Saturday 31 January 2015

Kopi Dan Rokok




Sebelum ni ramai ahli bijak pandai mengatakan kopi tak baik untuk kesihatan.banyak fakta2 buruk tentang kopi di cerita kan di mana2 sahaja.tapi pada yang tak tau gambar di atas itu lah fakta sebenar kopi.kenapa yahudi kata kopi tak baik untuk kesihatan tetapi boleh wujudkan francais Starbucks tu di serata dunia?sedangkan Nabi Muhamad SAW juga minum kopi.
Ada juga yang tak serasi dengan minuman kopi ini begitu mudah mengatakan kopi tak baik untuk kesihatan.banyak kebaikkan dengan meminum kopi ini yang sebenarnya.

Macam aku,walau pun aku dah berhenti merokok (alhamdulilah berjaya juga berhenti merokok) tetapi aku tetap minum kopi (nescafe O) ramai orang mengatakan minum kopi untuk orang yang dah berhenti merokok akan menyebabkan ketagihan ingin merokok kembali,aku tak rasa apa2 pun..biasa je.pada aku kafien dalam kopi tu lah yang merawat atau membuang nikotin rokok dalam badan aku ni.sebab walau pun aku dah berhenti merokok,aku tak berhenti minum kopi,.tapi rasa gian nak merokok tu beransur2 kurang..tapi tak tau lah kalau pada orang lain.semua bergantung pada semangat yang kuat untuk berhenti merokok ni yang sebenarnya..

So,minumlah kopi,macam2 khasiat sebenarnya dalam kopi ni,kita je selalu kena tipu dengan bijak pandai yang mengatakan kopi tu tak baik untuk kesihatan.
Cerita pasal kopi boleh baca kat artikel menarik ni :
http://www.superluminal.com/cookbook/essay_coffee.html

Wednesday 28 January 2015

Wordless Wednesday



best buku sejarah perisikan tu.macam biasa,terima kasih to my best buddy azura


Monday 26 January 2015

Metallica - Kill 'Em All Vinyl (1983) Reissue



Penjenamaan semula segala khazanah lagu Metallica dari awal hingga yang terkini,di bawah label mereka sendiri iaitu Blackened Recordings.kesemua segala hak cipta yang dahulunya di bawah Universal Music,kini di jadi hak milik mutlak Metallica.dan mereka mula meriliskan kesemua rekod dan cd di bawah label Blackened Recordings.(so pada seller yang haritu nak jual Kill 'Em All kat aku sampai rm 500 tu yang kononnya 'rare' sila bikin pusaka la itu rekod ok..versi reissue ni baru rm69.00 jer)



"bang that head that doesn't bang"


takda megaforce,takda universal,dah jadi Blackened Recordings



Antara album yang di kata kan pencetus irama 'hanguk kepala' dan wujudnya terma 'heavy metal' 'thrash metal' speed metal' dan segala macam mahzab metal lagi yang muncul selepas itu.muzik keras yang tiada lirik 'oh baby,oh my darling' dalam lagu nya,bermula dari awal sehingga ke penghujungnya semua nya bingit,bising dengan bunyi gitar Hetfield dan Hammett tak lupa juga ngauman bass dari pemain bass lagenda dalam dunia metal iaitu Cliff Burton.


lirik





Mungkin ramai yang dah tau kisah pembikinan album ini,yang mana Lars Ulrich terpaksa mengikuti kelas drum kerana permainan drum beliau teruk pada ketika ini,dan title album ini sebenarnya ialah "Metal Up Your Ass" tapi di sebabkan Megaforce (record company pertama Metallica) tak benarkan mereka menggunakan title tersebut.di tukarkan kepada 'Kill 'Em All'.kontroversi yang melanda kerana kerana Dave Mustaine baru kena tendang keluar sebelum mereka merakamkan album ini dan lagu2 dalam album ini banyak yang di cipta oleh beliau..sebab tu la lagu 'The Four Horsemen' tu ada dua versi dulu,kalau versi abang Mus ialah 'The Mechanix'.

