheh..dengar kat bawah ni :p

Monday, 1 December 2014

Iron Maiden - The X Factor (1995)



























Cd X factor ni merupakan pembelian kali ke 3.kali pertama beli versi kaset tahun 1995,tertinggal dalam bas masa nak balik kampung,kali ke kedua beli versi cd member pinjam terus bikin pusaka tak reti nak pulang,dan kali ketiga ni aku jadi haji bakhil,jangan harap aku nak bagi pinjam even nak rip ke mp3 pun no way! kalau nak beli sendiri atau download je..heheh..
Melalui album ini la aku pertama kali kenal siapa itu Blaze Bayley yang menggantikan pakcik Bruce tu..memang agak sukar nak hadam bila kali pertama dengar album ni dengan vokal Blaze tu,tapi oleh kerana kebijaksanaan Steve Harris yang memang buat lagu sesuai dengan vokal Blaze ini.lagu epik yang  paling panjang selepas 'Rime Of The Ancient Mariner' yang boleh di katakan lagu paling best dalam X Factor ini sudah tentunya 'Sign Of The Cross'.

Baru2 ni pun Blaze ada cakap (dalam blog Metal Hammer kalau tak silap) dulu peminat Maiden salahkan dia kerana kegagalan album X Factor dan Virtual XI,tapi selepas 19 tahun,peminat Maiden mula cari gali balik kedua album ini.ok lah,nak cerita panjang pasal album ni pun aku tak berapa pakar.lain la kalau versi vinyl boleh jugak cerita panjang sambil riak maidenwi  :p

Kalau nak tau detail pasal album ini boleh baca ulasan kesemua album2 Iron Maiden dari duta Iron Maiden cawangan Perak  iaitu Duktur Bentara di blog beliau yang juga pernah tersiar dalam majalah Karisma kat sini :
http://krenmaut.blogspot.com/2011/05/karisma-diskografi-iron-maiden.html

Atau boleh tanya encik wiki di sini.

Wednesday, 29 October 2014

Iron Maiden - Killers Reissue Vinyl (1981)

Memang aku takda pun album "Killers" dan "Iron Maiden" (s/t) dalam bentuk piring hitam ni..Tapi di sebabkan IM rilis balik album 80an mereka dalam versi original 180G Black Vinyl memang aku cari kedua album ni jer..




Packaging dia sama macam rekod Maiden yang di riliskan pada 80an dulu,simple je,inlay lirik pun takda..



Bahagian belakang.semua sama,takda yang special pun.di sebabkan aku mula kenal Maiden semasa era Bruce,kedua album ini dulu aku selalu ignore.sebabnya pada aku untuk kedua album ini muziknya agak terlalu 'lembut' senang cerita macam sound rock kapak melayu tahun 80an dulu lah,cuma stail muziknya agak 'punk' sedikit,mungkin di sebabkan gaya vokal Paul Di'anno.slanga atau 'english accent' beliau yang agak pekat (berbanding english amerika,england punya accent lagi pekat,kadang aku sendiri tak faham)heheh..lagi pun attitude Di'anno pun macam mat punk jugak kan?.
Tapi sejak dah berusia ni baru la telinga ni boleh terima kedua2 album ni..lagi pun banyak lagu best2 dalam album ini dan jugak album pertama Maiden.
Kedua2nya memang best.so lepas ni tunggu singles rekod 7 inci pulak eh?

Dan last sekali..



Kalau macam ni kira lengkapla diskografi album2 Maiden 80an kan? tak payah la nak membazir beli 2-3 versi..apa yang ada ni cukup lah..duit hiburan pun kena berjimat jugak..heheh..

