Showing posts with label cd. Show all posts
Showing posts with label cd. Show all posts

Saturday, 29 December 2018

Metallica - And Justice For All Remastered Expanded Edition (2018)

Di riliskan kembali setelah mencapai usia yang ke 30 tahun pada 2018 ni.




Rilisan kali ini dalam bentuk digipack.logo Metallica dan maskot patung tu timbul.memang special sikit la.nak beli yang versi boxset memang tak mampu..mampu tengok je lah.






bahagian belakang.gambar masa konsert era album AJFA ni.masa era ni aku suka jugak la.zaman rebel Metallica dan album thrash terakhir dari mereka.





Bila dah buka keluar la gambar band member yang macam tu..





Bila buka yang dalam macam tu lah cd nya.cd pertama album AJFA yang telah di remasterkan yang tetap takda bunyi bass Jason Newsted.cd kedua ialah demo & rough mixes.aku setuju dengan Takilala,lagu 'To Live Is To Die' dalm versi cd kedua ni lagi best dari versi original.memang sedap dari versi asal.dan cd ketiga ialah rakaman live dari 'Damaged Justice Tour'.cd ketiga ni pun ada lagu yang agak kureng sikit soundnya.memang Metallica nak sound macam tu agaknya.




Booklet ni kalau Metallica ceritakan pasal album AJFA ni pun kira ok jugak.tapi takda cuma lirik lagu dan gambar-gambar je.









Dah.tu je lah yang ada.tapi album ni memang patut ada untuk melengkapkan koleksi Metallica anda semua.lagi pun aku pernah cerita pasal album ni 5 tahun lalu Kat Sini



Tuesday, 11 December 2018

Punisher - Dehumanized ( 2018 )




Ok kali ini ada masa nak buat entri setelah sibuk mengejar duniawi.heheh.kali ni nak cerita cd yang baru beli dan dengar.dah lama aku teringin nak beli cd ni.sebab ada antara rakan-rakan blog yang dah tunjuk kat dalam group whatsapp dan memberikan macam reaksi tentang ep ni,maka cd dah ada kat tangan aku boleh la melayan.lagi pun dah lama tak cerita pasal  cd band tempatan kan,kita cerita pasal band Punisher ni.





Band Punisher kalau peminat muzik keras bawah tanah kat Malaysia ni memang tau mereka ni antara band paling otai atau pun merekalah pelopor utama scene gerakan muzik keras bawah tanah pada penghujung 80an dan awal 90an.mereka jugalah yang menaikkan scene underground,menjadikan ada antara peminat scene rock kapak beralih arah kepada muzik yang lebih keras.tetapi sayangnya setelah 30 tahun baru Punisher ni dapat menerbitkan ep mereka yang pertama.tak kisahlah kan bak kata orang jawa, "better late than never".tonggak utama Punisher ini ialah Rosdan (ex Bloodshed) yang mana setelah album siap di rakam,beliau telah keluar dari Punisher dan di gantikan dengan Jeff Disposal.





Reaksi aku setelah mendengar ep ni,memang kuat pengaruh Megadeth nya.walaupun begitu aku suka sound dalam ep ni,memang berbunyi thrash 80an.seperti rakaman lagu-lagu di buat pada tahun 80an.memang sedap dan padu.dan yang paling memeranjatkan aku ialah vokal Rosdan.suara dia sebijik macam Dave Mustaine Megadeth hilang lenggok lagu Srikandi Cintaku..heheh..kau orang boleh bandingkan vokal beliau yang sekarang dengan zaman dia ketika bersama Bloodshed,memang lain betul.







Tak kisahla kalau berbunyi Megadeth pun,yang pasti lagu-lagu yang mereka cipta memang sedap.aku dengar kesemua lagu tanpa skip dan track favourite aku ialah lagu 'Punishment'.harap lepas ni mereka dapat keluarkan full album dan pada aku ini adalah ep thrash/heavy tempatan yang terbaik untuk tahun 2018 ni.



Sunday, 16 September 2018

Metallica - Garage Days Re-Revisited 1987 (Reissue 2018)

Dah lama tak update.maklum la sibuk je memanjang (alasan biasa..heheh)







Ok EP ni sebenarnya pernah diterbitkan pada tahun 1987 bermakna dah 31 tahun usia EP ni.juga merupakan album yang memperkenalkan Jason Newsted kepada peminat-peminat Metallica.sekitar tahun 1995 dulu aku pernah beli kaset album ni.tapi macam biasa dah hilang.pada bulan april lalu Metallica telah mengumumkan tentang album ini dengan rilisan yang pelbagai.ada dalam bentuk kotak panjang,vinyl berwarna oren dan cd digipack biasa seperti replika vinyl yang agak menarik dan akhirnya ada di tangan aku.heheh..









