Wednesday 27 February 2013

Metallica - Quebec Magnetic Dvd

Haritu pegi Kinokuniya,pusing2 kat dalam tu belek2 buku/komik takda yang menarik,lepas tu pegi Rock Corner,masuk kat situ pun takda apa yang menarik,usya2 LP pun takda yang baru,tengok kat bahagian cd nak cari Helloween baru pun tak sampai lagi,belek punya belek,last2,ni yang aku beli pasal dah taktau nak beli apa dah..


Dvd Quebec Magnetic yang aku beli akhirnya.rakaman konsert Metallica pada tahun 2009 di Colisee Pepsi Stadium,Quebec City.walaupun stadium ni takda la besar mana,tapi reka bentuk dia kira unik la,setting pentas Metallica kali ni takda guna skrin besar yang biasa letak kat kiri kanan pentas tu,diorang nak crowd tumpukan kat pentas je.yang ada cuma 4 keranda gergasi yang tergantung yang boleh turun naik mengikut mood lagu..

bahagian dalam dvd,Kirk & Robert

ada 2 disc,disc kedua ialah bonus tracks dan footage
Secara peribadi,aku memang dah bosan Metallica selalu main lagu yang sama macam 'Sad But True' Nothing Else Matters' 'Enter Sandman' 'Master Of Puppets' 'One' ngan 'Seek And Destroy' tu.patutnya lagu2 ni takyah la masuk dalam setlist lagi.aku rasa peminat Metallica pun dah jemu jugak dengar lagu2 ni semua.tapi lagu2 dari album Death Magnetic best la,diorang main lagi laju dari versi album.macam lagu 'Cyanide','The End Of The Line', 'Broken,Beat & Scarred' pun best.masa lagu 'The Judas Kiss' Kirk guna gitar Teuffel Birdfish yang nampak agak pelik sikit,kira kena la dengan lagu Judas Kiss tu.

Kirk dengan Teuffel Birdfishnya
Pelik eh reka bentuk gitar dia.nak tengok lagi dekat boleh cekidot Kat Sini

bahagian belakang,gaya riak abang Lars..heheh



Setlist dalam dvd ni,lagu 'Killing Time' versi kali ni memang best la,yang Quebec City Love Letters tu cuma cakap2 sepatah dua kata dari band members diorang puji crowd Quebec ni sporting,ada yang datang satu family dari mak,bapak sampai la ke anak datang tengok Metallica.ada yang dah otai,laki bini umur dah 60 lebih pun datang tengok Metallica,ada bapak dengan anak lelaki dia umur 10 tahun siap berduet lagi nyanyi lagu Turn The Page tu..haha..memang happening la tengok diorang malam tu..

Overall,ok la dvd ni,cuma macam aku cakap tadi lagu2 Metallica yang selalu dah bosan di dengar,suma lagu yang aku dah jemu dengar aku skip je.boleh beli kalau nak jadikan koleksi.aku lagi suka konsert masa era 'Live Shit' dulu.

                               

Friday 22 February 2013

Roxana Shirazi - The Last Living Sluts (2010)

Memang aku teringin sangat nak baca buku ni,tapi memandangkan kena banned kat Malaysia,versi sedut (pdf) la jawapannya..heheh..(buku ni aku kategorikan sebagai 18SX + 18PL..juga tak sesuai untuk yang tak 'open minded')


Buku ni merupakan biografi Roxana Shirazi (lebih sesuai di kategorikan sebagai groupie biografi)apa yang menjadi kontroversi tentang buku ni ialah,Roxana Shirazi adalah seorang perempuan muslim kelahiran Iran,dan kerajaan Iran sendiri telah mengeluarkan fatwa hukum bunuh terhadap beliau.(sama seperti Salman Rushdie yang pernah popular dengan buku 'Satanic Verses' nya).aku mengetahui buku ni pun bila aku baca review dari Metal Hammer.sesuai dengan tajuknya,buku kontroversi ni mengisahkan hidup Roxana Shirazi jadi groupie untuk band2 rock terkenal dunia..

