Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts

Monday, 1 May 2017

LRT



Siang tadi memang aku takda kerja,aku habiskan masa (atau buang masa sebab boring) aku naik lrt.bermula dari stesen Gombak iaitu stesen yang paling hujung (Putra LRT) sehinggalah ke stesen Putra Heights ( juga stesen paling akhir)
Kemudian aku tukar pulak naik STAR lrt bermula dari Putra Heights sehinggalah ke stesen akhir iaitu Sentul Timur.selain dari tengok penumpang yang naik ( awek la..heheh) kadang2 tengok gelagat penumpang dalam lrt ni pun best juga.macam2 ragam ada.yang tak bestnya ada juga penumpang yang pentingkan diri sendiri,ada nampak orang tua yang uzur pun takda yang nak bagi tempat duduk.aku sendiri pun naik dari hujung stesen memang tak duduk.celah mana yang perihatin nya rakyat Malaysia ni pun aku tak tau..

p/s: pada rakan2 blog,maaf banyak2 memang tak dapat join tengok Megadeth.sebab aku kena pergi Kedah pulak waktu tu.puas aku bagi macam2 alasan pun tak jalan.tiket pun aku dah jual kat member.baca review kau orang je lah.kirim salam abg Mus.moga terhibur.. (sedih ni)

Friday, 16 September 2016

Cuti Cuti Malaysia

Sejak dari sabtu lepas memang agak sibuk.sibuk bercuti dan berjalan..heheh..takda la menarik sangat pasal dah lama tak bercuti dan kebetulan ada family day,tu yang semuanya rehat termasuk la blog ni sekali.

Pergi bercuti pun bukan la jauh sangat cuma di Melaka je.cadangan adik beradik semua kita berkumpul di sini..






Homestay ni memang terbaik,kalau sesiapa berkeluarga besar macam aku,boleh ambik homestay ni,kawasannya pun memang dekat kawasan segitiga emas Melaka.nak cari tempat ni pun tak susah,dah ada orang buat entri pasal homestay ni.boleh tengok Kat Sini


Lepas tu saja jalan2 kat pantai Klebang pasal nak tengok bustel (hotel dalam bas)





Tapi tak dapat nak check in sebab full house malam tu..heheh,,tapi yang sedihnya brader yang kerja kat sini cerita kat aku selepas 25/9 ni Bustel ni dah takda lagi,kerajaan negeri Melaka nak ambik semula tempat ni.so kalau nak merasa tidur dalam bas boleh la sebelum 25/9/2016.


Ok,bab makan pulak,kat Melaka aku tak pergi tempat makan yang best2 pun,sebab sibuk buat bbq kat homestay je.cuma selepas tu balik JB kejap makan kat sini..












Yang ni kat kedai makan SR8 kat Larkin,kepunyaan pemain bola JDT iaitu Syafiq Rahim.ok la best,harga pun takda la mahal sangat.tak macam kat Senibong cekik darah.

Lepas tu gi sini.ni pertama kali aku jejak kan kaki kat sini..



kilang bateri jb


Bila dah masuk sini,terjumpa pulak kedai buku indie yang agak menarik.(nama kedainya Projek Buku) terborong jugak la 3 buah buku..





Tidak Ada New York Hari Ini,Mein Kampf (versi bahasa melayu) dan buku lagenda dari Chairil Anwar Aku Ini Binatang Jalang.kat kl puas aku cari tak jumpa,akhirnya jumpa kat jb.

Dah tu je nak cerita..heheh..kalau aku dah habis baca buku ni boleh la aku cerita sikit.

Wednesday, 24 June 2015

Senjakala

Lokasi : taman layang layang Kepong



Senja itu seperti pelaminan permaidani jingga..
Aku duduk di sana,menunggu mu terbenam dalam rasa..

Monday, 23 December 2013

Jalan - Jalan Di Kuala Sepetang

Orang sibuk berjalan masa cuti sekolah ni,aku pun sibuk jugak nak bejalan..dah lama tak keluar dari 'kesemakkan' bandar metropolitan kl ini..so destinasi aku yang saja2 nak berjalan ialah di Kuala Sepetang.
Kuala Sepetang ni terletak di dalam negeri Perak,lebih kurang 60 minit dari bandaraya Ipoh.pertama kali aku sampai sini dan kebetulan sampai pada waktu petang,memang sedang elok lah..

Aku suka lihat pemandangan dan suasana petang kat sini,dengan kawasan perkampungan nelayan nya yang nampak begitu cantik dan mendamaikan..


Sori la gambar tak berapa nak cantik,tangkap guna handphone murah jek..


Kuala Sepetang juga terkenal dengan makanan seafood nya,selain 'Mee Udang Mak Jah'.sori gamba makan mee udang Mak Jah aku lupa ambik,pasal teruja dengan gambar kawasan perkampungan nelayan ni..heheh..


Kuala Sepetang juga di kenali sebagai Port Weld.juga merujuk kepada sinaran matahari merah di ufuk barat.sinar merah suria di titik horizon Selat Melaka boleh membuatkan kita teruja dan menyaksikan betapa indahnya ciptaan yang Maha Esa.
Apa yang di kesalkan aku tak sempat nak borong ikan pekasam.pada korang yang rasa ingin bercuti ke negeri Perak,jangan lupa singgah sini..tempat ni memang menarik kalau datang pada waktu petang.

Untuk lebih info pasal Kuala Sepetang boleh tengok sini http://www.ipoh-city.com/attraction/Kuala_Sepetang/