Tuesday, 30 September 2014

Somewhere In Time 28 Years

Semalam atau hari ini (kalau ikut waktu barat) ialah ulang tahun album Iron Maiden "Somewhere In Time" yang ke 30 tahun.album yang di riliskan pada 29 september 1986.

versi piring 1st press dan versi cakera padat


piring hitam


versi reissue 2013


piring bergambar reissue 2013


The record also marked a change for Iron Maiden, as it was their first to use synth, although this style was expanded on with their next release, Seventh Son of a Seventh Son, which used keyboard synthesisers instead. This was also their first studio album not to be released a year after their previous one, with the band insisting that they have more time "to get it right without hurrying for a change," comments Harris. It was also one of their most expensive records, with the bass and drums recorded in the Bahamas, the guitars and vocals recorded in The Netherlands and the mixing taking place in New York.
-Wikipedia

Sehingga kini,lagu 'Alexander The Great' la yang paling epik dan paling best dalam album ni.selain 'Wasted Years' dan 'Deja Vu'.kerana album ini dan album "Powerslave" yang di kenalkan oleh abang2 aku la yang aku terus minat kat Iron Maiden sampai sekarang..
Pernah cerita pasal album ini 2 tahun yang lalu Kat Sini

Friday, 5 September 2014

Powerslave 30 Tahun

Perasan kat FB page Metal Hammer dan kebetulan Berteromber pun ada cerita pasal album Iron Maiden Powerslave Kat Sini (sementara nak tunggu rilisan semula rekod2 Maiden nanti kan)

versi piring hitam dan cd






piring versi US press





piring versi reissue 2013




piring bergambar reissue 2013 side A




Side B


Tahun 1984,pada 3 September,rilisnya album ini,album heavy metal UK yang berjaya menjajah Amerika dengan terma "New Wave Of British Heavy Metal" atau dengan singkatannya NWOBHM.tahun 1984 juga masa tu aku masih lagi budak hingusan (baru sekolah darjah 2 je pun)tapi kerana abang aku yang seorang ni dulu penah beli kaset versi lanun Powerslave dan Somewhere In Time,dari situ la aku baru kenal Maiden dan Eddie...dulu memang aku suka tengok mascot Eddie tu dalam pelbagai gaya dan versi,tak penah rasa takut pun..heheh..

Tshirt rock pertama yang aku pernah dapat dan pakai ialah Powerslave juga (tahun 1988,aku darjah 6,tshirt tu beli kat pasar kemboja dengan harga rm 5 hasil kumpul duit belanja sekolah)menyebabkan bebudak kelas aku yang minat Desire (band rock kapak dari Kelantan tu)mula memandang serong kat aku pasal aku layan rock omputih..heheh..masa tu pun sebenarnya aku belum betul2 minat dengan Maiden sebenarnya,sehinggalah member sekelas aku sorang ni nyanyi lagu '2 Minutes To Midnight' tu sambil dengar kat walkman beliau,dari situ aku dah mula suka Iron Maiden..dulu aku sebut 'iran maiden'..heheh..

Ok,pasal album ni pulak,lagu2nya memang best kesemuanya seperti 'Aces High' 2 Minutes To Midnight' 'Flash Of The Blade'(aku suka bunyi intro gitarnya) lagu instrumental 'Losfer Words (Big 'Orra)','Powerslave' dan juga lagu paling epik dalam album ini yang berdurasi selama 13:42 saat iaitu 'Rime Of The Ancient Mariner' antara lagu terbest yang peminat Maiden mesti tau.

Kenangan aku dengan Powerslave dan 'firaun Eddie' sehingga ke hari ini,rekod Powerslave kerap juga aku putarkan kat turntable aku..terima kasih jugak kat abang aku (sampai sekarang still lagi simpan rambut panjang) kerana memperkenalkan aku kat Iron Maiden ini..



Friday, 29 August 2014

Iron Maiden - A Matter Of Life And Death (2006)


Sementara nak menunggu rilisan semula vinyl album/single Maiden tahun 80an dulu..layan album2 lama yang aku belum penah tampal kat blog ni..