Roxana Shirazi dengan bukunya cover depan dengan wajah beliau yang bertudung

Kisah dalam buku ni tentang Roxana yang di lahirkan dan membesar di Iran,ketika perang Iran - Iraq,beliau telah berhijrah ke UK,belajar sampai masuk universiti kat UK dan menjadi aktivis human rights,child abuse,pensyarah di salah satu universiti di UK.beliau dapat idea nak hasilkan buku ni bila mula meminati muzik glam rock dan pengalaman beliau ketika jadi groupie untuk band2 pujaan beliau.
Antara pengalaman beliau bersama band2 rock ni ialah Guns n Roses,Skid Row,Motley Crue,Papa Roach dan Velvet Revolver.

Buku ni memang kontroversi pasal beliau banyak memperlekehkan Islam dalam buku ni.ada jugak la gambar2 separuh bogel dia dalam ni dengan mengenakan pakaian hijab (kalau yang ni cari sendiri kat intenet,takkan aku nak tampal kat sini pulak)gambar aksi separuh bogel beliau bersama Tommy Lee (Motley Crue)pun ada.antara kisah yang ada dalam buku ni :

-Dia pernah couple dengan Dizzy Reed (Guns N Roses)dapat ikut tour GNR,last2 bila dia bagitau kat Dizzy yang dia mengandung,Dizzy terus cakap "i hope you go through more abortions, to be honest ... have a wonderful time aborting your children, you piece of shit".Dizzy terus tinggalkan dia macam tu je.Roxana cerita lagi,sepanjang beliau bersama Dizzy,perangai Dizzy ni macam budak2 dan keanak2an..hehe..
-Dengan Nikki Sixx (Motley Crue)
 Dia memang dah lama syok dengan Nikki ni,tapi ada sekali tu bila dia keluar diner ngan Nikki,si Nikki ni tak habis2 bercerita pasal gardening di kediaman beliau,hampir sejam asek bercerita pasal tu je,tu yang buat Roxana ni tak bole tahan..(dalam hati ada taman rupanya Nikki ni..heheh)
-Dengan Sebastian Bach
 Dengan Sebastian Bach,beliau mendapat 'all access pass' dengan Axl Rose pun ada jugak,tapi sekali je la..
Roxana ni jugak penah ambik berdos2 painkiller di sebuah hotel di Hollywood kerana tekanan hidup dan kecewa dengan keadaan hidup beliau pada ketika itu.

Overall,buku ni takda best mana pun,memang sesuai la dengan tajuknya.tapi yang sedihnya gambar beliau banyak menjolok mata dengan berpakaian hijab dalam buku ni,dan mempermainkan agama islam..


Wednesday 20 February 2013

Search - Langit Dan Bumi (1986)

Antara album rock melayu yang aku collect balik yang mengimbau kenangan zaman aku bebudak dulu..


Dulu,masa aku masih bebudak lagi yang aku tau masa tu band yang betul2 heavy ada 2 je,Iron Maiden dengan 'Somewhere In Time' nya,dengan album Langit Dan Bumi ni.apa yang buatkan aku minat Search pada masa tu pasal trek pertama dalam album ni,lagu 'Musnah' tu buat aku teruja..hehe..memang kalau sebut je band rock masa tu,secara automatik aku teringat Search,pasal lagu 'Musnah' tu,memang aku kategorikan heavy rock gile2 punyalah(bapak segala rok,bak kata brader2 era 80an dulu)heheh..


Album ni pun sebenarnya pengaruh dari abang2 aku jugak.masa tu dengar kat kaset versi Apache yang kotak plastik warna hitam tu (kaset lanun daa..)so fast forward selepas 20 tahun pun album ni pada aku album terbaik Search berbanding album pertama 'Cinta Buatan Malaysia' tu.boleh di katakan album ni 'the best rock album of all time' la.macam Amy pernah cakap dulu,Search bukan nak buat lagu 'killer song' je,mereka nak buat 'killer album'.dan aku rasa Langit Dan Bumi ni memang layak di gelar 'killer album'.sebabnya?tengok je la list lagu dalam album ni,siapa yang tak pernah dengar lagu 'Rozana' 'Meniti Titian Usang' 'Pasti',Bisa' dan 'Kau Pergi'? (intro akustik gitar Hillary dalam lagu ni sungguh mengasyikkan)
Dan lagu2 hard rock dalam album ni seperti 'Pasti','Tumbuk Rusuk' 'Mencari Sebuah Nama' dan 'Musnah'..sesapa yang tak penah dengar lagu2 dari album ni bukanlah mat rock yang sebenarnya..heheh..