Lagu 'Seek & Destroy' merupakan anthem lagu mat2 rock era 80an dan 90an dulu,sesiapa yang baru nak belajar main gitar dulu,mesti wajib belajar riff 'Seek & Destroy' ni,termasuk la aku..heheh.. (tapi yang sebenarnya buat aku teringin sangat nak belajar main gitar pasal terpesona dengan riff "To Live Is To Die" dari album AJFA tu)
Lagu paling epik sudah tentunya 'Anesthesia - Pulling Teeth' dari Cliff Burton.bunyi bunyian pelik yang di keluarkan dari bass beliau itu lah yang menjadikan beliau salah satu lagenda dalam dunia muzik metal.ramai pemain bass yang bukan metal pun menjadikan Cliff sebagai idola.


piring kehitaman




side one








"Jump in the Fire" was released as a single in the UK in February 1984 to promote a UK tour with Venom. The single would feature "Phantom Lord" and "Seek & Destroy" as live tracks, although they are actually studio recordings with fake crowd noise dubbed over them.

Antara album terawal Metallica yang aku suka.yang betul2 album thrash metal kental yang tulen.
sila dapatkan versi vinyl di kedai2 yang berhampiran dengan anda..heheh.. :p

Saturday 24 January 2015

Kawan/Sahabat/Teman/Rakan

Pernah guru aku berkata,
"Sekali kamu bersahabat, biar kamu pegang persahabatan itu sampai mati. Persahabatan itu bukan selalu indah, ada masa suram, bergelora. Kalau kamu mengharapkan persahabatan yang sentiasa tenang, janganlah kamu bermimpi disiang hari yang malamnya tidak pernah menjelma..”

Ditegur, menegur sudah menjadi satu kemestian dalam hidup manusia. kenapa? sebab hidup ini tidak sempurna, banyak cacat celanya. maka, jika perkara itu salah atau tidak kena, pasti ada orang yang akan membetulkannya. mungkin juga orang itu adalah anda.

Adakalanya, takut teguran itu membawa kepada bermasamnya muka.



"Selemah lemah manusia itu ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-sia kan sahabat yang telah di cari"
-Saidina Ali

Aku sebetulnya, masih berusaha menjadi seorang sahabat yang bukan hanya sahabat setakat di bibir sahaja. atau pada tulisan sahaja. tetapi pada hati dan perwatakan. masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. semoga aku mampu..

p/s : mungkin akan kehilangan seorang sahabat selepas ini, silap aku mungkin menegur pada masa yang salah..



Thursday 22 January 2015

Deep Purple - Who Do We Think We Are (1973)





Terus terang aku hanya mengetahui album2 Deep Purple cuma 'Perfect Strangers' 'Burn' dan 'Fireball'.album 'Who Do We Think We Are' ini di riliskan pada tahun 1973 (aku pun belum lahir lagi) tapi dengan line up klasik Mark II sama macam dalam album 'Perfect Strangers' (Ritchie Blackmore,Roger Glover,Ian Gillan,Jon Lord dan Ian Paice)dan ternyata album ini pun boleh tahan best juga..











Cd yang pada aku ini adalah versi remastered dan telah di reissue semula pada tahun 2000 dengan tambahan beberapa lagu yang takda dalam album versi asal.yang menarik ialah lagu instrumental 'first day jam' yang berdurasi selama 11 minit 31 saat.apa yang best tentang lagu jamming diorang ni ialah,Ritchie Blackmore bermain bass dalam sessi jamming ini di sebabkan Roger Glover tak datang pasal terperangkap dalam trafik jem.


isi dalam dia best.macam2 cerita ada













Who Do We Think We Are was recorded in Rome in July 1972 and Frankfurt in October 1972, using the Rolling Stones Mobile Studio.