Nak cerita panjang pun aku rasa ramai yang dah tahu sejarah tentang EP 'Garage Days' ni.tapi rilisan yang terbaru ini telah di remastered.yang membuatkan bunyinya lagi bertambah sedap dari yang sebelum ni.walaupun hanya lagu-lagu cover yang di mainkan oleh Metallica,tetapi susunan muzik dengan tempo heavy metalnya memang best.banyak jugak band-band lama British yang aku tau sebenarnya melalui album ini.seperti band post punk Killing Joke,Diamond Head,Budgie,Misfits dan Holocaust.kesemua band ini menjadi sumber inspirasi Metallica dalam penulisan lagu mereka.

Oklah takda apa nak cerita lagi.tapi EP ini wajib di milik kepada mereka yang tak pernah dapat nak beli sebelum ni sebab ramai penjual yang menjual album ni dulu dengan harga yahudi.heheh..

Saturday, 14 April 2018

Helloween - Chameleon (1993)

Sempena kedatangan Helloween ke Malaysia..





Album yang di riliskan pada tahun 1993 ni merupakan album terakhir Michael Kiske (vokalis asal) bersama Helloween yang pada ketika melakukan tour promosi untuk album ni dia dan pemain drum Helloween yang asal iaitu Ingo  Schwichtenberg telah di tendang keluar atas sebab kegagalan album ini yang di katakan terlalu komersial dan hilangnya elemen power metal yang menjadi teras muzik mereka sejak di era 80an lagi.cuma Ingo ni tak boleh terima lagu 'Windmill' tu sebab terlalu pop sangat sehinggakan dia namakan lagu tu kepada 'Shitmill'..heheh.




Tapi pada aku album ni takda la teruk sangat pun,muziknya masih lagi metal cuma stailnya lebih kepada progresif ala Queensryche.sesiapa yang biasa dengar muzik Queensryche pasti suka jugak dengan album ni.dan album ini juga membuktikan Michael Kiske boleh menyanyi lagu slow/pop rock bukan hanya pada nada jeritan tinggi untuk lagu power metal je.selain dari itu kerja gitar Michael Weikath dan Roland Grapow juga menarik masih sama seperti dalam album-album Helloween yang sebelum ni.





Lagu-lagu dalam album ini yang best pada aku ialah :
'First Time' - lagu pembukaan trek pertama yang memang power.masih ada elemen power metal
'Giants' - juga lagu dengan elemen power metal
'Music' - eksperimental/progresif ala Queensryche ada di masukkan unsur orkestra sikit tapi best
'In The Night' - eksperimental/southern rock/country mengingatkan aku pada album Poison 'Native Tongue' juga di riliskan pada tahun yang sama
'Step Out Of Hell' - yang ni pun eksperimental & power metal 
'When The Sinner' - antara lagu yang peminat Helloween tak boleh terima tapi dah jadi komersial.memang takda langsung bunyi Helloween tapi lagu ni kira ok jugak la.






Walaupun dulu nya album ini tak di sukai oleh peminat tegar Helloween,aku pasti sekarang ni mesti ramai yang dah suka.lagi pulak sekarang ni Helloween dah pun reunion balik dengan band member asal.cuma hati aku ni berbelah bagi nak pergi ke tak konsert Helloween ni nanti walaupun dah tukar venue dalam kawasan kl.hari sabtu tu pulak aku kerja.tengoklah nanti macam mana..so sesiapa yang dah beli tiket tu harap kau orang semua enjoy the show.layan Helloween sambil makan lepat labu pun ok kan..heheh.

Sunday, 21 January 2018

King Diamond - The Eye (1990)

Antara album King Diamond tanpa Mickey Dee..



Macam aku pernah cakap sebelum ni,kebanyakkan album-album King Diamond merupakan concept album (penceritaan dalam lagu macam kita tengok filem seram) dan album 'The Eye' ini menurut kata King,berdasarkan dari kisah benar dan di olah sedikit jalan ceritanya berlatar belakangkan pada era pada tahun 1600an di Perancis dan cerita dalam album 'The Eye' ni memang menarik.cara penceritaannya pun sama seperti album-album King Diamond yang sebelum ini seperti 'Them','Abigail' dan 'Conspiracy' seperti biasa selain menyanyi,King Diamond juga merupakan 'voice acting' untuk setiap lagu.boleh gelak macam hantu,buat suara nenek tua dan suara garau macam raksaksa.hehe..