Salah satu sebab album ni betul2 best pada aku sampai sekarang ialah line up klasik Search ni,kerja gitar Hillary dengan Din dalam album ni memang terbaik,riff dan solo berharmoni yang best,sound gitar era 80an ni dalam ni memang layan.juga kombinasi Yazid dan Nasir,hentakkan drum Yazid yang kemas dan padu,di tambah pulak dengan vokal Amy yang power dan mantap memang melengkapkan album ni yang terbaik sama dengan album Mentari Merah Di Ufuk Timur.

Kesimpulannya,selepas 20 tahun,album ni tetap menjadi pilihan aku dan kerap jugak la aku dengar bila ada waktu terluang.

*lagu feveret : Mencari Sebuah Nama(riff gitar dalam lagu ni best)

                                       Mencari Sebuah Nama




Monday 18 February 2013

Die Hard 5 (2013)

Yang sebenarnya tajuk dia 'A Good Day To Die Hard'..


Memang aku amat teruja sekali bila dengar sekuel Die Hard yang terbaru ni dah main kat wayang.tengok cerita ni pun kat Cathay City Square JB tempoh hari.tapi setelah layan pada 15 minit yang pertama,cerita ni agak mengecewakan aku.sangkaan aku filem ke 5 ni lagi hebat dari siri2 Die Hard yang dulu,tapi sangkaan aku meleset.ceritanya lebih kurang macam filem aksi gred B je..

Ceritanya mengisahkan John Mclane (Bruce Willis) telah pegi ke Russia untuk mencari anak lelaki beliau yang lama menghilang,di percayai telah berada dalam penjara di Russia,apabila sampai di Russia keadaan semakin menjadi rumit bila John Mclane ni baru tau yang anak dia ni ejen CIA rupanya.secara tak langsung beliau pun terjebak dalam konspirasi anak dia ni untuk menyelesaikan kes Uranium/nuklear kat Chernobyl.tak seperti filem Die Hard yang sebelum ni.filem ni hanya mengisahkan antara bapak ngan anak,dan si bapak ni tolong selesaikan kes si anak ni.Bruce Willis walaupun dah berusia agak pertengahan 50an,tapi aksi tangkas dia memang tak di nafikan memang menarik,melompat,berlari,terjun dan segala macam aksi beliau memang best la.
So pada mereka yang minat filem aksi.boleh la layan,cuma yang tak bestnya storyline dia,lebih kurang sama macam filem2 aksi keluaran Hollywood yang lain..mungkin sebab pengarah dia dah kekeringan idea kot?kalau nak lagi best layan filem 'Django' (Quentin Tarantino)heheh..

*Filem2 yang berkategori 18++ ni memang dah tak di tapis langsung sekarang eh,dialog pun tak censored langsung,sampaikan Bruce Willis sebut 'Yippe Kiyay Motherfucker' pun lepas..heheh



Saturday 16 February 2013

Novel Grafik Warisan Puaka

Semalam ronda2 kat Popular Wangsa Walk,kononnya nak cari buku yang menarik untuk di baca,tapi takda yang menarik.last2 aku beli novel grafik keluaran GempakStarz ni..


Agak menarik jugalah novel grafik seram ni,menggabungkan cerita2 hantu/seram yang telah kita dengar sejak kecik lagi yang boleh di kategorikan sebagai 'Urban Legend'.kira kisah turun temurun dari zaman tok nenek moyang kita dulu la..novel grafik ni sebenarnya,antara komik2 pendek hasil nurkilan Nizam Bachok yang pernah keluar dalam majalah Gempak dulu.section yang bertajuk 'Dari Alam Angker'.


Ada 5 cerita kesemuanya dalam novel grafik seram ni,antaranya Toyol,Orang Minyak,Susuk,Anak Patung Manisah dan Garam.walaupun hanya bacaan secara santai,novel ni hanya sesuai untuk 18+ je.kat cover novel ni pun dah siap bagitau untuk bacaan 18+ ke atas je,pasal banyak unsur tahyul.takut nanti budak2 yang bawah 18 baca terpengaruh pulak.

Nizam Bachok,penulis dan pelukis novel grafik ni.antara anugerah yang beliau pernah menangi,pelukis digital terbaik,dan pameran hasil karya beliau.

Yang ni pulak hasil lukisan beliau dalam koleksi Warisan Puaka ni..


Orang Minyak : kisah orang minyak yang mengganggu ketenteraman kampung Ulu Bertam.bukan seorang,orang minyak ni adik beradik,di sebabkan oleh dendam ayah mereka di kampung tersebut.

