Sejak Microsoft lancarkan konsol permainan baru XboxOne,harga Xbox360 ni dah murah sedikit.memang dari dulu aku teringin nak beli (aku memang tak suka main game kat laptop atau kat phone,rasa macam takda kepuasan)kerana ini adalah salah satu hobi yang memang aku minat dari dulu (pernah memiliki Playstation One dan Playstation 2 keluaran syarikat Jepun iaitu Sony)kali ini aku beli produk yahudi pula iaitu konsol permainan keluaran syarikat Microsoft Xbox360 ini..
Sori la masa unboxing konsol ni aku tak sempat nak ambik gambar,tak sabar nak main game punya pasal..hahah..
wireles controler |
So pakej nya ialah 1 controler,1 HDMI cable,dan 30 free games yang dah siap install dalam hard disk game ni,juga boleh di main menggunakan dvd jack sparrow.
yang ni aku da siap pasang semua dah.cuma bila nak main game on kan je lah. |
Untuk minggu ni je aku main game Tomb Raider 2013,versi reboot.bukan filem je ada reboot game pun ada.sesapa yang pernah main game ni,(macam Ijau)mesti tau betapa best dan terujanya bila layan game ni..
Lara Croft berwajah baru,dengan gaya,aksi dan pergerakan semuanya serba baru.memang syok layan game versi baru ni.ianya seperti juga kita menonton filem,cuma kita kena gerakan karakter tersebut (atau kita sendiri yang jadi pelakonnya)kena panjat,melompat,belari,berlawan dengan serigala,dengan hantu jepun,lawan dengan lanun,kena selamatkan rakan,mendaki dan yang paling mencabar kena selesaikan pelbagai puzzle.(tapi yang ni senang je tak macam dalam game The Last Revelation,yang tu puzzle dia memang rumit gila)dan yang paling best sekali ialah grafik dan CGI nya,memang terbaik.memang tak hairan la game ni boleh menang antara game terbaik tahun 2013 yang lepas..
view dari tv cikai aku |
Sambil putar rekod,sambil layan game TR ni memang santai la kan.tu pun ada yang dah kata aku ni antisocial sejak dah ada Xbox 360 ni kat rumah..heheh..
Info pasal game Tomb Raider reboot boleh tengok kat Sini