Monday 28 August 2017

Pakaian



Ini pakaian Malaysia,

Bukan.. di Riau pun macam ini,
Tak cuma di Riau Daratan dan Kepulauan, di Pesisir Timur Sumatera Utara pun sama, contohnya di MEDAN, Binjai, Deli Serdang, Serdang Bedagai, Tebing Tinggi, Batubara, Asahan, Tanjung Balai, Labuhan Batu & Langkat.

Hei, Bangka & Belitung pun...

Palembang pun...

Hei...Jambi tu melayu tuo, sebutkan la....

Wak Yong, di sebagian wilayah Kalimantan pun macam ni.

Jangan la kalian Lupakan Kami di Thailand Selatan, busana Kami pun macam ni lah.

Kami di Temasek / Singapura tak kalian sebut ?

Brunei pun sama
Aih, Lupe same Kami di Aceh Temiang ? Begian juge lah kami.

Melayu Banjar,Pontianak,sambas di Borneo pun sama

Jadi siapa punya ini ?
Kita punya la, Melayu Serumpun.

Maksudnya kita bersaudara

Aok lah, usah begaduh ya.


Oleh :Tengku Adri,
Riau

p/s : Selamat menyambut Hari Kemerdekaan.

Wednesday 23 August 2017

May - Penaklukan (1997)

Yang dah genap 20 tahun pada 2017 ni..



Masa album ni keluar pada tahun 1997 dulu,aku memang tak ambik peduli langsung sebabnya kerana lagu 'Jemu'.pada ketika itu aku fikir kalau beli kaset dia takut terkena macam Metallica (album Load/Reload) dan kebanyakan kumpulan rock pada ketika itu baik dalam atau luar negara semuanya dah berubah,termasuklah Sepultura yang dah jadi Nu-Metal.tetapi bila album ni di pasarkan semula aku pun tanpa fikir panjang belilah juga.





Untuk album ini tiada lagi Yantzen yang jadi vokalis seperti dua album May yang sebelum ini.di gantikan dengan Oney bekas penyanyi kumpulan Lipan Bara.bila mendengar kembali album ini selepas 20 tahun,ternyata sangkaan aku meleset.kita tolak tepi lagu 'Jemu' tu,lagu2 lain dalam album ni sebenarnya best.lagu2 heavynya masih lagi beridentitikan May.dengan segala kerja rakaman semua di lakukan di Synchrosound Studio yang di katakan paling canggih pada ketika itu.



packagingnya sama seperti tahun 1997.tiada yang di ubah atau di tambah.cuma liriknya agak kabur







Antara lagu hard/heavy yang best dalam album ni ialah 'Nafsu Puaka','Membujur Lalu Melintang Patah'(bunyi gitar dia yang berat tu aku suka) 'Taklukan','Penunggang Qada & Qadar' (intro riff dia ala rock 80an aku suka)dan 'Roda Dunia' (ada tempias Iron Maiden sikit) dan satu lagu mid tempo yang tak meleweh macam 'Jemu' iaitu lagu 'Penanti' ok la boleh tahan sebab tak melewehkan.heheh..

Lagu2 heavy kebanyakkannya di cipta oleh anggota May sendiri memang kena la dengan vokal Oney yang boleh jerit nada tinggi tu.riff dan solo Abu (gitaris)pun menarik banyak berinspirasikan dari gitar hero 80an.kalau takda lagu Jemu pun album ni sebenarnya boleh naik,cuma yelah pasaran Malaysia dan pendengar yang suka sangat lagu jiwang leleh ni kan memang tak boleh buat apa la..tapi pada aku ini sebenarnya album rock yang paling best pada tahun 1997 walaupun pada masa tu scene rock kat Malaysia memang dah terkubur.untuk peminat May kena layan album ni.terbaik!

Saturday 12 August 2017

Def Leppard - Hysteria (1987)

Yang dah genap 30 tahun pada 3 ogos tempohari..



Aku kenal Def Leppard ni pun memang melalui album Hysteria ni.itu pun kerana abang-abang aku selalu mainkan kaset apache album ni.Def Leppard juga antara band yang menakluk Amerika bersama-sama dengan Iron Maiden dan Judas Priest juga antara pelopor terawal 'New Wave Of British Heavy Metal' dan ada antara pengkritik muzik di Amerika mengatakan pada era tersebut merupakan 'British Invasion'.





Walaupun Def Leppard pernah meriliskan dua album sebelum ni,tapi album ini lah yang membuatkan mereka terkenal bukan sahaja di Amerika,malah di seluruh dunia.pasti rockers pada era 80an tahu akan lagu 'Love Bites' antara lagu ballad berhantu yang masih lagi di putarkan di radio sehingga sekarang.tak hairanlah kalau album ni berjaya terjual berjuta unit di seluruh dunia.dan mungkin juga kerana kerja gitar Steve Clark yang pelbagai sesuai dengan mood lagu.selain itu keunikkan untuk album ini ialah Rick Allen pertama kali bermain drum hanya menggunakan tangan kiri beliau akibat kemalangan jalan raya yang telah mencacatkan tangan kanannya.









Berbalik pada album Hysteria ini,selain lagu 'Love Bites' antara lagu lain yang best ialah 'Pour Some Sugar On Me' antara lagu yang selalu menjadi sountrack untuk filem-filem Hollywood yang bergenre muzikal,'Women','Animal','Love And Affection' dan juga lagu yang berentak agak pop walaupun tajuk albumnya dengar macam ganas iaitu 'Hysteria'..heheh..

Nak cerita pasal sejarah album ni memang panjang.oleh kerana telinga aku memang dah biasa dengan sound rock 80an album ni memang takda masalah pada aku.cuma kalau nak dengar rock yang bukan dari benua Amerika boleh la layan Hysteria ni.
untuk info lebih lanjut boleh tengok kat blog Berteromber Di Sini