Akhirnya kepala orang minyak 2 beradik ni kena penggal,ayah mereka,yang juga jadi tok guru bagi diorang pun akhirnya kena bunuh gak.

Kisah 2 : Susuk


Kisahnya ada sorang pompuan ni selalu la kena ejek,kena perli,kena kutuk kerana tersangatla buruk rupa paras dia,sampai satu hari tu dia ada jumpa sorang nenek ni yang tolong dia nak bagi cantik,kasi dia pakai susuk..so nenek tu cakap kalau nak susuk tu sebati dalam diri dia,dengan syarat dia kena kekalkan dara dia dan cari 7 darah anak dara.bila dah hampir selesai untuk darah anak dara yang ke 7,dia pulak kena bunuh ngan nenek tu.rupanya nenek tu pergunakan dia untuk melengkapkan ritual untuk diri dia sendiri sebenarnya..nenek tu pun tak larat lagi,dah tua tu pasal la dia pergunakan pompuan tu..pompuan tu dah minum 6 darah anak dara,campur dengan darah dia sendiri kira 7 la..

nenek tua tu nak bunuh pompuan tu untuk melengkapkan ritual untuk dia sendiri yang sebenarnya

Kisah 3 : Toyol


Kisah toyol ni dulu selalu jugak la aku dengar masa era 80an dulu,orang melayu kita yang pegi mekah dulu2 sebenarnya beli toyol untuk pegi curi duit.kisah dalam grafik novel ni sama dengan apa yang aku dengar dari mulut ke mulut orang2 tua dulu.


Cerita ni berakhir dengan tuan punya toyol tu kononnya nak bunuh toyol tu,tapi sebenarnya yang beliau bunuh ialah anak dia sendiri..

Kisah 4 : Anak Patung Manisah


Antara cerita paling panjang dalam novel grafik ni,yang paling best,dan yang paling gore..! heheh..kalau di buat dalam bentuk drama seram macam cerekarama pun ok jugak ni.antara karya terbaik dari Nizam Bachok ni pada aku lah..



Cerita dalam ni memang agak panjang,hanya kerana anak patung,ramai nyawa yang melayang.

Kisah 5 : Garam


Kisahnya pasal ada sorang wak ni nama dia Wak Bing.dia ni selalu merungut pasal banyak hutang,pasal takda duit,so lepas dengar cerita sorang member dia ni,kalau nak duit pegi kat hutan mati kat hujung kampung,bawak garam banyak2 bagi hantu garam makan,time hantu tu datang makan garam dengan duit sekali  hantu tu bawak.tapi duit tu kalau matahari terbit,terus bertukar menjadi daun.Wak Bing tension,last2 dia dapat idea macam mana nak buat duit tu sebelum bertukar jadi daun,pinjam duit dengan ah long,dia janji ngan ah long tu akan bayar balik sebelum matahari terbit.
hantu garam datang bawak duit

Last2 Wak Bing mati kena bunuh ngan ah long tu pasal duit yang dia bayar kat ah long tu dah bertukar jadi daun kering.


Sampaikan bila Wak Bing ni dah mati,Hantu garam pulak yang menuntut hutang dari dia..heheh..

Tu je lah cerita yang terdapat dalam novel grafik ni.pada penggemar kisah seram,hantu dan suka baca komik2 seram secara santai boleh la beli novel grafik ni.harga pun tak mahal,cuma rm 6.50 je.lagi pun karya anak tempatan jugak.penulis/pelukis Nizam Bachok ni bijak mengolah cerita seram ni secara ringkas dan padat..lukisan beliau pun menarik dan 'dark' sesuai dengan elemen seram yang ingin di sampaikan.

***(Best!)

Friday 15 February 2013

Quinary M - Cinta Palsu LP (1979)

Balik JB haritu,kemas2 bilik aku,susun balik LP yang lama2,tetiba teringat nak buat entri ni..kira mengimbau kenangan balik lah..