Takda la nak review sangat pun,aku rasa ramai yang dah tau lagu2 dalam album ni kan..cd ni sebenarnya dah kali ke 3 aku beli.yang di beli kali pertama dan kedua lesap ntah ke mana..(kes pinjam tak reti nak pulang) yang ini aku jumpa di Amcorp dengan harga rm 15 tanpa fikir panjang aku terus beli.bukan seperti cd versi Ijau punya yang ada dapat dvd tu,yang ini cuma versi biasa je..
Dalam banyak2 album IM,aku rasa album ni yang paling special sebab Maiden pernah main kesemua lagu dalam album ni secara live.cuma tour untuk album ni tak panjang,hanya separuh dari negara Asia dan Eropah termasuk dalam senarai,dan live album untuk tour ni pun takda rilisannya..tak macam Flight 666 dan En Vivo!
Lagu2 dalam album ni pun best2 belaka macam 'Different World', 'These Colours Dont Run','Brighter Than A Thousand Suns',dan 'The Reincarnation Of Benjamin Breeg' album bertemakan perang yang terbaik.

Apa pun album ini sebagai pelengkap diskografi Iron Maiden aku yang kebanyakannya peminjam terus buat harta sendiri.so lepas ni memang takda dah aku nak kasi org pinjam.kalau nak beli,kalau kedekut download je lah..heheh..tapi memiliki dan menyimpan cd/lp lagi ada nilai sentimental value pada aku,yang sesetengah orang tidak memahami..

Monday, 18 August 2014

Maiden Lego

Sekarang memang demam lego eh?Sampaikan Iron Maiden pun kena tempiasnya jugak..sesekali layan versi Lego best pulak..heheh..showmanship yang versi Lego memang terbaik la..Bruce berlari2 anak keliling pentas,Steve Harris melompat2,dan aksi Janick pun sama je macam video Rock In Rio tu.

Layannn..






Ni lagi satu Lego of the beast..pun layan gak..heheh




Wednesday, 22 January 2014

Tuesday, 21 January 2014

Makan Garam & Killers

Dah lama aku tak jenguk makcik aku yang tinggal di Pinggiran Ukay (berhampiran dengan zoo negara).So tadi aku berkesempatan singgah sebentar di rumah beliau.macam biasa kalau lama aku tak datang mula la dia bebel..biasa lah kan, orang dah berusia memang macam tu..
Aku dengan makcik dan pakcik aku ni memang rapat sejak aku kecik lagi.antara ramai2 adik beradik makcik aku,diorang ni lah yang paling aku sayang.walau aku dah bangka macam sekarang ni pun dia tetap ambik berat tentang diri aku..heheh..

Nak di jadikan cerita,memang selalu kalau berbual dengan makcik aku ni kadang2 aku memang suka bergurau dengan beliau..cuma perkara yang di bualkan harini buatkan aku tekejut yang amat..

Makcik : "kalau cuti tu rajin2 la datang sini..selalu kalau cuti ko pegi mana je?"

Aku : "takda kemana pun..biasa memang duduk rumah je,kalau dah boring sangat pegi Amcorp Mall kat PJ tu saja jalan2.."

Makcik : "kalau pegi Amcorp Mall beli apa je kat situ?"

Aku : "kalau hari sabtu or ahad ada flea market kat situ,selalu beli piring hitam kalau ada yang menarik"

Makcik : "rekod apa yang ko beli?"

Aku : "Iron Maiden.maklang tau apa tu Iron Maiden?"(aku boleh gatal tanya camtu pulak..heheh)

Makcik : (dengan suara yang sedikit tinggi) "apa pulak aku tak tau?aku lagi dulu makan garam dari ko tau tak???..tu pakcik ko tu dulu ada rekod dia..yang gambo antu rambut panjang pegang kapak tu.."

Aku : (terkedu,tekejut,tersengih sambil cakap dalam hati..boleh tahan jugak orang tua ni..nampak nya aku la yang poser..)heheh..

Ini la album Iron Maiden yang makcik aku maksudkan tu...