Kisah untuk album ni mengisahkan tentang seutas rantai leher yang di panggil 'The Eye'.

1.Eye Of The Witch
Lagu intro pertama ini mengisahkan tentang seseorang (taktau lelaki ke perempuan) dah terjumpa rantai 'The Eye' ni.bila dia dapat rantai ni je dia boleh nampak kejadian masa lampau.solo Andy LaRocque best.aku suka dengar.

2.The Trial(Chambre Ardente)
Kita di kenalkan dengan dua karakter dalam cerita ini iaitu Nicolas de la Reynie seorang ketua paderi dan juga Jeanne Dibasson yang di tuduh sebagai ahli sihir.orang yang jumpa rantai 'The Eye' ni tadi dapat tengok segala kejadian yang berlaku perbicaraan untuk menghukum Jeanne ni sebab beliau di katakan ahli sihir.intro yang berat pada awal lagu ala Black Sabbath memang menarik dan juga solo Andy yang mengikut mood lagu.









3.Burn
Akhirnya Jeanne di dapati bersalah dan di hukum bakar hidup hidup.kerja gitar Andy dan Pete Blakk part solo berharmoni tu aku suka dengar.best betul

4.Two Little Girls
Cara penceritaan kali ini menarik,lagunya pun ala 'twinkle twinkle little star' King nyanyi sambil buat suara budak kecik dan buat suara budak perempuan menjerit.ceritanya selepas ahli sihir ni hangus terbakar,2 budak perempuan ni terjumpa rantai 'The Eye' ni kat bekas tapak ahli sihir tu kena bakar ketika mereka berdua bermain kat kawasan tu

5.Into The Convent
Lagu kelima ini juga memperkenalkan karakter yang lain iaitu sister Madeleine Bavent dan Father David.nak di jadikan cerita Father David ni dah rogol sister Madeleine ni.lepas je Father David ni rogol Madeleine,kessokan harinya Father David ni mati kena bunuh dengan kuasa rantai 'The Eye' yang di pakai oleh Madeleine tu.mood lagu yang heavy sesuai dengan jalan cerita rogol dan bunuh ni..heheh




6.Father Picard
Setelah Father David mati,datang pulak Father Picard ni jadi ketua untuk ganti Father David,tapi dia ni pun sama jugak ada niat jahat.dia ada letak sesuatu dalam air minuman air suci yang orang kat gereja tu kena minum setiap ahad.sesiapa yang minum air tu mula dengar cakap Father Picard ni.sekali lagi solo berharmoni dari Pete dan Andy yang menarik dan best

7.Behind These Walls
Madeleine semakin rasa pelik apa yang berlaku dalam gereja tu dan dia juga rasa tak percaya dengan Father Picard tu.macam ada sesuatu yang tak kena dalam komuniti gereja tempat dia tinggal tu.lagu ni kalau takda lirik pun dah best.riff-riff yang menarik dan solo Andy memang tak payah cakap la dah memang power dalam lagu ni.

8.The Meetings
Father Picard dan semua ahli tertinggi gereja berkumpul termasuk la Madeleine.apa yang berlaku selepas itu ialah seorang bayi telah di bunuh untuk di jadikan korban ritual ajaran sesat Father Picard ni.memang kejam gila la Father Picard ni.solo gitar kali ini oleh Pete Blakk.solo dia pun power



9.Insanity
Intrumental akustik gitar dan solo dari Andy LaRoche.menarik kerja gitar dia.kira macam lagu latar untuk cerita ni lah.

10.1642 Imprisonment
Pada tahun 1642 ritual ajaran sesat mereka telah di ketahui umum dan mereka semua telah di tangkap dan di penjarakan atas kesalahan membunuh bayi dan kanak-kanak yang tidak berdosa termasuk la sister Madeleine yang telah buat pengakuan atas segala kejahatan yang Father Picard lakukan.cuma sayangnya lagu ni pendek hanya berdurasi 3 minit je.kalau panjang sikit dengan solo Andy tu mesti lagi best.