Masa band ni tengah top dulu pun aku kecik lagi,kira kanak2 rianglah kan,penghujung 70an dan 80an Quinary M ni memang top seluruh Malaya dan Singapura.
Info dari Wikipedia :
Quinary M (dahulunya dikenali sebagai The M) merupakan sebuah kumpulan muzik yang aktif di Malaysia pada tahun 1974 hingga 1981. Ahli kumpulan ini terdiri daripada lima adik-beradik iaitu Mahani, Mahayon, Maznah, Mazlan dan Mazuin. Mereka juga mempunyai peranan masing-masing untuk bermain muzik dan menyanyi.Kerjaya dan penglibatan muzik Quinary M secara serius bermula ketika Mazlan bergandingan bersama adiknya, Mazuin untuk menyertai sebuah rancangan televisyen terbitan RTM pada tahun 1974. Bagaimanapun, setahun selepas itu, mereka sekeluarga berpindah ke Moscow, Rusia kerana mengikut bapa iaitu Hamzah Ramli yang bertugas sebagai diplomat pada ketika itu. Semuanya mula berubah ketika di Moscow dan perjalanan seni mereka ini pula mula berkembang.[1]
Pada ketika itu, mereka sudah berpeluang untuk mengadakan persembahan di stesen televisyen Moscow atas usaha bapa mereka. Bapa mereka telah melihat bakat anak-anaknya dalam bidang muzik dan selepas itu, beliau menubuhkan The M memandangkan pangkal nama anak-anaknya yang bermula dengan huruf M. Tiga tahun selepas itu, mereka berpindah kembali ke Malaysia dan peluang ini terus diambil untuk memperkembangkan lagi bakat seni kumpulan ini. Sehubungan dengan itu, nama kumpulan juga ditukar menjadi Quinary M. Quinary M diambil daripada bahasa muzik yang membawa maksud perlimaan. Selain itu, Quinary M adalah kumpulan pertama seumpamanya di Malaysia yang menampilkan semua anggotanya mempunyai pertalian secara adik-beradik.
Mereka juga telah menyertai pertandingan Bakat 1978 dan berjaya melangkah ke peringkat akhir.[2] Kumpulan ini tidak lagi aktif setelah pemergian bapa mereka pada tahun 1981.[1] Kemudian, masing-masing telah membawa haluan sendiri terutamanya Mazlan dan Mazuin yang memilih untuk menjadi penyanyi solo. Di sepanjang perjalanan seni, mereka hanya sempat membuat tiga album studio iaitu Cinta Palsu (1979), Kasihku Bagaikan Debu (1980) dan Kini Kau Berubah (1981) melalui syarikat rakaman Iramanada Musical Industries Sdn. Bhd. (IMI).

Itu info yang aku baca kat wiki.lagu Cinta Palsu nyanyian Mazuin memang menjadi evergreen sampailah sekarang.kadang2 ada jugak aku dengar lagu tu kat Sinar.fm.

bahagian belakang lp

tajuk lagu.Cinta Palsu di trek pertama yang menjadi evergreen sampai sekarang

Sebelum tertubuhnya Quinary M ni,sebenarnya Mazuin dan abangnya Mazlan  pernah merakamkan album duet sekitar awal 70an album yang bertajuk 'Ratapan Anak Tiri' dan 'Jangan lah Jangan'.apa yang menarik,kesemua adik beradik ni memang terer bermain alat muzik.Mazuin,selain menyanyi,beliau juga pandai bermain drum.

anggota Quinary M.Mahani (percusion)dan Mahyun (bass)

Maznah (gitar)

Mazlan (keyboardist)

Mazuin (vokal/drum)
Selepas hanya menghasilkan 3 album,Quinary M di bubarkan selepas ayahanda diorang ni iaitu Hamzah Ramli meninggal dunia.Mazuin meneruskan dengan kerjaya solo beliau sehinggalah beliau bersara dari dunia hiburan setelah berkahwin dengan Sultan Brunei.abangnya Mazlan,aktif dalam bidang penulisan lagu,lagu2 ciptaan beliau pernah di nyanyikan oleh Aman Shah,Sheila Majid,Anita Sarawak,kumpulan Feminin,Fairuz Hussien,Amy Mastura dan Dayang Nurfaizah.

piring hitam legam Quinary M.masih dalam keadaan baik tanpa habuk dan berkilat..heheh

LP side one,ada 6 lagu

side two.ada 6 lagu jugak
Band ni pun dah kira tahap legend jugak lah.sama dengan band The Runaways tu (yang pernah di anggotai oleh 2 rock star legend,Joan Jett dan Lita Ford).tapi band ni mengimbau kembali ingatan aku sewaktu aku menjadi kanak2 riang dulu..heheh..
80's Rules..!