"Woman from Tokyo", the first track recorded in July 1972, is about touring Japan for the first time (e.g. the lyric "Fly into the Rising Sun"). The only other track released from the Rome sessions is the out-take "Painted Horse". The rest of the album was recorded in Frankfurt after more touring (including Japan).

Ian Gillan left the band following this album, citing internal tensions widely thought to include a feud with Blackmore. However, in an interview supporting the release of the 1984 Mark II Deep Purple comeback album Perfect Strangers, Gillan stated that fatigue and management conflicts also had a lot to do with it.

We had just come off 18 months of touring, and we'd all had major illnesses at one time or another. Looking back, if they'd have been decent managers, they would have said, 'All right, stop. I want you to all go on three months' holiday. I don't even want you to pick up an instrument.' But instead they pushed us to complete the album on time. We should have stopped. I think if we did, Deep Purple would have still been around to this day.

The last Mark II concert in the 1970s before Ian Gillan and Roger Glover left was in Osaka, Japan on 29 June 1973.
-Wikipedia


Dan sekali lagi ucapan terima kasih untuk abang Berteromber kerana kasi cd ni kat aku..heheh..untuk ulasan pasal album ini boleh jenguk kat blog beliau di sini :
http://berteromber.blogspot.com/2013/12/who-do-we-think-we-are.html





Tuesday 20 January 2015

John Wick (2014)



Filem ini mengisahkan John Wick (lakonan Keanu Revees)bekas pembunuh upahan yang pernah bekerja dengan sindiket mafia Rusia di Amerika,John Wick yang baru saja kematian isteri,bercadang untuk memulakan hidup baru dengan seekor anjing yang menjadi penemannya setelah kematian isterinya.sehinggalah pada suatu hari rumah John Wick ni di pecah masuk oleh geng Rusia yang di ketuai oleh Losef, telah memukul John serta membunuh anjingnya dan mencuri kereta Mustang 69 kepunyaan John.kesilapan besar yang di lakukan oleh Losef adalah,John Wick merupakan pembunuh upahan terbaik yang pernah bekerja dengan ayahnya bernama Viggo.gelaran John Wick pada ketika itu ialah 'The Boogeyman'.

Apa yang menarik dalam filem ini adalah aksi 'close quater combat' dan teknik pertarungan menggunakan senjata api (di panggil teknik 'gun fu')ala filem Hong Kong dan filem koboi lama)cuma takda 'bullet time' macam filem 'The Matrix' kalau ada mesti lagi menarik.filem ini turut di bintangi oleh pelakon2 yang kurang popular dari siri filem2 mafia/gangster seperti 'Daniel Bernhardt','Willem Dafoe','Ian Mcshane','John Leguizamo','David Patrik Kelly',dan 'Bridget Moynahan'.

Kalau anda pernah menonton 'The Equalizer' dan suka kan filem bergenre seperti itu,rasanya John Wick pun boleh di layan juga,walau pun jalan ceritanya tak sehebat 'The Equalizer'.

3/5*

Friday 16 January 2015

Transformers Season One Boxset

Sesekali jadi bebudak balik..







Di sebabkan ini adalah the very first season Transformers,(yang mengimbau balik zaman aku budak2 dulu)jumpa pulak boxset ni dengan harga yang memang murah,beli pada masa yang sama aku beli boxset Indiana Jones (rujuk entri ini)baru la tau cerita yang sebenarnya dalam season 1 ini.ceritanya memang tak sama dalam movie versi Michael Bay.dan sebenarnya versi kartun lagi logik.











dvd ke 3 ada iklan permainan Transformers tahun 80an,interview dengan pencipta,penerbit,pelukis dan boleh download skrip episod transformers.