11.The Curse
Kembali ke zaman moden iaitu orang yang jumpa rantai 'The Eye' tadi pada track lagu pertama.sumpahan 'The Eye' tu dah pergi pada orang yang jumpa rantai tadi tu dan hidup dia tak tenteram.setiap kali dia tengok 'The Eye' tu setiap kali tu jugalah dia tengok satu persatu peristiwa yang terjadi dari rantai tu.lagu ni sekejap slow sekejap fast dengan solo bergulung-gulung dari Andy dan Pete.

Pada aku album ni memang 'complete package' la.kalau takda kerja gitar dari Andy dan Pete Blakk memang tak menjadi jalan cerita dalam album ni,juga cara King Diamond buat lagu dan stail vokal dia yang berubah ubah tu memang mencantikkan lagi cerita dalam album ni.jadi kalau anda inginkan cerita seram thriller tanpa gambar,boleh layan album 'The Eye' ni.memang terbaik.
Dan untuk pengetahuan pembaca blog album ni takda pun sebut pasal sembah setan semua tu.jangan nilai buku sebelum baca isinya.

Wednesday, 20 December 2017

Queensryche & Samson

Yang baru sampai pada hari jumaat lepas dari Bintulu Sarawak.




Hasil persetujuan pertukaran dengan rakan blogger iaitu Ijau.memandangkan aku dan dia mempunyai hobi yang hampir sama (mengumpul cd dan games)maka terjadilah pertukaran antara cd game Playstation 4 'The Last Of Us' (seperti dalam entri Ini )dengan cd ini.pada mulanya cuma cd Queensryche 'Promised Land' je,tapi Ijau telah bermurah hati nak kasi aku lagi satu  cd.so dapatlah cd 'Samson-Joint Forces' tu.lagi pun aku memang tak pernah dengar muzik Samson,apa salahnya kalau cuba dengar mana tahu best ke.

Cuma belum berkesempatan lagi nak dengar kedua-dua cd tu sebab masa terlalu mencumburi aku..heheh..nanti kalau dah dengar boleh buat entri yang berasingan.
Apa pun terima kasih kepada Ijau untuk kedua-dua cd 'Queensryche Promised Land' dan 'Samson Joint Forces tu'.

Monday, 11 December 2017

Iron Maiden - The Book Of Souls Live Chapter ( 2017)

Semua orang review pasal album band rock dari 'USA' tu kan.so aku review album ni je lah yang tak berapa trending.


Iron Maiden kembali dengan album live terbaru mereka yang di rakam ketika tour keliling dunia mereka berlangsung sejak dari tahun 2016 sehinggalah ke pertengahan tahun ini.satu yang aku suka pasal Iron Maiden ni bila mereka keluar album baru dan buat tour,mesti ada keluar live album dengan packaging yang menarik dari artwork,inlay sehinggalah ke lagu-lagunya tetap tak mengecewakan.kiranya semua peminat tak kira golongan berada atau marhaen macam aku ni dapat la memiliki album ni.tak macam ada sesetengah band hanya jual lagu live mereka melalui online yang kadang kala harganya agak mahal.walaupun album ni aku rasa kurang publisiti tapi peminat IM tetap beli macam aku ni..heheh.kadang-kadang ada jugak kawan-kawan aku tanya "kenapa kau beli album ni sedangkan aku dengar lagunya semua sama je?" aku cuma jawab "kau tak pernah dengar album IM yang dulu-dulu,kalau dah dengar baru tahu betapa masyuknya Iron Maiden ni"..heheh









Ok lah,oleh sebab sekarang ni aku dah jarang-jarang update blog kali ni aku taip panjang sikit la ya.cd 'Live Chapter' aku punya ni versi 'deluxe edition' memang menarik la packaging ni.sama macam album mereka yang sebelum ni iaitu 'The Book Of Souls'.kesemuanya ada 15 track lagu yang di rakamkan live di serata dunia.

CD1
If Eternity Should Fail
Lagu track pertama ni memang aku suka.baik versi album atau pun live.tapi versi live ni agak laju sikit temponya tapi ok lah best.memang track kegemaran aku

Speed Of Light
Ini pun best.cuma aku kesian dengar vokal Bruce.macam kena paksa bila nada tinggi tu.aku rasa dia pun tak selesa kot nyanyi macam tu,tapi pasal ni lagu barukan peminat nak dengar kena la nyanyi..hehe





Wrathchild
Agak lama Maiden tak bawak lagu ni live kalau tak silap aku.track yang ni pun aku suka.bunyi drum Nicko sedap dalam lagu ni

Children Of The Damned
Intro akustik gitar dia memang clear habis.sedap dengar.riff dia pun kedengaran heavy sikit dari versi album.puas hati,power,thumbs up!