                                         Quinary M - Cinta Palsu

Friday 8 February 2013

Guns N Roses Live At Sepang F1

Ni yang dah hangat di seantero Malaya,peminat tegar GNR mesti suka ni..

Monday 4 February 2013

Metal Hammer January 2013

Sepatutnya di publish pada januari haritu..tapi biasalah tahap kemalasan melampau..hehe..



Cover Metal Hammer untuk januari ni biasalah,rockstar yang dah bergelar selebriti siapa lagi kalau bukan Lars Ulrich Metallica.boleh di katakan setiap kali beli Metal Hammer ni dapat free gift.untuk issue ni,dapat cd free dengan kalendar tahun 2013.


Kalendar tu kebanyakkannya gambar2 cover art dari album band2 generasi baru macam Mastodon,Lamb Of God,dan macam2 band lagi.

cd free.lagu dari band2 baru.belum try dengar pun..hehe..


Kisah West Memphis 3,yang pernah menggemparkan dunia muzik heavy metal sekitar awal 90an dulu,kisah ketiga2 bekas banduan ni yang penah di tuduh bunuh 3 orang budak lelaki untuk ritual muzik metal kononnya,yang menyebabkan kebanyakkan band2 metal kat sana tak boleh nak cari makan dah..(sama macam kes Black Metal kat Malaysia ni la,sampaikan diorang kata Metal Hammer ni buku puja setan..lawak sungguh!)

Nostalgia 1980an.Iron Maiden live 'The Number Of The Beast Tour'.gerek la Eddie 'Killers' tu

Berkongsi tips bermain drum antara Vinnie Paul (ex Pantera,HellYeah) dengan Chris Adler (Lamb Of God)


Cover story,Lars cerita pasal pembikinan album Metallica,ada solo,ada bunyi snare katanya..yang lain2 cerita pasal movie Metallica 3D yang akan di tayangkan pada bulan August nanti.cerita pasal dvd Quebec Magnetic,masa konsert tu diorang tak guna pun skrin besar yang selalu di gunakan yang di letak di kiri kanan pentas,Metallica nak kan crowd tumpukan kat pentas je.(tapi kalau yang jauh2 tu macam mana nak nampak tu)

cerita pasal setting pentas metallica dari awal 80an sampai ke setting 3D stage
cerita pasal Orion Festival mereka.tahun ni Orion Festival kembali lagi
yang ni lars merapu

papa het

merapu lagi

Cerita pasal abang Mus Megadeth pun ada.abang Mus jadi warga negara yang bertanggung jawab dengan keluar mengundi..hehe..dia pun dah melibatkan diri dalam politik jugak.

abg mus cakap dia sokong Obama dan vote for Obama

Cradle Of Filth
Cerita pasal Cradle Of Flith dengan anggota barunya yang nama hampir sama dengan Dani Filth.sorang lagi bernama Daniel Filth.

soalan untuk Duff Mckagan




Yang ni pulak best of gigs tahun 2012 yang telah di perakui oleh Metal Hammer..

the winner is Black Sabbath


Promo dokumentari Saxon ' Heavy Metal Thunder'..macam menarik je.nak cari la nanti kalau ada.


Promo Helloween,kenapa kecik je,bukan satu page penuh untuk review album ni?Straight Out Of Hell ni best apa..


Motorhead punya boxset yang baru di riliskan..meleleh siot..


Walaupun majalah ni ada orang cakap pasal negatif yang ada kat dalam ni,cuba tengok iklan ni,Metal Hammer pun prihatin dengan apa yang berlaku di Syria.


Promo Download festival Donnington..ni yang incik Deaf nak pegi nanti kan.(sila abaikan Slipknot..haha)


Live konsert.Devin Townsend Project live UK.kira femes jugak la Devin ni kat UK eh..

Konsert Nightwish yang memperkenalkan penyanyi barunya.yang bernama Floor Jansen menggantikan Annete Olzon (yang menggantikan Tarja penyanyi asal Nightwish)ada live Alice Cooper yang di iringi oleh Orianthi (yang penah bermain ngan Steve Vai,anak didik Steve Vai kalau tak silap)Orianthi ni pernah riliskan album solo gitar dan pernah buat video klip ngan Steve Vai.

Tu je lah yang menarik dalam Metal Hammer issue Januari ni..yang lain2 tak berapa nak menarik sangat,semuanya cerita pasal band Metalcore..