Seperti yang kita tahu,atau sesiapa yang sama umur dengan aku mesti tau akan kartun Transformers ni,yang memang agak terkenal di seluruh dunia pada tahun 80an dulu.dalam versi kartun ni la aku kenal watak2 dari geng Autobots seperti Ratchet,Jazz,Bumblebee (versi kartun nya ialah VW Bettle)Grimlock,Hot Rot dan ketua Autobots iaitu Optimus Prime.tapi masa aku bebudak dulu aku lagi suka Decepticon,pasal geng jahat ni banyak puak macam Contructicon (geng2 jentera pembinaan yang boleh bergabung jadi robot besar yang di panggil Devastator)Insecticon (geng robot serangga pun boleh bergabung jadi robot besar jugak)dan Stunticon (geng kereta juga boleh begabung jadi robot besar)selain tu watak2 yang lain seperti Soundwave,Starscream (kalau versi kartun dia ni memang jahat dari Megatron)dan ketua nya Megatron (season 4 dia dah jadi Galvatron,lepas dia dapat bunuh Optimus Prime dalam Transformers The Movie keluaran tahun 1986)

Selepas itu keluar pulak macam2 versi Transformers.kali terakhir aku tengok Transformers ialah 'Beast Wars' tapi kurang menarik.Transformers versi lama jugak yang best.



Tengah tunggu yang ni sebenarnya tak sampai2 lagi..heheh.. :p

Transformers The Movie 1986 vinyl reissue


Saturday 10 January 2015

Mandi, Perang Salib Dan Tentera Mongol



Oleh : Umma Azura (islampos.com)
Artikel ini dalam bahasa Indonesia.

 Mandi, salah satu cara ampuh membuat otak fresh. Meluruhkan berbagai bau-bauan yang saling campur aduk. Di kamar mandi sambil menggosok gigi mengingat banyak hal sambil senyum-senyum sendiri.

Lalu, mengguyurkan air di kepala. Mencuci rambut bersih-bersih. Bersampo wangi aroma buah. Entah buah apa. Namun baunya membuat senang. Hingga tak habisnya menciumi rambut sendiri.

Bisa mandi dengan air bersih, itu nikmat. Harus banyak-banyak bersyukur. Tak semua manusia di belahan bumi ini, gampang memperoleh air bersih. Tahu tentang mandi juga harus banyak-banyak bersyukur. Sebab, dulu saat Eropa abad pertengahan mandi pernah dianggap kegiatan yang membahayakan.

Lalu, ada sebuah satu fakta menarik tentang mandi: Bau badan tentara mongol kelewat menyegat. Bau badan mereka tercium berkilo-kilo meter. Orang Mongol memuja Dewa Air, sangat tabu bagi mereka untuk mempergunakan air. Lagi pula, mereka tak pernah diajarkan mandi.

Barangkali, jika perang salib tak kelamaan, orang Kristen tak akan pernah belajar mandi dan merias dari kaum muslim. Itu kata David Attenbrough, dalam bukunya ” The First Eden”.


p/s: Islampos adalah portal islamik paling popular di Indonesia.artikel2 yang di ketengahkan dalam nya banyak yang menarik.sesuai dengan tagline nya "media islam generasi baru",setakat ini web islampos ini la yang aku selalu jenguk.
https://www.islampos.com/

Wednesday 7 January 2015

Wordless Wednesday

pembelian untuk tahun 2015.kononnya nak berjimat pada awal tahun tanak beli vinyl.. :p

Monday 5 January 2015

Landasan Maut

Buku ni di beli masa event Big Bad Wolf pada disember 2013 yang lalu..tapi baru 2 hari lepas habis baca.punya la lama..heheh.