Death Or Glory
Baik versi album atau live.memang aku suka. solo H dalam ni memang best.lagu pasal perang dunia pertamakan,pasal Red Baron tu





The Red And The Black
Lagu epic kedua yang panjang dari album 'The Book Of Souls'.aku setuju dengan Deaf.part instrumental dia memang layan lagi la yang ni di rakam live memang masyuk abis la lagu ni.5 bintang untuk lagu ni.selain dari lagu 'If Eternity Should Fail',lagu ni memang aku teringin nak dengar live.

TheTrooper
Macam aku cakap sebelum ni,memang aku dah bosan dengar lagu 'The Trooper' ni.aku skip terus.dah macam lagu 'hisapbella' dah lagu ni mesti ada setiap kali live.

Powerslave
Ok yang ni aku tak skip.lagu ni memang best.memang kena la tema dia Mayan jumpa Firaun..haha..Firaun taknak mati tapi kaum Mayan atau Necropolis dah cakap tak semua yang hidup kekal abadi..hehe




Ok kita pergi CD yang lagi satu.

CD2

The Great Unknown
Macam aku cakap sebelum ni,lagu ni best tapi vokal Bruce macam di paksa terseksa.yelah mungkin faktor umurkan.Bruce pun umur dah berapa,lagi pun baru baik dari kanser.walaupun vokal dia macam tu tak mencacatkan seluruh lagu kira band members dapat cover la dengan muzik yang power.

The Book Of Souls
Lagu pasal sejarah kaum Mayan.lagu dan lirik dia best la.macam baca buku ceritakan.bunyi akustik yang clear dan solo yang best.kalau The Book Of Souls ni di jadikan concept album macam Operation Mindcrime mesti best.

Fear Of The Dark
Macam lagu hisapbella,lagu ni pun tetap ada kat setiap album live Maiden.yang versi ni aku tak berapa suka,aku suka versi Rock In Rio tu..yang tu terbaik

Iron Maiden
Bila dengar lagu ni aku teringat kat Paul Di'Anno.heheh..

The Number Of The Beast
Ok terus terang yang ni pun aku dah bosan dengar.hisapbella of the beast.aku skip..haha

Blood Brothers
Aku suka Bruce cakap masa sebelum start lagu ni.kira dia beri kata-kata nasihat la.lagu semangat setiakawan tak kira umur atau bangsa.lagu ni memang tak jemu dengar.suara penonton pun kuat bila part chorus tu.



Wasted Years
Pada aku lagu ni kira macam 'soundtrack of my life'.setiap tahun kita ada kalanya kita terlupa selalu sangat mengejar duniawi.dalam masa setahun tu pun kita tak sentiasa sihat.kadang kita ada sakit jugak kan.lagu yang menarik dan best.

Overall.album live ni tak mengecewakan.kalau dah minat memang best la kan.cuma yang tak bestnya takda keluar versi dvd macam rilisan live IM yang sebelum ni.macam tak complete pulak kali ni.tapi takpalah dah ada cd ni pun kira ok lah.kalau rajin nanti aku tunjuk yang versi piring hitamnya pulak.Up The Irons.

Thursday, 12 October 2017

Lovehunters - Sehari Dalam Hidup ( 1987 )

Juga antara album yang dah berusia 30 tahun pada tahun ini..




Sejujurnya aku memang tak tahu sangat pasal band ni.cuma apa yang aku tau Lovehunters antara 3 piece band yang terbaik dari Singapura.mereka ialah Yazid,pemain bass dan penyanyi juga merupakan tonggak utama Lovehunters bersama-sama dengan Moliano (gitar) dan Saharrudin (drum).dan ini merupakan album pertama mereka kalau tak silap.(betulkan kalau aku silap)

Walau aku taktau dan tak pernah dengar lagu dalam album ini kecuali lagu 'Ku Ukir Namamu' (sampai sekarang lagu ni setiap hari keluar radio kat Best.fm) tetapi lagu2 lain dalam album ini boleh tahan sedap juga.bila dengar semua lagu bermula dari track pertama hingga terakhir apa yang aku boleh cakap muzik Lovehunters ni banyak di pengaruhi rock 70an dan 80an.kerana album ini di rakamkan di Lion Studio Singapura (studio legend ni,macam Morrisound Studio kat Floria tu antara studio impian mat-mat rock nak rakam album)dengan sound rock 80an telinga aku memang takda masalah nak terima muzik mereka sebab aku membesar pada era itu.