Killers di riliskan pada 2 febuari 1981

# Nasib baik la makcik aku tak nyanyi lagu Murders In The Rue Morgue..heheh

Monday, 6 January 2014

Iron Maiden - Death On The Road (2005)

Berjangkit dengan entri Berteromber Kat Sini



Ianya merupakan album live IM sewaktu mereka melakukan tour untuk album Dance Of Death yang telah di riliskan pada tahun 2003.tour untuk album ini pun mereka hanya lakukan di seluruh Eropah,untuk Asia mereka cuma bermain kat Jepun.pada aku,ini adalah pilihan kedua album live dari IM yang aku akan dengar berbanding Flight 666 yang menjadi pilihan utama.


setlist

Sama macam abang Berteromber,memang agak sukar nak hadam lagu2 dari album Dance Of Death sejak era 3 gitaris ni.tapi bila dah dengar versi live boleh melekat pulak dan jadi semakin suka bila dengar lagu2 dari DOD dalam versi live.Walau agak ada kelainan sedikit,tapi lagu2 yang di bawa untuk versi live dalam album ni terbaiklah.
trek kegemaran dalam album ni seperti Wildest Dreams,Dance Of Death,Rainmaker,Paschendale,No More Lies dan Journeyman.juga lagu dari era Blaze Bayley yang di nyanyikan kembali oleh Bruce dengan baik sekali iaitu Lord Of The Flies.lagu ni agak laju juga tempo nya berbanding versi Blaze dalam album X-Factor.
Lagu lagu lain dalam album ni aku rasa sama seperti rilisan live Maiden yang lepas dan agak jemu jugak bila dengar seperti lagu The Trooper,The Number Of The Beast,Hallowed Be Thy Name,Can i Play With Madness semua ni aku skip,hanya dengar lagu lagu dari album DOD je..


Overall,album memang best,kalau susah nak hadam album DOD,boleh layan live album ni dulu.walaupun Maiden ada sedikit mengalami transformasi dalam muzik mereka,tapi Maiden tetap Maiden..tak akan mengecewakan peminat2 beliau berbanding Metallica yang berubah menuju ke jalan yang sesat dengan Load,Reload dan St.Anger nya..heheh..
Akhir kata, tak KPop rock la kalau takda album ni..heheh..

"You tell me we can start the rain
  You tell me that we all can change
  You tell me we can find something to wash the tears away.."

Monday, 16 December 2013

Maiden England 88' DVD


Tunggu punya tunggu akhirnya dapat jugak la dvd Maiden England ni..sebelum ni dah ada versi CD dan juga versi Piring Hitam Bergambo dah complete set IM aku macam set En Vivo!..heheh..
Sama macam versi cd dan lp,live IM ni di rakamkan ketika tour terakhir album SSOASS concept album dari Maiden yang paling best walaupun tak sehebat Operation : Mindcrime.



Macam biasa setiap rilisan Maiden memang ada terselit benda special, macam booklet dalam dvd ni.bendanya pun berlipat2 je..bila bukak jadi la macam ni..


Best jugak la melayan artwork,gambar2 lama diorang,dengan cerita2 pendek,dan jadual konsert,bila dah bukak besar jugak la macam poster saiz dia,cuma aku malas nak snap gambar banyak..



Ada 2 disc..disc pertama konsert tahun 1988 yang dah di upgrade bunyinya jadi lagi sedap,lagi best bila di layan menggunakan set home teater kat rumah..heheh..tapi yang paling aku suka layan disc kedua yang ada History Of Iron Maiden Part 3 dokumentari 40 minit.diorang cerita sebenarnya terlalu laju sangat diorang perform malam tu yang mana diorang pun tak berapa suka...bila masuk part Adrian cakap pasal dia keluar dari Maiden,terus bersambung pulak..
12 Wasted Years pun best.cerita pasal album2 lama diorang,pasal album The Number Of The Beast yang ramai pengkritik kata Maiden ni band puja setan.yang best cerita Martin Birch,masa kereta dia rosak,harga untuk kesemua kos repair tu $666 tapi tuan kedai tu tak boleh nak terima angka genap tu pasal nombor tu suwey katanya..heheh..kebetulan masa tu dia tengah produce album NOTB tu..

Apa pun,sama macam rilisan IM yang lepas2..memang best dan memang menarik..