Novel Landasan Maut ini merupakan fiksyen sejarah hasil karya Salleh De Ran yang merupakan novel kedua beliau terbitan PTS Litera Utama Sdn.Bhd yang di terbitkan pada tahun 2010.kerana sinopsis yang aku baca di belakang buku ni agak menarik dan berkaitan dengan sejarah perang dunia ke 2,aku pun terus beli.

biodata penulis


Novel ini mengisahkan tentang perjuangan sekumpulan anak2 melayu yang menjadi buruh paksa di Thailand bagi membina landasan keretapi maut.(yang kita semua sedia maklum memang penah wujud landasan maut ni dulu)pembinaan landasan sejauh 415 kilometer merangkumi 60 stesen dari Thailand hingga ke Burma (kini Myanmar) kerana agenda Jepun yang ingin meluaskan empayar jajahannya hingga ke India.
Seramai 68,000 tahanan perang British,Australia,Amerika,New Zealand dan Belanda.dan selebihnya 200,000 buruh paksa dari India,China dan Melayu terlibat dalam pembinaan landasan maut ini.dalam tempoh 3 tahun pembinaan nya, seramai 16,000 tawanan perang maut dan lebih 100,000 buruh paksa dari Asia di laporkan meninggal dunia atau pun hilang.dalam tempoh itu,seramai 72,000 atau lebih rakyat Malaysia menjadi buruh paksa dan lebih kurang 30,000 orang buruh paksa yang selamat pulang.

Overall buku ni memang terbaik la,tabik kepada penulisnya.walaupun novel fiksyen,tapi fakta sejarahnya terbaik.mungkin ramai yang taktau sejarah pasal landasan keretapi maut dan buruh paksa ketika perang dunia ke 2 dulu,tapi dengan membaca novel ini sedikit sebanyak aku dapat tau jugak pasal kesengsaraan buruh paksa ketika di zaman perang dulu.

Buku ni sesuai untuk orang Malaysia kat luar sana yang dah lupa diri dan buta sejarah..

4/5

Friday 2 January 2015

Over The Top (1987)

Cuti tahun baru aku hanya habiskan masa di rumah,dan menonton filem ini..



Semasa filem ni keluar dulu aku pun masih budak2 lagi,memang tak pernah menontonnya sehinggalah baru dapat menontonnya hari ini..seperti kita semua tahu,Slyvester Stallone memang popular dengan filem2 aksinya pada era 80an.filem2nya seperti Rambo (sampai part 4)Rocky (antara filem lakonan beliau yang bergenrekan sukan tinju,sampai Rocky 6 kalau tak silap) dan juga Cobra (filem ini juga jadi copycat untuk filem2 aksi hindustan)filem ini sebenarnya takda la banyak aksi ganas pun,memang kurang aksi sebenarnya,cuma aku tertarik dengan tema filem ini yang menampilkan aksi sukan arm wrestling (gusti lengan/lawan tangan)

Bukan la nak mereview sangat pun,cuma ketika menonton filem ini,lagu latar dalam filem ni ada juga yang best,bila aku google,rupa2nya soundtrack untuk filem ini di nyanyikan oleh penyanyi/kumpulan yang pernah popular pada era 80an dulu.ada band Asia dengan lagu 'Gypsy Soul',Kenny Loggins dengan lagu 'Meet Me Half Way' dan lagu yang agak menarik dari Sammy Hagar (Van Halen/Chickenfoot) dengan lagu 'Winner Takes It All'

Stallone appears in the video for "Winner Takes It All," wrestling Hagar at the end of the video. Hagar says in his video commentary on the DVD The Long Road to Cabo that he wasn't crazy about the song. Hagar says that Stallone gave him his black cap at the end of the shoot, both signed it, and the cap went to charity, fetching around $10,000. - Wikipedia

So kalau nak tau lebih lanjut pasal filem ni boleh je jenguk kat wikipedia atau pun tonton kat youtube.ada full movie nya.kalau anda peminat filem aksi Stallone seperti yang sekarang ni,jangan ingat filem ini seperti filem2 aksi alaf baru yang banyak penggunaan CGI kerana filem ini memang takda pun special effect atau apa pun.macam aku cakap tadi filem ini ringan dan santai kisah anak dan bapak memang sesuai untuk tontonan sekeluarga.

3/5*