Antara lagu rancak dalam album ini yang aku suka ialah 'Sengketa Dunia' bila dengar riff intro dia aku terus teringat kat Judas Priest.sound dia macam Judas Priest.part jeritan Yazid dalam lagu ni memang power.lagu hard rock 'Balada Orang Bersalah' pun boleh tahan menarik. part akustik dan gitar solo harmoni tu sedap dengar.
Lagu-lagu yang lain seperti lagu 'Mimpi Di Siang Hari' yang berentak mid tempo dengan solo yang simple pun boleh tahan.sama juga dengan lagu 'Derita Ku Tanggung Sendiri' vokal Yazid memang agak unik,lagu slow dan heavy pun kena dengan suara dia.dan akhir sekali dan tentunya lagu 'Ku Ukir Namamu' lagu ni bukanlah jiwang leleh macam lagu sekarang,di sebabkan sound era 80an menjadikan lagu ni agak unik sedikit memang berbunyi rock 70an dengan solo yang mendayu syahdu tu mencantikkan lagi lagu ni (sanggup berenang kat lautan api?..heheh)




Ok,kesimpulannya album ni best,kalau jumpa kau orang beli lah.tak rugi.Lovehunters pun dah boleh di katakan legend juga dalam arena rock Malaysia dan Singapura.

Tuesday, 12 September 2017

Rampage - Rempuh (2017)

Lagi yang terbaru dari kumpulan yang boleh di katakan otai juga..



Album mini ini menurut kata Yazit Ahmad (ketua Rampage dan juga tulang belakang band ini) memang telah lama di rakamkan sejak dari tahun 2000 lagi.tapi untuk album mini ini hanya 5 lagu sahaja yang ada,sementara nak tunggu full album Rampage siap.walaupun dah terperap lama selama 17 tahun,stail muziknya masih relevan lagi untuk tahun 2017 ini.seperti kata Yazit konsep muzik Rampage agak berlainan sedikit dengan pelbagai rentak tapi keluar tepat pada waktunya.dan pada aku ini antara album rock terbaik untuk tahun 2017 dengan musim cd reissue yang dah mula reda,salah satu album rock yang menjadi penyelamat dalam industri muzik Malaysia yang dah tenat ni.



Ok.oleh kerana aku takda degree dalam sound engineer,aku cuba review dengan cara aku dan dari pendengaran halwa telinga aku sendiri.lagipun aku bukan wartawan muzik macam Metal Hammer atau pun Kerrang.tak di bayar pun..heheh..sebelum tu untuk yang tak tau Rampage ni di anggotai oleh Yazit (drum dan ketua kumpulan) Moq ( penyanyi,pernah menggantikan Amy dalam album Search Selepas Banjir) Zham (bass)dan dua gitaris undangan iaitu Rithan (dari band apa aku lupa) dan Jemboo (bekas gitaris Def Gab C)

Kita mulakan dengan track pertama


1.Torpedo
Untuk track pertama merupakan salam perkenalan dari Rampage dengan lagu heavy progresif ala Dream Theater dengan lirik sinis hasil tulisan Moq.track pertama ni aku suka sound bass drum dari Yazit.memang padu.sambil dengar lagu ni pun kaki aku pun sama menghentak ikut irama pedal drum Yazit tu.




2.Selimuti Hawa
Track ke 2 pulak lagu berentak mid tempo.bukanlah lagu cintan jiwang.lagu ni lebih mengisahkan dosa yang di buat oleh kaum hawa.dan stailnya sama macam aku cakap tadi,ala Dream Theater.

3.Hipokritik
Experimental.ada bunyian tabla pada awal lagu.ada elemen reggae sikit tapi menarik.liriknya seolah menyindir seseorang..dengan liriknya yang berbunyi 'lagak bergaya,nak jadi "big superstar" '..heheh..agak siapa yang di sindir tu eh.liriknya juga ada bercampur dengan bahasa inggeris.memang lain dari yang lain lagu ni.


nurkilan dari Yazit

4.Apa Mahu Mu
Slow rock pada awal lagu dan fast pada penghujung lagu.pada permulaan lagu ni mengingatkan aku pada lagu 'Kejoraku Bersatu' sebab vokal Moq ni kalau lagu slow suara dia ada iras Amy Search sikit.cuma takda tarik nada tinggi melangit.yang ini pun menarik.





5.Rempuh
Lagu yang menjadi tajuk album ini.dan track terakhir ini berentak Nu Metal ala Korn dan Linkin Park.tahun 2000 dulu memang tengah demam Nu Metalkan banyak band2 Nu Metal tengah hot masa tu.Moq ni pun kira versatile la jugak nyanyi lagu berentak Nu Metal pun boleh,slow pun boleh.


Overall pada aku album ni terbaik la.sebab belum ada mana2 band yang nak ketengahkan konsep atau stail muzik yang sebegini.tabik pada Yazit yang bertanggungjawab bersusah payah nak terbitkan album ini walaupun lewat 17 tahun dengan susunan muzik yang mantap dan bersama pemuzik boleh dikatakan kesemuanya orang lama dalam scene rock tempatan.album ni memang aku rekomen kau orang semua beli.ada dapat poster lagi.(sorry poster aku lupa nak snap..heheh)
Itu je lah review aku..kalau ada salah silap harap di maafkan.maklum la takda degree sound engineer.

Wednesday, 23 August 2017

May - Penaklukan (1997)

Yang dah genap 20 tahun pada 2017 ni..



Masa album ni keluar pada tahun 1997 dulu,aku memang tak ambik peduli langsung sebabnya kerana lagu 'Jemu'.pada ketika itu aku fikir kalau beli kaset dia takut terkena macam Metallica (album Load/Reload) dan kebanyakan kumpulan rock pada ketika itu baik dalam atau luar negara semuanya dah berubah,termasuklah Sepultura yang dah jadi Nu-Metal.tetapi bila album ni di pasarkan semula aku pun tanpa fikir panjang belilah juga.





Untuk album ini tiada lagi Yantzen yang jadi vokalis seperti dua album May yang sebelum ini.di gantikan dengan Oney bekas penyanyi kumpulan Lipan Bara.bila mendengar kembali album ini selepas 20 tahun,ternyata sangkaan aku meleset.kita tolak tepi lagu 'Jemu' tu,lagu2 lain dalam album ni sebenarnya best.lagu2 heavynya masih lagi beridentitikan May.dengan segala kerja rakaman semua di lakukan di Synchrosound Studio yang di katakan paling canggih pada ketika itu.



packagingnya sama seperti tahun 1997.tiada yang di ubah atau di tambah.cuma liriknya agak kabur







Antara lagu hard/heavy yang best dalam album ni ialah 'Nafsu Puaka','Membujur Lalu Melintang Patah'(bunyi gitar dia yang berat tu aku suka) 'Taklukan','Penunggang Qada & Qadar' (intro riff dia ala rock 80an aku suka)dan 'Roda Dunia' (ada tempias Iron Maiden sikit) dan satu lagu mid tempo yang tak meleweh macam 'Jemu' iaitu lagu 'Penanti' ok la boleh tahan sebab tak melewehkan.heheh..

Lagu2 heavy kebanyakkannya di cipta oleh anggota May sendiri memang kena la dengan vokal Oney yang boleh jerit nada tinggi tu.riff dan solo Abu (gitaris)pun menarik banyak berinspirasikan dari gitar hero 80an.kalau takda lagu Jemu pun album ni sebenarnya boleh naik,cuma yelah pasaran Malaysia dan pendengar yang suka sangat lagu jiwang leleh ni kan memang tak boleh buat apa la..tapi pada aku ini sebenarnya album rock yang paling best pada tahun 1997 walaupun pada masa tu scene rock kat Malaysia memang dah terkubur.untuk peminat May kena layan album ni.terbaik!

Saturday, 12 August 2017

Def Leppard - Hysteria (1987)

Yang dah genap 30 tahun pada 3 ogos tempohari..



Aku kenal Def Leppard ni pun memang melalui album Hysteria ni.itu pun kerana abang-abang aku selalu mainkan kaset apache album ni.Def Leppard juga antara band yang menakluk Amerika bersama-sama dengan Iron Maiden dan Judas Priest juga antara pelopor terawal 'New Wave Of British Heavy Metal' dan ada antara pengkritik muzik di Amerika mengatakan pada era tersebut merupakan 'British Invasion'.





Walaupun Def Leppard pernah meriliskan dua album sebelum ni,tapi album ini lah yang membuatkan mereka terkenal bukan sahaja di Amerika,malah di seluruh dunia.pasti rockers pada era 80an tahu akan lagu 'Love Bites' antara lagu ballad berhantu yang masih lagi di putarkan di radio sehingga sekarang.tak hairanlah kalau album ni berjaya terjual berjuta unit di seluruh dunia.dan mungkin juga kerana kerja gitar Steve Clark yang pelbagai sesuai dengan mood lagu.selain itu keunikkan untuk album ini ialah Rick Allen pertama kali bermain drum hanya menggunakan tangan kiri beliau akibat kemalangan jalan raya yang telah mencacatkan tangan kanannya.









Berbalik pada album Hysteria ini,selain lagu 'Love Bites' antara lagu lain yang best ialah 'Pour Some Sugar On Me' antara lagu yang selalu menjadi sountrack untuk filem-filem Hollywood yang bergenre muzikal,'Women','Animal','Love And Affection' dan juga lagu yang berentak agak pop walaupun tajuk albumnya dengar macam ganas iaitu 'Hysteria'..heheh..

Nak cerita pasal sejarah album ni memang panjang.oleh kerana telinga aku memang dah biasa dengan sound rock 80an album ni memang takda masalah pada aku.cuma kalau nak dengar rock yang bukan dari benua Amerika boleh la layan Hysteria ni.
untuk info lebih lanjut boleh tengok kat blog Berteromber Di Sini

Monday, 29 May 2017

Battle Of The Bands - Round 2 (1986)

Dah 31 tahun album ni.aku lupa aku ada beli rupanya.heheh..ok sebelum tu aku nak ucapkan selamat berpuasa Ramadan Al Mubarak pada semua..



Oleh kerana demam rock 80an belum reda lagi pada ketika itu,di terbitkan pula bahagian kedua album Battle Of The Band ini.ALi Bakar adalah salah seorang yang bertanggungjawab menaikkan scene rock 80an pada ketika itu.dan pada yang taktau,album kedua2 album BOTB ini di terbitkan oleh Allahyarham M.Sharif ( The Zurah II) yang juga merupakan salah sorang pemain gitar hebat pada zaman pop yeh yeh dahulu.

Seperti album pertama,antara kumpulan yang terlibat dalam album ini yang dah jadi lagenda sekarang ialah Lefthanded,SYJ,Bloodshed,Ella & The Boys dan Rahim Maarof & Whitesteel.kerana album ini jugalah lahirnya pemain gitar yang hebat seperti Man Kidal dan Lord.walaupun begitu,stail muzik bagi setiap kumpulan dalam album ini ada identiti sendiri memang pengaruhnya banyak di ceduk dari band2 barat tetapi mereka berjaya membentuk muzik bagi identiti kumpulan masing2.seperti Ella & The Boys banyak di pengaruhi band2 era 70an seperti Uriah Heep,Rainbow dan Deep Purple,SYJ lebih kepada glam rock ala Motley Crue,Bloodshed kuat pengaruh heavy metal ala Loudness dan Lefthanded dengan pengaruh Iron Maiden nya.





Dalam album ini juga tak banyak lagu jiwang cuma dari Lefthanded 'Kenangan Bersamamu' dan Ella & The Boys 'Hanya Secebis Jawapan'.lain2 lagu dalam album ini semua berunsurkan nasihat dan juga lagu mengecam lanun cetak rompak seperti 'Mata Sepet' dari SYJ (lagu yang paling rebel,terang2 dia sindir..heheh)dan 'Hapuskan Lanun Cetak Rompak'.secara peribadi lagu yang aku paling suka dalam ni ialah 'Manusia Dan Janji' dari Bloodshed dan lagu 'Mata Sepet' dari SYJ dan lagu paling tak best ialah 'Hanya Dalam Mimpi'..heheh.selain telah menjadi lipatan sejarah dalam rock Malaysia,kerana album ini juga muzik rock pada ketika itu tok jibby kata gejala yang merosakkan moral dan akhlak anak muda pada ketika itu.






Pasal soundnya aku malas la nak cakap,asyik2 cakap benda yang sama je nanti orang marah pulak kan?heheh..apa pun bagi sesiapa yang terlepas beli kaset cetak rompak album ni dulu boleh beli cd album ini dengan harga biasa atau harga kapitalis.boleh tukar lagu jadi 'Hapuskan Kapitalis Penghisap Darah'.hahah!